Anda di halaman 1dari 10

SEJAUHMANAKAH MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK PENDIDIKAN

ISLAM PERINGKAT MATRIKULASI: KAJIAN DI KOLEJ MATRIKULASI


KEDAH.

NASHITAH BT. AZAHARI


KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Abstrak

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau kedudukan (kalau boleh


juga dikatakan sebagai kesan) subjek Pendidikan Islam di kalangan
pelajar-pelajar Islam Kolej Matrikulasi Kedah. Untuk menyempurnakan
maksud itu, penulis telah menggunakan kaedah soal selidik
(questionnaire). Tinjauan ini dibuat agar dapat menjadi panduan bagi
membantu merangsang budaya ilmu dikalangan pelajar Matrikulasi
sesuai dengan matlamat sukatan pelajaran Pendidikan Islam BMKPM
untuk melahirkan pelajar berilmu, beriman, beramal serta menghayati
prinsip-prinsip ajaran Islam pada setiap masa dan memiliki peribadi mulia
bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya di
Kolej Matrikulasi Kedah. Kajian ini bertujuan mengetahui
sejauhmanakah sikap pelajar terhadap Pendidikan Islam
danpensyarah Pendidikan Islam di Kolej Matrikulasi Kedah sebagai
salah satu subjek wajib untuk pelajar-pelajar Islam bagi setiap jurusan
selain beberapa subjek wajib yang lain. Untuk mengetahui kedudukan
subjek Pendidikan Islam di kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah,
penyelidik telah membentuk 15 soalan soal selidik yang mana tiap-tiap
item dari 15 soalan tersebut ditentukan di bawah beberapa angkubah
terikat yang telah ditetapkan. Angkubah-angkubah terikat ini dilihat dari
aspek jantina, aras kecapaian pengetahuan agama Islam dalam
peperiksaan SPM, mengikuti kegiatan agama Islam di dalam dan di luar
kampus sebagai pengaruh kepada kedudukan atau kesan Pendidikan
Islam di kalangan pelajar-pelajar.
.

1
PENDAHULUAN

Dalam kemajuan sistem pendidikan pada hari ini, kebanyakan masyarakat menyedari
tentang kepentingan Pendidikan Islam dalam pendidikan kebangsaan bagi menjamin
proses perkembangan agama ini tidak terhenti pada satu zaman sahaja. Langkah
penawaran kursus Pendidikan Islam sebagai kursus wajib bagi semua pelajar beragama
Islam di Matrikulasi adalah satu langkah wajar. Ini adalah kerana ia merupakan
sebahagian usaha untuk merealisasikan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh yang demikian, usaha menjalankan kajian tentang pelaksanaan dan
keberkesanan kursus tersebut juga perlu dijalankan. Justeru, kajian ini dijalankan atas
tujuan untuk mengenalpasti minat para pelajar Kolej Matrikulasi Kedah terhadap kursus
Pendidikan Islam.

Permasalah Kajian

Matlamat utama kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana minat pelajar terhadap
subjek Pendidikan Islam peringkat matrikulasi memandangkan subjek ini hanyalah
sebagai salah satu subjek wajib di samping beberapa subjek wajib yang lain.

Tinjauan Literatur

Kajian yang pernah dibuat mendapati para pelajar 3 buah IPTS swasta mempunyai
sikap yang amat positif terhadap kursus Pendidikan Islam, ibadah solat dan akhlak
Islam. Contohnya, Rokiah bt. Abdullah (2006), mendapati tidak terdapat perbezaan sikap
yang signifikan terhadap kursus Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan jenis institusi.

Penyelidikan yang dibuat oleh Mohamad Faisal bin Haji Ahmad (2005) terhadap kesan
pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam terhadap perubahan sikap, akhlak dan
tingkah laku pelajar di IPTS terutama di Kolej Yayasan Melaka juga mendapati mata
pelajaran Pengajian Islam meninggalkan kesan yang positif berdasarkan min
keseluruhan dan peratusan terhadap perubahan sikap pelajar di Kolej Yayasan Melaka.

Selain itu, Aiiri Abu Bakar dalam kajiannya tentang Sikap Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah pula
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikappelajar terhadap subjek
Pendidikan Islam dengan sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam.

