Anda di halaman 1dari 28

MENGUBAH PERSEPSI PELAJAR TERHADAP

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS MELALUI


PEMBENTANGAN SOALAN ESEI DALAM KELAS
TUTORAN BIOLOGI : SATU KAJIAN TINDAKAN

Oleh
Aniza Abu Bakar, Tor Siong Hoon, Ruslina Omar,
Fadhilah Mustapha, Azrina Sham dan Noorlida Hashim
Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Pahang

ABSTRAK

Pelajar matrikulasi secara keseluruhannya adalah pelajar


yang cemerlang di peringkat peperiksaan SPM. Namun
keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris mereka adalah
daripada pelbagai tahap iaitu daripada tahap cemerlang
sehinggalah kepada yang kurang memuaskan. Lantaran
daripada jurang perbezaan ini maka timbullah pelbagai
masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya yang
lemah di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian
Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
persepsi pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris
melalui pembentangan jawapan soalan esei dalam kelas
tutoran Biologi. Instrumen yang digunakan adalah borang
soal selidik yang mengandungi 3 konstruk yang meliputi
2

aspek penggunaan Bahasa Inggeris, keyakinan diri dan


motivasi diri. Responden kajian terdiri daripada 16
kumpulan tutoran pelajar Sains Hayat Semester 1, ambilan
Mei 2004/2005. Pengumpulan data melalui edaran borang
soal selidik yang diedarkan sebanyak 2 kali iaitu sebelum
dan selepas tindakan/rawatan dijalankan. Keputusan
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan persepsi
pelajar apabila dibandingkan di antara sebelum dan
selepas tindakan/rawatan dilakukan samada dari segi
penggunaan, keyakinan diri dan motivasi pelajar terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran
Biologi. Dari aspek penggunaan Bahasa Inggeris, terdapat
peningkatan dari nilai min 2.51 ke 2.63, aspek keyakinan
diri dari 2.49 ke 2.51 manakala motivasi diri dari 3.18 ke
3.22.

PENDAHULUAN
Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan
antara bangsa, oleh itu penguasaan Bahasa Inggeris adalah
amat penting kepada pelajar dalam menghadapi cabaran
globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Dengan
penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, pelajar-pelajar
dapat memperolehi ilmu dengan lebih banyak dan mudah.
Hasil kajian oleh Anisfield (1964) menunjukkan
3

pelajar-pelajar yang bilingual didapati mempunyai


kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan
masalah dan keupayaan berfikir yang lebih baik. Menurut
Nor Azmi (2002) pula prestasi dan personaliti pelajar
bilingual adalah lebih baik berbanding dengan
monolingual. Penyataan ini diperkukuhkan oleh Cummin
dan Swain (1986) yang mana menurutnya pelajar-pelajar
yang bilingual didapati mempunyai pencapaian akademik
yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual.
Berdasarkan kepada kepentingan ini, beberapa
cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sebagai bahasa kedua.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah Bahasa
Inggeris digunakan sebagai alat pembelajaran di samping
mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar
menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu satu keputusan telah
dibuat oleh pihak kerajaan supaya mata pelajaran Sains
dan Matematik diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Mata
pelajaran Sains dan Matematik dipilih kerana sebahagian
besar bahan bacaan dalam bidang ini adalah dalam Bahasa
Inggeris. Di samping itu penggunaan Bahasa Inggeris
melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua
bidang tersebut dapat memberi peluang meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris saintifik.
Pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di peringkat
4

matrikulasi mula diperkenalkan pada sessi 2003/2004 tetapi


hanya melibatkan kelas amali sahaja. Mulai sessi
2004/2005, pengajaran Sains dan Matematik adalah
menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya iaitu melibatkan
kuliah, kelas amali dan kelas tutorial. Penguasaan Bahasa
Inggeris pelajar yang kurang memuaskan boleh
menjejaskan prestasi, terutamanya motivasi mereka untuk
belajar. Satu cabaran yang dihadapi adalah mereka telah
mempelajari mata pelajaran Sains dalam Bahasa Melayu
semasa di peringkat sekolah menengah.
Pelajar matrikulasi secara keseluruhannya adalah
pelajar yang cemerlang di peringkat peperiksaan SPM.
Namun keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris mereka
adalah daripada pelbagai tahap iaitu daripada tahap
cemerlang sehinggalah kepada yang kurang memuaskan.
Jika dilihat daripada sudut pengajaran dan pembelajaran
pula, pensyarah adalah diwajibkan untuk mengajar
sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris samada di dalam kelas
tutoran, kuliah atau amali. Dalam senario pengajaran dan
pembelajaran ini, pelajar yang lemah di dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah
penguasaan ilmu kerana kurang kemahiran dalam bahasa.
Antara masalah yang timbul ialah seperti kurang keyakinan
diri, masalah tidak memahami istilah-istilah yang diajar
oleh pensyarah, masalah penterjemahan dan berbagai lagi.
5

Rentetan daripada itu timbul situasi di mana pelajar


menjadi pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
sentiasa bimbang, tidak yakin dan tidak bermotivasi
terutamanya di dalam kelas tutoran.
Lantaran itu, satu kajian tindakan dilakukan dalam
usaha untuk memperbaiki keadaan ini.

REFLEKSI MASALAH
Pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik di seluruh pusat
matrikulasi di seluruh negara dilaksanakan bermula pada
sessi 2004/2005. Anjakan paradigma ini bertujuan untuk
memberi persediaan kepada pelajar sebelum melangkah
masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta
yang kini rata-rata menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar di dalam kebanyakan subjek. Dasar ini
merupakan satu usaha kerajaan dalam melahirkan graduan
yang fasih berbahasa Inggeris untuk bersaing dalam
pasaran pekerjaan.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan di peringkat
Kolej Matrikulasi Pahang baru-baru ini, pelbagai reaksi
telah diperolehi daripada pelajar yang rata-ratanya
bermasalah untuk mempelajari Biologi dalam Bahasa
Inggeris.
Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah
6

kesukaran memahami kandungan dan istilah–istilah Biologi


dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat menyesuaikan
diri kerana lebih biasa dengan istilah-istilah Biologi di
dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Ini
adalah kerana semasa di tingkatan lima mereka
mempelajari Biologi di dalam Bahasa Melayu. Pelajar juga
menyatakan bahawa mereka terpaksa menggunakan masa
yang panjang dan lama dalam memahami pelajaran dan
maklumat yang disampaikan ketika perbincangan di dalam
kelas tutorial.
Kesukaran untuk berkomunikasi dengan pensyarah
turut menyumbang kepada permasalahan pelajar. Hal ini
berlaku kerana pelajar yang kurang mahir berbahasa
Inggeris merasa segan dan tidak yakin untuk mengajukan
soalan di dalam Bahasa Inggeris kepada pensyarah mereka.
Selain itu, pelajar turut menghadapi kesukaran untuk
menjawab soalan di dalam Bahasa Inggeris kerana tidak
mampu membina struktur ayat yang betul. Mereka bimbang
sekiranya struktur ayat yang dibina itu tidak betul akan
memberikan tafsiran yang salah kepada pensyarah yang
memeriksa kertas tutorial mereka.
Pelajar juga tidak yakin untuk memberikan pandangan
yang bernas kerana tidak faham kandungan mata pelajaran
Biologi yang diajar di dalam Bahasa Inggeris. Lantaran itu
suasana kelas tutoran berjalan dalam keadaan yang pasif
7

dan agak membosankan.


Sekumpulan kecil pelajar turut menyatakan bahawa
mereka telah hilang minat untuk belajar Biologi dalam
Bahasa Inggeris berbanding ketika berada di tingkatan
lima. Kesukaran untuk menggunakan istilah Biologi yang
sesuai dengan kehendak soalan turut dikemukakan oleh
pelajar di dalam soal selidik yang telah dijalankan.
Berikut ialah masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar yang dijadualkan di dalam bentuk kekerapan.

Jenis-jenis penyataan masalah Kekerapan


1. Menghadapi kesukaran dalam memahami 106
isi kandungan sesuatu topik yang diajar
dalam Bahasa Inggeris 97
2. Mempunyai kesukaran memahami istilah
Biologi dalam Bahasa Inggeris 55
3. Mengambil masa yang lama dalam
memahami pelajaran dan maklumat yang 27
disampaikan
4. Mempunyai kesukaran berkomunikasi 27
dengan pensyarah 26
5. Kesukaran menjawab soalan dalam
Bahasa Inggeris kerana gagal membina 14
struktur ayat yang betul 14
6. Kesukaran untuk memberikan pendapat
8

dan pandangan kerana kurang fasih 7


berbahasa Inggeris
7. Tidak memahami soalan yang 7
dikemukakan oleh pensyarah 6
8. Kesukaran untuk menjawab soalan dalam 5
Bahasa Inggeris kerana tidak memahami
kehendak soalan 4
9. Kesukaran untuk memahami kehendak
soalan kerana pensyarah kurang mahir 3
berbahasa Inggeris 2
10. Memerlukan rujukan di dalam Bahasa
Melayu
11. Silap mentafsir soalan
12. Memerlukan pemahaman yang lebih
dalam Bahasa Melayu berbanding
Bahasa Inggeris
13. Lebih berminat untuk belajar Biologi
dalam dwibahasa
( menggunakan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris )
14. Tidak berminat untuk belajar Biologi
dalam Bahasa Inggeris
15. Tidak tahu menggunakan istilah yang
sesuai untuk menjawab
soalan
9

Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh


pelajar ialah kesukaran memahami kandungan yang diajar
dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai kesukaran
memahami istilah Biologi dalam Bahasa Inggeris. Lantaran
daripada situasi yang membimbangkan ini maka pengkaji
merasa amat perlu untuk menjalankan suatu kajian tindakan
supaya isu penggunaan Bahasa Inggeris tidak menjejaskan
prestasi pelajar matrikulasi khususnya di dalam mata
pelajaran Biologi.

OBJEKTIF
Secara khusus objektif kajian ini ialah:
i. Mengenalpasti samada aktiviti pembentangan di
dalam kelas tutoran dapat mempertingkatkan
penggunaan Bahasa Inggeris.
ii. Mengenalpasti samada aktiviti pembentangan di
dalam kelas tutoran dapat mempertingkatkan
keyakinan diri pelajar dalam menggunakan
Bahasa Inggeris.
iii. Mengenalpasti samada aktiviti pembentangan di
dalam kelas tutoran dapat mempertingkatkan
motivasi pelajar dalam menggunakan Bahasa
Inggeris.
10

DEFINISI OPERASIONAL
Persepsi
Maksud persepsi dalam kajian ini ialah tanggapan pelajar
terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Biologi yang melibatkan aspek penggunaan Bahasa
Inggeris, keyakinan diri dan motivasi
Penggunaan bahasa
Penggunaan bahasa dalam kajian ini melibatkan aspek
keseronokan, keselesaan dan kekerapan menggunakan
Bahasa Inggeris samada dalam matapelajaran Biologi atau
penggunaan harian.
Keyakinan diri
Keyakinan diri dalam kajian ini ialah keupayaan pelajar
untuk berani mencuba menggunakan Bahasa Inggeris
dalam matapelajaran Biologi dan seterusnya bersikap
positif dan berfikiran optimis.
Motivasi
Motivasi dalam kajian ini merupakan daya penggerak
kepada kemahuan dan keinginan untuk mencuba
menggunakan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran
Biologi. Ia melibatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

PERANCANGAN TINDAKAN

AKTIVITI TINDAKAN T E M P O H
11

MASA
P e r b i n c a n g a n J/K R &D Unit 24 Mei 2004
Projek dengan Biologi
Ketua Unit
Biologi dan Ketua
Jabatan Sains
Penyediaan Kertas J/K R &D Unit 26 Mei 2004
Kerja projek Biologi
P e r b i n c a n g a n J/K R &D Unit 28 Mei 2004
Kertas Kerja Biologi
Projek dengan
Ketua Unit
Biologi dan Ketua
Jabatan Sains
P e n g u m u m a n J/K R &D Unit 1 Jun 2004
P r o j e k Biologi
P e n y e l i d i k a n Ketua Unit
Tindakan Dan Biologi
P e m b a h a g i a n Ketua Jabatan
Tugas Sains
P e n y e d i a a n J/K R &D Unit 4 Jun 2004
borang soal selidik Biologi
P e l a k s a n a a n J/K R &D Unit 7 Jun – 13 Ogos
Projek Biologi 2004
12

