Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin
Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat
penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-
anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka.
Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka
pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-
anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan
anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara
untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-
anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-
anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai.
Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak
mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibu bapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak
mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan
hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi
keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap
ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara
ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk.
Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini
jelas, mereka akan mengalami kesempatan
wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini
demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anakanak sejak kecil lagi.
Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-
kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini.
Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna
pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan
pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing”
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini.

Anda mungkin juga menyukai