Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Permainan Bola Keranjang

1. Bola boleh dibalingkan ke semua arah dengan menggunakan salah satu atau kedua-
dua tangan.
2. Bola boleh dilantun ke segala arah dengan menggunakan salah satu atau kedua-dua
tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan kepalan tangan.
3. Pemain tidak dibenarkan berlari sambil memegang bola. Pemain harus melemparkan
bola tersebut dari tempat menerima bola, tetapi ianya dibenarkan apabila pemain
tersebut berlari pada kelajuan biasa.
4. Bola harus dipegang di dalam atau di antara telapak tangan. Lengan atau anggota
tubuh yang lain tidak dibenarkan memegang bola.
5. Pemain tidak dibenarkan meyeruduk, menahan, mendorong, memukul, atau
menghalang pemain lawan dengan apa-apa cara sekalipun. Kesalahan pertama
terhadap peraturan ini akan dihitung sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan
diberikan amaran. Apabila pelanggaran tersebut dilakukan dengan tujuan untuk
mencederai lawan, maka pemain pelanggar akan dikenakan hukuman tidak boleh ikut
bermain sepanjang pertandingan . Pada masa ini, pergantian pemain tidak dibenarkan.
6. Sebuah kesalahan dibuat pemain apabila memukul bola dengan kepalan tangan ,
melakukan pelanggaran terhadap peraturan 3 dan 4, serta melanggar hal-hal yang
disebutkan pada aturan 5.
7. Apabila salah satu pihak melakukan tiga kesalahan berturut-turut, maka kesalahan
itu akan dihitung sebagai gol untuk lawannya (berturut-turut bererti tanpa adanya
pelanggaran balik oleh pihak lawan).
8. Gol terjadi apabila bola yang dibaling atau dilantun dari garisan masuk ke dalam
bakul. Apabila bola terhenti di tepi keranjang atau pemain lawan menggerakkan
keranjang, maka hal tersebut tidak akan dikira sebagai sebuah gol.
9. Apabila bola keluar gelanggang, bola akan dibaling kembali ke dalam dan dimainkan
oleh pemain pertama yang menyentuhnya. Apabila berlaku perbezaan pendapat
tentang pemilikan bola, maka wasitlah yang akan melemparkannya ke dalam lapangan.
Pemain diberi waktu 5 saat untuk membaling bola dalam genggamannya. Apabila ia
memegang lebih lama dari waktu tersebut, maka pemilikan bola akan berpindah.
10. Pengadil berhak untuk memperhatikan permainan para pemain dan mencatat
jumlah pelanggaran dan memberi tahu pembantu pengadil apabila terjadi pelanggaran
berturut-turut. Pengadil mempunyai hak sepenuhnya untuk membatalkan pemain yang
melakukan pelanggaran sesuai dengan yang dinyatakan di dalam peraturan 5.
11. Pengadil pembantu memerhatikan bola dan mengambil keputusan apabila bola
dianggap telah keluar gelanggang, pergantian pemilikan bola, serta menghitung waktu.
Pembantu pengadil berhak menentukan sah atau tidak sesuatu gol dan menghitung
jumlah gol.
12. Waktu perlawanan adalah 4 quarter masing-masing selama 10 minit
13. Pihak yang memasukkan gol terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang.

Peraturan Permainan

1. Membuat Undian
Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menentukan pihak yang
memenangi undian membuat pilihan sama ada untuk:
-Membuat servis mula
-Memilih gelanggang

2. Pertukaran Petak Gelanggang


Pemain hendaklah menukar petak gelanggang:
Pada akhir permainan set pertama.
Sebelum permulaan permainan set ketiga (jika ada)

3. Sistem Permarkahan
- Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan21 mata.
- Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
- Pada kedudukan mata20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada
pemain.
- Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
- Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat
menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
- Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua

4. Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan


- Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat
jarak masa antara perlawanan.
- Jarak masa2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
- Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila
mendahului dengan 11 mata.

Anda mungkin juga menyukai