Anda di halaman 1dari 4

BAB 6 : KAEDAH PENGEKOSAN : PENGEKOSAN TEMPAHAN KERJA

6.1 DEFINASI: Dalam system pengekosan kerja yang juga dikenali sebagai system kos pesanan
kerja, kos akan dikenakan terhadap setiap kerja. Kerja boleh berbentuk satu unit produk atau kelompok
atau satu kumpulan kerja.

6.2 Jenis produk yang menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja ialah seperti:
i. Percetakan buku
ii. Penghasilan perabot
iii. Pembuatan pakaian
iv. Pembinaan bangunan dan lain-lain
v. Firma perkhidmatan seperti firma rundingan, guaman dan pengauditan

6.3. Ciri-ciri pengekosan tempahan kerja


i. Digunakan oleh perniagaan yang mengeluarkan banyak produk pada satu-satu masa tertentu.
ii. Ciri atau sifat produk berlainan
iii. Kos diukur mengikut setiap kerja atau kelompok yang disiapkan.

6.4 Penentuan kos produk seunit:


Kos produk/ Bilangan unit Dikeluarkan

6.5 Sistem Pengekosan Sebenar


Untuk mengira kos produk seunit, ia bergantung sama ada kita menggunakan sistem kos
sebenar atau kos normal. Sekiranya sistem kos sebenar digunakan kompinen kos overhed
kilang ialah kos overhed kilang sebenar. Ini bermakna pihak firma perlu menggunakan kos
overhed kilang sebenar untuk menentukan kos produk seunit.

6.6 Sistem Pengekosan Normal


Pengekosan yang mengukur kos overhed kilang berdasarkan kepada kadar overhed pratentu.
Untuk mengira kos overhed kilang yang diserap, kita perlu mengetahui kadar overhed pratentu
yang digunakan oleh syarikat tersebut.

6.6.1 Kadar overhed kilang pratentu :

KOP= Anggaran/Belanjawan Overhed kilang/Anggaran Asas Aktiviti

Asas Pengiraan Kadar Overhed Kilang Pratentu


i. Asas unit pengeluaran
ii. Asas jam buruh langsung
iii. Asas jam mesin
iv. Asas kos buruh langsung
v. Asas kos bahan mentah langsung

6.6 Penggunaan dokumen sumber dan lembaran kos kerja


i. Borang permintaan bahan
- Bahagian pengeluaran yang memerlukan bahan untuk memproses sesuatu produk perlu
membuat permohonan bahan daripada bahagian stor dengan menggunakan borang permintaan
bahan.
ii. Tiket masa kerja
- Digunakan untuk merekod masa bekerja kakitangan bagi menentukan kos buruh.
1
iii. Lembaran kos kerja
- Merekod semua kos yang diperuntukkan kepada sesuatu kerja.

6.7 Pelarasan Overhed Terlebih serap dan terkurang serap


Kelemahan penggunaan kadar overhed pratentu ialah kemungkinan wujud perbezaan antara kos
diserap dengan kos sebenar. Kos diserap merujuk kepada kos yang diperuntukkan kepada
sesuatu kerja berdasarkan kadar overhed pratentu. Perbezaan antara kos overhed diserap
dengan kos overhed sebenar mewujudkan overhed terlebih serap dan overhed terkurang serap
seperti yang telah dibincangkan dalam bab lepas.

Catatan pelarasan:
Overhed terlebih serap
Dt Overhed kilang xx
Kt Kos barang dikilang xx

Overhed terkurang serap


Dt Kos barang dikilang xx
Kt Overhed kilang xx

6.8 Catatan Jurnal dalam Pengekosan Tempahan Kerja


1. Merekod Belian Bahan Mentah
Dt Inventori Bahan Mentah xx
Kt ABB/Tunai xx

2. Merekod bahan langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran


Dt Inventori KDP xx
Kt Inventori Bahan Mentah xx

3. Merekod bahan tidak langsung yang digunakan dalam proses pengeluaran


Dt Overhed kilang xx
Kt Inventori Bahan mentah xx

4. Merekod kos buruh langsung


Dt Inventori KDP xx
Kt Gaji Belum Bayar xx

5. Merekod Kos buruh tidak langsung


Dt Overhed kilang xx
Kt Gaji Belum bayar xx

6. Merekod lain-lain kos overhed kilang yang terlibat (Overhed sebenar)


Dt Overhed kilang xx
Kt Tunai xx
Kt ABB xx
Kt SNT- mesin xx
Kt Utiliti Belum bayar xx
Kt Insurans Prabayar xx
7. Merekod kos overhed diserap dalam pengeluaran
Dt Inventori KDP` xx
Kt Overhed kilang xx
2
8. Merekod kos barang yang telah siap diproses
Dt Inventori Barang siap xx
Kt Inventori KDP xx

