Anda di halaman 1dari 4

c    


       

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan pengasas Kerajaan
Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292)
Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-
1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri
kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi
Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat
neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya,
dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414.
Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau
Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau
adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan
diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh
pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong.
Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya
beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar
mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang
salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk
itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas
menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu
"Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti
kepada negara China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi
oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540
orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai,
Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata,
"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Pengasasan Melaka

    
 diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya
beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.
Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun
1409 [1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam
dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan
Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II
menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

  

R 1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh
Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya
membuka negeri Melaka.
R 1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka
dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
R 1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat
perlindungan daripada serangan pihak Siam.
R 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para
pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara k edua-dua
negara.
R 1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring
sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China.
Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
R 1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama
Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
R 1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan
menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
R 1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
R 1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
R 1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah
(1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri.
R 1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh
dari Muar.
R 1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
R 1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar
Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan
Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan
segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
R 1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-
1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang
tegas dalam melaksanakan tugasnya.
R 1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud
Shah (1488-1511).
R 1498: Tun Perak meninggal dunia.
R 1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara
bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa
di kalangan bendahara-bendahara.
R 1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab
perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya
ditahan.
R 1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan
Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada
baginda.Selain itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin
mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah
membunuh Tun Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan
kesilapannya . Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah
menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

Pengenalan

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 9:43 PM | pengenalan | 0 comments »

Sejarah negara kita

A) Kesultanan Melayu Melaka


Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan
yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada
zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya,
politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan
seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511
memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah
mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.
Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh
beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya :
Ȉ Pengasasan Melaka
Ȉ Kedatangan Parameswara ( latar belakang parameswara )
Ȉ Asal usul nama Melaka
Dalam tajuk yang seterusnya kemi akan cuba memberi seberapa banyak info berkaitan
dengan :

B) Zaman Kegemilangan Melaka


Menerusi tajuk ini, kami menyediakan beberapa info berkaitan dengan:
Ȉ Pentadbiran Melaka ( sistem pembesar empat lipatan )
Ȉ Peranan pembesar ( Raja dan Orang Besar Empat )
Ȉ Susun lapis masyarakat
Ȉ Peraturan dan undang-undang
Ȉ Bahasa Melayu sabagai bahasa perantaraan
Ȉ Tokoh Ȃ tokoh Melaka
Ȉ Melaka sebagai pusat perdagangan
Ȉ Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
Marilah kita bersama-sama menambah ilmu... ;)