Anda di halaman 1dari 2

Fokus Karangan PMR 2010 - Cara untuk membalas jasa guru

Soalan 1:
Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita lakukan untuk
membalas jasa guru

Jawaban:

Strategi: 
T= Membalas jasa guru
K=Cara
F= Umum 

Isi:
1. kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh
2. kita mestilah menghormati guru pada setiap masa
3. Kita mestilah menolong atau membantu guru
4. Kita hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka

(AR) Insan seperti Perdana Menteri, Jurutera, Doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam hidupnya
kerana diajar dan dididik oleh guru. (AR) Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa guru banyak berjasa
kepada banyak orang. (AR) Insan yang digelar cikgu ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi
orang lain  termasuk diri kita. Oleh itu, (AA) kita mestilah membalas jasa mereka supaya kita tidak
dianggap bagai kacang lupakan kulit.

(AJ) Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-
sungguh ibarat genggam bara api sampai jadi arang. (AH) Sebagai guru, mereka ingin melihat kita
berjaya pada masa depan. (AC) Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap
peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. (AP) Guru sudah pasti berbangga jika kita mencapai
kejayaan.

Selain itu, (AJ) kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. (AH) Guru merupakan ibu bapa kedua
bagi kita. (AC) Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau mengikut perintah atau
suruhannya. (AP) Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pelajaran yang kita terima
daripada guru tidak berkat.

Seterusnya, (AJ) kita perlu membalas jasa guru dengan menolong atau membantu guru. (AH) Dalam hal
ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. (AC)Sebagai contohnya, kita
hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk
mengangkat atau mengambil sesuatu barang di bilik guru. (AP) Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa
guru yang telah mendidik dan mengajar kita.

Bukan itu sahaja, (AJ) kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan
kesihatan yang baik untuk mereka. (AH) Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita pada
bila-bila masa. (AC) Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar ucapan
`Selamat Hari Guru’, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita
sentiasa dirahmati oleh Tuhan. (AP) Melalui cara ini, kita akan dianggap sebagai murid yang baik dan
sentiasa menghargai jasa guru.
Kesimpulannya, (A Ksmpln) guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam hidup kita.
(A Pndpt) Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap
gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. (A Pndpt) Guru juga umpama
tongkat kepada orang buta. Oleh itu, (A Cdgn) kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala
pengorbanannya pada setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai