P. 1
FOLIO SEJARAH-CONGKAK

FOLIO SEJARAH-CONGKAK

4.72

|Views: 16,322|Likes:
Dipublikasikan oleh shishi s

More info:

Published by: shishi s on Jul 06, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2014

pdf

text

original

FOLIO SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL… TAJUK

:

CONGKAK
PEKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

ASSALAMUALAIKUM….. SAYA BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA SAYA DAPAT MENYIAPKAN KERJA KURSUS DENGAN JAYANYA.SAYA JUGA LEBIH MEMAHAMI DAN MENGENALI TENTANG PERMAINAN TRADISIONAL IAITU CONGKAK.SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HJH HATIJAH GAN BINTI ABDULLAH,PENGETUA SMK PAYA BESAR,KUANTAN,KERANA MEMBERI KEBENARAN DAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN INI.SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA EN.FADZIL BIN MUHAMAD,GURU SEJARAH 3 CEKAL KERANA TELAH MEMBERI KAMI TUNJUK AJAR DAN PANDUAN.TIDAK DILUPAKAN JUGA UCAPAN TERIMA KASIH SAYA TUJUKAN KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA IAITU AHMAD FOUDZI BIN JOHARI DAN AZIZAH BINTI MAD ARIS TELAH MEMBERI DORONGAN DIJALANKAN.SELAIN DAN SOKONGAN SEPANJANG KAJIAN

ITU,SAYA TUJUKAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN SAYA NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMAD IBRAHIM KERANA KERJASAMA BELIAU DALAM MENGUMPULKAN MAKLUMAT YANG INOVATIF.

OBJEKTIF KAJIAN INI IALAH: Objektif kajian ini ialah:
 Memupuk minat masyarakat untuk cuba memartabatkan permainan

tradisional tempatan yang jelas berpontesi untuk dimajukan.

 Mengimbas kembali sejarah permainan tradisional yang diminati pada

zaman dahulu.

 Memberi interpretasi terhadap motif dan reka bentuk papan congkak

yang kaya dengan nilai estetika.

INTERNET(HTTP://MALAYSIANA.PNM.MY)
#Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat tentang permainan tradisional iaitu congkak.

BUKU ILMIAH
#Saya telah merujuk buku ilmiah yang bertajuk Variasi Seni Dan Budaya Permainan Rakyat.

LAWATAN KE TEMPAT PAMERAN
#Saya telah melawat ke pameran yang mengisahkan tentang permainan tradisional dan Mendapat banyak maklumat tentang asal- usul permainan congkak.

MAJALAH
#Saya telah merujuk sebuah majalah yang bertajuk Siswa dan mendapat infomasi tentang congkak.

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional ialah sejenis permainan yang dimainkan pada zaman dahulu kala. Salah satu daripada permainan tradisional tersebut ialah congkak.

CONGKAK PENGENALAN
Congkak merupakan antara permainan taradisional yang cukup popular pada suatu ketika dahulu, permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa-desa tetapi juga di kota-kota. Umumnya, congkak merupakan sejenis permainan masa lapang rakyat Malaysia dan biasanya dimainkan di dalam rumah. Ada juga sesetengah orang yang menyebut nama permainan ini sebagai `jongkak`.

Tidak hanya di negara ini, permainan congkak turut dimainkan oleh masyarakat di beberapa

buah negeri di benua Asia dan Afrika. Oleh itu, congkak bolehlah dikatakan permainan yang bersifat universal serta mampu menarik orang ramai untuk memainkannya. Terutama di kalangan kaum wanita.

Depercayai permainan congkak telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di alam melayu. Congkak menjadi pilihan untuk dimainkan oleh golongan wanita khususnya kerana congkak tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal berbanding permainan rakyat yang lain. Permainan congkak sangat digemari oleh gadis dan tidak terkecuali wanita-wanita berusia. .

PERLATAN CONGKAK

PAPAN CONGKAK

Permainan congkak hanya memerlukan dua jenis peralatan sahaja iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebelum adanya papan congkak, mereka yang ingin bermain congkak akan mengorek tanah untuk membuat lubang congkak.

Kini, papan congkak boleh didapati dengan mudah dan biasanya diperbuat daripada kayu yang agak keras dan bermutu. Jika diperhatikan, ukuran biasa papan congkak ialah kira-kira 120 cm.