Hipotesis Kajian

Dalam menentukan hipotesis kajian ini, penyelidik telah mengandaikan bahawa pelajar
berminat mengikuti subjek Pendidikan Islam bergantung kepada persepsi pelajar kepada
pensyarah Pendidikan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, peranan pensyarah
merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada minat terhadap subjek
Pendidikan Islam.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kaedah tinjauan (survey)
menggunakan satu instrument yang terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut
ialah Bahagian A,B dan C dan mengandungi 15 soalan yang akan dijawab oleh sample.
Data-data yang diperolehi akan dibuat penganalisaan perisian Statistical Package for
the Social Science Ver. 12 (SPSS).

2
Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan Sains Fizikal di Kolej Matrikulasi
Kedah sesi 2008/2009. Pemilihan pelajar-pelajar ini dibuat adalah berdasarkan kepada :

(a) pelajar yang didaftarkan subjek Pendidikan Islam bagi semester ini
(b) pelajar bagi tahun yang dinilai

Jumlah pelajar jurusan Sains Fizikal bagi sesi 2008/2009 ialah seramai 982 orang.
Untuk mendapat ketepatan dalam kajian ini, jumlah sampel yang besar dengan jumlah
populasi diambilkira. Jumlah yang dipilih mencakupi sasaran secara keseluruhan
populasi yang hendak dikaji. Ini kerana, menurut Henry (1990), pemilihan saiz sampel
yang tepat bergantung juga kepada faktor pemilihan bilangan sasaran sebenar yang
boleh dipercayai dari populasi tersebut. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil 100
orang sampel secara rawak daripada 982 orang pelajar Sains Fizikal. Daripada 100
orang sampel yang dipilih, 50 orang daripadanya adalah lelaki dan 50 orang lagi terdiri
daripada pelajar perempuan.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan soal selidik yang diubahsuai oleh
penyelidik sendiri sebagai instrumen untuk mengumpul dan memperolehi data atau
maklumat daripada sampel kajian tentang minat pelajar terhadap subjek Pendidikan
Islam. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B dan bahagian C. Bagi setiap bahagian, penyelidik akan menggunakan
instrumen ‘Rating Scale’ atau ‘Skala Likert’ untuk mengukur darjah atau tahap skor
bagi setiap item soal selidik.

Berdasarkan Skala Likert ini, penyelidik akan menggunakan Skala Likert 5 angka dan ini
bermakna penyelidik akan menggunakan nombor 1-5 untuk sampel memilih jawapan-
jawapan yang telah disediakan. Untuk setiap bahagian ini, Skala Likert yang diberi
mempunyai nilai seperti berikut :

a) Nilai 1 menunjukkan Sangat Tidak Setuju


b) Nilai 2 menunjukkan Tidak Setuju
c) Nilai 3 menunjukkan Kurang Setuju
d) Nilai 4 menunjukkan Setuju
e) Nilai 5 menunjukkan Sangat Setuju

Dalam bahagian A, tujuh komponen penilaian telah dikemukakan kepada pelajar untuk
menjawab kecenderungan pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Antara komponen
penilaian yang dikemukakan ialah saya suka dengan subjek Pendidikan Islam, subjek
Pendidikan Islam pentin kepada saya, subjek Pendidikan Islam mendorong saya
mendalami dan menghayati ajaran Islam, subjek Pendidikan Islam dapat mengurangkan
tekanan perasaan saya berbanding subjek lain, subjek Pendidikan Islam amat menarik
dan subjek ini menyedarkan tentang nilai kehidupan.

Berdasarkan kepada komponen yang dinilai penyelidik dapat membuat analisis bagi
jawapan-jawapan yang dipilih pelajar sama ada mereka meminati sunjek ini sebagai
salah satu subjek wajib di peringkat matrikulasi.

Dalam bahagian B, lima komponen penilaian telah diubahsuai untuk menjawab sama
ada persepsi pelajar terhadap pensyarah Pendidikan Islam telah mendorong mereka
meminati subjek ini di peringkat matrikulasi atau tidak. Antara komponen yang di lihat
ialah penampilan pensyarah, sikap pensyarah Pendidikan Islam terhadap pelajar,
keyakinan pensyarah dalam menyampaikan isi pengajaran dan adakah pelajar suka

3
berbincang tentang masalah peribadi yang dihadapi dengan pensyarah Pendidikan
Islam.

