Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA:

PROJEK BUMI HIJAU

TARIKH MULA:
21 SEPTEMBER 2010

ANJURAN:
KELAB PERTANIAN IPTHO

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN PERTANIAN BATU PAHAT

TEMPAT:
NURSERI PERTANIAN DAN SEKITAR KAWASAN
INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM BUMI HIJAU
PESERTA KELAB PERTANIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

1.0 PENDAHULUAN
PROJEK BUMI HIJAU

Kelab adalah satu organisasi yang dirancang untuk sesuatu tujuan.


Oleh yang demikian Kelab Pertanian ditubuhkan untuk mendekatan diri pelajar
dengan situasi sebenar dunia pertanian. Memandangkan Institut Perguruan Tun
Hussein Onn adalah kampus induk untuk program Reka Cipta dan Teknologi
maka penubuhan kelab pertanian sangat diperlukan untuk mendedahkan pelatih
dengan perkara yang berkaitan dengan pertanian sebelum ditempatkan di sekolah
nanti.

Oleh yang demikian kelab pertanian telah merencanakan beberapa


aktiviti sepanjang sem ini, antaranya projek ‘Bumi Hijau’. Projek bumi hijau ini
dirancang bertujuan mendedahkan peserta dengan ilmu pengetahuan berkaitan
penanaman, cara menaman, menjaga dan menyelesaikan masalah berkaitan
tanaman.

Selain itu, program ‘Bumi Hijau’ ini juga akan mendapat kerjasama dari
Jabatan Pertanian Batu Pahat. Jabatan Pertanian Batu Pahat bersetuju untuk
membekalkan bahan keperluan untuk menjayakan projek ini. Pihak berkenaan
akan membekalkan biji benih dan anak pokok untuk projek ‘Bumi Hjau ini’.

Keberjayaan aktiviti ini akan memberikan pengetahuan dan pengalaman


yang sangat bererti kepada peserta, memandangkan ilmu yang diperoleh akan
diaplikasikan semasa mengajar di sekolah nanti.
2.0 RASIONAL

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya


Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan institut perguruan
yang berkualiti di samping mempunyai pengalaman yang luas bagi mendukung
profesionalisme keguruan. Penglibatan pelajar dalam perbagai kegiatan berfaedah
sepanjang tempoh berkursus selain kuliah-kuliah wajib, adalah diharapkan dapat
membantu dalam mencapai hasrat ini.

Salah satu cara untuk melibatkan diri dalam bidang kokurikulum adalah
dengan menyertai aktiviti persatuan atau kelab. Oleh yang demikian, kelab
pertanian IPTHO telah merangka satu aktiviti iaitu ‘Bumi Hijau’. Aktiviti ini akan
melibatkan secara sepenuhnya penglibatan ahlinya dalam menjayakan projek ini.

Selain dari mendedahkan peserta dengan pengetahuan dan pengalaman,


aktiviti ini juga mendukung aspirasi negara dalam menghijaukan alam.
Memandangkan era globalisasi ini, banyak tanah diratakan untuk dijadikan tempat
gerbang-gerbang pencakar langit didirikan sehingga mengakibatkan hakisan
tanah dan juga pemanasan global.

Maka, usaha ini dapat dilihat sebagai satu alternatif dalam membantu
negara menamankan semangat cinta dan sayangkan alam sekitar di kalangan
guru pelatih seterusnya diterapkan dalam jiwa murid-murid di sekolah supaya
mereka menghargai keindahan alam dan bukan merosakkannya.

Anak pokok dan benih tanaman yang disumbangkan dari Jabatan Pertanian
akan ditanam oleh ahli kelab pertanian di sekitar Institut. Selain mencantikkan dan
meredupkan kawasan institut, hasil dari tanaman dan buah dari pokok yang
ditanam boleh dimanfaatkan oleh warga institut sendiri.
Oleh yang demikian, kerjasama antara dua pihak iaitu pihak institut dan
juga Jabatan Pertanian diharapkan dapat merapatkan hubungan antara dua
agensi kerajaan dan dapat bekerjasama lagi di masa akan datang. . Justeru itu,
keberhasilan projek ini memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada ahli kelab
pertanian malahan juga kepada institut secara amnya.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program, diharapkan guru pelatih dapat :

3.1 Meningkatkan pemahaman berkaitan cara megendalikan kelab dengan


betul
3.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman baru berkaitan dengan
bidang pertanian
3.3 Menjalankan aktiviti penaman tanaman sayuran menggunakan langkah
dan teknik yang betul
3.4 Mengenalpasti cara penanaman yang bersesuaian dengan kondisi
tempat dan jenis tanaman
3.5 Membezakan cara penaman secara konvensional dan moden
3.6 Menghasilkan tanaman sayuran dan buah-buahan yang subur dan sihat
3.7 Menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan kepada alam
sekitar
3.8 Mecantikan dan meredupkan kawasan persekitaran institut.
3.9 Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
pembelajaran luar kelas yang kreatif dan kritis.
3.10 Bekerjasama dengan agensi luar dalam memartabatkan industri asas
tani ke peringkat yang lebih tinggi
3.11 Memupuk sifat cintakan kehijauan dan menentang pemanasan global.
4.0 CARTA ORGANISASI

4.1 Jawatankuasa Induk.

Penaung : Tn. Hj. A. Aziz b. Abu Bakar


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat.

Pensyarah Penasihat : Pn .Hjh. Norzalia Bt. Mohamad


: Cik Norzeha Bt. Othman
: En. Ramacandran A/L Vengrasalam

4.2 Jawatankuasa Kerja Pengelola

Pengelola : Sdra. Mohd Hissyammudin B. Abd Malek


Naib Pengerusi : Sdri. Norakma Bt. Azhar
Setiausaha : Sdri. Izzati Bt. Abdul Rahman
Naib Setiausaha : Sdra. Ali Salihin B. Alias
Bendahari : Sdra. Amirul Fahmi B. Yusup
Ahli JK Kecil:

Jawatankuasa Alatan : Sdr. Mohd Asyraf B. Sahruddin


: Sdr. Mohammad Amiruddin B. Ismail
Jawatankuasa Tugas Khas : Sdr. Mohammad Sharifuddin B. Mat Sah
: Sdri. Erda Asnidar Bt. Anua
Jawatankuasa Kebersihan : Sdri. Marliyana Bt Md Yassin
: Sdri. Aflah Bt. Jamaluddin
Jawatankuasa Makanan : Sdr. Ahmad Faiz B. Ramli
: Sdr. Amir Asyraf B. Muhammad Sa’at
: Sdr. Mohd Ala’udin B. Majid
Jawatankuasa Keusahawanan : Sdri. Azairina Bt. Yusoff
: Sdr. Akmal B. Mat Kesumin
Jawatankuasa Dokumentasi : Sdr. Aiman B. Izhar
: Sdr. Ahmad Nurran B.Khamis

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 (a) Tarikh Mula : 21 September 2010


(b) Bil. Hari : 3 Bulan

5.2 Tempat : Nurseri pertanian dan sekitar kawasan Institut


Peguruan Tun Hussein Onn berukuran 2 ekar.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Peserta Program Bumi Hijau disertai oleh ahli kelab Pertanian di bawah
nasihat Pn.Hjh. Norzalia Bt. Mohamad, Cik Norzeha Bt. Othman dan En.
Ramachandran a/l Vengrasalam. (Rujuk Lampiran A).
7.0 TENTATIF PROGRAM

(Lampiran B)

8.0 ANGGGARAN PERBELANJAAN

(Lampiran C)

9.0 SUMBER KEWANGAN

Hasil kutipan yuran ahli kelab, sumbangan dari Jabatan Pertanian dan
sumbangan dari koperasi IPTHO.

