Anda di halaman 1dari 3

Tema : Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin

mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.


Persoalan :
1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.
2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber
pendapatan.
3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya.
4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.
Watak dan perwatakan :
1. Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin,
menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.
2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat :
Kampung Bakai, Bukit Lokan.
Rumah Pak Katan
Tepi sungai
Hutan
Di dalam gaung.
Sekolah
Latar Masyarakat
Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.
Nilai
Kasih saying
Kerajinan
Bekerjasama
Tolong-menolong
Bercita-cita tinggi
Bab 1 – Inilah Dunia Kami - sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia
untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama
ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali
untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk
mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib
menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia
meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk
menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.

Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula - Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan
keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli
makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.

Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan
infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira
30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi
kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian
demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak
bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan
sebagai pendidikan asas kepada Adit.

Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh
ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya
bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera,
Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.

Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada
ayahnya.

Bab 3 Impian Adit - Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya
diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang
mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi
dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan
yang masih berdegil.

Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam
bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat
mereka terhadap dasar kerajaan.

Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan
sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk Adit - Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa
belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan
membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di
sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang
akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan
baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.

Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil.
Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya
itu.

Bab 5 Riak ceria buat Adit. - Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit
diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti
pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong,
penyelia pekerja balak.

Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan.
Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolah - Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di
pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah
pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak
ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua
orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia
membatalkan hasratnya.

Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu
bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan.
Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di
sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah - Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama
kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar
sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil
berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.

Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak
tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.

Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk
lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu
dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.

Bab 8 Dugaan Terus Menimpa - Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih
menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang
lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah.  Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada
Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima
jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong
mati di tempat kejadian.

Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya
patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit
ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di
bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi. - Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan
tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak
mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak
sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama,
berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt
tempat pertama.

Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke
sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh,
Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya
asalkan berusaha.

Anda mungkin juga menyukai