Anda di halaman 1dari 2

BAB 9 - HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

Proses pemupukan perpaduan memerlukan campur tangan daripada semua pihak iaitu pihak
Kerajaan, pihak swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan juga rakyat Malaysia untuk
memastikan Negara kita mampu untuk mencapai integrasi nasional dan rakyatnya hidup dalam
keadaan aman dan damai walaupun berbilang kaum, bangsa dan juga agama. Perpaduan
antara kaum bersifat luaran yang merujuk kepada penyatuan dari segi zahir dan fizikal. Semua
pihak haruslah bertolak ansur dan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Program-program pembangunan yang dirancang oleh pihak Kerajaan bertindak untuk


memberikan kesejahteraan kepada kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan dan
keperluan perpaduan dan integrasi adalah begitu penting di Malaysia memandangkan di
Malaysia ini terdapat pelbagai kaum yang tinggal bersama dalam satu rumpun masyarakat
sama tetapi yang hanya berbeza dari segi agama, budaya dan keturunan serta dicirikan oleh
kepelbagaian.

Faktor-faktor kepada penghalang perpaduan dan integrasi antara masyarakat di Malaysia,


masih wujud dan kadangkala jelas serta masih lagi ternampak akan kekaburan. Faktor-faktor
tersebut adalah prasangka, perkauman dan etnosentrisme. Perkara yang menyebabkan faktor-
faktor ini terjadi adalah perbezaan dari segi ekonomi, politik, sosial, tempat tinggal dan
kebudayaan sesebuah kaum. Namun usaha-usaha kerajaan adalah begitu jelas dan kita dapat
melihat kesannya sehingga sekarang dimana rakyat di Malaysia masih mampu hidup dalam
keadaan aman damai tanpa sebarang masalah dan hanya akan berlaku sedikit pertelingkahan
apabila berlaku sesuatu perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan agama tetapi yang pasti
pihak kerajaan mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah dengan cara bertoleransi antara
semua pihak.

Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan adalah diasaskan oleh perkongsian kuasa, persefahaman
dari segi politik, strategi ekonomi, stategi pendidikan, strategi penggunaan Bahasa Kebangsaan,
strategi agama, strategi kebudayaan, strategi integrasi wilayah, strategi keselamatan, strategi
pembangunan kawasan, strategi penggunaan tenaga manusia, strategi media massa, strategi
kesukanan, strategi pemasyarakatan perpaduan, strategi pertubuhan sukarela, strategi
penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan, strategi pemantaun isu-isu semasa dan konflik,
strategi penubuhan Panel Penubuhan Penasihat Perpaduan Negara ( PANEL ) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri ( JKPPN ), strategi program dan aktiviti
perpaduan serta pelbagai strategi-strategi lain yang dicadangkan dan difikirkan mampu untuk
memantapkan lagi proses perpaduan serta integrasi antara kaum di Malaysia.

Usaha-usaha yang dijalankan lebih bertumpu kepada generasi-generasi muda yang lebih mudah
untuk di didik supaya cinta akan keamanan dan sentiasa bersatu padu walaupun berbeza kaum.
Program terbaru yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum
adalah Program Latihan Khidmat Negara. Program ini mampu untuk membentuk perwatakan
positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, meningkatkan
semangat patriorisme, cergas dan cerdas serta penuh keyakinan di kalangan generasi muda.
Sekolah Kebangsaan turut diperkasakan kerana ia merupakan institusi pendidikan utama bagi
anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Apabila wujudnya
rasa cinta akan Negara dalam diri setiap generasi muda maka dengan mudah perpaduan serta
integrasi antara kaum dapat direalisasikan di Malaysia kerana masing-masing mempunyai satu
matlamat yang sama iaitu untuk melihat Malaysia sebagai Negara yang aman dan harmoni
tanpa berlaku sebarang persengketaan.

Perpaduan dapat dicapai melalui dasar-dasar utama Kerajaan dengan mewujudkan aktiviti dan
program-program yang menggalakkan perdampingan dan pemahaman di antara etnik-etnik
yang berbeza. Negara kita berjaya melaksanakan dasar-dasar ini berasaskan akan perkongsian
kuasa politik, kerajaan yang demokrasi, pertumbuhan ekonomi yang baik serta tolak ansur
budaya antara semua etnik.

Kesemua ini dapat menggambarkan kepada kita bahawa tolak ansur antara kaum yang
berlandaskan kepada Perlembagaan Negara ini merupakan asas penting untuk memupuk
perpaduan dan integrasi antara kaum dan akan sentiasa dapat dilaksanakan sekiranya semua
pihak berganding bahu untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diinspirasikan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia yang Ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Disini dapat dinyatakan bahawa walaupun terdapat kepelbagaian etnik yang hidup di kalangan
penduduk di Negara ini namun sejarah telah membuktikan bahawa mereka hidup dalam
keadaan yang aman serta bersatu padu. Kepelbagaian ini tidak dijadikan sebab untuk membuat
desakan yang menguntungkan sesuatu etnik sahaja dan begitu juga kekuatan dalam sesuatu
bidang ekonomi atau politik setiap etnik tidak digunakan untuk menindas etnik lain. Tolak ansur
dan tolenrasi merupakan asas kepada perpaduan di Negara ini. Negara kita juga turut dijadikan
sebagai Negara contoh kerana pelbagai kaum mampu untuk hidup bersama tanpa sebarang
persengketaan berbanding Negara-negara lain. Semua pihak haruslah bekerjasama antara satu
sama lain dan tidak menyerahkan perkara ini hanya kepada pihak Kerajaan semata-mata.
Masyarakat, pihak swasta dan Badan-badan Bukan Kerajaan ( NGO ) perlu bersama-sama
dengan Kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan serta integrasi antara seluruh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya agar tidak dicemari dengan sebarang
persengketaan dan permusuhan supaya mampu untuk hidup dalam keadaan aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai