Anda di halaman 1dari 32

BPD 42802

EKONOMI PEMBINAAN

Nurbaity Aqmar Mahamud


Jabatan Pengurusan Pembinaan dan Harta Tanah,
FPTPK, UTHM
PENGENALAN
 Aktiviti-aktiviti pembinaan adalah luas dan tidak hanya tertakluk
kepada proses-proses bangunan dan kontrak dan proses-proses
pembangunan pula adalah jauh menjangkau skop rekabentuk dan
pembangunan.
 Kejayaan di dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan
amat bergantung kepada kualiti pengurusan, kewangan dan prestasi
organisasi parti-parti yang terlibat.
 Disebabkan kemajuan yang pesat di bidang sains dan teknologi
serta pengaruh dan kawalan kerajaan, pembangunan dan pembinaan
menjadi semakin hari semakin kompleks dan rumit.
 Pendekatan yang canggih perlu untuk disesuaikan dengan
perancangan dan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan dan
pembinaan.
Definisi industri pembinaan
 Ekonomi pembinaan merupakan cabang kepada ekonomi
amnya. Ianya mengandungi penggunaan teknik-teknik dan
kepakaran kepada bidang-bidang tertentu di dalam industri
pembinaan seperti kajian ke atas organisasi-organisasi
pembinaan, proses pembinaan, bekalan tenaga kerja dan
bahan-bahan dan lain-lain.