9. Merekod kos barang siap yang dijual


Dt. Kos barang dijual xx
Kt Inventori KDP xx

10. Merekod hasil jualan barang siap


Dt ABT/Tunai xx
Kt Jualan xx

Contoh 1
Setang Sdn Bhd mengeluarkan perabot berdasarkan tempahan. Berikut adalah urusniaga yang
dilibatkan dalam bulan Mac 2006
1. Belian bahan mentah RM15,000
2. Bahan mentah dihantar untuk proses pengeluaran, bahan langsung RM14,000 dan bahan tak
langsung RM2000
3. Buruh langsung dilibatkan RM18,000 dan BTL RM4000
4. Overhed diserap pada kadar 125% daripada kos buruh lansung
5. Bayaran belanja-belanja kilang
RM
Sewa 2700
Bekalan 3000
Insurans 2500
Elektrik 4200

6. Belanja susut nilai kilang RM3,500


7. Kerja disiapka dan dihantar ke akaun inventori barang siap RM53,100
8. Inventori awal terdiri daripada:
RM
Bahan langsung 3,500
KDP 5,600
Barang siap 4,800

Dikehendaki:
a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod transaksi dan aktiviti berikut
b) Kirakan inventori akhir bagi bahan langsung, KDP dan barang siap
c) Kirakan sama ada overhed terlebih atau terkurang serap dan buat pelarasan yang perlu

Contoh 2:

1. Paya Bakau Sdn Bhd menggunakan pengekosan kerja dalam pengiraan kos produknya. Beriku
adalah maklumat mengenai kerja No. 257:
Bahan langsung
Jan 8 Dikeluarkan RM2,400
16 Dikeluarkan RM1,300
22 Dikeluarkan RM 700
RM4,400
3
Buruh langsung
Tempoh 1-15 Januari 360 jam @ RM3.50
Tempoh 16-31 Januari 320 jam @ RM3.75

Overhed kilang diserap menggunakan kadar RM2.75 sejam buruh langsung


Dikehendaki: Kirakan
i) Kos untuk Kerja No.257
ii) Harga jualan sekiranya PBSB menjual pada mark-up 40%

Latihan Pengukuhan

1. Syarikat Amuri Bhd mengeluarkan produk A mengikut spesifikasi pelanggan dan mengamalkan
sistem pengekosan kerja. Syarikat ini menyerap kos overhed kepada produk dengan menggunakan asas
jam mesin. Anggaran berikut digunakan untuk mendapatkan kadar overhed pratentu pada awal tahun
2003:
Jam mesin 60,000 jam
Kos overhed kilang RM720,000

Rekod Syarikat menunjukkan kos dan operasi sebenar berikut dilibatkan sepanjang tahun 2003:

Jam mesin (jam) 48,000


RM
Kos overhed kilang 680,000
Inventori akhir tahun:
Bahan mentah 24,000
KDP 80,000
Inventori barang siap 400,000
Kos barang dijual 1120,000

Dikehendaki:
a) Kira kadar overhed pratentu untuk Syarikat Amuri Bhd bagi tahun 2003
b) Kirakan overhed terlebih serap atau terkurang serap

2.Pada akhir tahun kewangan 2005, akaun inventori dan akaun belanja Syarikat Madiah Sdn Bhd
merekod kos diserap seperti berikut:

Inventori KDP Invetori barang siap Kos barang dijual


Bahan langsung RM80,000 RM136,000 RM288,000
Buruh langsung 64,000 200,000 480,000
Overhed kilang 48,000 240,000 384,000
RM192,000 RM576,000 RM152,000

Pada tahun 2005, kos overhed kilang diserap berasaskan kadar overhed pratentu sebanyak RM6.72
sejam mesin. Pada akhir tahun 2005, kadar overhed sebenar ialah RM8.00 sejam mesin. Baki awal
bagi kedua-dua inventori KDP dan inventori barang siap adalah sifar.

Dikehendaki:
a) Kira jumlah yang digunakan pada tahun 2005
b) Adakah overhed kilang telah terlebih serap atau terkurang serap pada tahun 2005. Berapakah
overhed kilang terlebih serap atau terkurang serap?
4

Anda mungkin juga menyukai