Memproses data J/K R &D Unit 14 – 20 Ogos


Biologi 2004
Refleksi/Renunga J/K R &D Unit 23 Ogos 2004
n Biologi
Penulisan laporan J/K R &D Unit 23 Ogos – 3 Sept.
penyelidikan Biologi 2004
P e n y e m a k a n Ketua Jabatan 4 September – 6
terakhir Sains Sept. 2004
Ketua Unit
Biologi
J/K R &D Unit
Biologi

PELAKSANAAN TINDAKAN
Seramai 249 orang pelajar dari 16 kelas tutoran terlibat
sebagai responden. Pelajar berjumpa pensyarah tutoran
mereka sebanyak dua kali dalam masa seminggu. Biasanya
setiap kali perjumpaan hanya selama 1 jam.
Sebelum aktiviti kajian tindakan dijalankan iaitu pada
minggu kedua sesi bermula, satu penyelidikan tentang
persepi pelajar terhadap pembelajaran Biologi dalam
Bahasa Inggeris telah dijalankan di mana borang soal
selidik diedarkan untuk dijawab oleh pelajar. Selepas
13

mendapat maklum balas daripada pelajar, Ahli Jawatan


Kuasa Penyelidikan Unit Biologi telah berbincang dan
bersetuju menggunakan kaedah pembelajaran yang
melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas tutoran.
Keputusan yang diambil ialah dengan menggunakan
aktiviti pembentangan jawapan soalan esei di hadapan
kelas semasa kelas tutoran Biologi. Pelajar dibahagikan
kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga hingga
empat orang dalam satu kumpulan. Soalan diambil daripada
latihan tutoran yang diagihkan kepada
kumpulan-kumpulan mengikut tajuk-tajuk tertentu.
Semasa kelas tutoran, pelajar-pelajar membuat
pembentangan mengikut dapatan bersama hasil daripada
perbincangan ahli kumpulan masing-masing. Segala
pembentangan yang dilakukan di hadapan kelas adalah
dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar tidak
dibenarkan membaca nota semasa penerangan sebaliknya
mereka digalakkan menggunakan perkataan sendiri. Guru
membimbing dan memperbetulkan pelajar jika terdapat
kesilapan dari segi fakta. Tujuan dilakukan sedemikian
ialah untuk menanamkan rasa yakin diri dan bermotivasi
untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Biologi.
Aktiviti ini berterusan selama dua bulan dan selepas
dua bulan borang soal selidik yang sama diedarkan kepada
14

pelajar yang sama untuk melihat perubahan persepsi


mereka terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Biologi supaya dapat dibuat perbandingan
sebelum rawatan dan selepas rawatan dijalankan.

PENILAIAN DAN PEMERHATIAN


Reka bentuk kajian
Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik
diedarkan sebanyak 2 kali iaitu sebelum rawatan dan
selepas rawatan dilakukan. Secara khususnya pendekatan
yang digunakan di dalam kajian ini adalah secara
15

kuantitatif. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan data


dan diterjemahkan data tersebut dalam bentuk analisis
statistik.
Responden Kajian
Responden kajian ini terdiri daripada pelajar Sains Hayat
Sesi 2004/2005. Hanya 16 buah kelas tutoran yang dipilih
sebagai responden. Oleh itu hanya 249 pelajar sahaja yang
terlibat di dalam kajian ini.