 Untuk memahami skop subjek ini dengan lebih jelas adalah


penting untuk memahami jawapan bagi soalan-soalan berikut:
i. Apakah ekonomi?
ii. Mengapa industri pembinaan berhak mempunyai cabang
tersendiri daripada ekonomi am?
Apakah Ekonomi?
 Definisi ekonomi secara amnya merupakan pemilihan cara-cara
bagaimana sumber-sumber digunakan atau diagihkan.
 Menurut Robin (1935, di dalam Hillebrant 1993), ekonomi adalah
sains yang mengkaji tingkahlaku manusia dan hubungannya dengan
sumber-sumber yang terhad yang mempunyai pelbagai kegunaan.
 Menurut pengkaji ekonomi ortodok pula, ekonomi adalah kajian
bagaimana manusia dan masyarakat menggunakan sumber-sumber
yang mempunyai pelbagai kegunaan bagi menghasil dan mengagih
kepada beberapa barangan, servis, dan pulangan kepada ahli-ahli
dalam masyarakat.
 Dalam ertikata lain ekonomi adalah kajian bagaimana manusia dan
masyarakat membuat pilihan ke atas sumber-sumber yang semakin
hari semakin berkurangan.
Samb ~
 Ekonomi pembinaan pula adalah berhubung dengan kehendak-
kehendak manusia bagi mendapatkan perlindungan, keselesaan dan
kesesuaian tempat tinggal. Ianya hendaklah menjamin penggunaan
yang efektif terhadap sumber-sumber di dalam industri, di samping
menambahkan kerja-kerja pembinaan.
 Ekonomi bangunan adalah cabang daripada ekonomi mikro. Ianya
memberi penekanan kepada mengenalpasti pengagihan yang optima
ke atas sumber-sumber kepada pemilik bangunan dan pemaju.
 Secara amnya sumber-sumber pembinaan seperti sumber tenaga
kerja, bahan-bahan, jentera dan peralatan adalah terhad dan ini
menjadi matlamat utama ahli ekonomi bangunan untuk memastikan
sumber-sumber ini digunakan sebaik mungkin.
Ciri-ciri industri pembinaan
Industri pembinaan mempunyai ciri-ciri dan
kualiti yang tersendiri yang membezakannya
daripada industri-industri yang lain.
Pembinaan adalah unik dan kompleks dan
melibatkan pelbagai parti yang berbeza. Oleh
yang demikian, adalah wajar untuk memberikan
penekanan kepada ciri-ciri pembinaan untuk
membezakannya daripada industri-industri lain
di dalam ekonomi negara.
Samb ~
 Ciri-ciri utama pembinaan ialah:
 Keadaan fizikal produk
 Produk bangunan selalunya dipesan dahulu (order in advance)
 Produk pembinaan berbeza dari segi rekabentuk, saiz, spesifikasi
serta penggunaan akhirnya.
 Produk akhir adalah besar, berat dan mahal serta mempunyai
tempoh hayat yang panjang
 Dari sei faktor geografi, produk pembinaan diperlukan di serata
tempat yang rata-rata pelanggannya adalah individu
perseorangan.
 Sebahagian besar komponen bangunan dihasilkan oleh industri-
industri lain.
Samb ~
 Struktur industri dan organisasi proses pembinaan
◦ Disebabkan sebahagian besar komponen dihasilkan
oleh industri-industri lain, ciri-ciri produk yang
dikeluarkan akan mempengaruhi struktur industri. Ini
termasuklan saiz dan bilangan organisasi kontrak,
pengasingan rekabentuk dan pembinaan, cara-cara
pembinaan dan pemasangan dan lain-lain.
◦ Industri pembinaan melibatkan banyak parti-parti dan
organisasi yang berbeza bermula dari peringkat
permulaan hinggalah kepada bangunan diserahkan
kepada klien. Tiap-tiap projek yang baru melibatkan
rekabentuk dan pembinaan yang berbeza.
Samb ~
 Penentuan permintaan
◦ Permintaan industri pembinaan adalah hasil pembinaan atau
bangunan itu sendiri.
◦ Permintaan terhadap industri boleh dibahagikan sama ada untuk
diguna sendiri oleh klien atau untuk tujuan pelaburan.
Permintaan yang bertujuan untuk pelaburan digunakan sebagai:
 Tempat untuk menghasilkan pengeluaran – kilang-kilang,
pejabat
 Tambahan atau menambahbaik infrastruktur negara –
lebuhraya, empangan, lapangan terbang
 Pelaburan sosial dan kebajikan – hospital, dewan orang ramai,
sekolah
 Pelaburan sosial dan kebajikan – hospital, dewan orang ramai,
sekolah
 Pelaburan untuk mendapatkan keselesaan – rumah kediaman
Samb ~
 Cara penentuan harga
 Harga yang dikenakan oleh klien terhadap produk bangunan yang
dihasilkan adalah berbeza dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
 Antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga bangunan ialah
harga kos tanah, kos pembinaan dan infrastruktur, kos kerja awalan, kos
pembiayaan dan cukai, kos kerja-kerja luar jangka dan lain-lain lagi.
 Di antara cara-cara yang digunakan untuk menentukan harga ialah
menggunakan kaedah pengukuran berpandukan SMM atau melalui cara
kos-kos pembayaran ganti.
 Dalam cara yang pertama kontraktor akan dibayar berpandukan kuantiti
kerja-kerja yang dilakukan.
 Manakala cara yang kedua pula, kontraktor dibayar harga sebenar bahan-
bahan, tenaga kerja dan jentera yang digunakan beserta sejumlah
keuntungan dan pengurusan yang dipersetujui.
Kepentingan industri pembinaan
 Kepentingan industri pembinaan kepada ekonomi boleh
dilihat daripada beberapa faktor:
1. Saiz dan sumbangan kepada KDNK
2. Menyediakan pelaburan bangunan
3. Menyediakan peluang pekerjaan
4. Kerajaan merupakan klien utama
1. Saiz dan sumbangan kepada
KDNK
 Kedudukan industri pembinaan dalam ekonomi bolehlah
dikaitkan dari segi saiz dan sumbangan industri kepada
aktiviti ekonomi.
 Sumbangan industri pembinaan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) adalah jumlah nilai bagi semua
organisasi dari segi pembelian bahan-bahan dan servis
daripada lain-lain organisasi.
 Industri pembinaan di Malaysia adalah juga seperti di
negara-negara lain dianggap sebagai enjin pertumbuhan
ekonomi dan boleh menunjukkan keadaan ekonomi
negara.
Samb ~
 Pertumbuhan industri pembinaan di Malaysia secara
tradisinya adalah mengikut arah pertumbuhan ekonomi
negara.
 Walaupun sumbangan industri kepada ekonomi negara
adalah kecil; purata 4% dari KDNK (1980-2004), tetapi
ianya mempunyai peranan yang penting kepada
ekonomi disebabkan aktiviti pembinaan dan bangunan
menyokong pelbagai industri seperti industri
pengeluaran, perlombongan, pengangkutan dan
kemudahan dan servis seperti kesihatan, pendidikan dan
pelancongan.
Jadual 1.1: Industri pembinaan dan KDNK (1980-2004)
Samb~
Jadual 1.1 menunjukkan peratus pertumbuhan
KDNK dan industri pembinaan.
Tren menunjukkan pada masa ekonomi negara
mengembang pertumbuhan industri pembinaan
adalah lebih baik daripada ekonomi negara,
tetapi apabila keadaan ekonomi negara merosot,
pertumbuhan industri pembinaan akan menjadi
lebih rendah lagi.
Graf 1.1: Pertumbuhan KDNK & Sektor
Pembinaan
Jadual 1.2: Peratus sumbangan pelbagai sektor
kepada ekonomi Malaysia
Graf 1.2: Peratus Pertumbuhan Pelbagai Sektor
Ekonomi
2. Menyediakan pelaburan bangunan
 Kegunaan utama produk pembinaan boleh dibahagikan kepada dua.
1. Untuk kegunaan sendiri
2. Untuk tujuan pelaburan dengan cara mengenakan sewaan
 Pembinaan adalah industri yang menyediakan pelaburan bangunan iaitu
produk baru diperlukan bukan kerana produk tersebut semata-mata
tetapi kerana servis dan kegunaannya.
 Cth: pembinaan kilang-kilang yang digunakan untuk pengeluaran
komoditi lain, sekolah sebagai tempat pendidikan dan lain-lain lagi.
 Industri pembinaan selalunya dianggap sebagai sumber pelaburan yang
baik kerana nilai pelaburan itu sendiri adalah tinggi berbanding dengan
pendapatan pembeli. Selalunya harga dan nilai bangunan akan
bertambah untuk beberapa tahun akan datang.
Samb ~
 Untuk tempoh jangka masa panjang industri pembinaan dapat
menghasilkan pulangan yang baik kepada pelabur.
 Graf 1.3 jelas menunjukkan pulangan ke atas pelaburan bangunan
adalah tinggi berbanding dengan beberapa sumber pelaburan lain.
 Bersesuaian dengan risiko yang ditanggung, semakin tinggi kadar
risiko, semakin tinggi keuntungan kepada pelabur.
Graf 1.3: Hubungan pulangan risiko dari risiko
sumber-sumber pelaburan utama
3. Menyediakan peluang pekerjaan
 Industri pembinaan merupakan industri yang memerlukan kadar
guna tenaga yang tinggi. Kebanyakan proses-proses pembinaan
memerlukan gunatenaga pekerja yang intensif.
 Gunatenaga boleh dinyatakan dalam bentuk bilangan orang yang
bekerja atau dalam jumlah masa bekerja.
 Merujuk kepada statistik 1.3 dan 1.1 dapat disimpulkan bahawa
turun-naik gunatenaga di dalam industri pembinaan berkadar terus
dengan ekonomi negara dan industri pembinaan. Pada tahun 1983,
peratusan pertumbuhan gunatenaga berada pada kadar tertinggi
iaitu sebanyak 39.18% atau 8.2% sumbangan kepada gunatenaga
keseluruhan.
Jadual 1.3: Gunatenaga industri pembinaan (1980-
2004)
4. Kerajaan merupakan Klien utama
 Kerajaan mempunyai beberapa objektif yang tertentu
di dalam industri pembinaan.
 Antara objektif utama kerajaan ialah untuk
mengagihkan kekayaan negara kepada semua
penduduk, untuk memperbaiki taraf kehidupan dengan
cara memperbaiki pendapatan penduduk di samping
menyediakan peluang pekerjaan.
 Kerajaan mempunyai hak mengawal secara langsung
terhadap permintaan industri.
 Bagi negara membangun, kerajaan memainkan
peranan utama di dalam permintaan infrastruktur dan
kemudahan asas.
Samb ~
 Jadual 1.4 dan 1.5 menunjukkan perbelanjaan kerajaan
terhadap kerja-kerja infrastruktur dan utiliti.
 Jadual 1.4 menunjukkan kerajaan membelanjakan lebih
daripada 20% perbelanjaan kepada infrastruktur dan ini boleh
dianggap tinggi jika dibandingkan dengan pengagihan kepada
sektor-sektor lain.
 Dalam RMK8 kerajaan mengagihkan RM 27 bilion (25%)
bagi pembangunan infrastruktur dan utiliti.
 Peruntukan yang banyak ini membolehkan kerajaan
menjalankan projek infrastruktur dan utiliti untuk
memperbaiki sistem pengangkutan negara di samping
menyediakan kemudahan dan kecekapan utiliti untuk pihak
awam.
Jadual 1.4: Agihan perbelanjaan infrastruktur
(1956-2005)
Jadual 1.5: Agihan pembagunan bagi infrastruktur dan
utiliti (1996-2005) (RM Juta)
Samb~
 Jadual 1.6 menunjukkan perumahan perumahan sektor
awam dan swasta yang telah disasarkan semasa RMK7
dan RMK8. didapati sasaran perumahan sektor awam
semasa RMK8 bertambah hampir 36% daripada sasaran
semasa RMK7.
 Peningkatan ini menunjukkan peranan kerajaan di dalam
menyediakan tempat tinggal yang bersesuaian dan
mampu dibeli oleh penduduk.
 Daripada agihan yang dibuat, didapati agihan kepada
perumahan awam kos rendah melebihi lain-lain program
terutamanya semasa RMK8 iaitu sebanyak 175,000 unit.
Jadual 1.6: Perumahan sektor awam dan swasta (1996-
2005)
Samb~
Selain daripada peruntukan di atas, terdapat juga
peruntukan bagi projek-projek yang
dikendalikan oleh JKR untuk lain-lain
kementerian dan agensi.
Di dalam RMK8, terdapat 4,822 projek-projek
yang dikendalikan oleh JKR untuk 25
kementerian dan agensi dengan peruntukan
sebanyak RM 5,410 juta bagi tahun 2002 seperti
dalam jadual 1.7
Jadual 1.7: Projek-projek yang dikendalikan oleh
JKR
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai