Anda di halaman 1dari 22

Falsafah

Falsafah dan teori tidak dapat dipisahkan apabila kita membincangkan hakikat
kehidupan. Sebagai manusia, kita tidak akan berpuas hati apabila persoalan yang
melanda hidup kita tidak dapat diperjelas. Perkataan falsafah dipinjam daripada
bahasa Yunani (Greek) yang sangat terkenal Philosophia. Istilah philo bermakna cinta
akan. Manakala sophio bermaksud ilmu, hikmah, ataupun bijaksana. Gabungan perkataan itu
bermaksud cinta akan ilmu dan kebijaksanaan dalam ungkapan Arab pula disebut ulum
alhikmah atau pun singakatannya al-hikmah (padanan kata Yunani Sopia) yang bererti
kebijaksanaan

Istilah falsafah mengandungi banyak pengertian antaranya dimaksudkan sebagai cara


berfikir secara menyeluruh dan mengupas sesuatu perkara secara mendalam. Magis (1999)
berpendapat falsafah sebagai usaha tertib berkaedah dipertanggungjawabkan secara
intelektual bagi melakukan apa yang sepatutnya diharapkan seseorang,

Dalam kamus dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik (mendidik), iaitu
memelihara dan memberi latihan (ajaran atau pimpinan) mengenai akhlak dan kecerdasan
fikiran. Pendidikan pula bererti proses mengubah sikap dan tatalaku seseorang ataupun
kelompok orang dalam usaha mendewasakan dan cara mendidik manusia melalui upaya
pengajaran dan latihan serta proses perbuatan daripada sudut takrif pendidikan adalah proses
penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan.

Prof Said Mohammad Naqiub Al-Attas, mendefinasikan pendidikan sebagai usaha


atau proses menitiskan sesuatu kedalam diri manusia, manakala Abdul Halim El-Muhammady
pula menulis pendidikan islam itu proses mendidik dan melatih akal,jasmani,rohani dan emosi
manusia berasakan sumber wahyu,Quran dan sunnah pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan
Mukhtabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh. Pendapat ini menyeluruh
dan selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan
Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap
sesuatu kerja kraf. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif
Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan
larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Manakala Contoh Motif Geometrik
seperti Motif Pucuk Rebung, Motif Bunga Kotak Bercampur dan sebagainya

Contoh

 Motif Ayam
 Motif Bunga Buluh
 Motif Bunga Kerak Nasi
 Motif Bunga Kotak Bercampur
 Motif Bunga Orkid
 Motif Bunga RayaMotif Daun Sireh
 Motif Geometrik
 Motif Pucuk Rebung
 Motif Siput
 Motif Rama-rama

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya

Hasil Kraftangan Melayu

Destar

Dastar merupakan kain tradisional yang berasal dari Sabah. Ia merupakan warisan
zaman Dongsun di Annam. Biasanya kain dastar ditenun 100 cm persegi dan mengambil
masa kira-kira sebulan untuk disiapkan. Warna dasar kain dastar adalah hitam, manakala
reka coraknya pula berwarna merah, jingga, kuning, hijau dan putih. Kadang-kadang
benang emas atau seumpamanya digunakan bagi menyerikan lagi reka corak yang
ditenun.

Motif & Corak

Motif reka corak kain dastar melambangkan unsur-unsur kehidupan dan


kebudayaan masyarakat negeri itu, terutamanya suku kaum Bajau dan Illanun. Motif
kain dastar pula ditenun dalam bentuk geometrik. Motif-motif itu termasuklah motif tuarah
(binatang), boras (swatika), saledap (salib), onsod (pagar), sheku (sesiku), samping gapas
(keping salji) dan anunan (bunga). Motif yang paling digemari adalah motif penunggang kuda
yang menggambarkan kehidupan lelaki kaum Bajau yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu.

Kain Tenun

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang


kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan
Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa
corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama
seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak
Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga
kain corak Muar dari Johor.
Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh
golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang
sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas
juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali
sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan
benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad
ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi
penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa
meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.
Motif & Corak

Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat
bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan
ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya hanya
terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari
cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu,
merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga
penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik
berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang
terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat
disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut
sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut
corak beragi.

Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana
tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan
kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta
berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang
loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali
sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri,
melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak
yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak
pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.

Songket
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15
yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.
Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai
Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun
mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang
penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket
yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang
seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-
kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang
tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket:

 Motif Tumbuh-tumbuhan
 Motif Binatang
 Motif Alam/Benda
 Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

 Susunan bunga penuh


 Susunan bunga bertabur
 Susunan bercorak
Tekat

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang
emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji
timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan
penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu
dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri
Perak, Pahang dan Johor.

Motif dan Rupabentuk

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada


dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan
penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula
seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji dibentuk tiga
segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga ke
tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau
buluh.

Tekat bermotifkan flora


Tembikar

Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan
jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi
mayat juga. Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu. Di
negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat
dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di
Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang.

Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat
daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan,
mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat
kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di
Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan
beberapa tempat di Sarawak.

Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara
menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak
berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya.
Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta
pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional
mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi
tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah
kampung yang terletak di Kuala Kangsar.

Motif dan Hiasan


Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan
dan juga motif geomatrik seperti:

 Bunga cengkih
 Bunga pecah empat
 Bunga kedudut
 Bunga pecah lapan
 Bunga tanjung
 Bunga lawang
 Bunga padi
 Pucuk rebuBunga pecah empat
 Bunga pecah lapan
 Bunga lawanPucuk rebungng

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai
iaitu jaluran timbul yang disusun secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah
jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini
juga dikenali sebagai bekas taliair. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian
badan labu disebut gelang puyoh.

Ukiran Kayu Melayu

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan
masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak
serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini
begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil
kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di
samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran
masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di
Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di
mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika
itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada
bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu
memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.
Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-
ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni
ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,
Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-
satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.
Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik
buah.

Bentuk Pemidang

Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak
berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat
dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik,
setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah
serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini
menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik
dan sulurnya.

Alat dan Motif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi
dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik
pulang petang) Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti
bintang, matahari, bulan dan bukit bukau. Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan
bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-
sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak
sirih dan barang-barang tembaga.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran
dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta
pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Mengukir kayu

Ukiran Perak

Seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu
yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan adalah agak baru jika
dibandingkan dengan kesenian-kesenian ukiran yang lain. Kemahiran bertukang orang
Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh
tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga
dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang
perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi
sejarah umumnya, didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan
sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak dari zaman Sri Vijaya lagi dan
terus berkembang hingga ke daerah-daerah lain di nusantara. Ukiran perak seterusnya telah
berkembang ke tahap industri kampung atau cottage industry apabila Inggeris datang ke
Tanah Melayu pada abad ke 18 dan memajukan perusahaan ini.

Reka corak & Motif

Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni
ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan bukan
pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja, malahan juga pada pengolahan
satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan falsafah yang terselindung di sebaliknya
mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Rekacorak dalam pertukangan perak
merupakan ciri terpenting yang dikira dapat membezakan di antara rekacorak Melayu tradisi
dengan rekacorak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek yang tertentu
terhadap sejarah dan perkembangannya.
Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif
tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu
dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah:

 Bunga Mentari
 Bunga Padi
 Bunga Kiambang
 Bunga Senduduk
 Bunga Teratai
 Bunga Dahlia
 Bunga Langsat
 Bunga Mawar
 Bunga Orkid
 Bunga Kelambu
 Bunga Manggis
 Bunga Melur
 Bunga Raya
 Bunga Baling

Motif Flora

Tukang-tukang perak Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat dalam alam
sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu rekacorak. Tumbuhan-tumbuhan
yang biasa digunakan adalah dari kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur
atau ulam seperti
Ukiran pada barangan perak

Daun Sembung Bidadari Pucuk Kangkung Daun Dalur Pucuk Paku Daun Sekati Lima Sulur
Kacang Botol Daun Labu Sulur Kacang Panjang Daun Kundur Buah Cili Pucuk Petola

Motif Fauna

Kadang-kadang terdapat juga motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-


bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk
yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran perak
masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif
binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan perak ini.
Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah ; Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan
Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah

Istilah Berasaskan Flora

Penggunaan motif yang berunsurkan flora banyak mempengaruhi daya kreativiti orang
Melayu dalam penghasilan seni kraf. Fenomena ini berlaku kerana adanya hubunganrapat
antara orang Melayu dengan alam sekitar sehingga disebatikan dan diperlihatkan secara
harmoni dalam kesatuan sifat rupa dan bentuk. Tumbuh-tumbuhan yang sering dijadikan
motif hiasan termasuklah bunga teratai, bunga melur, dan bunga tanjung. Selain itu, ada juga
jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga yang berbentuk herba dan biasanya mempunyai nilai
perubatan tradisional seperti bunga cengkih dan bunga melati.

Pemilihan hiasan ini secara tidak langsung menunjukkan kefahaman masyarakat


Melayu tentang maklumat mengenai fungsi tumbuh-tumbuhan dan bunga itu sendiri seperti
yang dihuraikan dalam contoh berikut:

Motif Perlambangan
Bunga Melati  Melambangkan kesucian. Bunga ini selalu digunakan dalam
pelbagai upacara keramaian, adat istiadat dan keagamaan.

Sulur Bayung  keistimewaan sulur bayung kelihatan pada sifat bahagian


tumbuhan tersebut yang mempunyai alunan gerak balas. Salah
satu sulur akan kelihatan tumbuh dan bergerak ke luar,
manakala yang satu lagi akan melengkung ke arah berlawanan
dan kemudian disambung lagi dengan 10 lengkungan yang
mengarah ke luar. Rentak pergerakan ini juga seolah-olah
menyerupai gerakan bunga seni silat yang turut melambangkan
identiti Melayu.
 Asal sulur bayung yang tumbuh dari satu punca pula dikaitkan
dengan kepercayaan masyarakat Melayu bahawa Allah itu
Maha Esa, iaitu semua makhluk terikat dengan punca yang
satu.

Bunga Tanjung  Melambangkan keramahan dan sifat meraikan tetamu dalam


kalangan masyarakat Melayu. Bunga ini sering digunakan
semasa menyambutketibaan para tetamu.
Bunga Setaman  Motif pada batik dan songket yang mengandungi nilai dan
falsafah tentang keluhuran dan kehalusan budi serta keakraban
yang bersebati dengan kedamaian alam.

Pucuk Rebung  Dikaitkan dengan kesuburan dan kesabaran berdasarkan


sifatpucuk rebung yang berkembang biak secara perlahan-
lahan.

Awan Larat  Melambangkan sifat gadis Melayu yang lemah lembut,


bersopan santun serta berbudi bahasa tinggi.

Istilah Berasaskan Fauna Atau Haiwan

Motif haiwan turut menjadi sebahagian daripada perlambangan dalam seni kraf Melayu,
terutamanya sebelum kedatangan agama Islam. Kebiasaannya haiwan yang kerap menjadi
motif hiasan ialah haiwan yang ingin diteladani sifat semula jadinya seperti berani, suci,
pelindung keluarga, dan pembawa tuah baik. Penghayatan masyarakat Melayu terhadap sifat
baik ini menggambarkan pengharapan mereka terhadap kesejahteraan dan kerukunan dalam
kehidupan. Antara haiwan yang sering ditonjolkan ialah burung bangau, ayam, gajah, kerbau,
merpati, lebah dan semut. Contoh penggunaan haiwan tersebut dan falsafah di sebalik
pemilihannya dijelaskan seperti yang berikut:

Motif Perlambangan Simbol


Semut  Melambangkan sifat disiplin,
Beriring bekerjasama dan saling bantu
membantu dalam kalangan
semut demi kesejahteraan dan
keharmonian.

Lebah  lebah bergantung ialah motif


Bergantung yang mengambil bentuk sarang
lebah yang mengandungi madu
lebah yang dapat dikaitkan
dengan ketekunan dan
kesungguhan dalam
melaksanakan tugas secara
berkumpulan sehingga
membuahkan hasil yang dapat
dimanfaatkan bersama demi
kebaikan komuniti
Itik Sekawan,  Melambangkan sifat bersatu
Dan Itik hati, kerukunan dan ketertiban
Pulang Petang yang tergambar dalam
kalangan haiwan itik yang
keluar serentak pada waktu
pagi dan pulang ke kandang
pada waktu senja. Pemilihan
sifat ini menggambarkan
penghayatan masyarakat
Melayu terhadapsifat baik yang
dapat diteladani dalam
menjalani kehidupan.

