Anda di halaman 1dari 3

SAJAK KASIH IBU

PERSOALAN

Sesebuah sajak mungkin mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba
diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu
persoalan. Jika sajak itu mempunyai lima rangkap, tidak mustahil ia mengandungi
lima persoalan. Antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti
kemiskinan, rasuah, kebebasan sosial, cinta remaja, ketuhanan, pelajaran,
nasionalisme, keruntuhan akhlak, peperangan dan kemunduran.

Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah


memberikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap ke rangkap. Setiap rangkap
mempunyai persoalannya yang tersendiri. Sungguhpun demikian tidak kurang juga
akan terdapat persoalan yang sama diulang dalam beberapa rangkap sajak yang
berkaitan.

Berdasarkan maksud yang diperolehi daripada setiap rangkap akan menghasilkan


persoalan. Persoalan yang dikemukakan adalah rumusan daripada kesemua
rangkap sajak yang telah dihuraikan maksudnya. Ini dapat digambarkan melalui
rajah di bawah ini:

Rangkap 1 → Maksud → Persoalan

Rangkap 2 → Maksud → Persoalan

Rangkap 3 → Maksud → Persoalan

Rangkap 4 → Maksud → Persoalan

TEMA

Proses mendapatkan tema biasanya perlulah melalui huraian maksud dan


persoalan-persoalan yang telah terhasil. Biasanya salah satu daripada persoalan itu
dapat dijadikan sebagai tema sajak. Bagi sesebuah sajak atau hasil sastera hanya
terdapat satu tema. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting atau paling banyak
diperkatakan oleh penyajak bolehlah disimpulkan sebagai tema. Oleh itu, proses
mendapatkan tema perlulah melalui tahap seperti berikut:

Rangkap 1 → Maksud → Persoalan

Rangkap 2 → Maksud → Persoalan


TEMA
Rangkap 3 → Maksud → Persoalan

Rangkap 4 → Maksud → Persoalan

PERUTUSAN ATAU MESEJ


Perutusan disebut juga amanat, motif atau tujuan sebenar penyair menghasilkan
puisi. Ia bersifat positif dan konstruktif atau mengarah kepada hal-hal yang baik
dalam kehidupan manusia. Sungguhpun sajak itu mengisahkan tentang pohon atau
sungai tetapi ia mempunyai sesuatu perutusan yang positif di sebaliknya dan
dijadikan amanat atau pesanan yang baik kepada pembaca. Perutusan pada
hakikatnya dapat juga disebut sebagai pesanan penting yang ingin disampaikan oleh
penyajak di sebalik pemikiran yang terdapat di dalamnya. Dalam sesebuah sajak
boleh terdapat satu atau beberapa amanat. Ini semua dapat ditafsirkan daripada
maksud yang didapati pada baris atau rangkapnya.

PENGAJARAN

Tidak jauh bezanya dengan pengertian perutusan atau mesej di atas tadi. Apabila
ada perutusan, maka dengan sendirinya di sebalik itulah terkandungnya pengajaran.
Sehubungan dengan itu, pengajaran di dalam sesebuah sajak, tidak hanya tertumpu
kepada satu sahaja, bahkan boleh juga lebih daripada itu. Terserahlah kepada
pembacanya untuk dapat menampilkan segala pengajaran di dalam sesebuah sajak
yang dinikmati.

GAYA BAHASA

Unsur pertentangan (paradoks)

Paradoks merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang menggambarkan ciri-ciri


berlawanan khususnya dari segi maksud. Ia juga terdapat unsur pertentangan dari
aspek keadaan atau situasi. Perlawanan dari segi maksud biasa wujud daripada dua
patah perkataan yang sengaja dipilih dalam satu baris sajak seperti malam siang,
desa kota, ibu bapa, dan rebah bangun.

Paradoks dari aspek suasana pula dapat kita perhatikan pada ungkapan seperti
tangan yang menghayun buaian itulah yang menggoncang dunia. Di sini terasa
paradoks dari segi kemampuan tangan seorang ibu yang mampu menggoncang
dunia. Baik bagaimanapun, paradoks merupakan pemilihan frasa yang
memperlihatkan dua keadaan yang berlawanan dalam baris-baris sajak sama ada
secara eksplisit atau implisit.

Unsur perlambangan (simbol)

Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain di
sebaliknya. Simbol disebut juga lambing. Simbol yang biasa atau universal amat
mudah difahami berbanding dengan symbol yang dinamik atau yang sengaja dicipta
baharu oleh penyajak. Antara simbol yang universal ialah:

Warna:

a. merah – berani, bahaya, gelora, garang, dan cemas.

b. putih – suci, bersih, haraoan, gembira, dan mengaku kalah.


c. hitam – kotor, durjana, celaka, sengsara, hantu, dan noda.

d. hijau – muda, baharu, harapan, segar, remaja, dan cemburu.

e. biru – cinta, kasih, rindu, dan dendam.

f. kuning – bangsawan, kesultanan, keeamasan, ketinggian, dan keagungan.

Masa:

a. senja – peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita, bimbang, keluh-
kesah, dan cemas.

b. malam – serita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan, kecelakaan, dan
kemusnahan.

c. fajar – harapan baharu, peralihan duka kepada bahagia.

d. pagi – hidup baharu.

Alam:

a. embun – kemurnian dan harapan.

b. api – perang, bahaya, marah, kejahatan, dan cabaran.

c. laut dan ombak – dada yang lapang dan alam yang luas.

d. kabut – keraguan, kejahatan, kejahilan, noda dan dosa.

e. angin – perubahan, pengaruh, dan berita.

f. burung gagak - kejahatan dan bencana.

g. burung merpati – kedamaian dan kebebasan.

h. kumbang – lelaki, teruna.

i. mawar, bunga atau kembang – wanita, gadis, perawan.