Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN

BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

2. Panduan Am

2.1 Persediaan Awal

(i). Pastikan tarikh peperiksaan dan tarikh tutup permohonan daripada portal
kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#

(ii). Isi borang permohonan secara online dan kemukakan permohonan anda dengan
segera pada awal tahun bagi peperiksaan April dan pertengahan tahun bagi
peperiksaan Oktober. Jangan sekali-kali menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk
mengemukakan permohonan anda.

(iii). Dapatkan semua buku-buku rujukan yang berkenaan sebagaimana yang tertera
dalam sukatan peperiksaan, dan juga Pekeliling/Surat Pekeliling berkaitan yang
terkini. Baca bahan-bahan ini dan biasakan dengannya, tidak sehingga menghafal
isi kandungannya kerana anda boleh merujuk kepadanya dalam dewan
peperiksaan. Memadai dengan mengetahui dan memahami konsep-konsep dan
prinsip-prinsip yang terdapat dalam bahan-bahan berkenaan.

2.2 Memilih Soalan

(i). Daripada jumlah soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan, pilih bilangan
soalan yang perlu anda jawab dengan teliti dan dalam keadaan berhati-hati dan
tenteram.

(ii). Baca dengan teliti kesemua soalan sekurang-kurangnya dua kali. Pada bacaan
pertama dapatkan gambaran kasar keperluan tiap-tiap soalan dan ini dapat
membantu anda memilih soalan-soalan yang anda lebih yakin untuk menjawabnya.
Tandakan soalan-soalan pilihan anda. Bagi bacaan kedua, tumpukan perhatian
anda kepada soalan-soalan yang telah anda pilih itu sahaja. Semasa membaca
soalan-soalan tersebut gariskan perkataan atau rangkaikata penunjuk yang akan
memandukan anda menjurus kepada rujukan seksyen yang tepat dalam bahan
rujukan.

2.3 Cara Membuat Rujukan

(i). Kenalpasti bahan rujukan yang mana satu, di antara rujukan-rujukan bagi bahagian
kertas berkenaan, yang perlu dirujuk.

(ii). Setelah ditentukan bahan rujukan berkenaan, lihat pula muka surat kandungannya
dan tumpukan perhatian kepada tajuk-tajuk kecil yang disenaraikan itu.

(iii). Pilih tajuk kecil yang tepat dengan maksud dan kehendak soalan dan tandakan
seksyennya.
(iv). Buka kepada muka surat di aman terdapat seksyen berkenaan dan teliti isi
kandungannya termasuk seksyen lain yang berkaitan. Baca keseluruhan isi
kandungan seksyen tersebut dan pilih ayat-ayat yang menjawab dengan tepat
kehendak soalan. Tandakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat-ayat pilihan anda,
untuk diturunkan sebagai jawapan.

2.4 Cara Menentukan Asas-Asas Kes Serta Mempertimbangkannya

(i). Lihat semula perkataan, rangkaikata, dan ayat-ayat yang telah anda gariskan dalam
kertas soalan, semasa anda membaca, dengan teliti dan kritikal, soalan bagi kali
yang kedua itu.

(ii). Bagi perkataan-perkataan penunjuk yang telah digariskan itu, fikirkan maksud
yang tersembunyi dan tersirat di dalamnya untuk mendapatkan fakta dan turunkan
fakta itu.

(iii). Catitkan fakta-fakta jelas yang terdapat dalam kes.

(iv). Turunkan fakta-fakta tersirat dalam kes, setelah dikesan fakta-fakta itu.

(v). Rumuskan semua fakta-fakta tersebut dan hubungkaitkannya dengan seksyen-


seksyen berkenaan yang telah anda kenalpasti itu.

(vi). Bahaskan sama ada terdapat atau tidak hubungkait antara fakta-fakta itu dengan
kandungan peraturan dalam seksyen yang disemak itu dan juga seksyen-seksyen
lain yang relevan yang dibaca bersamanya (‘cros-reference’).

(vii). Tentukan keputusan berasaskan fakta, kandungan peraturan yang dirujuk serta
hujah-hujah yang kukuh.

2.5 Cara Menurunkan Jawapan

(i). Catatkan nombor jawapan anda mengikut nombor asal soalan dan pecahannya,
sebagaimana yang tercatat dalam kertas soalan. Soalan asal tidak perlu disalin
semula.

(ii). Salinkan atau ditulis dalam bahasa anda sendiri ayat-ayat yang dipetik daripada
seksyen yang telah anda pastikan itu. Hanya turunkan ayat-ayat yang menepati
tafsiran, maksud dan kehendak soalan sahaja. Tidak semestinya kesemua ayat
dalam seksyen itu merupakan jawapan yang tepat.

(iii). Di hujung jawapan anda nyatakan dalam kurungan nombor seksyen (termasuk sub-
seksyen jika perlu dan ada kaitan) serta nama bahan rujukan sama ada Perintah Am
Bab B ataupun Arahan Keselamatan dan sebagainya, untuk menyokong petikan
dalam jawapan anda.

(iv). Jawapan yang anda turunkan itu, hendaklah berasas dengan ertikata ianya bukanlah
pemikiran secara logik, tetapi sebaliknya adalah berasaskan tafsiran yang mantap
dan disokong pula oleh petikan daripada bahan rujukan yang dikenalpasti dengan
tepat. Sertakan juga hujah-hujah yang menyokong jawapan anda.
(v). Dalam jawapan anda, tidak perlu ditulis tafsiran dan kefahaman anda terhadap
soalan berkenaan, fakta-fakta kes, rasional jawapan kepada soalan yang
dikemukakan. Cukup jawapan anda sebagaimana yang telah dimaklumkan di atas.

Selamat maju jaya.

Anda mungkin juga menyukai