Anda di halaman 1dari 1

TEMA DAN PERSOALAN

PERSOALAN

 Persoalan merupakan perkara-perkara yang penting yang berkaitan dengan tema.


 Dalam erti kata yang lain, persoalan adalah bukti untuk menguatkan lagi tema bagi
sesebuah sajak itu.
 Di dalam sesebuah sajak, penyajak mungkin sahaja mempunyai beberapa persoalan yang
ingin diketengahkannya.
 Antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan,
nasionalisme, ketuhanan, peperangan dan sebagainya.
 Persoalan boleh didapati dalam setiap rangkap sajak.
 Cara untuk mendapatkan persoalan di dalam setiap rangkap sajak hendaklah dengan
memberikan maksud setiap rangkap sajak terlebih dahulu.
 Ini adalah kerana persoalan dapat diperolehi melalui maksud yang dihuraikan itu.
 Cara mendapatkan persoalan dalam sajak adalah seperti berikut:

Rangkap 1 Maksud Persoalan

Rangkap 2 Maksud Persoalan

Rangkap 3 Maksud Persoalan

TEMA

 Tema membawa maksud pokok persoalan atau perkara penting yang ingin disampaikan
oleh penyair kepada pembacanya.
 Tema dapat diketahui melalui maksud yang dihuraikan di mana melalui maksud,
persoalan dapat diperolehi. Kemudian, melalui persoalan bagi setiap rangkap inilah
yang akan menunjang kepada tema bagi sesebuah sajak.
 Persoalan yang paling banyak boleh disampaikan sebagai tema.
 Proses mendapatkan tema itu boleh dilihat melalui tahap di bawah ini:

Rangkap 1 Maksud Persoalan

Rangkap 2 Maksud Persoalan TEMA

Rangkap 3 Maksud Persoalan

Anda mungkin juga menyukai