~
"Dunia adalah perhiasan semata dan sebaik-baik perhiasan wanita solehah"
Hawa..oh Adam...
Di dalam blog ini hasilnya bukan 100% dari penulisan saya sendiri. Saya hanya manusia
biasa, terlalu banyak kekurangan. Andai banyak kesalahan dari segi tatabahasa mahupun kata-
kata yang sepatutnya di senaraikan mintak teguran dan tunjuk ajar dari kalian. Agar kita
sama-sama memperbaikinya yg baik untuk menjadi lebih baik. Kemudian beristiqamah
berdakwah melalui blog ke blog. Wallahu'alam.
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai wanita. -[Wanita Solehah]- Susahkah Jadi Wanita
Muslimah? Membuat website sedemikian untuk menarik wanita2 muslimah di luar sana agar
tetarik dengan artikel yang diberi. Di amalkan dengan secara berterusan..Mudah2an
InsyaAllah ^_^.
Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh dikalangan kaum liberal sekarang.
Dengan sombong mereka mengatakan islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi
wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak
munasabah:
*Benda yang indah dan mahal harganya bukankah akan selalu dijaga dan disimpan di tempat
yang selamat seperti emas atau intan permata.Manusia menyimpan wangnya di dalam dompet
kerana ada nilai pada kertas tersebut. Begitu jugalah wanita. Nilai seorang wanita itu adalah
sangatlah tinggi.
*Sebab itu wanita perlu dijaga dan wanita juga perlu taat pada perintah suami bukan kerana
dia lelaki tapi kerana dia adalah ketua dalam rumah tangga. Apakah seorang pekerja
mempunyai kekuasaan melebihi pengurus syarikat tersebut? Suami yang laki-laki itu harus
memperhatikan ketaatannya pada ibu tiga kali lebih dibanding pada ayahnya. Bukankah ibu
itu seorang wanita? Jika ayah dan ibu berbeza dalam sesuatu masalah iaitu dalam perkara
yang mubah (harus) anak lelaki harus mendukung pendirian ibunya.
*Wanita menerima warisan kurang dari lelaki. Harta wanita itu akan menjadi milik
pribadinya,tidak ada kewajiban sedikit pun untuk diberikan kepada suami. Sementara lelaki
yang menerima warisan lebih banyak, setelah menikah, harus membelanjakannya untuk isteri
dan anak-anaknya.
*Wanita perlu bersusah payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia
didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi. Jika ia meninggal dalam
melahirkan anak, matinya adalah mati syahid.
*Wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana
saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa
di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda:
"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan
taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki."
(Hadits Riwayat Thabrani)
*Seorang lelaki muslim perlu berjihad fisabilillah untuk mendapatkan pahala jihad. Berbeza
dengan wanita, cukup dengan taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya
kepada Allah, tanpa susah-susah mengangkat senjata akan menerima pahala seperti pahala
orang yang pergi berperang fisabilillah.
*Lelaki ada kuasa talak sahaja tetapi wanita mempunyai banyak hak untuk membubarkan
perkahwinan jika suami tidak menunaikan tanggungjawabnya atau melakukan mudarat pada
isteri seperti dalam pandangan mazhab Maliki jika suami balik rumah dengan muka masam
lalu isteri kecil hati ,maka ia boleh mengadu kepada qadi untuk memfakhsahkan
perkahwinannya. Tetapi yang lebih tepat adalah mudarat seperti suami gagal tunai nafkah
batin, mati pucuk, pukul isteri tidak mengikut syariat, melupuskan harta isteri, berkawan
dengan permpuan jahat, melarang isteri menggunakan hak-haknya dan pelbagai lagi.
*Berdasarkan satu hadith yang menyebut:
"Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja
ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah
disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah.
Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :
"Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan
kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
"Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan
bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Begitu besar kasih sayang Allah s.w.t kepada kaum wanita. Malah banyak lagi kelebihan-
kelebihan yang diberikan kepada wanita berbanding lelaki. Maka janganlah wanita-wanita
memahami islam ini dalam skop yang sempit yang akhirnya akan mencemarkan imej islam itu
sendiri.
