Anda di halaman 1dari 11

1.

0 TEORI & MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS

Menurut Cegelka dan Berdine (1995) penyusunan fizikal bilik darjah boleh
mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.Ia boleh menambah atau
mengurangkan masa yang ditumpukan terhadap pembelajaran secara aktif dan
kekerapan kejadian masalah tingkah laku.

Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilik darjah supaya dapat minimumkan
masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Bilik darjah yang
paling berkesan ialah dimana hanya 5 – 13 % daripada masa keseluruhan di gunakan
untuk persediaan bahan bantu mengajar.

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : STESEN

Kaedah Stesen Pembelajaran merupakan satu pendekatan alternatif yang di


gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid –murid bermasalah
pembelajaran. Dari segi sejarah telah dimulakan pada tahun 2002 dengan projek printis
dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri
Selangor.

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003)


Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut dimana berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif.
Murid-murid di beri peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar
sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut


tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada murid.

Empat belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan


berasaskan empat bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran iaitu Bidang Pengurusan Hidup. Bidang Akademik Berfungsi, Bidang
Kerohanian dan Nilai Murni dan Bidang Sosial,Riadah dan Kerohanian.
Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari
Guru Besar sekolah , Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa
diperlukan. Dalam konteks ini ,guru besar merupakan orang yang diamanakan dan
dipertanggung jawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.

Guru pendidikan khas dipertanggung jawabkan menguruskan dan menceriakan


stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil


bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran. Lebih banyak
aktiviti dikendalikan diperingkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah
menengah.

Kajian yang telah dilaksanakan oleh Berliner (1983) dibeberapa buah sekolah
rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan
dalam stesen–stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaaan, kerja kumpulan,
pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan,
pertandingan, projek seni dan sains.

Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran boleh


membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan mempromosikan
mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan gangguan dan bising,
memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid
menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik. Penyusunan bilik secara stesen
boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa
mereka menjalankan tugas.

1.2 MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : KIOSK

PENGGUNAAN KIOSK DALAM KELAS PEMULIHAN

Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence. Teori ini
menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam
diri seseorang individu.

Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap
kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya
dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu.

Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman


dan persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah
diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.Melalui
pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila
minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana
guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar
rajah dan gambar-gambar.

Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan


mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik.

Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan


interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur.

Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan


badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar
yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan


persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-
bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah
ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Pemulihan Khas


Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan.
Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran.
Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian
kemahiran serta kreativiti mereka.

Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan


menarik minat murid untuk belajar. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat
dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada
kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN SEBUAH KELAS PEMULIHAN YANG


SELESA, KONDUSIF, SELAMAT, DAN ‘SEDAP MATA MEMANDANG’?

Kiosk yang menarik dan sesuai dengan ciri-ciri kelasnya.


Kiosk Ruang / Visual

Mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah
dan gambar-gambar.

Kiosk Interpersonal

Ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan


orang lain.Bagi murid yang suka bertutur.
Kiosk Intrapersonal

Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.

Kiosk Muzik

Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan
muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.
Kiosk Bahasa

Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan
dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk Matematik

Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan


mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik.
Kiosk Alam Sekitar

Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran
semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.

Kiosk Kinestatik
Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan
dalam menjalankan aktiviti P & P.

Kiosk pengurusan diri

Kiosk pengurusan diri ialah ruang belajar-mengajar yang mendidik murid untuk
mengemas diri. Contoh: menyikat rambut, memakai dan membetulkan baju, dll.

1.3 MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS : HORSE-SHOE

Bentuk Horse-shoe mempunyai kelebihan yang sama seperti menggunakan


bentuk bulatan, sama ada disusun satu atau lebih meja . Ia menyediakan ruang untuk
guru bergerak dengan mudah di kalangan pelajar dan memudahkan guru menumpukan
perhatian murid pada papan putih atau skrin tanpa perlu menukar tempat duduk.

SUSUN ATUR HORSE-SHOE


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH

ISL MINGGU 1
TEORI & MODEL PENGURUSAN
KELAS KHAS
NAMA : NORHARTINI BINTI MOHAMAD POZI

SITI NURDIYANA BTE MOHD YUSOF

NOMBOR I/C : 890630-02-5294

881213-23-5106

KURSUS : 2 PISMP PEM (BM)/MT/BI

AMBILAN : JANUARI 2009

PENSYARAH : TUAN HAJI RAHIM BIN MARZUK