Instrumen Kajian/Alat Kajian


Borang soal selidik telah dipilih sebagai instrumen di dalam
kajian ini. Ianya meliputi 2 bahagian iaitu:
i) Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Pelajar
yang meliputi jantina, gred Biologi, gred Bahasa
Inggeris, jenis sekolah, kedudukan tempat tinggal,
status sosio ekonomi keluarga, tahap pendidikan ibu
bapa dan bahasa harian di rumah.
ii) Bahagian B: Soal Selidik Persepsi Pelajar Terhadap
Penggunaan Bahasa Inggeris pula melibatkan 3
konstruk iaitu:
1. Penggunaan Bahasa Inggeris – dari aspek
kekerapan, keselesaan dan keseronokan
menggunakan Bahasa Inggeris.
2. Keyakinan Diri- keberanian dalam menampilkan
diri di hadapan kelas dan bercakap dalam Bahasa
16

Inggeris tanpa merujuk sebarang nota.


3. Motivasi Diri- melibatkan motivasi intrinsik dan
ekstrinsik.
Di samping itu, soalan terbuka juga diajukan kepada
pelajar yang berfokuskan kepada masalah-masalah yang
dihadapi semasa proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam mata pelajaran Biologi.
Soalan-soalan ini disusun secara rambang
supaya pelajar tidak ‘bias’ semasa menjawab soalan.
Bentuk soalan adalah dalam bentuk soalan Skala Likert 4
mata. Di samping menggunakan borang soal selidik,
tingkah laku pelajar semasa di dalam kelas tutoran juga
digunakan sebagai maklumat tambahan. Antara tingkah
laku yang diperhatikan ialah kelancaran berbahasa Inggeris
semasa pembentangan, sikap sukarela untuk menjawab
soalan dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan Bahasa
Inggeris dalam menjawab soalan ujian.

Kajian Rintis
Sejumlah 37 orang pelajar jurusan Sains Hayat Kolej
Matrikulasi Pahang telah terlibat dalam kajian rintis.
Pelajar-pelajar ini dikenal pasti tidak terlibat sebagai
responden di dalam kajian sebenar. Data kajian rintis telah
diproses dengan menggunakan komputer melalui program
SPSS versi 11.0. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan
17

instrumen ialah 0.8630. Nilai pekali kebolehpercayaan


adalah tinggi dan menunjukkan bahawa item-item yang
dikemukakan adalah boleh diterima dan dipercayai.

Analisis Data
Pakej Komputer perisian SPSS versi 11.0 digunakan bagi
menganalisis data di mana kaedah statistik deskriptif
digunakan. Analisis deskriptif min digunakan untuk
menghuraikan persepsi pelajar yang melibatkan 3 aspek
iaitu penggunaan Bahasa Inggeris, keyakinan dan motivasi
pelajar.

REFLEKSI TINDAKAN
Hasil analisis yang diperolehi adalah berdasarkan kepada
keputusan min soal selidik sebelum rawatan dijalankan
(7-11 Jun 2004) dan min soal selidik selepas rawatan
dijalankan (9-13 Ogos 2004).

Konstruk Min Sebelum Min Selepas


Rawatan Rawatan
Penggunaan Bahasa 2.51 2.63
Inggeris
Keyakinan Diri 2.49 2.51
Motivasi Diri 3.18 3.22
18

Keseluruhan 2.70 2.81

Dapatan kajian dapat digambarkan melalui graf 1a


dan graf 1b berikut:

Graf 1a

Graf 1b
19

Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa


berlaku peningkatan persepsi pelajar terhadap penggunaan
Bahasa Inggeris. Terdapat perbezaan min sebelum dan
selepas rawatan dilakukan di mana ketiga-tiga aspek
menunjukkan peningkatan walaupun sedikit.
Keputusan menunjukkan bahawa walaupun
perjumpaan pelajar hanya 2 jam seminggu namun masih
terdapat peningkatan persepsi pelajar terhadap penggunaan
Bahasa Inggeris. Dijangkakan bahawa jika tindakan ini
diteruskan maka lebih ketara peningkatannya.
Daripada pemerhatian yang dilakukan, didapati pelajar
cuba untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam
menyampaikan pembentangan mereka dan ini telah
mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan Bahasa
Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi.
Mereka telah cuba menanamkan keyakinan, motivasi dan
seterusnya keseronokan, keselesaan serta kekerapan di
dalam mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris di
dalam mata pelajaran Biologi. Menurut Biehler (1997)
motivasi adalah peransang yang memberi galakan yang
boleh mengubah perlakuan. Pada amnya pelajar yang
mempelajari Bahasa Inggeris mempunyai motivasi untuk
menguasai bahasa ini. Bagi Creed (2004), keyakinan diri
dapat dipupuk apabila kemahiran berkomunikasi dikuasai.
20