Posted by 0 نور شيرا شزني بنت مزنيcomments
Jadilah Kamu Seperti Epal Yang Sangat Tinggi...
Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan
dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk
dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas
mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak
dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai
habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah
menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan
berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan
warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?
Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan
menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai
perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas
berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya,
bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi
pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak
disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia
akan kekal dimana tempatnya berada.
Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap
begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar
bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan
ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.
renung-renungkanlah..
Posted by 2 نور شيرا شزني بنت مزنيcomments
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersua kembali kita pada artikel berikutnya. Blogger ini memang di khas kan
kepada wanita-wanita Islam yg telah berkawin, dara sunti lagi mahupon sudah ke alam baligh.
Saya hanya insan biasa yang kekurang ilmu. Meminta pengunjung blogger tegur akan
kesalahan saya. Semoga hari ini kita dirahmati Allah dan smga artikel ini bermanfaat untuk
anda. Wa'allahu alam.
Cantik wanita kerana kejernihan wajah...wajah yang jernih adalah kerana wuduk yang
sempurna..tak pernah sekalipun meninggalkan solat tanpa keuzuran..
Manis wanita kerana senyuman yang indah...senyuman yang indah lahir dari hati yang ikhlas
dari hati yang suci bersih..bukannya senyuman terpaksa dan tak ikhlas...senyuman ikhlas
boleh menenangkan jiwa yang bergelora..senyuman ikhlas mampu merawat hati yang
luka..senyuman punyai kuasa mengeratkan tali silahturrahim sesama manusia...
Wanita ibarat bunga..begitu indah untuk tatapan mata..tetapi penuh duri yang bisa
menyesatkan hati...keindahan wanita takkan sempurna tanpa iman yang teguh...bimbingan
agama yang kukuh...kerana wanita begitu lembut hatinya..begitu lemah imannya jika tidak
mendapat didikan agama yang sempurna.. kecantikan wanita tiada cacat celanya..begitu
agung Allah S.W.T sebagai pencipta semua yang ada di langit dan juga di bumi...betapa hebat
kurniaNya..
Slave of Allah,
alfu-syifa'...
Posted by 0 نور شيرا شزني بنت مزنيcomments
Assalamualaikum,
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kita sampaikan kepada junjungan
kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja yang sentiasa tetap menjalankan
suruhan Allah terus menerus dan mengikut risalah beliau hingga ke akhir zaman.
Salam Perjuangan…
Untuk membolehkan para pelawat blog sekalian memahami kedudukan aurat wanita Islam
yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi (bukan muhrimnya), berikut adalah pendapat
mazhab berhubung dengan aurat ;
Mazab Syafie
1.Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Demikian menurut qaul
yang paling sahih atau muktamad.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau
bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup
iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.
Mazhab Hambali
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga
ditutup.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling
sahih.
Mazhab Hanafi
1. Qaul pertama - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup
dan dua tapak tangan itu.
2. Qaul kedua - semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua
tapak kaki hingga pergelanggannya.
Mazhab Maliki
Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.
Daripada pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkan bahawa masalah aurat wanita Islam
adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak
ada ruang untuk dipertikaikan tentang masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan
syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita Islam.
slave of Allah,
alfu-syifa'...
Posted by 0 نور شيرا شزني بنت مزنيcomments
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai
oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah
pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada
diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum
lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan
dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka
berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan
Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka,
contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum
wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya
ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri
teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang
paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu
Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik
terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku.
Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang
menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi
betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang
zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah
itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah
akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera
yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir
hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi
darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis
ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik
daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah
sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari
kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang
amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga
tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh
mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya
,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati
bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang
sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya
berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah
kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya
berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al
Asas fit Tasir).
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia
jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha
dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan
yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya
dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya
dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah
saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah
buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu
juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita
boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan
berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu
,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka
masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al
Bazzar)
Assalamualaikum...
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula
tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang.
Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian
agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah.
Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada
satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas
untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga
intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ’sempurna’ di hadapanmu
walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan
hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba
membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting
kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah
yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak
bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh.
Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku
hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita
kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt,
semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari
fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah
yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku
memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam
ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di
syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku
curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan
permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di
Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas
pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah
dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang
dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita
amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di
sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain
dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora
kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama
sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat
wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak
perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah
delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah
budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau
memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah
sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad
nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang
kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati
kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan
kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari
dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Dariku,
Bakal suamimu
Posted by 2 نور شيرا شزني بنت مزنيcomments
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Sesungguhnya Ya Allah,
Aku insan yang sangat lemah.
Aku tidak mampu melawan godaan syaitan
yang tidak pernah jemu,
juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu.
Ampunkanlah aku...
Erm....
Alfu Syifa
~ .::Hijri Calendar::. ~
Weather San`a
~ .:: Ubat Hati ::. ~
Wanita itu....
Wanita lebih cepat daripada lelaki menangis dan mengingatkan peristiwa yang menyebabkan
dia menangis dan tertawa bila ia mampu.
حياتي
Insan ini,
yang masih belajar erti hidup dan erti berjuang,
berusaha menjadi,
muslimah dan mujahidah yang solehah, insyaAllah..
Masih dan akan terus memegang status,
anak,
pelajar,
khadam, insyaAllah..
Blog Archive
▼ 2010 (3)
o ▼ February (2)
Hawa..oh Adam...
Salam Ukhuwah [Susahkah Jadi Wanita Muslimah??]
o ► January (1)
Jadilah Kamu Seperti Epal Yang Sangat Tinggi...
► 2009 (24)
o ► December (9)
Wanita Itu Cantik Bilaaa...
Kedudukan Aurat Wanita Islam
Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga
Coretan Untuk Bakal Isteri
Antara Perempuan Dan Muslimah
Jika Kaum Hawa Menangis....
salam..... owh xpela akhi kite redha kite ni...
Renung2kanlah...
9 Siti Yang Patut Dicontohi
o ► November (15)
2 Golongan Wanita
Akhwat Sejati ***^_^***
Wanita Dan Lelaki ^_^
Wanita....
Khas Buat Hawa
Emas Dan Wanita
Peringatan Buat Diri Ku..
Jalan PulangKu
Tips ikhtilat untuk Muslimah
Wasiat Nabi Utk Wanita
Lembaran Hidup Wanita Solehah
Suami..Isteri dan Tulang Rusuk!
6 Pesanan Rasulullah SAW kepada Muslimah
Nilai Tudung Wanita
Pesanan Akhwat Kepada Ikhwah
Blog Pertama
Blog Kedua
Maksudnya :
Dengan akhlakmu,
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah,
Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan.
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,
Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri
perjuagan Islam,
Berjuag Iillahi Taala,
Martabatkan Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi,
Bacalah....
Followers
~ .:: Kembara Wanita ::. ~
"GADIS YG SOLEHAH MALUNYA MENGATASI
PERAWAN, BERANIYA MENGATASI
PAHLAWAN, CINTANYA BUKAN PADA
GAMBARAN, RINDUNYA BUKAN PADA
PERTEMUAN, TAPI HANYA TERSIRAT TAKWA
KEIMANAN"
Selalu-selalu..
Sila taip kod smiley seperti yang tertera dibawah ini untuk menggunakan smiley dalam
shoutbox diatas..
Tehehe~Sengeh2..
:)
:-)
Ngahahaha~Wakakaka..
:D
:-D
Hihihi~Peeeeaacee..
^_^
:2
Ngehngeh~Jahat2..
>:)
>:-)
Harharhar~hahaha..
X)
X-)
Hadeh~Hmph..
:<
:-<
Wekk~Wekk~..
:p
:-p
Haaii~Hihi..
:h
:-h
Tatatititutuuu~Byee..
:b
:-b
Sobsob~Terharunyee..
=')
:')
Sekian~