Manakala dalam bahagian C, tiga komponen penilaian telah diubah suai untuk
menjawab persoalan sama ada pelajar berminat mengikuti program yang dianjurkan
oleh Pusat Islam untuk menambahkan keyakinan pelajar dalam mengharungi kehidupan
sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi.

Prosedur Kajian

Pengkajian dijalankan sepertimana yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Ini


bermakna, segala etika penyelidikan perlu dipatuhi dengan memastikan segala item-item
yang dinilai tidak sensitif pada mana-mana pihak.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil tinjauan survey yang dilakukan ke atas 100 orang pelajar kursus Sains Fizikal Kolej
Matrikulasi Kedah dari segi minat terhadap subjek Pendidikan Islam dengan
menggunakan SPSS dan ianya disusun dalam jadual-jadual tertentu. Di sini, akan
dibincangkan dapatan kajian berasaskan kepada fokus soal selidik yang dikemukakan
kepada pelajar berkenaan.

Populasi kajian terdiri daripada 100 orang pelajar yang masih menuntut di Kolej
Matrikulasi Kedah. Analisis kajian menunjukkan jumlah responden lelaki ialah 50 orang
(50 %) dan 50 orang (50 %) adalah responden perempuan. Jadual 1 menunjukkan
taburan latar belakang responden mengikut jantina.

Jantina Kekerapan Peratus


Lelaki 50 50
Perempuan 50 50
Jumlah 100 100
Jadual 1: Taburan Kekerapan Responden Berdasarkan Jantina

Dari segi kepentingan Pendidikan Islam kepada pelajar, penyelidik telah mendapati
kekerapan jawapan pelajar kepada 3 tahap seperti jadual 2 di bawah. Sebanyak 2 %
kurang setuju penyatakan bahawa subjek ini tidak penting, 44 % setuju menyatakan
subjek ini penting dan 54 % lagi menyatakan sangat setuju bahawa subjek Pendidikan
Islam penting kepada pelajar di peringkat matrikulasi.

Item Kekerapan Peratus


Kurang Setuju 2 2
Setuju 44 44
Sangat Setuju 54 54
Jumlah 100 100
Jadual 2: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Kepentingan
Pendidikan Islam Kepada Pelajar

Dalam jadual 3 di sebelah pula menunjukkan terdapat hanya 1 % pelajar menjawab


sangat tidak setuju mengatakan bahawa subjek Pendidikan Islam meningkatkan minat
untuk terus belajar. Sebanyak 13 % menjawab kurang setuju manakala 48 % peratus
pelajar menjawab setuju dan 38 peratus lagi pelajar menjawab sangat setuju.

4
Item Kekerapan Peratus
Sangat Tidak Setuju 1 1
Kurang Setuju 13 13
Setuju 48 48
Sangat Setuju 38 38
Jumlah 100 100
Jadual 3: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Meningkatkan
Minat Pelajar Untuk Belajar

Dalam jadual 4 pula menunjukkan 20% pelajar menjawab setuju mengatakan subjek
Pendidikan Islam mendorong para pelajar mendalami dan menghayati Pendidikan Islam
manakala bakinya iaitu sebanyak 80% lagi menyatakan sangat setuju dengan kenyataan
ini.

Item Kekerapan Peratus


Setuju 20 20
Sangat Setuju 80 80
Jumlah 100 100
Jadual 4: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Subjek Pendidikan
Islam Mendorong Pelajar Mendalami dan Menghayati Ajaran Islam

Jadual 5 di bawah pula menunjukkan 2 % pelajar menjawab tidak setuju, 4% menjawab


kurang setuju, 34% menjawab setuju dan 60%menjawab sangat setuju tentang subjek
Pendidikan Islam mengurangkan tekanan perasaan pelajar berbanding subjek lain.

Item Kekerapan Peratus


Tidak setuju 2 2
Kurang Setuju 4 4
Setuju 34 34
Sangat Setuju 60 60
Jumlah 100 100
Jadual 5: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Subjek Pendidikan
Islam Mendorong Mengurangkan Tekanan Perasaan Pelajar Berbanding Subjek Lain

Dalam jadual 6 pula, 1 % pelajar menjawab tidak setuju subjek Pendidikan Islam amat
menarik, 8% menjawab kurang setuju, 49% menjawab setuju dan 42% menjawab sangat
setuju dengan pernyataan subjek Pendidikan Islam amat menarik.
Item Kekerapan Peratus
Tidak setuju 1 1
Kurang Setuju 8 8
Setuju 49 49
Sangat Setuju 42 42
Jumlah 100 100
Jadual 6: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Subjek Pendidikan
Islam Amat Menarik

Jadual 7 pula menjawab persoalan tentang penampilan pensyarah Pendidikan Islam.


Sebanyak 1% menjawab sangat tidak setuju, 2% menjawab kurang setuju, 32%
menjawab setuju dan 65% menjawab sangat setuju.

5
Item Kekerapan Peratus
Sangat Tidak setuju 1 1
Kurang Setuju 2 2
Setuju 32 32
Sangat Setuju 65 65
Jumlah 100 100
Jadual 7: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Penampilan
Pensyarah Pendidikan Islam

Jadual 8 memperlihatkan sebanyak 1% kurang setuju, 32% setuju dan 67% sangat
setuju menyatakan pensyarah Pendidikan Islam melayan dan menghormati pelajar serta
rasional dalam tindakan.

Item Kekerapan Peratus


Kurang Setuju 2 2
Setuju 44 44
Sangat Setuju 54 54
Jumlah 100 100
Jadual 8: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Pensyarah
Pendidikan Islam Melayan dan Menghormati Pelajar serta Rasional Dalam Tindakan

Dalam jadual 9 di bawah 18% menjawab sangat setuju dengan kenyataan BBM yang
digunakan pensyarah Pendidikan Islam mampu meningkatkan kefahaman tentang
subjek. 47% menjawab setuju, 27% menjawab kurang setuju, 5% menjawab tidak setuju
dan hanya 3% menjawab sangat tidak setuju.

Item Kekerapan Peratus


Sangat Tidak Setuju 3 3
Tidak setuju 5 5
Kurang Setuju 27 27
Setuju 47 47
Sangat Setuju 18 18
Jumlah 100 100
Jadual 9: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian BBM Yang
Digunakan Pensyarah Pendidikan Islam Mampu Meningkatkan Kefahaman Tentang
Subjek

Dalam jadual 10, 2% menjawab tidak setuju, 10% menjawab kurang setuju, 63%
menjawab setuju dan 25% menjawab sangat setuju tentang minat pelajar untuk
mengikuti program penghayatan Islam yang di anjurkan di kolej.

Item Kekerapan Peratus


Tidak setuju 2 2
Kurang Setuju 10 10
Setuju 63 63
Sangat Setuju 25 25

6
Jumlah 100 100
Jadual 10: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Minat Mengikuti
Program Penghayatan Islam di Kolej

Akhir sekali, di dalam jadual 11 di bawah merupakan penilaian tentang program anjuran
Pusat Islam banyak memberi input kepada pelajar atau sebaliknya. 2% menjawab
sangat tidak setuju dan tidak setuju. 12% menjawab kurang setuju, 60% menjawab
setuju dan 24% menjawab sangat setuju.

Item Kekerapan Peratus


Sangat Tidak Setuju 3 3
Tidak setuju 5 5
Kurang Setuju 27 27
Setuju 47 47
Sangat Setuju 18 18
Jumlah 100 100
Jadual 11: Taburan Kekerapan Responden Bagi Komponen Penilaian Program Pusat
Islam Memberi Input Yang Banyak Buat Pelajar

Soalan-soalan Kajian

1. Subjek Pendidikan Islam penting kepada saya.

Dengan dapatan yang diterima bagi item sangat setuju sebanyak 54%, dan
hanya 2% menjawab kurang setuju dengan pernyataan ini kesimpulan dapat
dilihat bahawa responden bersetuju dengan menjawab kepentingan subjek
Pendidikan Islam kepada mereka.

2. Subjek Pendidikan Islam meningkatkan minat saya untuk belajar.

Melalu jadual 3 sebanyak 48%iaitu peratus tertinggi telah menyatakan setuju


Pendidikan Islam meningkatkan minat pelajar untuk belajar manakala sebanyak
1% sahaja selesa memilih sangat tidak setuju.