Ianya dapat dilatih dalam kumpulan kecil secara tidak


formal lalu disusuli ucapan secara formal.

IMPLIKASI
Keberkesanan dalam melaksanakan sepenuhnya
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran Biologi di kolej matrikulasi amnya dan di
Kolej Matrikulasi Pahang khasnya memerlukan komitmen
yang optima daripada pelbagai pihak. Beberapa saranan
untuk dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu bagi
membantu pelajar meningkatkan persepsi dalam
penggunaan Bahasa Inggeris, keyakinan diri dan motivasi
diri adalah seperti berikut:
1.Guru atau pensyarah boleh memperbanyakkan aktiviti
yang membolehkan pelajar
menggunakan Bahasa Inggeris seperti perbahasan tentang
satu-satu soalan atau masalah
dalam topik – topik tertentu dalam subjek Biologi. Ini
membolehkan pelajar menyampaikan
idea secara spontan dimana idea itu disampaikan dalam
Bahasa Inggeris mengikut laras
penguasaan bahasa Inggeris pelajar tersebut. Melalui cara
sebegini membolehkan pelajar
membina keyakinan diri dalam menggunakan Bahasa
21

Inggeris semasa sesi pengajaran dan


pengajaran di dalam kelas tutoran.
2.Guru atau pensyarah seharusnya sentiasa memberi
motivasi kepada pelajar samada secara
langsung atau tidak langsung. Secara langsung seperti
memberi galakan kepada pelajar
dengan memberi ganjaran dalam bentuk material atau
verbal apabila pelajar menggunakan
Bahasa Inggeris ketika mempersembahkan ‘presentation’
atau ketika menjawab soalan
yang dikemukakan oleh guru atau pensyarah. Memberi
motivasi secara tidak langsung
seperti memberitahu kepada pelajar tentang kepentingan
penguasaan Bahasa Inggeris
dalam dunia hari ini kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa global atau bahasa
antarabangsa.
3. Guru juga boleh mewujudkan ‘kumpulan-kumpulan
pakar’ di kalangan pelajar dengan mengagihkan mereka
kepada kumpulan-kumpulan kecil di mana setiap kumpulan
akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk diagram,
jigsaw puzzle atau graf untuk dibincangkan di antara rakan
di dalam kumpulan tersebut. Ahli-ahli dalam ‘kumpulan
pakar’ ini kemudian akan ditukar di antara satu kumpulan
dengan kumpulan lain agar mereka dapat menerangkan
22

dapatan yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris kepada ahli


rakan yang baru. Ini secara tidak langsung akan
mewujudkan perkongsian idea di mana mereka dapat
bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Di samping itu,
aktiviti ini juga dapat membantu mereka supaya lebih peka
kepada istilah-istilah Biologi yang dipelajari dalam Bahasa
Inggeris. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan
keseronokan apabila mereka berpeluang untuk berkongsi
pendapat.

9.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
berlaku anjakan paradigma dari aspek persepsi pelajar.
Diharapkan bahawa kajian tindakan ini dapat memberi
sumbangan dalam mempertingkatkan penggunaan,
keyakinan dan motivasi pelajar di dalam penggunaan
Bahasa Inggeris.

