Anda di halaman 1dari 4

1.

1 Pengenalan

Pada masa ini, laluan siar kaki amat penting bagi menghubungkan kawasan di sekitar

Politeknik Kota Bharu. Secara umumnya, di dalam cadangan untuk membuat satu laluan siar

kaki akan memberi faedah dan manfaat bersama kepada para penuntut politeknik dan juga para

pensyarah serta kakitangan politeknik. Terdapat pelbagai jenis bagi laluan siar kaki dan juga

keadaan bentuk laluan kaki kaki yang dibina. Antaranya ialah dibina dalam keadaan lurus

ataupun berlengkok.

1.1.1 Pengenalan siar kaki

Siar kaki atau lebih dikenali sebagai laluan pejalan kaki merupakan penghubung antara

satu kawasan ke kawasan yang lain. Siar kaki biasanya dibina lebarnya mencukupi dua orang

berjalan seiring iaitu sekurang – kurangnya satu meter lebar. Siar kaki mempunyai tiga jenis

iaitu:

Jenis siar kaki Contoh bahan binaan siar kaki


Rumput

Permukaan landskap lembut Pasir

Batu halus
Permukaan landskap fleksible Batu kecil

Granit

Batu bata
Konkrit cellular

Kayu
Konkrit in – situ

Konkrit pre – cast


Permukaan landskap kejur
Seramik (ceramic tiles), terrazzo, sandstone,

limestine, slate

Laluan siar kaki yang dicadangkan ialah terletak diantara bangunan blok C Jabatan Kejuruteraan

Awam , blok MSK, dan Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Kajian laluan siar kaki ini

melibatkan keperluan para pengguna yang akan menggunakan laluan ini, mengapakah ia dibina,

bancian terhadap para pengguna yang akan melalui laluan tersebut, kepentingan laluan tersebut

dan lain – lain lagi.

1.2 Penyata Masalah

Pada masa kini, tiada laluan siar kaki diantara bangunan blok C Jabatan Kejuruteraan

Awam , blok MSK, dan Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Ini menyababkan para

pelajar, pensyarah dan juga kakitangan politeknik menggunakan laluan yang tidak mempunyai

siar kaki. Ini menyebabkan kawasan rumput itu menjadi rosak akibat sering kali dipijak oleh

pejalan kaki. Sekaligus merosakkan landskap dan pemandangan di sekitar kawasan itu. Pada

waktu hujan pula, tanah di kawasan itu akan berselut sekaligus menyebabkan kasut akan menjadi

kotor.
Selain itu, laluan sedia ada amat jauh, mengambil masa lama dan panjang kerana para

pelajar terpaksa melalui jalan yang dipagari oleh pagar. Sikap para warga politeknik yang ingin

mengejar masa menyebabkan ada para warga politeknik mengambil jalan singkat dan mudah

dengan membuat laluan sendiri di antara bangunan blok C Jabatan Kejuruteraan Awam , blok

MSK, dan Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu.

Oleh hal demikian, kami berharap dapat menjayakan kajian ini kerana ia akan membantu

para warga politeknik sekaligus dapat menjimatkan masa para warga politeknik di masa

hadapan. Dengan ini, ia akan memendekkan lagi jarak perjalanan bagi warga politeknik yang

terpaksa berjalan antara satu kawasan ke kawasan yang lain.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :-

a. Mengkaji keberkesanan sekiranya terdapat laluan siar kaki di kawasan kajian.

b. Mengetahui lokasi yang sesuai untuk dibina laluan siar kaki.

c. Mencadangkan jenis siar kaki yang akan digunakan dalam kajian ini.

d. Mencantikan pemandangan dan landskap di sekitar kawasan tersebut.

e. Mewujudkan Politeknik yang maju dengan laluan mesra pengguna.

1.4 Skop Kajian

Antara kajian yang dijalankan merangkumi soal selidik menggunakan borang soal selidik

terhadap para warga politeknik terhadap cadangan ini. Selain itu, bancian juga akan
dijalankan untuk mengetahui seberapa ramai orang yang menggunakan laluan tersebut.

Seterusnya ialah kajian kemungkinan mengenai laluan siar kaki seperti kesan sebelum

dan selepas laluan siar kaki ini disediakan di kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai