Anda di halaman 1dari 16

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.

P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -1-

GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENG


Nama : ______________________________________ Tarikh : __________________________
Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM)
Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada
semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina.
Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan
1. Dimensi: Individu
Tema: Remaja dan Masalah Sosial

Peribahasa Maksud Isu


Kurang ringgit boleh dicari, kurang Susah kerana harta boleh dicari, Remaja suka bertindak melulu, tanpa
akal habis bicara susah kerana tidak berfikir tambah berfikir terlebih dahulu
bermasalah
Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia Remaja yang tidak mahu mendengar
nasihat
Kerana nila setitik rosak susu Rosak maruah masyarakat kerana Kesan negatif kepada
sebelanga keburukan seseorang masyarakat/masyarakat mendapat
malu kerana sikap beberapa remaja

Seekor kerbau membawa lumpur Disebabkan seorang sahaja yang


habis semua terpalit bersalah habis semua mendapat
malu
Ada udang di sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat Pengaruh rakan yang kuat, rakan
terselindung berbuat baik ada sebabnya

Kata Hikmat Isu


Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang Nasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif
lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah dengan segera

Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif,
tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih bukan merendah-rendahkan mereka sahaja
baik
Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah
rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu
memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci yang berguna
hatinya. [© Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak
akalnya

2. Dimensi: Individu
Tema: Remaja dan Kerjaya
Peribahasa Maksud Isu
Alang-alang mandi biar basah, Apabila melakukan sesuatu kerja, Cabaran dan saingan dalam
alang-alang berdakwat biar hitam lakukan sampai berjaya, walaupun pekerjaan memang susah tetapi
menghadapi kesusahan remaja perlu menghadapinya hingga
Alang-alang menyeluk pekasam, berjaya demi masa depan yang
biar sampai ke pangkal lengan cemerlang
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -2-

Bagai kerakap di batu, hidup segan Orang yang malas berusaha tidak Remaja perlu berusaha dan
mati tak mahu akan berubah selama-lamanya mempunyai kerjaya yang baik untuk
mengubah kehidupan yang lebih
baik
Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar Jika tidak berkerjaya, hidup remaja
apabila dewasa akan daif dan terbiar
Kerja bertangguh tak menjadi, kerja Sesuatu urusan tidak akan selesai Remaja tidak wajar menangguhkan
beransur tak bertahan Jika selalu bertangguh sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan
merugikan diri sendiri
Batu yang sentiasa bergolek tidak Orang yang selalu bertukar kerja Remaja perlu bersedia den~an
akan mengumpul lumut/ orang tidak akan berjaya cabaran kerjaya masing-masing
pindah-pindahan tanaman masak supaya tidak cepat putus asa/ selalu
tak dapat dirasa bertukar kerja lantaran sikap ini
menatijahkan remaja tidak berjaya
dalam hidup
Pipit sama pipit, enggang sama Tidak sama antara golongan Remaja perlu bekerja untuk
enggang berdarjat dengan golongan bawahan meningkatkan taraf hidup untuk
menjadi orang bermartabat, supaya
tidak menjadi orang bawahan yang
tidak dipedulikan

Kata Hikmat Isu


Benjamin Franklin - jalan kejayaan terletak kepada Remaja perlu bekerja kuat secara berhemah untuk
dua kalimah; kerja kuat dan berhemat menuju kejayaan
K.H. Abdullah Gymniastiar - kredibiliti bermula Remaja akan dipercayai dan dihormati jika bekerja
dengan pengurusan hati, kejujuran, cekap dan dengan jujur, cekap dan dapat membuat sesuatu
berinovasi pembaharuan

3. Dimensi: Individu
Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara
Peribahasa Maksud Isu
Di mana bumi dipijak, di situ langit Hormat akan tempat kita bernaung Remaja/ generasi muda wajar
dijunjung (berlindung) menghormati tanah air tempat
kelahiran mereka
Hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah
Hujan emas di negeri orang, hujan Susah dan senaang lebih baik di Walaupun kesenangan kira peroleh
batu di negeri sendiri lebih baik di tanah air sendiri dati negara luar, negara sendiri
negeri sendiri sebenarnya lebih baik dan
mempunyai banyak keistimewaan
Jong pecah yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah negara Generasi muda wajar
memberi untung kepada musuh mempertahankan kedaulatan tanah
air daripada dijajah semula lantaran
kejatuhan ini akan menguntungkan
musuh negara
Di mana ada kemahuan di situ ada Jika ada azam, ada kejayaan Jika para remaja kini bersungguh-
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -3-

jalan sungguh mempertahankan tanah air


dan sanggup menyumbangkan
tenaga, pastilah negara akan terus
maju di seantero dunia. [© Disediakan oleh
BKKeng]