Badak Balek.  Simbol pagar diri

Selembayung  Orang Melayu meletakkannya


di puncak rumah, sebagai
simbol tangkal gaib,
kemakmuran dan ketentraman

Bunga Teratai  Bunga teratai adalah


mempunyai makna yang
tersirat. Terdapat dua jenis
lambang iaitu:
 Lambang Kejadian Alam
dalam tingkat Ketuhanan
 Lambang Kejadian Alam
dalam tingkat Kealaman

Lebah • lebah bergantung ialah motif


Bergantung yang mengambil bentuk sarang
lebah yang mengandungi madu
lebah yang dapat dikaitkan
dengan ketekunan dan
kesungguhan dalam
melaksanakan tugas secara
berkumpulan sehingga
membuahkan hasil yang dapat
dimanfaatkan bersama demi
kebaikan komuniti.

Istilah Berasaskan Kosmos

Alam kosmos seperti bulan, bintang, matahari, dan awan yang turut menjadi sumber
inspirasi orang Melayu dalam menghasilkan seni kraf menggambarkan daya kreativiti yang
tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Beberapa contoh penggunaan unsur kosmos dalam
pengistilahan seni kraf Melayu adalah seperti yang berikut:
Motif Perlambangan Gambar
Matahari Bersinar  Motif matahari bersinar
kerap ditonjolkan pada
ukiran-ukiran kayu di
tebar layar, iaitu sudut
yang menemukan
kedua-dua bumbung di
penghujungnya.

Bulan Dan Bintang  Motif bulan dan bintang


dipilih berdasarkan
penghayatan
masyarakat terhadap
agama Islam. Lazimnya
motif ini diletakkan
pada ukiran 12 kisi-kisi
rumah ataupun
diletakkan di puncak
bumbung dan menara
masjid, melambangkan
penghayatan
masyarakat yang begitu
tinggi terhadap agama
Islam.

Gunungan  Motif tiga gunung yang


selari, gunung yang di
tengah biasanya lebih
tinggi daripada gunung
yang di kiri dan
kanannya. Motif ini
merupakan motif ukiran
kayu yang sering
diletakkan di atas pintu
atau tingkap rumah
orang Melayu.
Pemilihan motif ini
menggambarkan sifat
kepimpinan yang mulia
dan dapat dicontohi.

Istilah Berasaskan Bentuk Geometrik

Corak geometrik terbahagi kepada dua, iaitu corak geometrik tulen dan corak
geometrik yang berasaskan alam sekeliling, seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Motif Falsafah Gambar


Bunga Tampuk  merupakan corak
Manggis geometrik berasaskan
tumbuh-tumbuhan.
 Corak ini dihasilkan
dalam bentuk yang
mirip geometri
terutamanya pada
tenunan songket
Melayu. Selain itu
corak ini juga kerap
dilihat pada anyaman
kelarai, tikar
mengkuang, tudung
saji atau pelbagai
barangan lain.
 Pemilihan corak-corak
ini menunjukkan
penghayatan
masyarakat Melayu
terhadap struktur biologi
tampuk manggis yang dicipta
begitu unik dan sistematik
oleh Allah SWT.

Kelarai Belah Ketupat  Motif ini dikatakan


dipengaruhi oleh
unsur makanan
tradisional ketupat
daun palas yang
dibelah. Motif ini
sangat terkenal dalam
seni kraf anyaman.
 Hal ini menunjukkan
bahawa orang Melayu
mempunyai
pengamatan yang
tinggi terhadap alam
sekelilingnya
sehinggakan boleh
menghasilkan rekaan
yang cukup kreatif
berasaskan makanan
tradisional.
Segi Tiga  Seain memenuhi
fungsi estetik
penyusunan motif
yang bertingkat
mungkin mempunyai
perkaitan dengan
falsafah keagamaan
iaitu tingkat-tingkat
kealaman dan
ketuhanan