Anda di halaman 1dari 1

(Joe termenung di satu sudut dan kemudiannya dihampiri oleh Man)

Man : Assalamualaikum Joe.....hai....jauh termenung nampak ? kenapa kau ni....? Kau ada
masalah ke?

Joe : Waalaikumsalam......tak ada apalah Man....aku baik-baik sahaja. Sebenarnya begini, aku
baru sahaja lepas membaca satu sajak kemerdekaan ni. Dan tiba-tiba hati aku tersentuh
Man tatkala mengenangkan begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh parajurit
negara untuk mendapatkan kemerdekaan.

Man : Laa.....itu aja? Aku ingat kau baru putus cinta Joe....ahaha.....ala semua tu kan dah lepas.
Kita dah merdeka pun sekarang. Kenapa perlu diingat lagi kisah-kisah zaman Jepun
dahulu. Kita hidup di Malaysia sekarang aman damai, serba canggih dengan teknologi.
Kita patut lihat ke hadapan Joe bukan ke belakang......

Joe : Kau tak boleh cakap begitu Man...kalau tidak ada yang lepas mana mungkin ada yang
sekarang. Kau kena fikir untuk memperoleh kemerdekaan berapa banyak nyawa
terkorban, wang dihabiskan, maruah digadai hanya semata-mata untuk memperoleh
kemerdekaan yang memang patut menjadi hak milik kita.

Man : Erm....ya tak ya juga. Betul kata kau Joe. Kalau bukan kerana perwira-perwira negara
itu kita pun tidak akan ada disini.....

Joe : Tahu pun.....sebab itu bila aku duduk sorang-sorang aku terbayangkan kesusahan
rakyat kita ketika zaman dahulu. Itu cara aku tersendiri untuk sambut merdeka, Man.

Man : Tapi aku tak setuju cara kau sambut kemerdekaan. Sedih sahaja.....kitakan anak bangsa.
Bakal penyambung warisan negara. Kita perlu sambut kemerdekaan kali ini dengan
penuh bangga.

Joe : Aku setuju. Baiklah apa kata kalau kita ke dataran merdeka nanti. Kita sambut merdeka
dengan penuh semangat patriotik dan perasaan bangga. Kau bawa bersama bendera
jalur gemilang. Kita kibarkan dengan penuh megahnya

Man : Aku ok sahaja.....

Joe dan man : Merdeka......!! merdeka......!! merdeka......!!

Anda mungkin juga menyukai