Kebiasaanya, papan congkak adalah tebal dan dibentuk seperti sebuah perahu kecil. Papan congkak yang sudah siap akan dihiasi pula. Papan congkak berkenaan akan diukir, diwarna dan dikilatkan untuk mencantikkannya.

Bahagian atas papan congkak akan dibuat dua barisan lubang yang sama besar dan banyak. Lubang-lubang itu dinamakan `Kampung Congkak;’. Jumlah yang terdapat pada papan congkak ada kalanya 7,10,14 dan sebagainya. Lubang-lubang ini akan diisi dengan buah congkak.

Pada hujung kedua-dua barisan lubang pula akan dibuat dua lubang yang lebih besar. Lubang besar ini adalah untuk mengisi buah congkak yang banyak. Justeru, keduadua lubang besar ini dinamakan sebagai `Rumah Congkak’ .

BUAH CONGKAK

Sebenarnya berbagai-bagai benda atau objek boleh dijdikan buah congkak terutamanya guli. Namun sebelum adanya guli, kulit kerang, biji getah, batu-batu kecil, biji saga dan sebagainya sering dijadikan buah congkak.

Benda-benda ini mudah diperoleh di sekeliling rumah. Buah congkak akan diisi ke dalam lubang-lubang congkak. Jumlah yang perlu diisi bergantung kepada jumlah lubang yang terdapat dalam satu baris. Sebagai contoh, jika lubang congkaknya tujuh, maka tujuh biji buah congkak perlu diisi ke dalam setiap lubang dan begitulah sebaliknya.

CARA BERMAIN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan keduadua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mangaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap permainan mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buahnya diangap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah.

SETELAH SAYA JALANKAN KAJIAN INI SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG PERMAINAN TRADISIONAL IAITU CONGKAK.SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG ASAL-USUL PERMAINAN CONGKAK.BUKAN ITU SAHAJA,SAYA JUGA DAPAT MENGETAHUI CARA-CARA PERMAINAN CONGKAK.SAYA JUGA MENGENAL DAN MENGETAHUI CARA PEMBUATAN CONGKAK DAN BERBAGAI JENIS CONGKAK.

PERMAINAN CONGKAK BANYAK MEMBERI KESAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU. PERMAINAN CONGKAK DIMAINKAN SEJAK ZAMAN NENEK MOYANG,DISEBABKAN ITU KITA PERLU SENTIASA MENGHARGAI DAN MENGIKUTI SEPERTI ZAMAN NENEK MOYANG KITA DAHULU KALA.

BANGSA MELAYU MEMANG DIKENALI DENGAN PERMINAN CONGKAK.OLEH IYU,CONGKAK ADALAH SESUATU SIMBOLIK KEPADA PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU. UNTUK MENUNJUKKAN CONGKAK ADALAH PERMAINAN MASYARAKAT MELAYU IALAH DI BELAKANG SEKEPING DUIT SYILING RM0.10.

PERMAINAN CONGKAK JUGA DAPAT DIKENALI DISEKITAR LUAR NEGARA.OLEH ITU CONGKAK TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA MALAYSIA DALAM PERMAINAN TRADISIONAL.

INTERNET (HTTP:/MALAYSIANA.PN.M

BUKU ILMIAH SEJATI BOOKS #1115, LEVEL II, BLOK A, DAMANSARA,INTAN, NO 1, JALAN SS20/27, 47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MAJALAH MAJALAH DALAM KELAS SEJAK TAHUN 1988 DEWAN SISWA MAJALAH RASMI HARI GURU KEBANGSAAN MEI 2007

PAMERAN

PAMERAN DUNIA CONGKAK 28 JUN – 28 JULAI 2003 DEWAN TENGAH, MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR

INTERNET (HTTP:/MALAYSIANA.PN.M

BUKU ILMIAH SEJATI BOOKS #1115, LEVEL II, BLOK A, DAMANSARA,INTAN, NO 1, JALAN SS20/27, 47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MAJALAH

MAJALAH DALAM KELAS SEJAK TAHUN 1988 DEWAN SISWA MAJALAH RASMI HARI GURU KEBANGSAAN MEI 2007

PAMERAN PAMERAN DUNIA CONGKAK 28 JUN – 28 JULAI 2003 DEWAN TENGAH, MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->