Anda di halaman 1dari 4

SEMASA UJIAN

1 Memantau perjalanan Ujuan Amali Pendidikan Luar


Pendidikan Jasmani
2 Penyelaras mengumpulkan semua Fail penilai disimpan di
tempat yang selamat sebaik sahaja ujian selesai dijalankan
pada hari berkenaan

SELEPAS

1 Penyelaras mengumpulkan semua fail dan disusun mengikut


ujian kemahiran pendidikan luar.
2 Memastikan semua alatan yang digunakan dibersihkan dan
disimpan.
3 Memastikan Ketua Penilai dan pemantau mengisi Borang
Laporan Ujian Amali Pendidikan Luar dan menyerahkan
kepada Penyelaras Ujian ( pada hari akhir ujian ).
4 Mengumpulkan Borang Laporan dari ketua Penilai.
5 Mengisi markah pelatih.
6 Menyerahkan markah yang telah ditandatangani oleh Ketua
Penilai dan Borang Laporan kepada SUP
7 Mesyuarat Post Morterm peringkat institut.
PENDIDIKAN LUAR

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Luar ialah salah satu komponen kurikulum bagi mata pelajaran pengkhususan Pendidikan
Jasmani (Major), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ). Penilaian program Pendidikan Luar ini
merangkumi aktiviti yang dilaksanakan di dua lokasi utama iaitu aktiviti air dan aktiviti di darat. Adalah diharapkan
program yang dirancang ini akan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna, di samping
membantu guru pelatih membentuk serta membina cirri-ciri guru seperti yang terdapat dalam misi dan visi
Pendidikan Guru.

2.0 MATLAMAT

Program ini membekalkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di samping mengamati, menikmati dan
menghargai serta mensyukuri alam ciptaan Ilahi. Ia juga akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
menyeluruh di samping memperkayakan kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF

3.1 DOMAIN KOGNITIF

3.1.1 Menambahkan pengetahuan sedia ada serta dapat mempelajari aspek-aspek yang baru dari segi

teori dan praktikal.

3.1.2 Mengenalpasti dengan lebih mendalam cirri-ciri adaptasi flora dan fauna serta mengkaji bagaimana

manusia dan alam semulajadi bergantung antara satu sama lain.

3.1.3 Peluang untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman

dan situasi semasa.

3.1.4 Mengasah dan mempertajamkan peluang kemahiran berfikir di kalangan guru-guru pelatih.

3.2 DOMAIN PSIKOMOTOR

3.2.1 Mempelajari kemahiran baru bagi memantapkan diri dengan pelbagai kebolehan untuk menjadi guru

yang berwibawa.
3.2.2 Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kegiatan

luar seperti mengendalikan khemah, berkayak, menuruni cerun curam dan keselamatan di air di

samping menghadapi cabaran alam dan penghuninya.

3.2.3 Mempraktikkan segala teori yang dipelajari.

3.3 DOMAIN AFEKTIF

3.3.1 Menanamkan nilai-nilai murni seperti patuh kepada arahan, bertanggungjawab, bekerjasama dan

saling mempercayai antara satu sama lain.

3.3.2 Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi.

3.3.2.1 Memupuk kualiti diri yang positif seperti berkeyakinan, bertimbang rasa, mempunyai sifat-

sifat kepimpinan yang berketrampilan dan sebagainya.

3.3.3 Memperlihatkan peranan guru-guru pelatih sebagai insan yang boleh diteladani dan sebagai

penggerak masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai