Anda di halaman 1dari 38

KERTAS 2

BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU


SOALAN 1
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor
berlakunya pencemaran sungai. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah kata.
Faktor-faktor Pencemaran Sungai

Pengenalan
Banyak sungai di negara kita telah tercemar.
- semakin bertambah dan membimbangkan
- boleh menjejaskan kehidupan hidupan akuatik
- mengancam kehidupan manusia

Idea-idea utama
Pembuangan sampah dan najis ke dalam sungai.
- sungai berbau busuk dan meloyakan
- pengaliran sungai tersekat dan menjadi cetek
- mengotorkan sungai tersebut yang dahulunya amat jernih

Kilang-kilang mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalamnya.


- kualiti kebersihan air terjejas
- membunuh hidupan akuatik di dalamnya
- pendapatan kaum nelayan terjejas

Berlakunya hakisan tanah akibat daripada pembalakan dan penerokaan hutan.


- tanah yang terhakis akan menimbusi sungai
- sungai cetek dan airnya keruh
- pelbagai sampah turut mendiami sungai ini

Aktiviti mengorek pasir dari dasar sungai.


- air menjadi keruh dan berkeladak
- menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam sungai
- menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit

Penutup
Pencemaran sungai perlu ditangani dengan segera.
- pelbagai pihak perlu berganding bahu
- air sumber semula jadi yang maha penting
- jangan sampai “ sudah terhantuk baru nak mengadah”

1 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
SOALAN 2
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tempat-tempat
menarik yang terdapat di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah kata.

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

2 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

Pengenalan
Malaysia memiliki banyak tempat yang menarik.
- dijadikan destinasi pelancongan yang utama
- mampu menarik ramai pelancong dalam mahupun luar negara
- setaraf dengan destinasi pelancongan di dunia

Isi-isi Penting
Malaysia terkenal dengan gua-gua yang menarik.
- sebagai contoh Gua Niah yang terdapat di Sarawak
- menarik ramai pengunjung yang ingin melihat keindahannya
- berjaya menarik ribuan pelancong dalam setahun

Keindahan di negara kita memang tidak dapat dinafikan lagi.


- memiliki pesisiran pantai dan laut yang menarik.
- sesuai dijadikan tempat beristirehat dan berkelah
- pantai Port Dickson,pantai Pulau Langkawi dan pelbagai lagi.

Negara kita juga memiliki keunikan semulajadi.


- Rantau Abang misalnya, menjadi tempat penyu mendarat.
- bertelur di kawasan ini dan kemudiannya balik semula ke laut
- menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat penyu-penyu ini secara lebih dekat.

Melaka pula terkenal dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah.


- banyak tinggalan penjajah terdapat di negeri ini.
- antaranya Tugu A.Farmosa,Bangunan Stadhuy’s dan banyak lagi
- memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman apabila berkunjung ke sini.

Penutup
Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia sesuai untuk dikunjungi.
- menawarkan pelbagai pilihan destinasi kepada para pelancong
- memberi kepuasan kepada para pengunjungnya
- setaraf dengan pusat pelancongan yang ada di dunia ini

3 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
SOALAN 3
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
yang dapat meningkatkan sektor pertanian negara . Panjangnya huraian anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah kata.

4 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Cara-cara Meningkatkan Sektor Pertanian

Pengenalan
Sektor pertanian semakin mendapat perhatian oleh kerajaan.
- dapat mendatangkan pulangan yang lumayan
- meningkatkan ekonomi negara
- menawarkan peluang pekerjaan yang luas

Idea-idea Utama
Menjalankan proses penyelidikan yang berterusan.
- menghasilkan benih yang berkualiti
- mampu menghasilkan hasil tuaian yang lumayan
- mengubah nasib para petani

Menggalakkan penggunaan baja kimia.


- secara sistematik dan berterusan
- pertumbuhan hasil pertanian yang segar
- tahan daripada serangan penyakit

Strategi pemasaran yang mantap.


- sistem pengangkutan yang canggih
- hasil pertanian dibawa dengan cepat ke sesebuah destinasi
- mutu tidak terjejas dan sentiasa dalam keadaan segar

Mempelbagaikan hasil sumber pertanian.


