Anda di halaman 1dari 12

Budaya Dan Kepelbagaian Pelajar

Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina
sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara
satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di
dalam sesebuah bilik darjah.
Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam
kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya
percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru,
rakan-rakan, ibubapa, orang yang rapat dengannya.
Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalam mendapatkan
maklumat berkaitan diri mereka yang membolehkan guru untuk membantu setiap
pelajarnya berjaya di sekolah dan pemahaman yang mendalam akan proses pembelajaran
itu perlu menyediakan satu rangka kerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan
kepelbagaian pelajar yang wujud.
Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa budaya dan gaya
pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami
kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam
membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka, walaupun ia
perlu disulusuri dengan berhati-hati. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan
pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar
berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.

Definisi Budaya Masa Kini


Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia yang merupakan satuproses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalamsesuatu kelompok.
Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan“budaya” yang bermaksud ” budi +
daya ” yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala
daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.
Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak.
Konsep budaya merupakan satu konsep yangpenting untuk membandingkan perbezaan
antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri budaya ialah:
1.Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
2.Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
3.Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

Kepelbagaian Budaya Di Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman
dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu
merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu
adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya
Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di
Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-
bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme dan kristian serta berbahasa
Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang
ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragama
Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu terdapat juga kaum Sikh, Serani
atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia,
tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang.
Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai
Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggaldi barat daya Sarawak. Orang
Asli (140,000) tinggal di SemenanjungMalaysia. Dahulunya mereka merupakan
pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah
diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal
sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan
etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak
bergantung kepada wang tunai,contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan
dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan
peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan
profesional seperti doktor.
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama
sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang
unik. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan
budaya yang terdapat di negara ini.
Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah
berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini
bukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan
wujudnya nilai kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk
menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem
pendidikan juga menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima
oleh masyarakat di Malaysia.
Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai
budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi
semua murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan
dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa
mengira kaum, agama dan juga fahaman.
Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai
dan langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka
akan terbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa
dan satu pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Cabaran Guru Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang Pelbagai Budaya


Tugas menguruskan bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru.
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru
berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang dari pelbagai
budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya
pembelajaran pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor
utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama.
Guru yang bijak dalam pengurusan sesebuah bilik darjah yang di dalamnya
terdapat pelbagai ragam serta gaya pembelajaran pelajar iaitu haruslah memahami dan
mengenalpasti dan mengkaji latar belakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya dalam melahirkan pelajar-pelajar
yang berjaya.
Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha
bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar
merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru
dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui
pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri
mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosioekonomi, stail pembelajaran
dan sebagainya.
Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran
kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu
memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar
dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum
dalam pengurusan bilik darjah.Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku
dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betul dan tepat.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan perlu
memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dalam melahirkan stail
pembelajaran mereka berdasarkan kepada tahap danjuga minat mereka sendiri.
Pembelajaran yang bermakna di dalam bilik darjah apabila guru melibatkan proses
memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan dan menganalisis bagi
mengembangakan minda pelajar. Selain itu juga prinsip umum pembelajaran ialah
meningkatkan dan mengekalakan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang
untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan.
Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi
mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.
Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar
tahap pembelajaran pelajar kian merosot. Oleh yangdemikian cabaran guru dalam
memahami setiap pelajarnya kian menjadi sukar. Apabila tumpuan yang sepenuhnya
tidak dapat diberikan dengan kepadatan pelajar dalam sesebuah bilik darjah, ia akan
mendatangkan kesan kepada pelajar. Bahkan juga guru sendiri akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancnag tidak menacapai matlamatyang diinginkan.
Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai
kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan
pelajar yang ramai.
Disamping itu juga, guru tidak dapat mengenalpasti mana pelajar yang pandai dan
sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh yang
demikian, guru tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajar yang lemah di dalam
kelas tersebut. Inilah cabaran kini dalam dunia pendidikan yang mana lahirnya kepadatan
pelajar yang pelbagai latar belakang manjadi sukar kepada para guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikianlah, isu ini merupakkan
satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para pendidik untuk melahirkan
dan membantu pelajar mencapai kejayaan yangdiimpikan.

Panduan Untuk Proses Pengajaran Pelajar Pelbagai Budaya


Terdapat 13 panduan untuk menolong menyatukan bangsa, etnik, budaya dan bahasa di
dalam kurikulum sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif melalui
persekitaran pelbagai budaya di sekolah:
Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat kepelbagaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang
baik, dan kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam
mereka dapat mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya
sesuatu kumpulan tersebut. Guru-guru juga boleh menambah pengetahuan mereka
melalui buku-buku contohnya buku daripada Gary Howard (1999), yang bertajuk “ We
Can’t Teach What We Don’t Know: White Teachers, Multiratial School”.
Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik.
Contohnya di Malaysia, guru perlu mengetahui bagaimana kedatangan sesuatu kaum di
Malaysia seperti Cina, India dan mahupun Melayu atau kaum-kaum lain yang berkaitan
dengan sejarah, latar belakang, budaya, cara hidup kaum tersebut. Selain itu juga sebagai
guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di
dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di
dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik
darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu
memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar
belakang.
Guru juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan
yang dinyatakan dalam kelas. Mereka perlu menjaga sensitiviti sesuatu kaum contohnya
menyatakan hitam seperti orang India. Hal ini akan membuatkan orang India akan
memprotes dan perpaduan kaum akan musnah. Guru yang cemerlang melahirkan
pelajar yang juga cemerlang apabila ia melahirkan nilai-nilai kasih sayang dan nilai moral
yang baik dalam diri pelajar. Guru adalah “rolemodel” kepada semua pelajar dan segala
apa yang dilakukan itu adalah diperhatikan oleh para pelajar.
Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan
etnik. Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama.
Selain itu juga proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar-pelajar
yang pelbagai budaya dan latar belakang belajar dan bekerja bersama melalui
pembelajaran berkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya di dalam
sesebuah kumpulan.
Guru perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan jangan menilai
pelajar melalui luaran sahaja. Contohnya, melalui penyelidikan mereka menyangka
kanak-kanak tidak mengenali warna. Sebagai seorang guru kita tidak boleh bersikap
begitu dan tidak mempedulikan bangsa dan kaum yang berbeza. Kita seharusnya
memberi tindak balas yang positif dan sentiasa berfikiran positif.
Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat
bantu mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham.
Contohnya, jika ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai
untuk memilihbahan yang dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka
mudah untukmengingati. Contohnya seperti menunjukkan gambar dan lain-lain lagi
dengan menitikbertakan kesamarataan antara semuanya.
Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri. Sebagai seorang guru, kita
mestilahmendalami budaya etnik sendiri. Dengan kelebihan yang ada, kita boleh
menceritakankepada pelajar kelebihan-kelebihan etnik kita dan akan dapat menambah
pengetahuan mereka.

Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai


objektif pengajaran. Contohnya bagi orang cina mereka menganggap membawa
sesetengah perkara adalah membawa sial dalam diri mereka. Maka sebagai seorang guru
kita mestilah mengetahui sensitiviti mereka.
Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti
bangsa, etnik budaya dan bahasa. Guru juga hendaklah mengetahui tahap setiap pelajar.
Contohnya dalam sesebuah kelas, tahap untuk semua pelajar berbeza-beza. Ada
sesetengah pelajarlemah dalam matapelajaran tertentu, sebagai seorang guru kita
hendaklah mengenal pasti tahap semua pelajar.
Tonjolkan pelajar kamu sebagai pemenang. Kebanyakan pelajar mempunyai
pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan kurikulum. Sebagai seorang guru kita
mestilah sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Dengan sokongan
yang diberikan oleh guru, pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam mata
pelajarandan dapat meningkatkan nama sekolah.
Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Setiap ibu
bapamenginginkan anak mereka Berjaya dalam akademik, walaupun mereka tidak
berpendidikan tinggi. Namun mereka cuba juga untuk mendapatkan pendidikan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.
12.Gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan
bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Contohnya di sekolah menengah
kebangsaan, pelajar pelbagai kaum diletakkan di dalam satu kelas untuk mewujudkan
semangat perpaduan antara kaum. Dengan adanya aktiviti kerja berkumpulan, mereka
dapat mengenali dengan lebih dekat lagi rakan-rakan mereka yang dari pelbagai kaum.
Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.
Contohnya jika ada hari usahawan, semua kaum mestilah melibatkan diri dan saling
bekerjasama di antara satu dengan yang lain. Dengan kerjasama dari semua bangsa,
agama dan etnik, maka dapat merapatkan hubungan di antara semua pelajar. Maka
perpaduan kaum dapat dibentuk dengan begitu erat dikalangan semua kaum.
Kesimpulan
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran
mereka sedikit sebanyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhan serta
usaha mereka mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Kepelbagaianpengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran
pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang
wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi
pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan
pengajaran untuk semua.
Seorang guru yang menggunakan kemahiran-kemahiran yang berkesan dan cara
pengajaran yang kreatif akan menarik minat dan memberikan peluang kepada semua
pelajar-pelajarnya untuk mecapai kejayaan dalam pembelajaran. Guru yang cemerlang
adalah guru yang berjaya memahami kehendak pelajar-pelajarnya dengan mendalami
latar belakang serta budaya setiap pelajar-pelajarnya supaya ia dapat menyediakan proses
pengajaran yang memberikan kesamarataan kepada semua pelajar. Guru-guru ini perlu
tahu bahawa untuk memberikan pengajaran yang berkesan, mereka harus menunjukkan
nilai-nilai budaya baik dan memahami gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Oleh
yangdemikian itu, mereka sedikit sebanyak akan terus tertarik untuk mengetahui dan
mendalami latar belakang tentang pelajar-pelajarnya.
Secara tuntasnya, sebagai seorang guru tugasnya bukan sahaja mendidik dan
melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi ia
mempunyai satu tugas yang besardalam memahami dunia pendidikan yang sebanar
terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini
pelajar yan gwujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia,
jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan,
lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial.
Secara umunya untuk menjadi guru yang cemerlang cabaran-cabaran seperti ini
tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membatu serta melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskan dengan perkara-perkara ini bahkan
juga untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif
adalah dengan memahami gaya pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya.
Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang
tersendiri dalam memeberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua
pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya
masyarakat yang pelbagai dan majmuk. Oleh yang demikian, guru harus memahami
pelajar-pelajarnya. Melayu, Cina mahupun India mempunyai tahap kefahaman dan stail
pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.
Bilik Darjah Kepelbagai Budaya (Multicultural Classroom)
Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta
latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi
menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik
darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya,
latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit
sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar
yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih
berkesan.
Budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting
dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih
berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di
dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi
akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.
Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah
murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang
disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang memahami
pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam
menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya
pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa
terdapat perbezaan antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain. Ini mendesak guru
untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah
adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajarakan
memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di
dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan
amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk
semua.
Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang
tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua
pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami
pelajar-pelajarnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India mempunyai tahapkefahaman
dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya
merupakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap
kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang
mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian
pelajar yang pelbagai budaya.

Anda mungkin juga menyukai