Anda di halaman 1dari 13

Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Peta

Peta 1.1 (Peta Sim-Sim)

Tingkatan 2B 1
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Peta 1.2 (Peta Lakar Sim-Sim)

Tingkatan 2B 2
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Peta 2.1 (Kedudukan Venice di Itali)

Peta 2.2 (Peta Venice)

Tingkatan 2B 3
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Hasil Kajian

Jenis dan Pola Petempatan

Kajian yang telah kami jalankan di Sim-Sim, Sandakan menunjukkan bahawa

Sim-Sim merupakan petempatan nelayan di kawasan pinggir bandar Sandakan. Pola

petempatannya ialah berkelompok, iaitu pola petempatan yang sama dengan Venice di

Itali.

Petempatan di Sim-Sim

Pola petempatan

berkelompok di Venice

Tingkatan 2B 4
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Faktor yang Mempengaruhi Petempatan

Bentuk muka bumi di Sim-Sim merupakan pinggir laut. Perniagaan, perikanan

dan pelancongan merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Sim-Sim yang

mempengaruhi petempatan di Sim-Sim.

Berbanding dengan Venice, Venice ialah salah satu tarikan pelancong dan pusat

perniagaan di Itali.

Lanskap Venice yang cantik menjadi tarikan pelancong di Itali

Tingkatan 2B 5
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Fungsi Petempatan

Sim-Sim yang terletak di pinggir bandar Sandakan mempunyai fungsi sebagai

pusat perniagaan, perikanan dan pelancongan. Di Sim-Sim terdapat restoran-restoran

yang dapat menarik ramai pelancong atau penduduk setempat. Di Sim-Sim juga terdapat

pusat pengumpulan ikan.

Venice pula mempunyai fungsi sebagai pusat pelancongan kerana mempunyai

lanskap yang cantik dan pengangkutan yang unik. Kedai-kedai juga didapati di Venice.

Pengangkutan dan Perhubungan di Venice sangat penting. ‘Gondola’ merupakan

pengangkutan yang utama di Venice untuk mengangkut orang melalui terusan. Selain itu,

Lapangan terbang Marco Polo dan Terminal Kereta api Santa Lucia di Venice juga

merupakan pusat pengangkutan yang utama di Venice.

Restoran di Sim-Sim

Tingkatan 2B 6
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Pusat pengumpulan ikan di Sim-Sim

Gondola merupakan

pengangkutan yang utama di Venice

Tingkatan 2B 7
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Lapangan Terbang Marco Polo di Venice

Masalah Petempatan

Kekurangan infrastruktur dan pelupusan sampah merupakan masalah yang

dihadapi di Sim-Sim.Sebagai contoh, kemudahan asas di Sim-Sim kurang dan beberapa

jambatan telah rosak. Sampah dan bahan komposit yang dibuang ke laut menyebabkan

air laut berbau busuk.

Masalah yang dihadapi di Venice ialah banjir. Venice merupakan pulau-pulau

yang terletak di Lagun Venetian. Lagun Venetian yang cetek menyebabkan Venice sering

dilanda banjir akibat aras laut semakin meningkat. Ini menyebabkan kedai-kedai di

Venice dibanjiri dengan air laut dan penduduk Venice terpaksa keluar dengan memakai

sepatu tinggi.

Sampah menyebabkan air

laut berbau busuk

Tingkatan 2B 8
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Sampah berapung di permukaan air

Keadaan air pasang di Venice

Penduduk Venice

terpaksa keluar dengan memakai

sepatu tinggi

Tingkatan 2B 9
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Aras laut yang tinggi di Venice

Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Kerajaan harus menyediakan tapak pelupusan di sekitar Sim-Sim supaya

penduduk di Sim-Sim boleh membuang sampah ke tempat tertentu dan bukan ke laut.

Selain itu, kerajaan harus membaiki jambatan dan menaik taraf sekitar Sim-Sim.

Kerajaan Venice boleh bercadang untuk menimbus tanah di sekitar Venice atau

melaksanakan projek pencegahan banjir.

Tempat berjalan dinaik taraf

Tingkatan 2B 10
Tugasan Geografi Tingkatan 2

Peta Minda

Fakt
Lan
M
JFungs
asala
enis da
Petempatan dan
Perkembangannya
di Sim-Sim dan
Perbandingannya
dengan Venice

Petemp
Pola
Tingkatan 2B
Tanda-tanda di sepanjang terusan Venice

Sim-Sim: Perniagaan (kedai


runcit,restoran),
Petempatan (rumah),
Pelancongan
Venice: Perniagaan, Pelancongan

Sim-Sim: Pusat perniagaan, Pusat


perikanan, Pusat pelancongan
Venice: Pusat perniagaan, Pusat
pelancongan, Pusat pengankutan dan
k
g
u
o
lp
s
tm
Sim-Sim: Kawasan pinggir bandar,
Berkelompok
e
n
h
a
r
F
J
M
P
L
id
2010

Venice: Kawasan bandar, Berkelompok

Sim-Sim: Kekurangan infrastruktur,


Pelupusan sampah
Venice: Banjir

Sim-Sim: Menambah dan memperbaiki


kemudahan infrastruktur, menyediakan
Tapak pelupusan
Venice: Penimbusan tanah, Melaksanakan
projek pencegahan banjir

11
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

Rumusan

Kami berasa bangga kerana dapat menjalankan kajian di kawasan Sim-Sim,

Sandakan, iaitu salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tarikan pelancong dari

dalam dan luar negara. Dengan adanya kegiatan pelancongan dan perniagaan, kawasan

Sim-Sim dimajukan oleh pihak kerajaan agar taraf hidup penduduk di kawasan kajian

bertambah baik dan masa depan penduduk lebih terjamin kerana banyak peluang

pekerjaan yang disediakan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang disediakan

amat memudahkan para pelawat dan penduduk sekitar.

Pembinaan petempatan rumah terapung di kawasan Sim-Sim telah mengubah

pandang darat di kawasan kajian lantas memajukan kawasan pinggir laut demi

pembangunan kegiatan ekonomi. Di samping itu, sumber hasil laut juga merupakan

salah satu fungsi kawasan tersebut disebabkan aktiviti penangkapan ikan giat dijalankan.

Kita sepatutnya menanam kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar

untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem hidupan laut. Dalam erti kata lain, sistem

pelupusan sampah yang baik patut dilaksanakan agar dapat mengekalkan alam sekitar

dalam keadaan yang asal. Kawasan Sim-Sim haruslah mempunyai perkembangan atau

kemajuan yang terancang seperti Venice di Italy. Sebagai rakyat Malaysia, kita

Tingkatan 2B 12
Tugasan Geografi Tingkatan 2 2010

sepatutnya mencontohi negara lain seperti Italy dalam pemeliharaan alam sekitar.

Akhir kata, tanggungjawab dan kerjasama kita semua amat diperlukan dalam menjaga

kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Tingkatan 2B 13

Anda mungkin juga menyukai