Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Trial Mara 2010

Punca kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga serta langkah-
langkah yang diambil bagi membendung polemik ini.

‘Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang
tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan
dunia’. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia,
Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi
muda. Bait-bait kata ini juga menjadi dorongan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin
negara di serantau dunia dalam usaha meningkatkan kualiti diri para belia yang bakal mewarisi
tampuk kepimpinan. Namun, sayang beribu-ribu kali sayang, kita madang dikejutkan dengan
berita kejadian kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga yang merupakan aset
prima negara. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak terutamanya golongan ibu bapa kerana
keberangkalian untuk menjumpai kanak-kanak dan remaja amatlah tipis senipis kulit bawang.
Justeru, apakah prakarsa yang dinamik, kolektif dan berkolaboratif yang dapat dirangka oleh
pihak dominan bagi membendung masalah ini? Tepuk dada, tanya selera!

‘Tiada angin masakan pokok bergoyong’. Begitulah kata-kata pujangga yang mempunyai
konotasi yang tersendiri dalam isu ini. Antara mangga permasalahan dalam kejadian kanak-
kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga ialah kurangnya perhatian ibu bapa
terhadap anak-anak. Hal ini demikian kerana perhatian ibu bapa terhadap anak-anak amat
penting bagi membentuk jiwa dan sahsiah anak-anak. Kekurangan perhatian yang diberikan
menyebabkan anak-anak terutamanya golongan remaja merasakan diri mereka tersisih dan
kekurangan kasih sayang. Hal ini secara implisitnya menyebabkan golongan remaja mengambil
keputusan untuk melarikan diri daripada pangkuan keluarga untuk mencari keseronokan dan
tempat yang tenteram. Ketirisan kesederan dalam golongan remaja ini menyebabkan para ibu
bapa bimbang akan keselamatan mereka. Selain itu, kurang perhatian dan pemerhatian terhadap
kegiatan anak-anak terutamanya kanak-kanak di bawah umur ketika berada di kawasan tumpuan
masyarakat memberi peluang keemasan kepada orang yang tidak berperikemanusiaan untuk
menculik mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kurang perhatian dan pemerhatian terhadap
kanak-kanak dan remaja menjadi satu mangga permasalahan yang kukuh dalam isu ini.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,


Masyarakat dan Keluarga menunjukkan bahawa punca prima yang menyebabkan kanak-kanak
dan remaja hilang ialah masyarakat pluralistik di Malaysia bersikap nafsi atau mementingkan diri
sendiri. Masyarakat marcapada ini kian mengikis dan luntur sikap menjaga tepi kain orang
terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar yang diselubungi oleh teknologi dan komunikasi
yang canggih. Sikap nafsi ini telah menyebabkan kejadian kanak-kanak dan remaja hilang kian
meningkat dan membarah. Hal ini demikian kerana masyarakat pluralistik dasawarsa ini sudah
malas ambil tahu tentang perkembangan masyarakat sekililing seperti katak di bawah tempurung.
Tamsilnya, sesetengah individu tidak menghiraukan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa
ketika membeli-belah di pusat tumpuan masyarakat. Hal ini sekali gus menstralisasikan secara
percuma kepada manusia yang tidak berperikemanusiaan untuk menculik kanak-kanak di bawah
umur untuk dijadikan mangsa jualan atau peminta sedekah. Alibi ini izhar menujukkan bahawa
sikap ekstrovert atau bersikap nafsi dalam atma masyarakat menjadi punca permasalahan ini
berlaku.

