Anda di halaman 1dari 4

SAJAK

• Sajak ialah puisi baru atau moden.

• Ia sejenis karangan berangkap yang menyatakan perasaan, fikiran dan


pengalaman jiwa penyajak.

• Disusun dalam bahasa yang teratur dan berirama.

• Menggunakan lambang-lambang tertentu.

TUJUAN MEMPELAJARI SAJAK

1. Dapat mengenali dan memahami binaan atau bentuk struktur puisi moden.

2. Dapat menikmati bentuk dan bahasa puisi moden.

3. Dapat menikmati suasana pemikiran masyarakat moden.

4. Dapat mencipta dan menghasilkan karya sendiri.

ASPEK-ASPEK PENTING YANG PERLU DIKAJI DAN DIPELAJARI DALAM


SAJAK

• Bentuk.

• Maksud.

• Tema.

• Persoalan.

• Perutusan.

• Pengajaran.

• Gaya bahasa.

• Corak.

• Nada.

• Aliran.

• Prosa.

SAJAK KASIH IBU


PERSOALAN

• Perkara penting yang hendak dibincangkan oleh penyajak.

• Persoalan yang banyak diperkatakan oleh penyajak, itulah yang disimpulkan


sebagai tema.

TEMA

• Tema dalam sajak sama dengan tema dalam novel dan cerpen.

• Tema ertinya pokok persoalan atau perkara penting yang hendak


disampaikan oleh penyair berdasarkan tafsiran pembaca.

• Tema sajak diketahui berdasarkan maksud dan persoalan dari setiap


rangkap. Persoalan yang paling banyak diperkatakan oleh penyajak, itulah
yang menunjang kepada tema. Contohnya:

Rangkap 1 → maksud → persoalan

Rangkap 2 → maksud → persoalan


TEMA
Rangkap 3 → maksud → persoalan

Rangkap 4 → maksud → persoalan

PERUTUSAN ATAU MESEJ

• Apa yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada para pembaca melalui
sajaknya.

• Biasanya penyair mengharapkan sesuatu yang positif, amanat dan maksud


yang tersirat (tersembunyi) atau tersurat (nyata).

PENGAJARAN

• Apabila ada perutusan, maka dengan sendirinya di sebalik itulah


terkandungnya pengajaran.

• Pengajaran di dalam sesebuah sajak, tidak hanya tertumpu kepada satu


sahaja, bahkan boleh juga lebih daripada itu.

GAYA BAHASA

Unsur pertentangan (paradoks)


• Frasa yang menggambarkan ciri-ciri berlawanan khususnya dari segi maksud.

• Ia juga terdapat unsur pertentangan dari aspek keadaan atau situasi.

• Contoh: malam siang,

Desa kota,

Ibu bapa,

Jatuh bangun.

Unsur perlambangan (simbol)

• Kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain disebaliknya.

• Contoh:

Warna:

a. merah – berani, bahaya, gelora, garang, dan cemas.

b. putih – suci, bersih, haraoan, gembira, dan mengaku kalah.

c. hitam – kotor, durjana, celaka, sengsara, hantu, dan noda.

d. hijau – muda, baharu, harapan, segar, remaja, dan cemburu.

e. biru – cinta, kasih, rindu, dan dendam.

f. kuning – bangsawan, kesultanan, keeamasan, ketinggian, dan keagungan.

Masa:

a. senja – peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita, bimbang, keluh-
kesah, dan cemas.

b. malam – serita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan, kecelakaan, dan
kemusnahan.

c. fajar – harapan baharu, peralihan duka kepada bahagia.

d. pagi – hidup baharu.

Alam:

a. embun – kemurnian dan harapan.

b. api – perang, bahaya, marah, kejahatan, dan cabaran.

c. laut dan ombak – dada yang lapang dan alam yang luas.
d. kabut – keraguan, kejahatan, kejahilan, noda dan dosa.

e. angin – perubahan, pengaruh, dan berita.

f. burung gagak - kejahatan dan bencana.

g. burung merpati – kedamaian dan kebebasan.

h. kumbang – lelaki, teruna.

i. mawar, bunga atau kembang – wanita, gadis, perawan.