Anda di halaman 1dari 3

1.

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan


membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah
akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga
membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan
lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah
surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,
dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang
membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh
kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat
dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya
dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan
di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca
dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah
akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu
Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang
Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca


Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As
ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak,
ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan
Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya
serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa
yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah
dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti


membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari
godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-
Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah
ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang
membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah,
antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang
membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an
keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan
Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan
duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari
kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila
hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-
Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh
tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau
manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali
selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan
godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan
kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas
diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi
surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah
dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah
An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Anda mungkin juga menyukai