Anda di halaman 1dari 8

BAB 2 : PERATURAN KESELAMATAN

2.1 PENGENALAN

Industri pembinaan adalah sektor yang mewujudkan Perunding MME sebagai


Sebuah syarikat yang berjaya, berdaya saing dan berkualiti di negara ini. Kepesatan
pertumbuhan sektor ini bergantung kepada produktiviti, kemahiran dan kesungguhan
tenaga yang di curahkan oleh pekerja – pekerja. Justeru itu, soal kebajikan dan
keselamatan perkerja haruslah di berikan perhatian.

Sebagai langkah untuk meningatkan lagi tahap kesedaran keselamatan di


kalangan pekerjanya dan mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja serta
tapak binaan, syarikat memberikan satu polisi agar dapat memberi manafaat kepada
pekerja, antaranya adalah :

i. Mengurangkan masa henti dan kos berkaitan kemalangan.


ii. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan teratur.

10
iii. Tapak kerja yang selamat boleh membantu mempertimbangkan motivasi
peribadi.
iv. Membantu mempertingkatkan rekod prestasi syarikat.
v. Pengiktirafan kepada kemahiran dan sambungan peribadi terhadap
industri pembinaan negara.

2.2 POLISI KESELAMATAN

Perunding MME SDN. BHD merupakan sebuah organisasi yang bergiat di


dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, adalah komited untuk memastikan
keadaan keadaan tempat kerja yang selamat dan sihat serta melindungi keselamatan
dan kesihatan perkerjanya, vendor dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya
atau operasi yang bersangkutan dengannya mengikut undang – undang dan peraturan
– peraturan serta keperluan yang diguna pakai oleh badan – badan berkanun dan
mungkin piawai dan kod amalan negara serta antarabangsa.

Pengunaan dan keberkesanan polisi ini adalah tangungjawab pengurusan


dengan melibatkan penyertaan kesemua pekerjanya. Perunding MME SDN. BHD
akan memastikan sumber yang mencukupi, memberikan dan menyediakan latihan
serta perhatian kepada keselamatan dan kesihatan.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan diberi keutamaan apabila


menjalankan kegiatan – kegiatan peniagaannya. Keselamatan dan kesihatan pekerja
menjadi perhatian utama dan amalan bagi membolehkan syarikat menjadi produktif,
berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan. Perunding MME Sdn. Bhd juga telah
menyemai budaya kerja yang berkuliti. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
akan sentiasa di pupuk untuk meningkatkan peritasi kerja yang cermelang.

11
2.3 PERATURAN KESELAMATAN AM

i. Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit


mestilah dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
ii. Pastikan bantuan kecemasan di lakukan sebelum mangsa di bawa ke
pusat rawatan.
iii. Jangan bergurau semasa berkerja.
iv. Kasut keselamatan yang di sediakan mestilah dipakai sepanjang masa
berkerja.
v. Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa berkerja.
vi. Pelindung mata harus digunakan semasa melakukan dan berada di
kawasan yang berbahaya.
vii. Topi keselamatan mestilah di gunakan semasa di tempat kerja.
viii. Kesemua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah dikakinya atau
tangga yang rosak jangan digunakan.
ix. Tidak sesiapa pun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa
berada di plant yang dinaikkan dengan ‘” Forklift ”.
x. Berdiri atau berkeja dia atas anak tangga paling atas adalah berbahaya
dan dilarang sama sekali. Jagan gunakan tangga dalam keadaan yang
kurang selamat.
xi. Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas, pelantar dan pancak
digunakan apabila perlu.
xii. Tali pinggang keselamtan, tali penyelamat dan abah – abah hendaklah
digunakan dengan betul jika tangga tidak boleh digunakan.
xiii. Perkerja di larang menggunakan kotak atau pallet bersusun dan tong
sampah sebagai tangga atau perancah.
xiv. Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah
berbahaya dan di larang sama sekali.
xv. Jangan menumpang jentera angkut susun ( Forklift )
xvi. Semua kenderaan yang masuk dan bergerak disekitar kawasan kilang
tidak boleh melebihi had laju yang di tetapkan.

12
xvii. Jentera angkut susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan
mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
xviii. Adalah tangungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat
perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
xix. Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila pulang dan mesin itu
tidak di gunakan lagi.
xx. Meludah dan membuang sampah merata – rata di dalam kawasan kilang
adalah di larang sama sekali.

2.4 MENCEGAH BAHAYA KEBAKARAN

i. Jangan menggunakan bahan yang mudah terbakar atau meruap untuk


kerja mencuci.
ii. Gasibe, cecair terbakar, gas dan lain – lain hendaklah disimpan di
kawasan khas.
iii. Kertas, kayu, pepejal dan bahan mudah terbakar jangan di simpan di
kawasan khas.
iv. Tanda “ Dilarang Merokok “ hendaklah dipatuhi.
v. Pastikan laluan kearah alat pemadam api dan alat pencegah kebakaran
yang lain tidak terhalang.
vi. Alay pemadam api yang telah di gunakan hendaklah dipulangkan dengan
segera ke jabatan keselamatan.
vii. Kebakaran kebanyakannya berpunca daripada kelalaian atau cara kerja
yang tidak mengikut peraturan. Semua bahan sisa hendaklah di buang
dengan cara selamat.
viii. Sebarang kebakaran besar atau kecil sekalipun uang berlaku di kawasan
syarikat mestilah dilaporkan kepada penyelia.

13
2.5 PERATURAN KESELAMATAN ELEKTRIK

Semua kerja – kerja yang di buat, beroperasi di dalam sistem Perbadanan


Pembekalan Letrik Sarawak ( SESCO ) hendaklah mematuhi Peraturan Keselamatan
Elektrik SESCO ( Elektrical Safety Rules rev. 99 ) iaitu seperti :

i. Semua kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh pekerja – pekerja yang


layak ( mempunyai Sijil kelayakan ).
ii. Juruelektrik bertangungjawab terhadap keselamatan pekerja – pekerja
yang bertugas bersamanya dan sesiapa sahaja yang mungkin berada
berhampiran dengan kawasan kerja, termasuk keselamatan dirinya
sendiri.
iii. Semua litar elektrik hendaklah di anggap hidup sehinggalah disahkan oleh
perkerja yang layak.
iv. Juruelektrik mestilah tahu cara-cara permulihan penafasan mangsa
kemalangan.
v. Laporkan segera kepada penyelia / foremen sebarang keadaan litar
elektrik yang kurang selamat, seperti wayar longgar, sambungan litar
pintas atau petak elektrik yang terbuka.
vi. Juruelektrik mestilah tahu cara – cara pemulihan penafasan mengsa
keselamayan.
vii. Hanya perkerja – perkerja yang diarahkan atau layak sahaja dibenarkan
memasuki bilik suis, bilik tranformer / alatubah.

14
RAJAH 2.5.1 LAMBANG AMARAN BAHAYA

15
RAJAH 2.5.2 LAMBANG AMARAN BAHAYA

16
17

Anda mungkin juga menyukai