- contohnya pembuatan marjerin,jus buah-buahan dan pelbagai lagi
- pengetinan makanan berasaskan sumber pertanian negara
- dapat diekspot ke luar negara

Penutup
Sektor pertanian perlu diperluas dan dimajukan.
- setanding dengan sektor perindustrian
- memiliki tanah yang luas
- dapat hidup subur di negara kita

5 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Soalan 4
Rajah di bawah menujukkan piramid makanan . Huraikan pendapat anda tentang cara
pemakanan yang sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

PIRAMID MAKANAN

6 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Cara-cara Pemakanan Yang Sihat

Pengenalan
Pengambilan makanan yang sihat amat penting.
- sentiasa bertenaga dalam aktiviti harian
- tidak mudah diserang penyakit
- dapat menikmati kehidupan yang sebenar

Idea-idea Utama
Pengambilan makanan mengikut piramid makanan amat penting.
- makan makanan yang seimbang
- dapat menzahirkan kandungan karbohidrat,vitamin C dan protein
- penting untuk menjana kesihatan yang baik

Dapat mengelakkan pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan.


- tidak baik untuk kesihatan
- mewujudkan pelbagai jenis penyakit
- boleh menimbulkan kegemukan kepada manusia

Makan makanan segera juga wajar dielakkan.


- mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi
- tidak baik untuk kesihatan
- mudah diserang penyakit jantung

Digalakkan makan buah-buahan dan sayuran


- tiada bahan pengawet
- mengadungi pelbagai vitamin yang tinggi
- melancarkan sistem pencernaan di dalam badan

Penutup
Pemakan amat penting dalam kehidupan seharian.
- bijak mengambil makan yang seimbang
- sentiasa memperoleh pelbagai zat dan vitamin
- terhindar daripada penyakit yang dapat menggugat kebahagian hidup ini

7 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Soalan 5
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan para
pemimpin kepada negara. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
kata.

1. Tunku Abdul Rahman


2. Tun Abdul Razak
3. Tun Hussein Onn
4. Tun Mahathir
5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
6. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Sumbangan Para Pemimpin kepada Negara

Tunku Abdul Rahman


- Bapa Kemerdekaan Negara
- berunding secara aman dengan pihak Inggeris untuk memperoleh kemerdekaan
- tidak mencetuskan darah atau nyawa atas kebijaksanaannya

Tun Abdul Razak


- Bapa Pembangunan Negara
- mewujudkan rancangan Felda di negara kita
- taraf hidup rakyat bertambah baik

Tun Husein Onn


- Bapa Perpaduan Negara
- melaksanakan pelbagai program dalam perpaduan negara
- hidup dalam keadaan aman dan harmoni

Tun Mahathir
- Bapa Pemodenan Negara
- membina banyak mercu tanda keagungan negara
- membawa negara standing dengan negara maju yang lain

Tun Abdullah
- Bapa Pembangunan Modal Insan
- memperkenalkan Islam Hadari
- memberantas rasuah habis-habisan

Datuk Seri Najib


- Bapa 1 Malaysia
- berkonsepkan perpaduan antara kaum
- berjiwa rakyat yang sejati

9 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
BAHAGIAN C KARANGAN UMUM
SOALAN 1
Kemusnahan hutan yang berlaku di negara kita menimbulkan banyak impak yang negatif.
Tuliskan satu karangan tentang kesan-kesan kemusnahan hutan.

Kemusnahan Hutan Dan Implikasinya

PENGENALAN
Kebelakangan ini – banyak kawasan hutan diteroka
- mengejar pembangunan dan kemajuan
- habitat haiwan turut musnah dan spesis haiwan pupus
- mendatangkan kerugian yang besar kepada negara

ISI-ISI UTAMA
Habitat haiwan musnah
- sukar untuk mencari makanan
- haiwan ini akan mati kebuluran sekiranya fenomena ini berpanjangan
- hidup dalam keadaan tidak selesa akibat kekurangan makanan

Haiwan terpaksa berhijrah ke tempat yang lain seperti spesis burung-burung


- akan berhadapan dengan pebagai cabaran
- menjadi mangsa binatang yang lain kerana tempat mereka
- berkeliaran di kawasan kampung semata-mata untuk mencari perlindungan

Haiwan turut menjadi ganas


- menjadikan haiwan ternakan penduduk kampung sebagai makanan
- turut menyerang manusia seperti kes beberapa ekor harimau di Kelantan
- mengancam nyawa para penduduk kampung di kawasan pedalaman

Masalah kepupusan haiwan berlaku


- ketiadaan tempat yang sesuai untuk membiak
- sering diserang penyakit dan anak-anak haiwan ini sukar untuk membesar
- akan pupus ditelan zaman dan generasi akan datang tidak berpeluang untuk
melihat secara dekat

Kehidupan semula jadi haiwan terjejas


- berebut-rebut tinggal di kawasan yang terhad
- tidak berlaku keseimbangan
- haiwan yang lemah sentiasa menjadi mangsa
- lebih buruk andainya terpaksa berkongsi dengan manusia

10 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
PENUTUP
Penerokaan hutan secara berleuasa perlu ditangani
- pihak berkuasa perlu segera campur tangan
- hutan perlu dipulihara dan bukan sekadar tempat mengaut kekayaan
- kepupusan haiwan dapat dielakkan dan generasi akan datang sama-sama
menikmati spesis haiwan yang unik ini di bumi Malaysia

SOALAN 2
Tuliskan satu karangan tentang Malaysia merupakan sebuah negara pertanian.

Pertanian Di Malaysia

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara pertanian sejak dulu lagi
- pengeluar utama pelbagai jenis pertanian seperti kelapa sawit,getah,beras dan
pelbagai lagi
- antara pendapatan utama ekonomi negara

ISI-ISI UTAMA
Kelapa sawit adalah tanaman penting yang diusahakan di negara kita
- menghasilkan minyak kelapa sawit dan pelbagai barangan yang lain
- punca pendapatan sesetengah golongan dan menawarkan banyak ruang pekerjaan
- antara ekspot utama Malaysia ke negara-negara luar

Tanaman getah juga antara yang terbesar di negara kita.


- mengeluarkan susu getah,getah keping dan getah sekerap
- bahan penting untuk dibuat pelbagai barangan
- tikar getah,kasut,tayar dan pelbagai lagi

Tanaman padi giat dijalankan terutama di utara Malaysia.


- merupakan tanaman tradisi yang dipusakai secara turun-temurun
- membekalkan keperluan makanan ruji untuk rakyat di negara ini
- diusahakan secara besar-besaran dan ada yang kecil-kecilan

Tanaman nanas dan tanaman kelapa


- diusahakan oleh penduduk yang tinggal di tanah bergambut
- tanaman ini hidup subur di kawasan ini
- buah kelapa mendatangkan banyak kegunaan manakala nanas pula untuk pasaran
tempatan dan luar negari

11 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Sayur-sayuran pula giat diusahakan di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands.
- iklimnya yang sejuk sesuai ditanam pelbagai jenis sayuran
- dipasarkan di dalam mahupun di luar negara
- antaranya seperti sawi,bayam,kobis,tomato,cili dan pelbagai lagi

PENUTUP
Aktiviti pertanian perlu diketengahkan supaya setaraf dengan perindustrian
- sumber pendapatan utama dan menawarkan banyak peluang pekerjaan
- tidak adil sekiranya di anak tirikan berbanding bidang ekonomi yang lain
- tidak perlu mengimpot bahan makanan dari luar sekiranya kepeluan pertanian di negara
sendiri benar-benar mencukupi

SOALAN 3
Tuliskan satu karangan tentang pelancongan di negara kita.

Malaysia Destinasi Pelancongan

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur
- mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat
- sesuai dijadikan destinasi pelancongan
- setaraf dengan destinasi pelancongan di luar negara
IDEA –IDEA UTAMA
Banyak destinasi menarik di Malaysia khususnya untuk pelancongan
- menjanjikan kepuasan yang maksima kepada para pengunjung dalam mahupun di luar
negara
- contohnya pantai,pulau,tanah tinggi dan pelbagai tempat rekreasi yang menarik
- antara yang popular seperti Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland, Pulau
Langkawi, Pulau Tioman, Taman Negara, Taman Lipur Lintang dan pelbagai lagi.

Sistem pengangkutan di Malaysia sangat efektif


- tiada masalah untuk pergi ke destinasi menarik yang terdapat di negara kita
- antara pengangkutan yang ditawarkan ialah komuter, LRT, STAR, bas, teksi dan
pelbagai lagi
- dijamin memberi keselesaan yang sepenuhnya kepada para penumpang
Malaysia turut menawarkan pelbagai kebudayaan yang unik
- Malaysia didiami oleh pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau,
Kadazan,Murut dan pelbagai lagi

12 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- pelancong dapat mengetahui pelbagai kebudayaan yang menarik dan tersendiri
- menikmati pebagai juadah dan makanan tradisional kaum-kaum yang ada di sini

Negara kita juga terkenal dengan syurga membeli-belah.