Biar berputih tulang, jangan Lebih baik mati daripada Remaja yang sanggup
berputih mata menanggung malu kerana milik menyumbangkan tenaga mereka
sendiri dirampas orang seperti menjadi perajurit, akan
sanggup berjuang dan berkorban
demi mempertahankan tanah air
daripada dicerobohi oleh musuh

4. Dimensi: Keluarga
Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja

Peribahasa Maksud Isu


Ke mana tumpahnya kuah kalau Baik buruk perangai seseorang bapa Ibu bapa perlu mengamalkan dan
tidak ke nasi itu sedikit sebanyak akan turun menunjukkan sikap yang baik
kepada anaknya. [© Disediakan oleh BKKeng] kepada anak-anak kerana sikap /
tindakan ibu bapa itu akan diikuti
Rosak bawang ditimpa jambak Rosak anak-anak kerana perbuatan oleh anak-anak.
ibu bapa. [© Disediakan oleh BKKeng]
Oleh itu, janganlah ibu bapa sendiri
Bapa borek anak rintik Anak-anak akan menurut terlibat dalam masalah sosial, tetapi
baka/perangai bapanya. [© Disediakan oleh meminta anak-anak mereka menjadi
BKKeng] baik. Contoh :
Ketam menyuruh anaknya berjalan Ibu/ bapa selalu keluar malam dan
betul Menyuruh orang lain membetulkan pulang lewat malam untuk berfoya-
kesilapan tetapi diri sendiri silap. foya, tetapi meminta anak mereka
duduk di rumah, mengulang kaji
Air perabung mengalir ke cucur Semua perwatakan ibu bapa diikuti pelajaran sahaja. [© Disediakan oleh BKKeng]
atap oleh anak-anak.
Carik-carik bulu ayam lama-lama Perpecahan sesama ahli keluarga Situasi sesama ahli keluarga yang
bercantum balik lambat laun berbaik semula tidak boleh dipisahkan dan perlu
berbaik-baik sesama mereka demi
Ludah ke langit jatuh atas batang Perbuatan menjatuhkan maruah menjaga maruah keluarga sekali gus
hidung sendiri keluarga sendiri, akhirnya kita yang dapat melahirkan keluarga bahagian
mendapat malu

Cubit paha kanan, paha kiri pun Memberi malu pada kaum keluarga
sakit juga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa

Bergaduh sesama adik-beradik,


Lesung sama antan bertelingkah musuh yang mendapat habuan
ayam yang kenyang
Merosakkan darah daging sendiri
Rosak anak kerana menantu kerana percayakan orang lain
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -4-

Tangan yang mengayun buaian Jasa ibu terlalu besar terhadap masa Anak-anak perlu mendengar nasihat
memerintah dunia depan anak-anak dan menghormati ibu kerana
jasanya terlalu besar dan segala
nasihat adalah untuk kebaikan/ masa
depan anak-anak
Tidak ada harimau yang Segarang-garang bapa hanya untuk Bapa yang garang/ tegas hanyalah
membaham anak mendidik untuk mendidik anak-anak ke jalan
yang positif
Melentur buluh biarlah dari Mendidik anak biarlah sejak mereka Ibu bapa perlu mendidik anak-anak
rebungnya kecil lagi sejak kecil lagi supaya sikap baik itu
akan terbawa-bawa hingga dewasa
Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan
menyelesaikan sesuatu masalah masalah anak-anak/ bijak
menjalankan tanggungjawab
mereka, supaya mewujudkan
keluarga sakinah

5. Dimensi: Masyarakat
Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya

Peribahasa Maksud Isu


Sudah terhantuk baru tengadah Sudah susah baru beringat Apabila sudah terkena penyakit/
mengidap penyakit seperti obesiti,
darah tinggi dan kencing manis,
barulah seseorang sedar untuk
menjaga kesihatan
Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa beringat sebelum terjadi Oleh itu, mereka perlu beringat dan
sesuatu yang kurang baik menjaga kesihatan sebelum sesuatu
yang buruk berlaku pada diri sendiri
Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu perbuatan yang sudah Jika telah sakit, memang sukar
terlanjur/terlewat tidak dapat dibaiki untuk disembuhkan semula/ sihat
lagi seperti sediakala
Melentur buluh biarlah waktu Mengajar anak biarlah dari kecil, Usaha membudayakan pemakanan
rebungnya jika sudah besar harinya sudah keras seimbang dan sihat oleh ibu bapa
dan sukar menerima ajaran lagi kepada anak-anak perlu dimulakan
sejak mereka kecil supaya apabila
segala kesusahan biasanya akan dewasa, mereka sudah biasa dengan
Alah bisa, tegal biasa dirasai pada peringkat awal, setelah selera dan cita rasa pemakanan sihat
sudah biasa, kesusahan itu tidak tersebut
terasa lagi
Kalau tidak dipecahkan ruyung, Jika kita membuat sesuatu Masyarakat perlu meluangkan masa
manakan dapat sagunya pekerjaan dengan tidak bersungguh- dan tenaga untuk menjaga kesihatan
sungguh, sudah pasti kita tidak akan fizikal demi memiliki tubuh badan
mendapat hasilnya yang sihat
Bukan bersuluh batang pisang, Kebenaran yang dapat dilihat oleh Penyakit berbahaya seperti penyakit
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -5-

bersuluh bulan matahari semua pihak jantung, darah tinggi, kencing


manis, obesiti dan sebagainya sudah
disahkan oleh doktor bahawa
penyakit ini berpunca daripada tidak
mengamalkan gaya hidup sihat dan
banyak pihak mempersetujuinya

Cogan kata Isu


Mencegah lebih baik daripada mengubati Masyarakat perlu mempraktikkan amalan pemakanan
seimbang demi menjaga kesihatan diri sejak awal lagi
supaya tidak mengidap sebarang penyakit
Saiyidina Ali- sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar Setiap anggota masyarakat perlu sabar menempuh
dalam menjauhkan segala yang engkau tidak suka dan segala kesukaran demi memperoleh badan yang sihat
sabar mengejar segala yang engkau suka iaitu sesuatu yang semua orang inginkan malah sabar
juga berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang
penyakit, iaitu sesuatu yang semua orang tidak
inginkannya

6. Dimensi: Masyarakat
Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat
Perkahwinan

Peribahasa Maksud Isu


Tak lekang dek panas, tak lapuk Adat/ sesuatu yang tidak berubah, Pelbagai tindakan/usaha perlu
dek hujan tetapi tetap utuh diambil untuk mengekalkan warisan
sejarah supaya tidak berubah
dan utuh demi melambangkan
kedaulatan negara
Bagai cendawan tumbuh selepas Terlalu banyak pada sesuatu masa Selaras dengan perkembangan
hujan teknologi moden, segala budaya
Barat dan moden telah semakin
menular di negara kita sekali gus
menyebabkan masyarakat
terpengaruh untuk mengamalkannya
Bagai aur dengan tebing Hubungan yang rapat dan saling Untuk mengekalkan warisan
membantu bersejarah termasuk bangunan
bersejarah, kerjasama antara semua
Bertepuk sebelah tangan tidak akan Kedua-dua belah pihak sama-sama pihak amatlah diperlukan kerana
berbunyi bertanggungjawab jika pihak kerajaan sahaja yang
bersungguh-sungguh, mustahil
segala adat/warisan bangsa ini dapat
dikekalkan
Ada asap adalah api Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan Warisan seni dari segi pakaian dan
nyanyian tidak dapat dipisahkan
daripada kebudayaan tempatan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -6-

Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit Kebanyakan bangunan bersejarah
yang sudah usang/lama, berada
dalam keadaan bahaya kerana
beberapa pihak akan
merobohkannya/ memusnahkannya
tanpa memulihara warisan sejarah
negara Malaysia ini
Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adat Sebagai warganegara Malaysia,
masyarakat pelbagai bangsa wajar
mengamalkan budaya hidup yang
baru dan moden, adat warisan
bangsa tetap perlu diamalkan dan
tidak dilupakan

7. Dimensi: Masyarakat/Remaja Tema: Riadah/Rekreasi/Hobi

Peribahasa Maksud Isu


Untung sabut timbul untung batu Habuan dan nasib kadang-kadang Kebiasaannya, individu yang
tenggelam bergantung pada tuah melakukan sesuatu aktiviti hanya
sebagai hobi/ rekreasi/ riadah iaitu
Cencaru makan petang Memperoleh kejayaan pada akhir untuk mengisi masa lapang, mereka
sesuatu perlawanan/ kegiatan tidak mengharapkan kejayaan pada
akhir aktiviti tersebut lantaran
mereka hanya bergantung pada tuah
masing-masing seperti hobi
memancing, tidak semestinya
berjaya mendapat ikan yang banyak,
berlayar dan mengembara, tidak
semestinya diakhiri dengan
kejayaan
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi Sesuatu kejayaan berpunca Untuk melaksanakan/ melakukan
bukit daripada usaha kecil-kecilan dan kegiatan hobi, seseorang itu
akhirnya menjadi besar dan terpaksa berjimat cermat dalam
mencapai apa-apa yang dihajati berbelanja/ menabung/ mengumpul
wang untuk membeli peralatan
Sehari selembar benang, lama-lama Tekun dan usaha tentu berjaya seperti membeli joran untuk
menjadi kain memancing, membeli kasut untuk
bersukan, membeli setem untuk
mengumpul setem dan lain-lain.
Hasil usaha sebegini tentukan
mereka akan berjaya
Di mana ada kemahuan, di situ ada Jika ada azam, ada kejayaan Walaupun sibuk dengan kerjaya
jalan seseorang akan tetap mencari masa
untuk aktiviti riadah/hobi demi
melepaskan tekanan/ merehatkan
minda
Bermandi peluh Bekerja dengan bertungkus-lumus Seseorang sanggup bertungkus-
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -7-

lumus di tengah panas/hujan demi


hobi mereka seperti memancing,
mengembara, aktiviti perkhemahan
dan sebagainya untuk kepuasan hati.
Jauh berjalan banyak pengalaman, Orang yang suka merantau Hobi melancong dapat memberikan
lama hidup banyak dirasa mempunyai pengalaman yang luas ‘ faedah kerana seseorang itu akan
dan orang tua yang panjang umur mempunyai pengalaman yang luas
tentulah banyak suka duka yang dengan hobi suka merantau
pernah dirasai
Indah khabar daripada rupa Beritanya lebih hebat daripada yang Paparan daripada iklan tentang
sebenar tempat-tempat menarik/tempat
rekreasi selalunya hebat, walhal
apabila kita pergi sendiri ke tempat-
tempat tersebut kerana beriadah/
berekreasi, kita akan tahu sendiri
keadaan sebenarnya

8. Dimensi: Masyarakat
Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka

Peribahasa Maksud Isu


Bagai aur dengan tebing Hidup saling membantu Di sesebuah kawasan petempatan,
penduduknya perlu mengamalkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah Bermuafakat dan sentiasa bersatu sikap bantu-membantu, bermuafakat/
sama dituruni padu bermesyuarat supaya mereka sentiasa
bersatu padu serta hidup dalam
keadaan yang aman damai

Serumpun bak serai, sesusun bak Hidup yang saling bermuafakat Jika susah senang dihadapi bersama
sireh dan diselesaikan secara
berunding/bermesyuarat, segala
Bulat air kerana pembetung, bulat Kata sepakat yang dicapai melalui masalah dapat diselesaikan dan akan
manusia kerana muafakat mesyuarat mencapai kemakmuran

Berat sama dipikul, ringan sama Mengalami susah senang bersama Setiap kerja/ tugasan bergotong
dijinjing royong diagihkan sama banyak/
seimbang supaya semua penduduk
Hati gajah sama dilapah, hati Pengagihan yang sama banyak berpuas hati
kuman sama dicecah
Bagai enau dalam belukar Pentingkan diri sendiri, orang yang Hidup berjiran tidak boleh
melepaskan pucuk masing-masing tidak bermuafakat dan berpegang mementingkan diri sendiri sahaja jika
pada pendapat masing-masing ingin mewujudkan perpaduan dan
sahaja keharmonian
Rendah hati Tidak meninggi diri Amalan rumah terbuka bagi
penduduk/jiran yang pemurah dan
Murah hati Pemurah tidak bongkak dengan kekayaan yang
ada, akan mengeratkan silaturahim
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -8-

antara penduduk

Maksud Hadis Isu


Nabi Muhammad SAW bersabda, sebaik-baik umatku Amalan jiran tetangga yang baik
ialah mereka yang banyak manfaatnya. [© Disediakan oleh
BKKeng] Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman
sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang
menyakitkan hati.

9. Dimensi: Negara
Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV
Peribahasa Maksud Isu
Bagai cendawan tumbuh selepas Maksud Terlalu banyak pada Pada zaman modenisasi ini,
hujan sesuatu masa teknologi maklumat dan
telekomunikasi membangun dengan
banyak dan sangat cepat
menunjangi hidup masyarakat alaf
baru ini

Kad elektronik yang banyak dicipta


pada zaman sains dan teknologi
yang berkembang dengan pesat
adalah untuk kemudahan manusia.
[© Disediakan oleh BKKeng] Seseorang tidak
perlu membawa dokumen peribadi
yang banyak untuk urusan rasmi
tetapi cukup dengan kad pintar dan
Mykad
Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis Kad elektronik senang digunakan
oleh semua orang termasuk
golongan yang tidak tahu membaca
dan menulis
Ingat sebelum kena, jimat sebelum Perlu berhati- hati supaya tidak Kad elektronik harus digunakan
habis menyesal kemudian hari secara berhati-hati dan menjaganya
sebaik yang mungkin supaya
kemudahan kad ini, tidak
memberikan kesan sebaliknya
Bertepuk sebelah tangan, tidak Kedua-dua belah pihak sama-sama Usaha kerajaan untuk menjadikan
akan berbunyi bertanggungjawab teknologi maklumat dan
komunikasi dapat digunakan
semaksimum boleh untuk semua,
perlu disambut dengan positif oleh
rakyat supaya penggunaan
teknologi canggih ini dapat
dimanfaatkan
Seperti katak di bawah tempurung Orang yang sempit pengetahuannya Apabila rakyat menggunakan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -9-

teknologi moden seperti komputer,


Internet, televisyen dan radio,
mereka tidak lagi akan ketinggalan
zaman, kerana dapat mengetahui
semua isu yang berlaku dan tidak
lagi sempit pengetahuan
Wau melawan angin Tidak ambil hirau sekeliling Jika terlalu asyik menghadap
komputer pastilah seseorang tidak
akan mempedulikan lagi perihal
sekelilingnya

10. Dimensi: Negara


Tema: Alam Sekitar/Bencana Alam

Peribahasa Maksud Isu


Seperti enau dalam belukar Hidup yang hanya mementingkan Sikap mementingkan diri sendiri
melepaskan pucuk masing-masing diri sendiri perlu dihindarkan demi
mengelakkan pencemaran alam
yang akhirnya merugikan diri
sendiri
Sesal dahulu pendapatan, sesal Sebelum mengerjakan/ melakukan Sebelum sesetengah pihak
kemudian tidak berguna sesuatu, hendaklah difikirkan habis- melakukan sesuatu yang
habis mencemarkan alam, lebih baik
difikirkan dahulu kesan-
kesannya kepada mereka sendiri
Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa bersiap sedia sebelum Seseorang perlu menjaga kebersihan
terjadi sesuatu yang kurang baik alam sekitar sejak kecil lagi/ sejak
awal lagi, supaya dapat elakkan
pencemaran serta kemusnahan alam
Hendak seribu daya, tak hendak Jika menghendaki sesuatu, Penjagaan alam sekitar bukanlah
seribu dalih bermacam-macam ikhtiar dapat susah untuk dilakukan, tetapi
dijalankan, sebaliknya jika tidak semuanya bergantung pada
mahu pelbagai alasan diberikan kehendak masyarakat sendiri sama
ada hendak atau tidak
Guruh tak berbunyi, malang tak Malang tidak diketahui bila ia akan Malapetaka boleh berlaku pada bila-
berbau terjadi bila masa dan menimpa sesiapa
Betapa berat mata memandang, Walau betapa susah seseorang Kesan bencana alam lebih dirasai
berat lagi bahu memikul melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa sendiri
oleh orang lain, tetapi lebih susah
orang yang menanggung kesusahan
itu
Gadai terdorong ke pajak, sehari Sudah terlanjur/buat salah, Walaupun seseorang hanya
sebulan juga meskipun sedikit akibatnya sama membuang sampah/sisa toksik dan
dengan yang besar lain-lain yang dianggap remeh,
tetapi lama-kelamaan senario ini
akan menjadi masalah yang besar
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 10 -

iaitu dengan mencemarkan alam


yang boleh menyebabkan kesan
buruk pada hidupan di bumi juga
Hutang berbaris/ hutang keliling Hutang yang banyak Bencana alam menatijahkan mangsa
pinggang hidup susah, hilang pendapatan dan
terpaksa membuat banyak hutang

Dimensi: Negara
Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan

Peribahasa Maksud Isu


Berbudi kepada tanah, tanah tidak Maksud hasil usaha bercucuk tanam Masyarakat harus menjalankan
tipu pasti berjaya kegiatan pertanian secara
bersungguh-sungguh kerana hasil
usaha daripada bercucuk tanam
selalunya akan berjaya
Ibarat berdagang buluh kasap, Menjalankan perniagaan yang Kita perlu berhati-hati dengan
hukum hilang pangkal lesap belum pasti akhirnya menanggung pelbagai perniagaan/ pelaburan yang
rugi begitu banyak diwujudkan kerana
Yang jolok tak jatuh, penjolok menjalankan perniagaan yang tidak
tersangkut untung tidak dapat, modal pun lesap kukuh/ tidak terjamin, akhirnya
boleh mendatangkan kerugian,
iaitu modal kita hilang dan tiada
keuntungan daripada perniagaan
tersebut
Rezeki secupak tidak akan jadi Tanpa usaha tiada tambahan untung Masyarakat perlu berusaha untuk
segantang meningkatkan taraf ekonomi mereka
dan supaya mendapat untung
berlipat ganda
Tidak lari gunung dikejar, hilang Sikap yang hanya menunggu tidak Walaupun terdapat banyak peluang
kabus tampaklah ia akan mendapat apa-apa faedah pekerjaan iaitu dari segi
pelancongan/ pertanian/
Ulat dalam batu pun ada rezeki Jika kuat berusaha pasti ada rezeki perindustrian, rakyat tidak harus
menunggu sahaja untuk
mendapatkan tawaran kerja tersebut
kerana sikap ini tidak akan
memberikan sebarang faedah.
Rakyat sebaliknya perlu berusaha
merebut peluang pekerjaan yang ada
lantaran orang yang kuat berusaha
pasti ada rezekinya
Tak kenal maka tak cinta Kalau tahu baru timbul suka Sektor pelancongan perlu dijalankan
secara meluas dengan
mempromosikan negara kita kepada
negara luar kerana jika masyarakat
luar negara mengenali Malaysia ini,
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 11 -

barulah timbulnya rasa suka untuk


datang melancong ke sini
Bertepuk sebelah tangan tidak Kedua-dua belah pihak mesti sama- Janganlah hanya pihak kerajaan
akan berbunyi sama bertanggungjawab sahaja yang bersungguh-sungguh
menjalankan usaha untuk
meningkatkan ekonomi negara
dalam bidang
pelancongan/pertanian, tetapi rakyat
tidak menyambut baik usaha
kerajaan. Jika semua pihak tidak
bergabung tenaga, pastilah usaha ini
menuju kegagalan
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat kerana Industri Kecil Sederhana (IKS) di
kemiskinan/ selalu sakit. negara kita ini sebenarnya sudah
Keadaan yang melarat/ tidak maju lama ada dan beroperasi, tetapi
kewujudan industri ini seperti tidak
dipedulikan dan kurang dimajukan
seperti industri-industri lain
Sambil menyelam minum air Sekali melakukan pekerjaan, Dengan meningkatkan industri
beberapa maksud tercapai pelancongan yang menguntungkan
negara, industri ini juga telah
Di mana-mana air bertakung, di Di mana-mana tempat berpeluang memberikan faedah kepada para
situ ikan berkampung mencari rezeki orang akan peniaga makanan, pengusaha
bertumpu penginapan dan banyak lagi rakyat
Malaysia yang berpeluang mencari
rezeki kerana orang akan bertumpu
di tempat pelancongan itu

11. Dimensi: Negara/Antarabangsa


Tema: Sukan
Peribahasa Maksud Isu
Bagai enau dalam belukar Hidup yang hanya mementingkan Setiap individu yang terlibat dalam
melepaskan pucuk masing-masing diri sendiri sukan, terutama dalam sukan secara
berkumpulan seperti bola sepak,
Berat sama dipikul ringan sama Mengalami susah senang bersama- bola jaring, ragbi dan hoki, mereka
dijinjing sama tidak boleh mementingkan diri
sendiri. Sebaliknya antara sesama
Banyak udang banyak garam, Kemahuan dan kegemaran setiap ahli perlu bertolak ansur kerana
banyak orang banyak ragam orang berbeza-beza masing-masing mempunyai
kemahuan yang berbeza-beza. [©
Cencaru makan petang Memperoleh kejayaan pada akhir Disediakan oleh BKKeng] Mereka juga perlu
perlawanan bersama-sama menghadapi susah
dan senang, demi mencapai
kemenangan dalam setiap
pertandingan
Berakit-rakit ke hulu, berenang- Bersusah payah terlebih dahulu Para atlet disarankan supaya dapat
renang ke tepian, bersakit-sakit untuk mendapatkan kesenangan mengamalkan disiplin diri yang
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 12 -

dahulu, bersenang-senang pada kemudian hari baik dan sanggup bersusah payah
kemudian menjalani latihan intensif demi
Sesuatu kejayaan berpunca daripada memperoleh kemenangan pada
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit usaha kecil-kecilan akhirnya kemudian hari, lantaran setiap
menjadi besar dan mencapai apa- kejayaan berpunca daripada usaha
apa yang dihajati secara kecil-kecilan supaya lama-
kelamaan mereka sudah terbiasa
Segala kesusahan biasanya akan dengan kesusahan yang dirasai
Alah bisa, tegal biasa dirasai pada peringkat awal, setelah semasa latihan dan akhirnya mereka
sudah biasa, kesusahan itu tidak akan mencapai kemenangan/
terasa lagi kejayaan idaman semua

Koleksi Peribahasa
Senarai Peribahasa Nilai Murni

Baik hati / Berbudi bahasa / Berhemah tinggi


• Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang - Merendah diri lebih baik daripada bersikap
sombong
• Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali -Melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan
daripada berbuat jahat
• Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan
sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia
• Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa - Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri
dan masyarakat, sebaliknya berbuat jahat jangan sesekali
• Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik. ke manamana
dia pergi akan baik juga jadinya
• Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua - Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun
akan dimuliakan juga
Daya Usaha / Kesungguhan / Kerajinan
• Alah bisa tegal biasa - Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
• Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan - Setiap perbuatan yang dilakukan
biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut
• Bagai lebah menghimpun madu - Sangat rajin
• Belakang parang kalau diasah lagikan tajam - Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-
sungguh akan berjaya juga akhirnya
• Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
-Kesenangan akan dicapai setelah berusaha dan mengalami kepayahan
• Bulat kata - Keazaman yang sungguh-sungguh
• Cepat kaki, ringan tangan - Rajin dan cepat bekerja
• Diam ubi berisi, diam penggali berkarat - Pendiam tetapi rajin bekerja
• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh
• Genggam bara api biar sampai menjadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
• Hati waja - Tidak mudah berputus asa
• Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih - Jikalau ada kemahuan tentu ada cara untuk melakukannya.
[© Disediakan oleh BKKeng] jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 13 -

• Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
berusaha
• Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan
• Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju
• Mandi peluh - Bekerja keras
• Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh
• Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [© Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan
berjaya
• Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa
• Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga
• Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil
juga akhirnya
• Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin
• Ulat buku - Rajin membaca
• Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah
diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya
Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan
• Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku
perpecahan/perselisihan
• Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab
• Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-
beza
• Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada
penghasutnya
• Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang
baik sahaja
• Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula
• Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut
berasa susah
• Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri
• Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf
• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati
• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat
susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya
• Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu
juga
• Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila
berdekatan akan berkelahi
• Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan
satu pihak sahaja
• Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan
• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil
• Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab
• Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya
Penyesalan
• Ikut hati mati, ikut rasa binasa - Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya
• Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 14 -

• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum
melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian
• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan,
eloklah insaf dengan segera
• Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat
• Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah
Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat
• Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
• Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama
• Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati
• Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak
• Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik
• Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik
• Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati
apabila berbicara tentang sesuatu perkara
• Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat
• Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak
• Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah
• Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati
• Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti
• Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika
melakukan langkah pencegahan dari awal
• Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri
• Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur
kata
• Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana
• Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang
• Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang
• Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana
ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain
Keberanian
• Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan
• Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar
• Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar
• Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah
• Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya
• Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya
Permuafakatan/Bekerjasama
• Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain
• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan
mudah sekiranya dilakukan bersama-sama
• Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula
akan melemahkan masyarakat
• Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup
• Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat
• Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 15 -

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan
tidak berubah kesetiaannya
• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung
bersama
• Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua
• Ringan tangan - Suka membantu
Kepatuhan /Kesetiaan
• Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang
negeri yang didiami
• Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan
• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan
di tempat kita menetap
• Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah
mati terserah kepada hukum Tuhan
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan
di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi
• Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati
• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan
tempat dan keadaan
• Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain
Semangat patriotisme / Cinta akan negara
• Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau
• Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal
• Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal
• Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu
merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga
Rasional
• Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah
• Akal budi - Fikiran yang sihat
• Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
• Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru
• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan
• Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu
Kepentingan ilmu
• Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir
• Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya
• Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram
• Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu
perkara
• Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan
sesuatu lebih baik jangan melakukannya
• Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan
Kepentingan Masa
• Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana
membazirkan masa
• Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita - Manusia tertakluk kepada ketentuan masa untuk
melakukan sesuatu, masa yang terlepas tidak akan kembali lagi
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 16 -

• Masa itu emas - Masa sangat berharga


Kesesuaian/ Kesepadanan
• Bagai bulan dengan matahari - Pasangan yang sepadan
• Bagai pinang dibelah dua - Pasangan pengantin yang secocok
• Bertemu buku dengan ruas - Pasangan yang sesuai
• Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Sama taraf/ sepadan
• Enggang sama enggang, pipit sama pipit -Bersahabat dengan orang yang sama taraf
Kasih sayang
• Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api - Kata-kata yang lemah lembut saja yang dapat
meredakan kemarahan seseorang
• Bagai menjaga intan dicanai - Kasih sayang yang teramat sayang
• Mabuk kepayang - Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran
• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan, tetap ingat dalam hati
• Karam sambal oleh belacan - Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya
tetapi ia tetap disayangi
• Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan - Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk
selama-lamanya, tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap
• Kasihkan anak tangan-tangankan. kasihkan isteri tinggal-tinggalkan - Mengasihi anak dan isteri biarlah
berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku
• Menatang minyak yang penuh - Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi
• Tatang di anak lidah - Terlalu kasih akan anak dan isteri
Berdikari
• Kalau pandai meniti buih. selamat badan sampai ke seberang - Orang yang pandai membawa diri, di
mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat
• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Seseorang yang pandai menyesuaikan diri
• Pandai menyelam air dangkal - Orang yang pandai membawa diri
• Timba air mandikan diri - Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain
Hormat-menghormati
• Menjaga hati - Bertolak ansur dan saling menghormati
• Yang tegak disokong. yang lemah ditopang - Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan
pertolongan
Keadilan
• Duduk dengan cupak dan gantang - Ketua yang adil
• Seduit dibelah tujuh - Pembahagian yang sama rata
• Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak - Menghukum
hendaklah dengan seadil-adilnya
• Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak - Hukuman yang kurang adil
Kebebasan
• Diberi berpadang luas - Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya
• Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati - Orang yang bebas untuk melakukan apa-apa sahaja
• Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya - Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing
• Tepuk dada tanya selera - Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan

-Tamat-
© Khas untuk pelajar-pelajar BKKeng sahaja