Dr. James T.Collin pernah menyatakan bahawa ‘setiap penyakit ada penawarnya, setiap
masalah ada penyelesaiannya’. Hal ini secara eksplisitnya mempunyai konotasi yang tersendiri
dalam membendung masalah ini. Salah satu prakarsa yang dinamik yang dapat
diimplimentasikan ialah media arus perdana atau media massa seyogianya memainkan
peranannya secara bijaksana. Media massa, baik media elektronik mahupun media cetak
seyogianya mengambil peluang dalam menoktahkan isu ini. Hal ini demikian kerana media
massa berfungsi sebagai satu agen penyebaran yang efektif dalam mempengaruhi masyarakat
sekeliling. Media elektronik terutamanya TV3 perlu memperbanyak rancangan-rangan yang
bermanfaat seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Nona dan sebagainya bagi
menyiarkan isu-isu semasa tentang kehilangan kanak-kanak dan remaja. Hal ini secara
implisitnya memberi amaran kepada ibu bapa supaya mengambil uslub atau langkah berjaga-jaga
dalam mengawasi anak-anak. Titik tolak daripada manifestasi ini menjelaskan bahawa peranan
media massa merupakan usaha yang dapat dilakukan bagi menangani masalah ini dengan cara
menyiarkan isu-isu semasa di rubric-rubrik akhbar atau di kaca televisyen.

Tidak dapat dinafikan bahawa kunci mangga bagi permasalahan ini bermula dari rumah.
Para ibu bapa seyogianya memikul obligasi ini dengan baik dan sempurna bagi menghalang
anak-anak hilang daripada pangkuan keluarga. ‘Roh tidak dihasilkan dalam satu hari, bahkan
mengambil jangka masa yang panjang bagi menghasilkannya’. Begitulah simboliknya anak-anak
terhadap ibu bapa. Justeru, ibu bapalah yang seyogianya memberi didikan kepada anak-anak
sejak kecil lagi, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’! Rasulullah pernah bersabda dalam
hadis baginda, ‘anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya’. Susunan retorik
yang puitis ini mempunyai konotasi dalam menoktahkan kejadian ini. Hal ini secara implisitnya
menjadi obligasi ibu bapa dalam memberi didikan dah tarbiah kepada permata mereka. Dengan
didikan dan tarbiah yang cukup sempurna, kanak-kanak dan remaja dapat membezakan hitam
dan putih dalam kehidupan sekeliling mereka. Di sini jelaslah bahawa peranan ibu bapa dalam
memberi didikan kepada anak-anak dapat menyempitkan peluang remaja lari dari rumah serta
penculik.

Modus operandi yang sistematik dan dinamik yang dapat diambil ialah peranan pihak
sekolah. Pihak sekolah seyogianya mengambil berat akan keselamatan pelajar lebih-lebih lagi
kegiatan kanak-kanak dan remaja hilang semakin menjadi-jadi dan membarah. Pihak sekolah
seharusnya mengambil insiatif atau uslub yang proaktif seperti mengetatkan peraturan sekolah
atau tidak membenarkan pelajar-pelajar menunggu ibu bapa mereka di luar kawasan sekolah. Hal
ini membahayakan keselamatan para pelajar. Hal ini tidak seharusnya disentralisasikan seratus
peratus kepada pihak sekolah bagi menjaga keselamatan para pelajar, para guru dan kakitangan
juga perlu memainkan peranan mereka bagi menjaga keselamatan para pelajar. Pihak
Kementerian Pelajaran seyogianya mewajibkan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar di
setiap sekolah. Melalui pembelajaran ini, didikan dan pendedahan tentang kes penculikan dapat
diberikan kepada pelajar dan sekali gus para pelajar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-
jaga ketika mengunjungi ke tempat tumpuan masyarakat. Jelaslah bahawa peranan pihak sekolah
merupakan usaha yang dinamik dalam menangani masalah ini.

“Bulan sudah terang, bayang kian jelas”. Hal ini dapat dirungkaikan bahawa pihak
yang dominan segalanya seyogianya berganding bahu dalam menggembleng tenaga dan
mempunyai semangat setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang
Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah. Kanak-kanak dan remaja merupakan
pewaris generasi dan peyambung negara kelak selepas pemimpin-pemimpin negara mengundur
diri. Mangga bagi permasalahan ini perlu dirungkai secara matang dan dileraikan secara
bijaksana sebelum terlambat. ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Begitulah kata-kata
pujnagga yang dapat diimplimentasikan dalam menoktahkan polemik ini.

Anda mungkin juga menyukai