- kompleks beli-belah menawarkan pelbagai barangan yang menarik
- harga barangan pula murah dan amat berpatutan
- boleh mendapatkan apa-apa sahaja barangan yang diingini

Pakej pelancongan yang ditawarkan di negara kita juga agak berpatutan berbanding dentinasi
pelancongan di negara yang lain.
- tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi
- menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung baik dalam atau di luar negeri
- sesuai untuk melancong bersama keluarga ataupun rakan-rakan

PENUTUP
Negara Malaysia wajar dikunjungi kerana dijamin selamat
- memiliki prasarana yang lengkap dan canggih
- menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik
- menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga kepada para pengunjung

Soalan 4
Setiap kali menjelangnya musim perayaan,jumlah mangsa kemalangan jalan raya meningkat
dari hari ke hari sama ada di lebuh raya mahupun di jalan bandaran. Jelaskan pendapat anda
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah kematian jalan raya ini.

Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan raya

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun.
- stabil dari aspek ekonomi dalam pelbagai sektor
- mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan terutamanya motosikal dan kereta
- jumlah kenderaan semakin bertambah terutamanya pada musim perayaan
Isi-isi utama
Kadar kemalangan yang tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana mendatangkan kerugian
kepada negara.
- menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang berat antara cara
untuk mengatasi fenomena ini.
- menakutkan para pengguna supaya tidak bermaharajalela ketika di jalan raya
- memberi iktibar kepada para pemandu yang lain
13 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Pemantauan yang berterusan oleh pihak berkuasa.
- mengadakan operasi had laju dan pelbagai operasi yang lain
- menyaman para pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas
- secara berterusan dan dipergiatkan terutama pada musim perayaan

Menaik taraf jalan raya yang terdapat di negara kita.


- memastikan jalan raya yang berlubang diturap dan diperluas
- meletakkan papan tanda amaran di tempat-tempat yang berbahaya
- memasang lampu-lampu isyarat di simpang-simpang yang sibuk

Mengadakan kempen keselamatan jalan raya di dalam media massa cetak mahupun elektrik.
- menyedarkan para pengguna tentang akibat buruk yang bakal berlaku akibat lalai
di jalan raya
- memberi keinsafan kepada para pemandu supaya lebih berwaspada ketika di
jalan raya
- mendidik para pengguna supaya mematuhi peraturan lalu linta

Pihak berkuasa juga perlu membina banyak kemudahan kepada pengguna di jalan raya.
- menyediakan kemudahan tempat rehat dan pelbagai kemudahan yang lain
- dapat berehat selepas penat memandu dalam jarak yang jauh
- dapat berteduh sekiranya hujan lebat sebelum meneruskan perjalanan terutama kepada
para penunggang motosikal
Penutup
Semua pemandu mestilah mempunyai kesedaran dan menyayangi nyawa mereka.
- memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa
- had umur pemberian lesen memandu hendaklah dinaikkan untuk memndidik minda
- selaras dengan slogan “ Pandu Cermat Jiwa Selamat “

14 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Soalan 5
Gejala buli di sekolah kini semakin membimbangkan dan sering terpapar di dada-dada
akhbar.Tuliskan karangan tentang fenomena ini.
Gejala Buli Di Sekolah
Pengenalan
Gejala buli semakin berleluasa dan seolah-olah tidak dapat dikawal.
- memeras ugut,memaksa pelajar lain menyiapkan kerja sekolah,menimbulkan
kecederaan dalam kalangan pelajar lain dan pelbagai lagi
- banyak dipaparkan di dada-dada akhbar utama negara kita
- mendatangkan kecederaan serius dan ada yang membawa kematian

Isi-isi Utama
Kebanyakan pembuli ini telah menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah.
- berasa dilindungi dan berasa bebas untuk membuli di sekolah
- wujud dalam bentuk berkumpulan dan mendatangkan rasa gerun dalam
kalangan pelajar yang lain
- berasakan mereka begitu kuat dan peraturan di sekolah gagal untuk membendung
aktiviti mereka
Para pelajar ini kebanyakan berasal daripada keluarga yang bermasalah.
- tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi
- ibu dan bapa tidak memperdulikan mereka
- kesan daripada perceraian, rumah tangga yang berantakan dan pelbagai lagi
Gejala buli ini mendatangkan kesan yang negatif.
- tidak berasa selamat dan takut untuk ke sekolah
- menjadi ikutan kepada para pelajar yang lain
- proses pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisen
Langkah yang drastik amat ditagih untuk memberantas fenomena ini.
- guru dan anggota masyarakat terutama ibu bapa wajar berganding bahu
- sama-sama terlibat dalam menangani masalah ini dengan mengadakan pelbagai
aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar
- gejala samseng sekolah ini dapat ditangani dan suasana persekolahan akan kembali
normal
Penutup
Gejala buli di sekolah bukan budaya masyarakat timur.
- lebih menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai
seorang pelajar.
- tidak melakukan sesuatu yang kurang berfaedah
- merugikan diri sendiri dan akhirnya akan memusnahkan masa depan
mereka sendiri
15 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
SOALAN 6
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak.
Bincangkan.