RUJUKAN
Ainsfield,1964; Cummin & Swain, 1986; Nor Azmi, 2002.
(atas talian)

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ppsmi/strategi_pelaksanaa
n_files/frames.htm
23

Biehler. 1997. Psychology applied to Teaching. (atas


talian).
http://college.hmco.com/education/pbl/tc/motivate.htm1#m
otivation

Creed. 2004. Effective communication


skills-Self-confidence-Public Speaking. (atas talian)
http:// www.petercreed.pwp.blueyonder.co.uk/
INSTRUMEN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM
KELAS TUTORIAL BIOLOGI

Bahagian A: Latar belakang pelajar:


Kelas Tutoran :__________________

Tandakan ü pada kotak yang disediakan dan isi tempat


kosong

1. Jantina L
P

2. Gred Biologi (SPM): ______


3. Gred Bahasa Inggeris (SPM): ______
4. Jenis sekolah:
24

Sekolah harian
Asrama biasa
Asrama penuh

5. Negeri tempat tinggal :____________________


6. Kedudukan tempat tinggal:
Bandar
Luar bandar
7. Status sosio ekonomi (jumlah pendapatan ibubapa)
RM 1000 ke bawah

RM 1000-RM 3000

> RM 3000

8. Tahap pendidikan:
i) Bapa ii) Ibu
< SPM < SPM

MCE/SPM/O-Level
MCE/SPM/O-Level

Diploma Diploma
25

Ijazah/Ijazah lanjutan Ijazah/Ijazah


lanjutan
9. Bahasa harian di rumah :
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Lain-lain Nyatakan
:___________________

Bahagian B
Untuk setiap item pilih SATU jawapan sahaja.
Sila bulatkan jawapan mengikut skala yang diberikan
1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Setuju
4. Sangat setuju
Jawapan ikhlas daripada anda amatlah diharapkan

SKOR
BI
PERNYATAAN ST TS S SS
L
S
1 Saya merasa yakin untuk 1 2 3 4
bercakap dalam Bahasa Inggeris
2 Saya akan menggunakan Bahasa 1 2 3 4
Inggeris sekerap mungkin
3 Saya menggunakan Bahasa 1 2 3 4
26

Inggeris hanya apabila saya


berada di dalam kelas tutorial
Biologi
4 Saya akan bersemangat apabila 1 2 3 4
kawan-kawan menggalakkkan
saya menggunakan Bahasa
Inggeris
5 Saya seronok belajar Biologi 1 2 3 4
dalam Bahasa Inggeris
6 Saya selalu menawarkan diri 1 2 3 4
untuk menjawab soalan Biologi
dalam Bahasa Inggeris
7 Saya akan cuba memahami 1 2 3 4
subjek Biologi dalam Bahasa
Inggeris
8 Penggunaan Bahasa Inggeris 1 2 3 4
dalam pengajaran dan
pembelajaran Biologi
menimbulkan minat saya untuk
belajar Biologi
9 Saya akan menjawab soalan 1 2 3 4
peperiksaan Biologi dalam
Bahasa Inggeris
10 Saya yakin boleh skor A dalam 1 2 3 4
27

matapelajaran Biologi walaupun


diajar dalam Bahasa Inggeris
11 Saya fikir proses pembelajaran 1 2 3 4
Biologi dalam Bahasa Inggeris
atau Bahasa Melayu adalah sama
sahaja
12 Saya suka berbincang dengan 1 2 3 4
kawan-kawan tentang subjek
Biologi menggunakan Bahasa
Inggeris
13 Pensyarah memberi peluang 1 2 3 4
kepada saya untuk menjawab
soalan Biologi dalam Bahasa
Inggeris
14 Saya selesa apabila pensyarah 1 2 3 4
mengajar Biologi dalam Bahasa
Inggeris
15 Saya suka menggunakan buku 1 2 3 4
rujukan Biologi dalam Bahasa
Inggeris
16 Saya lebih selesa menggunakan 1 2 3 4
Bahasa Melayu sebagai bahasa
harian berbanding Bahasa
Inggeris
28

17 Saya akan sentiasa berusaha 1 2 3 4


untuk meningkatkan keupayaan
berbahasa Inggeris dari semasa ke
semasa
Bahagian C:
Nyatakan masalah-masalah yang timbul apabila
diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Biologi dalam
Bahasa Inggeris terutama di dalam kelas tutorial Biologi:
________________________________________________
___________________________
Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan J

Anda mungkin juga menyukai