Anda di halaman 1dari 3

SEBELUM

Pada 24 Julai 2010, kumpulan 4 PISMP telah melaksanakan program Bina


Insan Guru (BIG) di Home Stay Bangduris, Selangor. Program BIG pada kali ini
adalah berlandaskan khidmat masyarakat iaitu di mana setiap guru pelath diberi
kumpulan untuk program anak angkat dan membantu keluarga angkat masing-
masing dalam melakukan kerja mereka. Pengerusi bagi kumpulan pada Bina Insan
Guru (BIG) pada kali ini ialah Amirul Naim daripada 4 PISMP RBT 3. Pada 15 Julai
2010, terdapat sedikit taklimat ringkas yang diadakan pada waktu tutorial mengenai
Bina Insan Guru yang akan dilaksanakan kelak. Taklimat tersebut diadakan oleh
Puan Jumi dan sedikit ucapan daripada pengerusi serta ahli-ahli jawatankuasa yang
lain. Terdapat sebanyak Sembilan kumpulan yang menghadiri program ini. Setiap
guru pelatih diberi tugasan masing-masing di mana saya sendiri ditugaskan sebagai
Ahli Jawatankuasa siar raya di bawah Ahmad Nasri daripada 3 PISMP RBT 3. Kami
ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan segala peralatan seperti LCD
projektor, mikrofon, speaker dan sebagainya. Para guru diminta untuk berkumpul
pada pukul 7.30 pagi sebelum bertolak ke tempat destinasi. Sebelum bertolak,
terdapat sedikit taklimat ringkas daripada pengerusi dan Puan Jumi selaku fesilitator
kami ketika program tersebut. Selain itu, pembahagian bas mengikut kumpulan juga
turut dibahagikan pada ketika itu dan setiap bas mempunyai ketua yang dilantik
untuk memastikan semua ahli adalah cukup. Para mentor setiap kumpulan juga
hadir bagi mengiringi para menti-menti mereka sepanjang program tersebut berjalan.
Program ini mengambil masa selama tiga hari dua malam. Sebelum perjalanan
bermula, para guru pelatih di minta untuk membantu mengangkat semua peralatan
ke dalam bas bagi menjimatkan masa. Saya selaku ahli jawatankuasa siar raya
diarah untuk mengakat serta menjaga segala peralatan seperti speaker, lCD
projektor dan sebagainya kedalam bas. Semua peralatan tersebut adalah di bawah
tanggungjawab kami bersama. Setelah selesai mengakat semua barang, guru
pelatih diminta menaiki bas dan ketua pada setiap bas diminta untuk memastikan
semua ahli adalah cukup dan membaca doa sebelum perjalanan bermula. Perjalan
ke tempat destinasi mmengambil masa kira-kira dua jam dan sewaktu perjalanan,
setiap guru pelatih diminta untuk memilih ahli bagi setiap khemah. Setiap khemah
sekurang-kurangnya mempunyai tiga hingga ke empat orang ahli.
SEMASA

Setelah sampai ke tempat destinasi, para guru pelatih dikehendaki untuk


menurunkan semua barang dan peralatan yang berada di dalam bas dan
meletakkannya di dalam satu tempat. Setelah itu, para guru pelatih di minta
menghadiri diri ke dalam dewan Home Stay Bangduris untuk mendengar sedikit
taklimat mengenai pendirian khemah dan pembahagian tugasan memasak untuk
hari tersebut. Selain itu, ketua kampong Bangduris juga memberi sedikit ucapan alu-
aluan bagi mengalukan kedatangan kami ke Home Stay tersebut. Setelah taklimat
itu selesai, kami di minta mendirikan khemah masing-masing dan manakala bagi
kumpulan yang bertugas untuk memasak dikehendaki meneruskan tugas mereka
untuk menyediakan makanan tengah hari. Setelah selesai mendirikan khemah, kami
diberikan masa untuk berehat dan bersolat. Selepas itu, kami dihidangkan dengan
makan tengah hari yang telah disediakan oleh kumpulan-kumpulan yang bertugas.
Setelah selesai menjamu selera, aktiviti diteruskan iaitu aktiviti LDK di mana kami
dikehendaki menjawab soalan-soalan PNB untuk memilih wakil yang layak mewakili
IPG dalam pertandingan kuiz PNB yang akan diadakan kelak. Setelah sesi LDK
tersebut tamat, kami dibenarkan untuk berehat dan pergi bersolat serta
membersihkan diri untuk bersedia bagi aktiviti yang seterusnya. Selain itu, kumpulan
4 PISMP RBT berkumpul di dewan bagi berlatih untuk persembahan yang akan
diadakan pada malam kebudayaan kelak. Persembahan yang akan diadakan adalah
persembahan nyanyian dan tarian zapin yang dikendalikan oleh Mohd Syafikin dan
Mohd Hasnan daripada 4 PISMP RBT 1. Latihan tersebut tamat sebelum waktu
maghrib tiba. Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, kumpulan yang bertugas untuk
memasak diminta untuk menyediakan makanan malam. Setelah makanan siap
dimasak kami diminta untuk menjamu selera dan seterusnya mengahadiri aktiviti
yang seterusnya. Saya selaku ahli jawatankuasa dikehendaki menghadiri awal bagi
menguruskan segala tugas-tugas siar raya seperti memasang LCD projektor,
speaker dan sebagainya. Sesi seterusnya merupakan LDK, walaubagaimanapun
aktiviti tersebut ditukar dengan persembahan daripada pelajar daripada Jepun
dengan mempersembahkan tarian tradisional mereka. Persembahan tersebut
sangat menarik dan menyeronokkan dan ramai para guru pelatih amat gembira pada
malam tersebut. Selepas tamatnya persembahan tersebut

Anda mungkin juga menyukai