Anda di halaman 1dari 51

Sifat solat sempurna dari segi

rukun solat
Oleh :
Aziera Ashiqin Binti Mat Radzi
Farah Azirah Abd Ramli
Nur Farha Binti Mohamad
Syamilah Binti Saliman
“Solatlah kamu sebagaimana kamu
melihat aku solat. ”

(Hadis Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab al-Azan)


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar,
Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"

Surah Al-Baqarah : ayat 238]


“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam
sembahyangnya ”

[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai
dari solatnya."

[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang
mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana
mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang
bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam
sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari
Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta
"Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang
perpisahan .
Rukun solat
1. Berdiri tegak
2. Niat ketika melakukan takbiratul ihram
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku’ serta tuma’ninah
6. I’tidal serta tuma’ninah
7. Sujud dua kali setiap rakaat
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tasyahhud semasa
duduk kali terakhir
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad
S.A.W
12. Salam
13.Tertib
Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring
sehinggakan sampai tahap ruku’ tanpa keuzuran bagi
mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam
sembahyang fardhu . Dalam sembahyang sunat, berdiri
tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah
sunat
Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram
dengan memusatkan qasad hendak melakukan
sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya
sama ada fardhu atau sunat.
Takbiratul ihram . Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz
Allahuakbar. Boleh juga dengan lafaz Allahuakbar atau
Allahujalilulakbar .
Syarat – syarat takbir ialah :
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu
berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan
terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri
atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang.
Syarat-syaratnya adalah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar
(makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri Semua ayat hendaklah dibaca
dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika
imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya
boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-
baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan
menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari
mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang
dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu
perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan
ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali
kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-
syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang,
dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu
tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia
adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi
orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan
(tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian
yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang
bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana
sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
1. Ketika hendak turun sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat tangan.
.
2. Ketika sujud, dua tangan hendaklah diletakkan di atas lantai setentang dengan bahu
atau telinga, dahi dan hidung hendaklah diletakkan di atas tanah dengan menekannya.
Dari Abu Humaid as-Sa’idi menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan
hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan
dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud.
Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Wail bin Hujrin r.a. (tatkala menceritakan
sifat solat Nabi) beliau menceritakan; “….tatkala sujud, nabi meletakkan dua
tangannya setentang dengan dua telinganya” (Riwayat Imam Ahmad).
.
3. Jari-jari dilepaskan menghala ke kiblat dalam keadaan dirapatkan antara satu sama
lain. Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tatkala ruku’ baginda
merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni
merapatkannya)” (Riwayat al-Hakim).
4. Kedua-dua siku diangkat dari tanah (yakni jangan meratakannya di atas tanah) dan
dijauhkan dari dua rusuk (yakni tidak merapatkannya ke rusuk). Sabda Nabi; “Apabila
kamu sujud, letaklah dua tapak tanganmu di atas lantai dan angkatlah dua sikumu
(yakni jangan menghamparnya di atas tanah)” (Riwayat Imam Muslim dari al-Barra’).
Sabda Nabi s.a.w. juga; “Sempurnakanlah sujudmu. Dan janganlah seseorang kamu
menghamparkan dua tangannya (dari tangan hingga siku) seperti hamparan anjing
(yakni; meletakkan kedua-dua tangan dan siku di atas tanah/lantai umpama anjing
tidur)” (Riwayat Imam Muslim dari Anas r.a.). Menjauhkan tangan dari rusuk adalah
berdasarkan hadis at-Tirmizi tadi dan juga hadis dari Buhainah r.a. menceritakan; “Nabi
semasa menunaikan solat tatkala sujud, baginda memisahkan antara dua tangannya
(dari rusuknya) hingga nampak putih dua ketiaknya” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim/Bulugul-Maram).
.
5. Jari-jari kaki hendaklah dilipatkan menghala ke arah kiblat. Abu Humaid as-Sa’idi r.a.
tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w. beliau menjelaskan; “….Ketika sujud Nabi
meletakkan kedua tangannya ke bumi tetapi lengannya tidak dihamparkan dan tidak
pula dirapatkan ke rusuk dan hujung jari kakinya dihadapkan ke arah qiblat” (Riwayat
Imam al-Bukhari).
.
6. Ketika melakukan sujud wajib tomaninah dengan pengertian yang telah diterangkan
terdahulu.
.
7. Ketika sujud disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya
tasbih. Begitu juga digalakkan banyak berdoa ketika berada di dalam sujud. Sabda Nabi
s.a.w.; “Sehampir-hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang
sujud. Oleh demikian, perbanyakkanlah oleh kamu sekelian berdoa (ketika sujud)”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta
tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau
tidak. Syarat-syaratnya ialah:
Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara
lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling
pendek.
Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas
pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
Apa hukum duduk antara dua sujud?

Hukumnya adalah wajib. Tidak sah solat tanpa diselangi dua


sujud tadi dengan duduk. Ini berdalilkan banyak hadis,
antara hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan
solat Nabi s.a.w.; “Apabila bangkit dari sujud (pertama),
Nabi s.a.w. tidak sujud (kali kedua) melainkan setelah duduk
dengan sempurna lebih dahulu” (Riwayat Imam Muslim).
Bagaimana melakukan duduk antara dua sujud yang sempurna?

1. Semasa hendak mengangkat kepada sujud, ucapkan takbir tanpa


mengangkat dua tangan.

2. Semasa duduk disunatkan duduk secara iftirasyh iaitu dengan


menghamparkan kaki kiri, meletakkan punggung di atas hamparan kaki
kiri itu dan kaki kanan pula dipacakkan dengan jari-jarinya menghala ke
arah qiblat. Abu Humaid r.a. menceritakan; “…apabila Nabi
mengangkat kepalanya (dari sujud baginda yang pertama), baginda
melipat kaki kirinya dan duduk di atasnya” (Riwayat Imam Abu Daud).
• 3. Harus juga duduk secara Iq’ak iaitu duduk dengan meletakkan dua pangkal paha
(yakni punggung) di atas dua tumit kaki di mana dua kaki dipacak/ditegakkan di atas
jari-jarinya dan kedua lutut diletakkan di atas tanah. Keharusan duduk secara iq’ak ini
berdasarkan hadis dari Thawus yang menceritakan; “Kami bertanya Ibnu ‘Abbas r.a.
berkenaan duduk al-Iq’ak di atas dua kaki (semasa mengerjakan solat)?. Maka ia
menjawab; ‘Ia adalah sunnah Nabi s.a.w.’.” (Riwayat Imam Muslim).

4. Duduk antara dua sujud ini wajib dilakukan dengan Tomaninah.

5. Disunatkan semasa duduk antara dua sujud ini kita membaca doa yang warid dari
Nabi iaitu;

‫َر ّب ا ْ ِغفرْ ِ ْليوارْ َح ْمنِيواجْ بُرْ نِي َوارْ فَ ْعنِي َوارْ ُز ْقنِي َوا ْه ِدني َو َعا ِفني‬
“Tuhanku! Kurniakanlah keampunan untukku, rahmatilah daku, perbaikilah diriku,
angkatlah darjatku, kurniakanlah rezki kepadaku, berilah hidayah kepadaku dan
maafkanlah daku”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Abu Daud. Riwayat Imam Abu
Daud dengan sanad yang hasan menurut Imam an-Nawawi. Lihat; al-Azkar, kitab Ma
Yaqulu Iza Dakhala fis-Solah).
Apa itu duduk istirahah?

Duduk istirahah ialah duduk yang ringkas sebelum bangun


(ke rakaat kedua atau keempat) selepas sujud kedua bagi
rakaat pertama dan ketiga (jika solat empat rakaat).
Duduk istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan
hadis dari Malik bin al-Huwairis al-Laitsi yang
menceritakan; “Bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w.
menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat
yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk ke
rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua)
melainkan setelah duduk terlebih dahulu”. (Riwayat Imam
al-Bukhari, Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi).
Tatkala bangun untuk ke rakaat berikutnya, mana dulu yang di angkat;
lutut atau tangan?

Terdapat dua pandangan dari ulamak;

Pertama; pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad; dimulai
dengan mengangkat muka, kemudian dua tangan dan seterusnya dua lutut,
iaitu bangun dengan menekankan dua tangan ke atas dua paha. Cara ini ini
adalah sebalik kepada cara ketika turun sujud tadi (mengikut pendapat
jumhur). Mereka berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. tadi yang
menceritakan; “Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua
lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda
mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya” (Riwayat
Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Kedua; pandangan mazhab Imam Malik dan Syafi’ie; sunat didahulukan
mengangkat dua lutut dari dua tangan, iaitu bangun dengan menekan
dua tangan ke atas lantai, bukan dengan menekan dua tangan ke atas
dua paha sebagaimana pandangan pertama di atas. Mereka berdalilkan
hadis dari Malik bin al-Huwairth yang menceritakan sifat solat Nabi;
“….apabila mengangkat kepala dari sujud kedua (di rakaat pertama),
beliau duduk dengan lurus (yakni duduk istirahah-pent.), kemudian
beliau bangun dengan menekan (dua tangan) ke atas tanah” (Riwayat
Imam al-Bukhari).
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada
raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu
tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan
dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di
atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari
bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya)
supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
Disunatkan ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh dan ketika
tahiyyat akhir disunatkan duduk secara tawarruk. Duduk iftiraysh
ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi
punggung dan memacakkan kaki kanan. Adapun duduk tawarruk pula
ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan
dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun
kaki kanan dipacakkan. Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut
berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat
Nabi s.a.w.; “Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda
duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang
kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda
mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan
menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas
punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).
Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat?

1. Bacaan Tahiyyat
2. Bacaan Selawat

Bacaan tahiyyat ialah;

‫حين أ ْـش َهـ ُد ْأـنالــ َلإــِهـ إ َّـال‬


ّ ‫وـعلىعبا ِد ل‬
‫اــهـ‬ ِ ‫الم َعل َيْنا‬
ُ ‫س‬‫ ل َّاـــ‬،‫اــ َُّبي َورـ ْحـ َم ُة ل َّ ِاـــهـ َوـب َرـك َا ُ ُتـهـ‬
، َ ‫َّلاــصـا ِلـ‬ ّ ‫الم َعل َي ْ َكأ ُّ َيـهـا لن‬ ّ ‫ ل‬،‫ِبات ل َّ ِلـــهـ‬
ُ ‫اــَس‬ ِ ُ ّ ‫اــطي‬
َ ّ ‫اــصلَوـُات ل‬
َّ ‫كات ل‬ َ ‫اــ َِح ّي َ ُات لاــُم‬
ُ ‫بار‬ ّ‫لت‬
‫اــ ِهـ‬َّ ‫ح َّمدا ً َرـ ُس ُول ل‬ َ ‫أش َهـ ُد َّأنُم‬ َّ ‫ل‬
ْ ‫ َوـ‬،‫اــُهـ‬
“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah.
Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat
sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu
‘Abbas r.a.)

Bacaan Selawat pula ialah;

‫وـعل َى آــل ِإـ َبْراـ ِهيْم‬


َ ‫ـتل َى ِإ َبْراـ ِهيْم‬
‫حمدٍ كــما‬
َّ ‫َىآل ُم‬
ِ ‫وـعل‬
َ ‫حمد‬
َّ ‫َىم‬ ُ ‫وـعل َى آــل ِإـ َبْراـ ِهي ْ َم وـباركْ َعل‬
‫بــــك َع‬
َ ‫ار‬ ‫حمدٍ كــما صل َّـ َي ْ َع‬
َ ‫تل َى ِإـ َبْراـ ِهي ْ َم‬ َّ ‫َىآل ُم‬
ِ ‫وـعل‬
َ ٍ‫حمد‬
َّ ‫َىم‬
ُ ‫صـل َعل‬ َّ ‫ل‬
ِ ّ ‫اــهم‬
‫مين إ ّ َنـَكحمي ٌد مجي ٌد‬ َ ‫ي لاــعـ لاــ‬ ‫فـــ‬
“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu
mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas
Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli
Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia”. (Riwayat Imam Muslim dari
Ibnu Mas’ud)
10. Membaca tasyahhud semasa
duduk kali terakhir. Lafaz
tasyahhud yang sempurna ialah
seperti berikut:
Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa
Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di


atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking),
jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk
dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah
kiblat) ketika menyebutkan (‫اــهـ‬
‫ ) إـال ل‬sambil meniatkan di dalam
hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa
meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari
tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha
kiri.
Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat,
baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda
menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari
telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Riwayat Imam
Muslim)

2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang
melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila
lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu
berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang
dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah
menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya,
mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan
matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.”. (HR Imam an-
Nasai).
3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah
s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang
kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri.
Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan
pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut
kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin
Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa
Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha
kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari
kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan
ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-
gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu
Daud). Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya
meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda
membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.
Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat
dan mengisyaratkannya tadi?

Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Pandangan pertama; tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w.


tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah
bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. memberi isyarat
dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa
tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”.

b) Pandangan kedua; perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis


dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai
tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.)
menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil
berdoa dengannya”.
Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir
lain.
Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf
(makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas
tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat
hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-
Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”
atau “An-Nabiy” .
Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas
tasyahhud.
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang
dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh
menggantikannya dengan tanwin .
Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu
kepada pihak kedua.
Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘” yang menunjukkan pihak yang
ditujukan salam itu pihak ramai.
Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan
dadanya.
Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada
sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat
belajar.
Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun
yang sepatutnya dikemudiankan.
Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup,
untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan
berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap
orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang
dari punca yang halal tanpa syubhah.
 
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat
hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah
dijadikan yang terbaik.
 
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh
apakala masa hampir luput.
 
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti
bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat
mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang
melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi
(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang
itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf)
kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
 
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati
dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan
solat.
 
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
 
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan
menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.


 
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
 
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian
ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
 
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni,
bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan
ketika berjemaah.
 
5 sebab mengapa kita perlu solat ?
Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.
Solat membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya
melalui kelazatan munajat kepada Pencipta dan melahirkan pengabdian
kepada Allah dengan menyerah segala urusan kepada-Nya, memohon
kedamaian dan keselamatan daripada-Nya.
Peluang Menggandakan Pahala
Dan Penghapusan Dosa
Solat bukan sahaja menjadi
penyumbang kepada ganjaran
yang berlipat ganda, malah  ia
juga dapat menghapuskan dosa-
dosa yang yang lalu.
Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat

Dengan melakukan solat juga dapat memperkukuh kesegaran tubuh badan kita. Solat
menuntut agar setiap muslim, bangun pagi seawal mungkin dan bersemangat dalam
menghadapi tugas-tugas harian sejak menjelang terbitnya matahari.
Menurut al-Zahabi: “ Dalam solat, faktor fizikal juga terlibat iaitu dalam bentuk
senaman untuk badan selain penumpuan fikiran. Senaman-senaman itu melibatkan
berdiri tegak ( qiyam ) sujud, ruku’, tumakninah dan penumpuan melalui solat
pergerakan-pergerakan badan berlaku, dan kebanyakan organ dalam keadaan tenang.

Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri
Solat yang dilakukan dengan penuh khusyu’ juga  dapat menumbuhkan pada
diri mukmin yang melakukannya kekuatan rohani dan batin yang amat
berguna dalam mengharungi segala kesulitan hidup dan juga ujian dalam
kehidupan seharian kita.
al-Zahabi menyatakan dalam kitab karangan beliau al-Tib:
“Ibadah solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, ia dapat
mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah. Ia dapat
meningkatkan rasa cinta kepada kebenaran dan rendah diri terhadap
manusia, melembutkan hati, membentuk kasih sayang dan sifat memaafkan
serta membenci dan sifat balas dendam…Seseorang boleh menemui cara-cara
untuk menyelesaikan masaalah-masaalah duniawi dan rohaniah. Dan
seseorang itu boleh memeriksa diri sendiri terutamanya apabila seseorang itu
benar-benar menghayati solatnya. Waktu yang paling baik ialah – selepas –
tengah malam semasa kebanyakan orang sedang tidur dan dalam keadaan
sunyi sepi. “
Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi
Selain dari faedah kerohanian yang dapat diraih melalui amalan solat yang
dapat membantu mukmin untuk sentiasa berbuat kebaikan dan
meninggalkan kejahatan serta menjauhi perkara maksiat dan juga mungkar,
dengan mengerjakan solat juga akan dapat mengukuhkan moral dan mental
seorang mukmin.
Ini kerana ia akan dapat menanamkan dalam hati, kesedaran adanya
pengawasan ilahi, memelihara aturan-Nya, menjaga disiplin waktu, gentar
akan ancaman dan seksaan Nya serta sanggup mengatasi sifat-sifat kemalasan
dalam memperturutkan hawa nafsu dan sifat-sifat kelemahan manusia yang
lainnya.
Firman Allah :
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila
ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang
mengerjakan sembahyang – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan
sembahyangnya; Surah al-Ma’arij ( 70 ) : 19-23
•RAHSIA SOLAT
• 1 -         Niat Sembahyang : 
       Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2 -         Berdiri Betul : 
       Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

3 -         Takbir-ratul Ihram : 
       Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 

4 -         Fatihah : 
       Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

5 -         Ruqu' : 
       Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

6 -         I'tidal : 
       Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 

7 -         Sujud : 
       Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

8 -         Duduk antara 2 Sujud : 


       Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 

9 -         Duduk antara 2 Sujud (akhir) : 


       Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 

1 0 -         Tahhiyat Akhir : 


       Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur. 

11 -         Selawat Nabi : 
       Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

12 -         Salam : 
       Memelihara kita di dalam kubur. 

13 -         Tertib : 
       Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. 

Anda mungkin juga menyukai