10.0 PENUTUP

Melalui program ini,adalah diharapkan agar setiap pelajar memperoleh


input yang maksimum terutamanya cara menaman yang betul. Pelajar juga
dapat membezakan kaedah penanaman yang sesuai dengan jenis tanaman
yang ingin ditanam. Dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditimpa,
diharapkan pelajar dapat mengendalikan kelab dengan baik setelah
ditempatkan di sekolah nanti.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... ...........................................
(IZZATI BT ABDUL RAHMAN) (MOHD HISSYAMUDIN B. ABD MALEK)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Pertanian, Kelab pertanian,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Tun Hussein Onn, Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat. Batu Pahat.
Disahkan oleh,

....................................................
(PN. HJH NORZALIA BT MOHAMAD)
Pensyarah Penasihat,
Kelab Pertanian,
Insitut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat,
Johor.
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN,

..............................................................
(TN. HJ. A. AZIZ B. ABU BAKAR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat,
Johor.

LAMPIRAN C
Anggaran Perbelanjaan

Keluasan Tanah untuk Tanaman adalah 2 ekar.


Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
.
1. Biji benih
Cili semerah
Cili padi
Cili merah
Bendi
Kangkung
Sawi RM 5/pek Disumbangkan oleh
Kacang panjang Jabatan Pertanian Batu
Bayam hijau
2. Anak pokok Pahat.
Mangga Charkonan RM 10/satu 20 pokok
3. Baja
Baja NPK 15:15:15 RM3 /kg 400 kg
Baja organik RM 1.20 /kg 1000 kg
4. Racun
Racun Rumpai RM 13 /liter 16 liter
Racun RoundUp RM 25 /liter 16 liter
Racun Diuron RM 25/kotak 8 kotak
5. Barang selenggara Diambil dari stor
pertanian IPTHO.

Cangkul
Serampang
Sudip
Bajak
Bekas Racun
Sekeatur
Jumlah -
LAMPIRAN B
Tentatif program
11 Ogos 2010 – 26 Oktober 2010
Waktu Aktiviti

10.08.2010 - Menyemai biji benih.

17.08.2010 - Memindahkan anak benih dari bekas semaian ke tapak


semaian
- Membina sungkupan
24.08.2010 - Merumput dan membersihkan sekitar tapak semaian

- Merumput dan membaja


15.09.2010
22.09.2010
- Merumput dan mengutip tanaman

29.09.2010 - Mengutip hasil tanaman

05.10.2010 - Merumput dan meracun

12.10.2010 - Merumput dan membaja serta membersihkan kawasan


sekitar

19.10.2010 - Merumput dan mengutip hasil tanaman

26.10.2010 - Mengutip hasil tanaman dan mengemas tapak tanaman


LAMPIRAN A
SENARAI NAMA AHLI KELAB PERTANIAN TAHUN 2010

1. AFLAH BT. JAMALUDDIN


2. AHMAD FAIZ B. RAMLI
3. AHMAD NURRAN B KHAMIS
4. AIMAN B. IZHAR
5. AKMAL B. MAT KESUMIN
6. ALI SALIHIN B. ALIAS
7. AMIR ASYRAF B. MUHAMMAD SA’AT
8. AMIRUL FAHMI B YUSUP
9. AZAIRINA BT. YUSOFF
10. ERDA ASNIDAR BT. ANUA
11. IZZATI BT. ABDUL RAHMAN
12. MARLIYANA BT. MD YASSIN
13. MOHAMAD SHARIFUDDIN B. MAT SAH
14. MOHAMMAD AMIRUDIN B. ISMAIL
15. MOHD ALA’UDDIN B. MAJID
16. MOHD HISSYAMMUDIN B. ABD MALEK
17. MOHD ASYRAF B. SAHRUDDIN
18. NORAKMA BT. AZHAR

Anda mungkin juga menyukai