Anda di halaman 1dari 4

NAQIB

Punca

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh saya bacakan lah anda satu kes yang berlaku di
sebuah sekolah di Petaling Jaya, beberapa pasangan murid lelaki dan perempuan kantoi
setelah salah seorang guru terdengar perbualan  mereka tentang seks. Selepas siasatan
lanjut dilakukan, murid-murid sekolah rendah tersebut mengaku ‘bermain rogol-rogol’
ilham dari perbuatan ibu bapa mereka sendiri.

Ini menunjukkan bahawa punca masalah ini datangnya dari rumah ,iaitu ibubapa mereka
itu sendiri. Disebabkan ibubapalah mereka jadi begini , dengan adanya ibubapa jugalah
mereka membesar , ibubapalah yang mewarnai kehidupan mereka . Jadi tanggungjawab
ibubapa itu penting untuk membentuk anak yang baik . Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-
anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan
membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang
tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Ini membuktikan bahawa pendidikan pertama yang anak2 belajar ialah melalui ibubapa itu
sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlulah menanamkan asas agama dan iman yang kukuh dalam
diri anak-anak sebelum mereka melangkah kedunia luar yang penuh eksterim dan
mencabar ini.

Asas agama ini seperti solat lima waktu , membaca al-quraan dengan betul hukum
harkamnya dan sebagainnya. Tetapi asas agama dan iman yang kukuh tidak akan berhasil
dalam jiwa seseoramg anak dengan hanya teori sahaja tetapi memerlukan praktis yang
berterusan iaitu istaqmah. Sebab itu pepatah arab popular ini sering diulangi “Ilmu tanpa
amal, ibarat pokok tanpa buah”.

Dan sebab itulah keimanan itu tidak diakui melainkan dengan pembuktian amal.“Iman
bukan sekadar cita-cita dan juga bukan sekadar kata-kata, tetapi ia apa yang tersemat di
dalam hati dan dibuktikan dengan amal”Amal adalah apa yang menjadikan seseorang itu
sebagai dirinya. Kita dikira dengan apa yang kita lakukan. Bukanlah kita dikira hanya
dengan niat dan cita-cita.Sebab itu di dalam Islam, wujud satu kaedah

“Matlamat tidak menghalalkan cara”Kerana amal adalah tersangat penting.

Amal adalah pembuktian!


Akibat

Terdapat banyak kesan yang berlaku disebabkan kes pembuangan bayi ini . Pembuangan
bayi ini bukan hanya menyusahkan tuan punya badan itu sendiri malah memberi impak
yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat di dalam sesebuah negara itu. Betul lah
bak kata pepatah ,”akibat nila setitik rosak susu sebelanga”.

Untuk menghuraikian semua kesan adalah terlalu panjang .

Oleh itu saya mengambil kesan daripada individu itu sendiri kerana dia adalah punca kes
seperti ini berlaku . Akibat daripada kesalahan yang mereka telah lakukan menyebabkan
mereka tidak laku untuk berkhawin. Percaya @ tidak ,itulah adalah reality. Ini bagi
perempuan. Bagi lelaki pula susah untuk dikenal pasti sebab mereka hanya penyumbang
bukan penerima.

Kesan yang kedua pula ialah penerimaan masyarakat kepada mereka ini. Kajian
menunujukkan lebih daripada 50 peratus masyarakat di Malaysia tidak akan menerima
mereka. Mereka akan disisir oleh masyarakat dan mungkin lebih teruk lagi apabila kaum
keluarga sendiri tidak menerima mereka sebagai ahli keluarga mereka lagi.

Kesan yang ketiga pula ialah kesihatan. Kesihatan mereka akan terjejas kesan daripada
perzinaan yang telah mereka lakukan dan akan berkemungkinan menghidapi penyakit
Chlamydia yang menyebabkan seseorang itu berasa sakit dan radang di kawasan pelvis. Ia
juga menyebabkan berlakunya kandungan luar rahim dan kemandulan. Anda nak diri anda
mandul ke?

Sebelum saya pergi masalah yang selanjutnya yang lebih besar saya nak katakan, ini baru
masalah didunia yang hanya bersifat sementara sahaja belum lagi masalah di akhirat.

Masalah yang seterusnya, yang perlu dihadapinya iaitu kemungkaran Allah S.W.T atas
perbuatan keji yang telah dilakukan . Hal ini disebutkan nabi dalam sebuah hadis yang
dilaporkan oleh Ahmad, Ibni Hibban dan Al-Hakim yang bermaksud , ‘ Wahai muslimin,
jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan , tiga di dunia dan tiga
di akhirat. Tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri di wajah , memendekkan
umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang di peroleh di akhirat adalah kemurkaan
Allah, hisab yang buruk dan azab neraka”.
Langkah- langkah

Bagi saya untuk mengatasi kes pembuangan bayi ini mungkin tidak dapat tetapi dengan
izin Allah , insyaallah.

Untuk mengatasinya kita tidak boleh pandang kepada orang yang telah membuat
kesalahan itu kerana nasi sudah menjadi bubur tiada apa yang boleh kita buat hanya
hukuman sahaja menanti mereka.

Oleh itu, kita hendaklah mengatasinya dari akar umbinya iaitu dari insitusi kekeluargaan.
Ini bermaksud ibubapalah yang akan mengajar “first education” kepada anak-anak mereka
Dalam islam “first education” ialah asas agama yang diterapkan dalam diri anak-anak untuk
membentuk iman yang kukuh . Ibubapalah perlulah mewarnai kehidupan anak-anak
mereka dengan perkara-perkara yang baik .

Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa
dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan
jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

Tetapi asas agama dan iman yang kukuh tidak akan berhasil dalam jiwa seseoramg anak
dengan hanya teori sahaja tetapi memerlukan praktis yang berterusan iaitu istaqmah.
Sebab itu pepatah arab popular ini sering diulangi “Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa
buah”.

Dan sebab itulah keimanan itu tidak diakui melainkan dengan pembuktian amal.“Iman
bukan sekadar cita-cita dan juga bukan sekadar kata-kata, tetapi ia apa yang tersemat di
dalam hati dan dibuktikan dengan amal”Amal adalah apa yang menjadikan seseorang itu
sebagai dirinya. Kita dikira dengan apa yang kita lakukan. Bukanlah kita dikira hanya
dengan niat dan cita-cita.Sebab itu di dalam Islam, wujud satu kaedah

“Matlamat tidak menghalalkan cara”Kerana amal adalah tersangat penting.Amal adalah


pembuktian!

Bagi umat islam doa adalah senjata penting . Berdoalah supaya kita serta orang lain
berubah ke arah kebaikan, dan sentiasa muhasabah

Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini
hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan
mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.

Kita juga kena berusaha agar doa itu menjadi realiti.

Sentiasalah muhasabah dan buatlah banyak checkpoint di dalam kehidupan kita.

Sentiasalah merendah diri, dan merasa kasih sayang kepada orang lain.
Dengan memahami fitrah perubahan inilah, kita akan menghasilkan rasa hendak
mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan
lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan
bergantung lebih kepada Allah SWT.

“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau


memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Surah Ali-Imran ayat 8.

Anda mungkin juga menyukai