Anda di halaman 1dari 3

PETISYEN PILIHAN RAYA

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat


atau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya
yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan
raya itu diadakan. Dalam Pilihan Raya Umum Ke‐12 yang baru lalu, sebanyak 29 kes
petisyen pilihan raya yang menamakan pegawai pengurus atau Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) Malaysia sebagai responden telah difailkan di Mahkamah Tinggi di seluruh negara
oleh pihak‐pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tersebut. Dari
jumlah itu, sebanyak 12 kes petisyen adalah bagi kerusi Dewan Rakyat dan 17 kes
petisyen adalah bagi kerusi Dewan‐dewan Undangan Negeri. Kes‐kes dikemukakan oleh
calon atau pengundi yang mempunyai hak dalam pilihan raya itu bagi mencabar calon
yang menang dan memohon Hakim Pilihan Raya membenarkan relief‐relief yang
dituntut seperti mana yang dinyatakan di bawah seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954. Menurut seksyen 35A Akta yang sama setiap petisyen pilihan raya hendaklah
diselesaikan tidak lewat daripada enam (6) bulan daripada tarikh petisyen pilihan raya
itu dikemukakan. Semua petisyen pilihan raya yang telah dikemukakan di Mahkamah
Tinggi telah pun diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang‐undang.
Maklumat mengenai kes‐kes petisyen pilihan raya dan keputusan‐keputusannya adalah
seperti di Jadual 11.1 berikut:‐
JADUAL 11.1

KES PETISYEN PILIHAN RAYA UMUM KE‐12

DEWAN RAKYAT DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PETISYEN PILIHAN RAYA PETISYEN PILIHAN RAYA KEPUTUSAN MAHKAMAH*


DEWAN RAKYAT DEWAN UNDANGAN
NEGERI

N.14 Simpang Empat Ditolak

N.15 Sanglang Dibenarkan

P.18 Kulim Bandar Baharu Dibatalkan

N.23 Belantek Ditolak

P.36 Kuala Terengganu Ditolak

N.15 Ladang Ditolak

N.19 Rhu Rendang Ditolak

N.22 Manir Ditolak

N.37 Marang Ditolak

P.67 Kuala Kangsar Ditolak

N.6 Kubu Gajah Ditolak

N.9 Kuala Kurau Ditolak

N.13 Kuala Sepetang Ditolak

N.20 Lubuk Merbau Ditolak

N.46 Teja Ditolak

P.118 Setiawangsa Ditolak

P.120 Bukit Bintang Ditolak

P.131 Rembau Ditolak


PETISYEN PILIHAN RAYA PETISYEN PILIHAN RAYA KEPUTUSAN MAHKAMAH*
DEWAN RAKYAT DEWAN UNDANGAN NEGERI

P.169 Kota Belud Ditolak

P.182 Pensiangan

(PKR) & Dibenarkan

(BEBAS) Dibatalkan

P.186 Sandakan Ditolak

P.190 Tuaran Ditolak

N.13 Inanam Ditolak

N.15 Api‐Api Ditolak

N.18 Petagas Ditolak

N.29 Kundasang Ditolak

N.33 Bingkor Ditolak

P.208 Sarikei Ditolak

*Nota:

* Dibenarkan bermaksud Mahkamah menerima tuntutan pihak pempetisyen mencabar


kemenangan calon.

* Dibatalkan bermaksud Mahkamah membatalkan petisyen yang difailkan kerana pihak


pempetisyen telah menarik balik petisyen yang dikemukakan.

* Ditolak bermaksud Mahkamah menolak tuntutan pihak pempetisyen untuk mencabar


kemenangan calon.

Anda mungkin juga menyukai