3. Subjek Pendidikan Islam mendorong saya mendalami dan menghayati


ajaran Islam.

Dengan peratus tertinggi sebanyak 80% responden menjawab sangat setuju


bahawa subjek Pendidikan Islam telah mendorong mereka mendalami dan
menghayati ajaran Islam berbanding dengan hanya 20% mengatakan setuju
sahaja dengan kenyataan ini.

4. Subjek Pendidikan Islam dapat mengurangkan tekanan perasaan saya


berbanding subjek lain.

Peratus terendah menjawab 2% tidak setuju bahawa Pendidikan Islam dapat


mengurangkan tekanan perasaan berbanding subjek lain dan sebanyak 60%
menjawab sangat setuju dengan pernyataan ini.

5. Subjek Pendidikan Islam amat menarik.

7
Dalam jadual 6, peratus responden menjawab kurang setuju sebanyak 8% dan
sebanyak 49% memberi jawapan setuju menyatakan bahawa subjek Pendidikan
Islam menarik buat mereka.

6. Pensyarah Pendidikan Islam mempunyai penampilan menarik (berpakaian


kemas, sesuai & bersih).

Persepsi pelajar terhadap pensyarah Pendidikan Islam pula memperlihatkan


peratus tertenggi sebanyak 65% (sangat setuju) dan peratus terendah pula
hanya sebanyak 1% sahaja mengatakan tidak setuju.

7. Pensyarah melayan dan menghormati pelajar, berbudi bahasa dan rasional


dalam tindakan.

Dalam jadual 8, sebanyak 54% responden bersetuju dengan pernyataan bahawa


pensyarah Pendidikan Islam melayan dan menghormati pelajar, berbudi bahasa
dan rasional dalam tindakan manakala hanya 2% sahaja menjawab tidak
bersetuju.

8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan mampu meningkatkan kefahaman


tentang subjek.

Peratus tertinggi sebanyak 47% menjawab setuju dan 27% kurang setuju tentang
penyataan bahawa BBM yang digunakan mampu meningkatkan kefahaman
tentang subjek Pendidikan Islam. Manakala sebanyak 18% menjawab sangat
setuju, 5% menjawab kurang setuju dan baki sebanyak 3% lagi menjawab tidak
setuju.

9. Saya berminat mengikuti program penghayatan Islam yang di anjurkan di


kolej.

Peratus tertinggi sebanyak 63% menyatakan setuju, 25% sangat setuju, 10%
kurang setuju dan 2% menjawab tidak setuju untuk mengikuti program
penghayatan Islam yang dianjurkan di kolej.

10. Program anjuran Pusat Islam memberi input yang banyak buat saya.

18% pelajar menjawab sangat setuju berbanding 47% setuju program anjuran
Pusat Islam memberi input yang banyak buat pelajar. Lain-lain menjawab 27%
kurang setuju, 5% tidak setuju dan 3% lagi menjawab sangat tidak setuju.

Sampel kajian ini ialah 100 orang pelajar lelaki dan perempuan jurusan Sains Fizikal di
Kolej Matrikulasi Kedah. Kajian ini menggunakan statistik mudah seperti kekerapan dan
peratusan.

Hasil kajian mendapati kebanyakan pelajar memberi jawapan pada skala setuju dengan
pernyataan yang diberikan iaitu mereka minat untuk terus mempelajari subjek
Pendidikan Islam di Matrikulasi walaupun subjek ini hanyalah subjek wajib yang tidak
dikira kredit dalam pencapaian pelajar. Selain daripada itu, faktor persepsi terhadap
pensyarah Pendidikan Islam juga memainkan peranan yang penting untuk mendorong

8
pelajar berminat untuk meneruskan pengajian bagi subjek ini, di samping sikap
pensyarah Pendidikan Islam itu sendiri dan penggunanaan Bahan Bantu Mengajar di
kalangan pensyarah Pendidikan Islam.

Implikasi dan Cadangan Kajian

Kajian ini dapat menyumbang kepada pengetahuan tentang minat pelajar terhadap
subjek Pendidikan Islam. Kajian ini juga dapat mengenalpasti sama ada penampilan,
sikap dan penyampaian pensyarah Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk
mendalami subjek ini.

