Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebelum PBS

Pengalaman berasaskan sekolah(PBS) bertujuan untuk memberikan


pendedahan awal kepada para guru pelatih kepada alam persekolahan. Selain itu, di
samping mencari pengalaman di sekolah para guru pelatih turut diberikan tugasan
sampingan. Sebagai permulaan, para guru pelatih harus memilih sebuah sekolah
sebagai tempat untuk melakukan aktiviti PBS ini. Kemudian, para guru pelatih
dibekalkan dengan tugasan serta maklumat yang perlu diperoleh sepanjang
menjalani aktiviti ini. Taklimat sebelum aktiviti ini dilaksanakan turut diadakan bagi
membolehkan semua guru pelatih jelas dengan tugas mereka sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Taklimat ini penting bagi mengelakkan berlakunya
masalah yang timbul sebelum aktiviti PBS bermula. Sebelum PBS dilaksanakan,
guru pelatih perlu melakukan kajian terhadap senarai maklumat yang perlu dicari
dan merancang masa untuk mencari kesemua maklumat ini.

Semasa PBS

Semasa PBS dilaksanakan, para guru pelatih perlu melaporkan diri pada hari
pertama PBS dilaksanakan. Seterusnya, para guru pelatih akan mendapat taklimat
daripada pihak sekolah berkenaan dengan sekolah. Seterusnya, para guru pelatih
akan memulakan kerja mengumpul maklumat dengan melakukan kolaborasi dengan
guru-guru, staf-staf sekolah dan juga murid-murid. Selain itu, setelah mendapat
maklumat para guru pelatih perlu menyemak senarai maklumat yang telah diperoleh
dan melakukan penyusunan maklumat. Selain mendapat maklumat, para guru
pelatih juga perlu mendekatkan diri dengan alam persekolahan dengan melakukan
banyak kolaborasi dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai
seorang guru. Semasa program ini berlangsung juga, para guru pelatih perlu
mengambil peluang ini untuk belajar menjadi seorang guru dan juga mengambil
sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru berpengalaman khususnya. Sebelum
PBS berakhir, para guru pelatih harus menyemak semua maklumat yang diperoleh
dan mencari semua maklumat yang belum diperoleh.
Selepas PBS

Setelah PBS berakhir, para guru harus merasakan kesan dalam diri setelah
melakukan PBS ini. Kesan seperti rasa tanggungjawab sebagai seorang guru harus
wujud dalam diri. Selain itu, para guru pelatih juga perlu membuat folio sebagai
laporan sepanjang melakukan program ini. Segala maklumat yang diperoleh
sepanjang melakukan PBS ini perlu dimasukkan dalam folio ini. Selain itu, para guru
pelatih perlu membuat refleksi sepanjang program ini dilaksanakan. Refleksi ini
bertujuan untuk mengetahui kebaikan serta kelemahan yang diperoleh oleg guru
pelatih sepanjang melakukan PBS ini. Kelemahan ini juga perlu diperbaiki dan
sebagai medium kepada guru pelatih untuk menjadi guru yang baik.

Anda mungkin juga menyukai