Anda di halaman 1dari 6

MUSLIM CONSUMERS EMERGENCY COMMUNICATION TEAM

(MEC-TEAM)
PASUKAN KOMUNIKASI PENGGUNA ISLAM
PESATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

____
1.0 Pengenalan.

Penubuhan Sukarelawan MUSLIM CONSUMERS EMERGENCY


COMMUNICATION TEAM (MEC-TEAM) dibawah naungan
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ini adalah berteraskan
kesedaran dan tanggungjawab tentang kepentingan diwujudkan satu
pasukan khas yang pakar dalam menyediakan perkhidmatan
komunikasi segera bagi membantu dan menyelaraskan perhubungan
organisasi yang ditugaskan dalam satu-satu operasi pemantauan,
penguatkuasaan, pencarian dan menyelamat ketika berlakunya
aduan, laporan, kecemasan dan bencana alam.

Jaringan komunikasi yang pantas dan efektif amat diperlukan, malah


menjadi faktor yang amat penting dalam penyelarasan mana-mana
operasi sekalipun terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman
yang mana interaksi menerusi talian telefon sukar diperolehi.

Kepentingan Komunikasi Efektif Dalam Operasi Pemantauan,


Penguatkuasaan, Pencarian dan Menyelamat

1. Komunikasi efektif memudahkan operasi pemantauan dan


penyaluran lapuran secara pantas dan terkini.

2. Memudahkan pergerakkan pasukan pemantauan dan


penguatkuasaan kepada beberapa kumpulan ke lokasi-lokasi
berbeza secara serentak.

3. Memudahkan pihak urusetia penyelaras dalam memantau


lokasi pergerakan pasukan terlibat.

4. Memudahkan panggilan kecemasan dan mempercepatkan


gerakkan bantuan sokongan dilakukan.

5. Memudahkan komunikasi antara anggota pasukan yang


sedang dalam misi khas.

6. Membolehkan lapuran semasa dibuat dengan lebih kerap dan


efektif antara lokasi misi dengan bilik kawalan.

____________________________________________________________

9W2-SAT / SC2-AM (Izham) © 2006 2


2. Objektif Pasukan MEC-TEAM

2.1 Menyediakan sistem komunikasi efektif dan berkesan


kepada ahli-ahli.
2.2 Memudahkan penyampaian maklumat kepada ketua-ketua
unit dan ahli-ahli.
2.3 Jimat dan membolehkan interaksi dengan lebih kerap
sesama ahli bagi menguatkan aktiviti para aktivis.
2.4 Mengembangkan aktiviti ahli-ahli PPIM kepada program
sukarelawan dan khidmat masyarakat.
2.5 Menyediakan pasukan perkhidmatan rundingan dan nasihat
kepakaran berkenaan komunikasi radio kepada mana-mana
agensi kerajaan dan organisasi yang memerlukan.
2.6 Memberi latihan teori dan praktikal untuk memudahkan ahli-
ahli memantau dan menjalankan aktiviti termasuklah
sebagai persediaan menghadapi misi khas, bencana dan
kecemasan.
2.7 Mempromosikan penggunaan kemudahan komunikasi radio
secara lebih efektif kepada ahli dan masyarakat.

9W2-SAT / SC2-AM (Izham) © 2006 3


_______________________________________________________
3.0 Misi

3.1. Menjadi pasukan sukarelawan pro-aktif terutamanya


dalam aspek persediaan kepakaran komunikasi radio
dalam menjalankan tugas-tugas sukarelawan dan
pemantauan terutamanya menghadapi sebarang
kemungkinan bencana alam dan kecemasan di dalam
dan luar negara.

3.2. Menjadi pasukan pengguna berradio yang terunggul dan


dikenali di Malaysia dengan kepakaran dan kepantasan
melaksanakan tugas sokongan komunikasi dan
pemantauan.

9W2-SAT / SC2-AM (Izham) © 2006 4


____
4. Perlaksanaan

4.1. Menyediakan pasukan tindakan pantas MEC-TEAM.

4.2. Menyediakan bilik gerakan pemantauan dan urusetia di


Pusat Aktiviti PPIM 4 di 70x Jalan Keramat Hujung, KL.

4.3. Memasang pancarulang ”repeater” canggih di Genting


Highlands.

4.4. Melaksanakan aktiviti latihan dan praktikal kepada ahli dan


masyarakat.

4.5. Mengembangkan perkhidmatan kepada seluruh negara.

9W2-SAT / SC2-AM (Izham) © 2006 5


____________________________________________________________

5.0 Penutup

Harapan kita semoga MEC-TEAM PPIM diterima dan diiktiraf di


seluruh negara sebagai pasukan sukarelawan komunikasi radio
terunggul bagi memberi manafaat terbaik kepada semua pihak
yang terlibat dalam membentuk, menghayati dan menghargai
kedamaian dan kesejahteraan Negara. Penerapan semangat
sukarelawan dan tanggungjawab kemanusiaan kepada
masyarakat pengguna khususnya para anggota sendiri menjadi
tonggak pasukan yang penuh iltizam dan professional.

Semoga dengan usaha ini akan melahirkan masyarakat yang


lestari, mampan dan harmoni demi kemakmuran dan
kesejahteraan negara.

“Komunikasi Efektif Negara Progresif.”


”Bersama Kembalikan Hak dan Maruah Dengan Bijaksana

9W2-SAT / SC2-AM (Izham) © 2006 6

Anda mungkin juga menyukai