Dapatan kajian ini boleh membantu para pensyarah Pendidikan Islam di Kolej
Matrikulasi di seluruh Malaysia amnya, dan Kolej Matrikulasi Kedah khasnya untuk
mempertingkatkan mutu penyampaian kuliah bagi subjek ini supaya mpelajar dapat
menghayati ajaran Islam dengan sebaik-baiknya kerana keberkesanan Pendidikan Islam
yang sebenar terletak pada kemampuan pelajar memahami, mentafsir, menganalisis
dan mengamalkan apa yang mereka pelajari.

Dapatan ini juga boleh dijadikan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyusun kurikulum peringkat matrikulasi supaya dapat membuat perubahan yang lebih
positif terhadap mana-mana kekurangan yang dirasakan perlu dalam memastikan
penawaran subjek wajib terus menjadi minat kepada pelajar untuk mempelajarinya.

Akhir sekali diharap kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan
sebagai satu langkah untuk memantapkan tahap pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pensyarah Pendidikan Islam yang mengajar di Kolej Matrikulasi.

Cadangan Kajian Lanjutan

Subjek kajian ini merupakan sebilangan kecil pelajar-pelajar jurusan Sains Fizikal yang
berada di Kolej Matrikulasi Kedah yang berkemungkinan faktor minat mereka berbeza
dengan pelajar jurusan Sains Hayat dan Perakaunan. Oleh yang demikian, adalah
dicadangkan agar kajian seperti ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar jurusan Sains
Hayat dan Perakaunan supaya dapat dikenal pasti apakah mereka masih berminat
dengan subjek Pendidikan Islam ketika berada di Matrikulasi.

Kajian ini dijalankan di Kolej Matrikulais Kedah sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak
dapat menggambarkan minat terhadap subjek di Kolej Matrikulasi yang lain. Adalah
dicadangkan agar kajian dapat di jalankan di kolej yang lain agar dapat dikenalpasti
adakah pelajar berminat meneruskan subjek ini.

Akhirnya, kajian yang berhubung dengan penyelidikan ini dapat dijalankan tetapi
menggunakan sampel yang lebih besar dan meliputi semua faktor yang berkaitan agar
dapatan menyeluruh berkaitan dengan minat terhadap subjek Pendidikan Islam dapat
dihasilkan.
Penutup

Meskipun dapatan kajian ini dihuraikan satu persatu secara terpisah tetapi pada
hakikatnya tiap-tiap pembolehubah yang dikaji adalah mempunyai pertalian diantara
satu sama lain.

Terbatas kepada dapatan-dapatan kajian, beberapa implikasi dan cadangan telah


dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi mutu Pendidikan Islam di negara ini. Kajian
ini meliputi bidang yang agak sempit. Oleh itu, syor-syor untuk penyelidikan selanjutnya

9
juga dikemukan. Akhirnya, adalah diharapkan kajian ini mendapat sedikit sumbangan
fikiran mengenai minat terhadap subjek Pendidikan Islam dan dapat memberi
sumbangan kepada matlamat mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di negara ini.

BIBLIOGRAFI

Aiiri bin Abu Bakar (2003), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam :
Satu Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Alor Gajah Melaka (Tesis Sarjana
Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Langgulung (1981), Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam, Pustaka


Antara, Kuala Lumpur.

Hassan Langgulung (1991), Falsafah Pendidikan Islam, Pustaka Hizbi, Shah Alam
Selangor.

Md Sood b. Mohamad (1984), Persepsi Murid, Ibu Bapa dan Guru Terhadap Pilihan
Sekolah Menengah Agama Kerajaan di Daerah Sabak Bernam, Selangor ( Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Malaya.

Mohamad Faisal Bin Hj. Ahmad (2005), Pengajaran Pengajian Islam Dalam
Pembentukan Akhlak Dan Sikap Pelajar IPTS : Kajian Di Kolej Yayasan Melaka (Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nashitah Azahari (2006), Sejauhmanakah Minat Mempengaruhi Pelajar Untuk Memilih


Kelas Aliran Agama di Sekolah Harian di Daerah Tampin, Negeri Sembilan (Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Malaya.

Rokiah Bt. Abdullah (2006), Sikap Terhadap Kursus Pengajian Islam : Satu Tinjauan
Dalam Kalangan Pelajar Beragama Islam Di Institut Pengajian Tinggi Swasta di Kajang,
Selangor (Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai