Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN

SEKSUALITI
PERHUBUNGAN DAN
PERGAULAN

TENGKU MOHD FAZLI BIN


TENGKU MAIDIN
PENGENALAN

 Perhubungan dan pergaulan yang mesra


antara individu dengan sahabat dan
keluarga dalam kehidupan seharian
amat penting untuk memelihara
keharmonian dan kesejahteraan hidup.
 Kehidupan bersosial memerlukan
banyak komitmen dari segi psikologi dan
emosi.
 Mengikut ahli psikologi George
Levinger, perhubungan dianggap bukan sahaja
merujuk kepada perkara yang spesifik (contoh
perhubungan antara rakan, kekasih dan
saudara mara) tetapi yang juga mendasari
tahap perhubungan.
 Beliau menjelaskan terdapat tiga tahap
perhubungan asas iaitu :
 Peringkat Kesedaran (Awareness)
 Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact)
 Peringkat Saling Membalas (Mutuallity)
Peringkat Kesedaran (Awareness)

 Sesesorang individu yang menyedari


terdapat individu lain contohnya
seseorang yang dilihat dalam bilik
kuliah.
 Seseorang itu mungkin membentuk satu
impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku
interaksi antara mereka.
 Seseorang itu mungkin orang yang tidak
pernah dikenali sebelum ini.
Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact)

 Peringkat ini merupakan kontak-kontak


permulaan di antara dua individu yang
belum saling mengenal antara satu sama
lain.
 Ia juga termasuk interaksi yang
berulang-ulang yang berlandaskan
peranan seperti interaksi perseorangan
antara seorang pegawai dengan pekerja
bawahannya.
Peringkat Saling Membalas (Mutuallity)

 Iaitu peringkat di mana terdapatnya kontak-


kontak perhubungan yangsemakin kerap.
 Interaksi di antara individu lebih bersifat
peribadi dan hubungan yang saling
bergantung lebih mendalam.
 Dalam peringkat ini juga, individu akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman
antara satu sama lain serta norma peribadi
yang mana secara tidak rasmi mengawal
perhubungan mereka.
Perhubungan Dan Pergaulan Remaja Yang Sihat Dari Segi
Seksual

 Remaja yang sihat perlu mengenali diri


sendiri.
 Mereka juga perlu mempunyai
hubungan yang baik dengan
ibubapa/ahli keluarga, rakan dan
komuniti.
Diri Sendiri
 Memahami perubahan normal pada
tubuh. (Lihat Perubahan Akil Baligh)
 Mengamalkan kebersihan diri yang baik.
 Mengelak tingkahlaku berisiko :
o Merokok
o Mengambil dadah dan alkohol
o Seks sebelum berkahwin
 Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai
harapan terlalu tinggi
(contohnya badan seperti peragawati). Lihat (Indeks Jisim
Tubuh)
o Ketahui nilai diri anda
o Timbang tara perlakuan yang betul dan salah
o Pilih untuk melakukan perbuatan baik
o Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda
o Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda
atau orang lain
o Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada
disekeliling anda.
(Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah)
o Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan
dengan nilai hidup anda
o Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai
 Tingkatkan pengetahuan anda tentang seksualiti
• Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat
dengan aktiviti seks sebelum kahwin.
• Ketahui akibat daripada perhubungan seksual.
Lihat kesan Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual.
• Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan
ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling.
• Fahami dan terima identiti jantina anda.
• Fahami orientasi seksual anda.
• Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-
nilai yang berbeza.
• Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh
dipercayai.
Ibu Bapa & Ahli Keluarga
 Berkomunikasi dengan berkesan.
 Tahu peranan dan tanggungjawab anda
 Bertindak dengan bijak
 Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan
batas-batas pergaulan
 Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.
 Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang
berbeza :
o Terima dan hargai mereka seadanya
o Dengar pandangan mereka
o Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka
o Berbincang secara terbuka dan berkompromi
Rakan
 Berkomunikasi dengan berkesan
 Hargai pendapat dan nilai hidup rakan
anda
 Mengetahui batasan diri semasa
menjalin persahabatan..
 Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya
atau diperdaya
 Pelajari cara menangani tekanan rakan
sebaya secara positif.
Komuniti
 Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian
daripada
 lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
o Guru
o Pemimpin
o Sahabat handai
o Saudara-mara
o Ahli agama
 Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap
ahli komuniti.
 Berkomunikasi dengan berkesan.
 Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.
 Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.
 Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.
Warna dan makna "Bulatan
Perhubungan"
1. "Bulatan Peribadi - Ungu “
o Anda adalah insan terpenting dalam hidup.
o Tiada siapa berhak menyentuh anda kecuali
ianya kemahuan anda sendiri.
o Anda tidak menyentuh insan lain kecuali
insan tersebut ingin/membenarkan
anda menyentuhnya.
2. "Bulatan Pelukan Mesra - Biru "
o Hanya segelintir insan yang boleh memeluk
anda dan sebaliknya - Seperti ibu
dan ayah
3. "Bulatan Pelukan - Hijau "
o Terdapat segelintir lagi insan yang anda berikan
pelukan biasa yang tidak
intim seperti kawan pada hari istimewa.
4. "Bulatan Jabat Tangan - Kuning "
o Anda berajbat tangan dengan kenalan ataupun apabila
anda diperkenalkan
dengan seseorang.
5. "Bulatan Lambaian - Oren "
o Anda melambai tangan atau mengangguk kepala
kepada mereka yang anda
kenali.
6. "Bulatan Orang Asing - Merah "
o Anda tidak menyentuh orang yang tidak anda kenali.
o Orang yang tidak anda kenali tidak akan menyentuh
anda.
o Sentuhan boleh berlaku apabila anda berurusan
dengan ahli komuniti.
o Anda yang menentukan siapa yang boleh menyentuh
anda.
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu
bersaudara.“
 Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk
memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri
kepada Allah. 
 Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha
memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain. 
 Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata
amat sukar. 
 Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di
samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-
Allah) 
 Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah
akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali
naungannya. 
 Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana
akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk
mengubah kelakuannya. 

Anda mungkin juga menyukai