Peranan Keluarga Dalam Membentuk Anak-anak

Pengenalan
Institusi keluarga merupakan sebuah organisasi yang penting dalam membentuk dan
mendidik anak-anak.
- yang mencorak anak-anak sejak kecil sama ada menjadi insan yang sempurna atau
sebaliknya
- perlu dicorak dengan sebaik-baiknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari
- melahirkan insan yang benar-benar cemerlang,gemilang dan terbilang.
Idea-idea Utama
Anak-anak mestilah diberikan didikan agama sejak kecil lagi.
- dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
- tidak mudah terpengaruh atau terjebak dalam pelbagai gejala negatif
- didikan agama akan menjadi pendinding dan benteng yang menghalang mereka
daripada berbuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama yang
dipraktikkan
Dalam membincangkan tajuk di atas,anak-anak mestilah diajar bertutur dengan penuh
sopan santun.
- tidak bertutur dengan kasar atau mengeluarkan kata-kata yang biadab
- tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua daripadanya
- bijak menyusun kata-kata walaupun berada dalam apa jua situasi.
Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.
- banyak menghabiskan masa lapang dengan anak-anak
- sentiasa memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
- anak-anak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai tempat mengadu dan bukannya
melakukan perkara yang sebaliknya atas pengaruh rakan-rakan

Sudah terang lagi bersuluh,pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mestilah dilakukan
secara berterusan.
- penting terutama ketika anak-anak mereka berada di luar rumah
- sentiasa mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bercampur
- anak-anak takut untuk terlibat dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh
memberikan aib kepada keluarga.

Ibu bapa juga wajar berjumpa guru-guru di sekolah tempat anak-anak mereka menimba ilmu
sekurang-kurangnya dua tiga kali setahun.

16 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- untuk mengetahui perilaku dan sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah
- untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam bidang akademik
- sentiasa memacu anak-anak mereka di landasan yang betul dalam melahirkan insan
yang soleh dan solehah
Penutup
” Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ” amat bertepatan dengan peranan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak.
- janganlah apabila ” Sudah Terhantuk Baru Hendak Mengadah ” ataupun yang lebih
parah ”Apabila Nasi Sudah Menjadi Bubur ”.
- didiklah anak-anak kerana anak kita harta yang lebih berharga berbanding apa jua
harta yang ada di alam maya pada ini
- berbangga kerana berjaya menjadikan anak-anak mereka insan yang sempurna di
dunia mahupun di akhirat kelak.

SOALAN 7
Kejadian jenayah yang melibatkan golongan remaja semakin menular. Pada pendapat anda
mengapa kejadian ini semakin berleluasa ?

Punca-punca Meningkatnya Kejadian Jenayah

Pengenalan
Sering terpapar di dalam media massa tentang kejadian jenayah di negara kita.
- semakin meningkat dari sehari ke sehari
- melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah
- membimbangkan ibu bapa dan masyarakat umumnya
Idea-idea Utama
Pelbagai punca dikenalpasti permasalahan ini berlaku.
- kekurangan didikan agama dan moral sejak kecil
- anak-anak mudah dipengaruhi
- gagal membezakan yang mana dosa dan pahala

Keluarga yang berpecah-belah akibat ketidakrukunan rumah tangga.


- ibu bapa bergaduh setiap hari
- kesan daripada perceraian antara ibu bapa
- anak-anak tertekan dan jarang berada di rumah

Pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.


- takut dipinggirkan jika tidak menyertai kumpulan mereka
- bimbang dilabel sebagai penakut dan pelbagai gelaran yang lain
17 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- terjebak dalam kegiatan jenayah seperi meragut,menyamun dan pelbagai lagi

Pengaruh daripada media massa dan kecanggihan teknologi masa kini.


- terpedaya dan ingin mendapat keuntungan dengan cara mudah
- mempelajari teknik merompak daripada media massa
- mendorong mereka untuk bertindak dengan lebih jauh

Perasaan ingin mencuba dan mencari kepuasan diri.


- tidak matang dalam mengharungi kehidupan
- sebagai jalan keluar untuk melepaskan tekanan
- seronok dan ketagih apabila berjaya melakukannya

Ingin hidup mewah dan setanding dengan remaja yang lain.


- berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah
- tidak berpelajaran kesan daripada kemiskinan
- melakukan jenayah untuk menik mati sedikit kemewahan

Penutup
Fenomena yang negatif ini mestilah diberantas habis-habisan.
- remaja merupakan tiang negara
- bakal memimpin negara pada masa depan
- sewajarnya memiliki sifat yang cemerlang,gemilang dan terbilang

SOALAN 8
Pencemaran alam sekitar kini semakin meningkat. Tuliskan satu karangan tentang kesan
pencemaran kepada alam maya pada ini.

Kesan Pencemaran Terhadap Alam


Pengenalan
Pencemaran alam sekitar semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
- udara di bandar-bandar besar semakin kotor
- air sungai di negara kita pula banyak yang tercemar
- hutan-hutan yang menghijau pula telah banyak yang digondolkan

Isi-isi penting
Pencemaran ini telah memberikan kesan terhadap alam semula jadi.
- sungai-sungai yang dahulunya jernih dan cantik telah tercemar.
- air sungai dipenuhi sampah-sarap yang menjijikan
- kandungannya air pula telah dicemari sisa-sisa toksik
18 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Udara yang segar kini telah bertukar menjadi kotor.
- banyak berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur
- udara yang disedut dipenuhi karbon dioksida
- menjejaskan kesihatan manusia
Rimbunan pohon-pohon yang menghijau telah hampir pupus.
- kesan daripada pembangunan yang melanda
- pokok-pokok banyak yang mati dan tumbang
- kesan daripada tanah runtuh dan hakisan
Banjir kilat dan banjir besar turut berlaku.
- memusnahkan banyak keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan.
- menghakis dan meruntuhkan keindahan di tebing sungai
- kesan daripada sikap manusia yang begitu rakus

Fenomena cuaca yang tidak menentu turut berlaku.


- cuaca ada kalanya begitu terik dan perit
- hujan dan rebut petir berlaku tanpa diduga
- kemarau yang berpanjangan turut terjadi
Penutup
Keindahan alam semula jadi perlu dipulihara.
- pencemaran yang berlaku perlu diatasi
- mendatangkan kebahagiaan kepada manusia
- hidup dalam keadaan sempurna dan tidak perlu berasa takut.

SOALAN 9
Pendatang asing dikatakan berlumba-lumba untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi
mereka. Tuliskan satu karangan tentang punca-punca pendatang asing dating ke negara ini.

Punca-punca Kedatangan Pendatang Asing


Pengenalan
Negara kita kini pesat membangun baik dalam pelbagai sektor.
- menjadi tumpuan pendatang asing
- datang dari pelbagai negara
- masuk secara sah mahupun secara haram
Idea-idea Utama
Negara kita berdekatan dengan negara mereka.
- tidak memerlukan kos yang tinggi
19 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- menyusup secara haram jika tidak berkemampuan
- boleh menggunakan jalan darat mahupun jalan laut

Pintu masuk ke negara kita terlalu luas


- sukar untuk membuat pemantauan
- bilangan anggota tentera,pihak kastam dan polis tidak mencukupi
- kekurangan peralatan yang canggih untuk mengesan mereka
Peluang pekerjaan banyak di negara kita.
- banyak peluang pekerjaan dalan pelbagai bidang
- pembinaan,perladangan dan perindustrian sentiasa memerlukan perkhidmatan mereka
- pulangan yang lumayan kerana nilai mata wang kita agak tinggi
Negara mereka miskin dan berlaku pergolakan politik
- kekurang bpekerjaan dan banyak pengangguran
- sentiasa bergolak dan mengancam nyawa mereka
- mencari perlindungan seperti di Malaysia
Budaya di negara kita hampir sama dengan budaya mereka.
- tidak menghadapi pelbagai masalah
- dapat menikmati penghidupan dan budaya yang seakan serupa
- mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat di Malaysia

Penutup
Kebanjiran pendatang asing banyak membawa keburukan
- perlu ditangani dengan segera
- tidak menyusahkan rakyat di negara sendiri
- pengaliran kekayaan negara ke negara lain

SOALAN 10
Peranan masyarakat dalam melahirkan remaja yang berkualiti.

Remaja Tunggak Negara


PENGENALAN

Remaja merupakan aset negara yang amat penting.


- kesinambungan kepada para pemimpin masa kini
- mencorak dan melakar negara pada masa depan
- jatuh dan bangun negara terletak di tangan mereka

IDEA-IDEA UTAMA

20 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam melahirkan remaja yang berkualiti.
- meneguhkan mereka dengan didikan agama sejak kecil.
- jiwa mereka kebal dan tahan dengan godaan hawa nafsu
- tidak terjebak dalam kancah yang negatif
Guru-guru tidak jemu dalam mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan.
- mempunyai masa depan yang cerah dan menjadi modal insan yang berguna
- pakar dalam bidang-bidang tertentu
- tidak menggunakan perkhidmatan orang luar

Masyarakat setempat melibatkan remaja dalam aktiviti yang berfaedah.


- didedahkan dengan semangat bergotong- royong
- dilibatkan dengan pelbagai program rukun tetangga
- tidak berasa kekok untuk bergaul mesra dengan penduduk setempat

Golongan profesional di negara kita juga boleh bergabung tenaga dalam melahirkan remaja
yang mampan dan hebat dalam pelbagai bidang.
- mengadakan seminar,bengkel dan motivasi kepada golongan ini.
- memberi petunjuk dan arah yang sebenar kepada mereka dalam kehidupan yang
mencabar
- tidak teraba-raba dalam meniti kehidupan yang sempurna

Kerajaan juga mestilah meneruskan program yang ada di samping menambah program yang
ada.
- Program Latihan Khidmat Negara mestilah diteruskan sampai bila-bila
- Program Rakan Muda pula mestilah digerakkan semula
- memastikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang berguna dapat diterapkan
dalam sanubari mereka
PENUTUP
Remaja yang berkualiti adalah menjadi impian setiap negara.
- mampu menaikkan imej negara di mata dunia
- kemajuan negara akan terus berjalan seperti yang dirancang
- bertambah makmur,cemerlang dan gemilang

21 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
SOALAN 11
Sempena menyambut Hari Kebangsaan,anda telah menyertai pertandingan menulis karangan
yang bertajuk ‘ Semangat sayang akan negara dan kebudayaan tempatan dapat memupuk jati
diri dalam modal insan’. Tuliskan karangan anda.

Pembangunan Modal Insan

PENGENALAN
Remaja merupakan tulang belakang negara.
- mestilah memiliki jati diri yang baik dan sempurna
- tidak mudah terpengaruh dan terperangkap dengan gejala yang negatif
- bakal pemimpin negara pada masa hadapan

ISI-ISI UTAMA
Memang tidak dinafikan bahawa semangat sayang akan negara dan kebudayaan tempatan
dapat membina jati diri yang baik dalam kalangan remaja.
- sanggup berjuang dan berkorban untuk negara
- sanggup mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh pihak musuh
- sentiasa mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada
Mengapa jati diri yang tulin benar-benar ditagih daripada golongan remaja ?
- mereka tidak mudah terperangkap dalam pelbagai masalah sosial
- contohnya seperti penagihan dadah,jenayah dan pelbagai lagi
- mereka akan memiliki sahsiah yang baik dan berfungsi dengan cemerlang dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan

Kebudayaan di Malaysia adalah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat timur.


- mengamalkan niai-nilai murni yang baik
- hormat-menghormati,tolong-menolong dan sayang-menyayangi
- menjurus remaja supaya mengamalkan gaya hidup yang teratur dan akhirnya
membentuk jati diri yang cemerlang

Budaya negara kita merupakan budaya yang bersangkutan agama.


- melahirkan remaja yang taat dan kuat berpegang kepada ajaran agama
- tidak mudah tergugat iman dan terpesong dengan budaya yang lain khususnya budaya
barat
- menjalani kehidupan di landasan yang sebenar

Masyarakat di negara kita turut mengamalkan budaya yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang lagi.
- melentur masyarakat supaya menjadi sebuah bangsa dan negara yang kuat.
- sayang akan negara dan budaya yang memiliki nilai estetika yang tersendiri.
22 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- menjana ke arah sebuah masyarakat yang ideal dan efisen
PENUTUP
Jati diri dalam kalangan remaja mestilah dilentur sejak usia masih muda.
- asas ketahanan remaja dalam menghadapi sebarang rintangan dan cabaran
- tidak mudah tewas dalam apa juga godaan yang mendatang
- antara cirri penting daam melahirkan remaja yang cemerlang,gemilang dan terbilang

‘REMAJA CEMERLANG NEGARA TERBILANG ‘

Soalan 12
Amalan mulia adalah amalan yang murni dan perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di
negara kita. Tuliskan satu karangan tentang pentingnya amalan ini.

Berbudi Bahasa Amalan Mulia

Pengenalan
Amalan mulia mestilah sejak kecil tanpa mengira pelbagai bangsa.
- bersesuaian dengan budaya timur
- mendatangkan manfaat kepada masyarakat
- dipandang tinggi kepada sesiapa yang mengamalkannya

Isi-isi Penting
Apabila melihat rumah terbakar kita perlu bertindak dengan segera.
- menelefon pihak bomba
- membantu mangsa seperti mengangkat barang-barang yang masih dapat diselamatkan
- mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran tesebut
Apabila melihat orang buta mahu melintas jalan,kita perlu membantunya.
- memastikan orang buta tersebut dapat melintas dengan selamat
- mengelakkan daripada berlaku kemalangan
- perihatin kepada golongan yang kurang upaya

Rajin membersihkan persekitaran rumah sekiranya mempunyai masa terluang.


- dapat membantu mengurangkan beban ibu dan ayah
- berasa bangga memiliki anak seperti kita
- menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain

Semasa berada di dalam bas yang sesak dengan penumpang kita juga boleh melakukan
amalan yang murni.

23 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- memberikan tempat duduk kita kepada perempuan yang mengandung
- memberikan kepada kanak-kanak ataupun orang tua juga amat baik
- golongan ini sebenarnya lebih memerlukan daripada kita

Bersikap ringan tulang semasa berada di sekolah juga amalan yang terpuji.
- membantu rakan-rakan membersihkan kelas
- membantu guru membawa buku-buku latihan ke bilik guru
- disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan yang lain

Penutup
Amalan mulia sewajarnya dijadikan amalan seharian.
- perlu dilakukan di mana sahaja kita berada
- dihormati dan disayangi oleh orang lain
- kehidupan lebih harmoni dan selesa

SOALAN 13
Masalah disiplin dalam kalangan remaja kini semakin meningkat.Bincangkan punca dan cara-
cara untuk menangani masalah ini.

Punca dan cara untuk mengatasi masalah disiplin remaja

Pengenalan
Kebelakangan ini masalah disiplin yang melibatkan remaja semakin serius.
- melakukan pelbagai masalah disiplin di sekolah
- merokok,ponteng kelas,ponteng sekolah,bergaduh dan pelbagai lagi
- meningkat terutama sekolah-sekolah di bandar.

Isi-isi Utama
Antara punca mengapa fenomena ini berlaku akibat daripada hasutan kawan-kawan.
- berasa megah dan berasa selamat apabila melakukan sesuatu salah laku
- dilindungi oleh rakan-rakan yang lain dan tidak tercabar
- bertambahlah masalah buli,pergaduhan ,peras ugut dan pelbagai lagi.

Pengajaran dan aktiviti di sekolah kurang menarik.


- malas dan tidak berasa seronok ketika berada di sekolah.
- kerja rumah yang banyak pula dianggap membebankan
- mencari jalan untuk ponteng kelas dan ponteng sekolah
Kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga.

24 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
- ibu bapa hanya mementingkan kerjaya masing-masing.
- kurang melapangkan masa dengan anak-anak
- bebas melakukan apa-apa sahaja terutama di sekolah

Pelbagai langkah dapat dilakukan untuk menangani fenomena ini.


- mengetatkan peraturan di sekolah tanpa mengenal bulu
- mengenakan hukuman rotan,gantung sekolah dan buang sekolah
- takut untuk menimbulkan masalah disiplin dan memberi iktibar kepada pelajar-pelajar
yang lain.

PIBG merangka dan melaksanakan lebih banyak program yang bermanfaat untuk para
pelajar.
- mengadakan pelbagai aktiviti riadah, seminar dan program motivasi,lawatan sambil
belajar dan pelbagai jenis ekspedisi.
- membina kekuatan fizikal dan mental para pelajar
- menerapkan pelbagai nilai murni baik secara langsung mahupun secara tidak langsung

PENUTUP
Remaja merupakan tulang belakang negara.
- mestilah berkualiti dari aspek mental dan fizikal
- menjadi pemimpin yang berguna kepada negara
- kesinambungan ke arah kemajuan dan kemasyhuran Negara.

SOALAN 14
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada pendapat
anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama.

Perayaan Di Malaysia
Pengenalan
Perayaan di Malaysia memaparkan pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia
- ciri-ciri masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini
- satu keunikan dan keistimewaan negara kita
- jarang dan sukar ditemui di negara-negara yang lain
Isi-isi Penting
Kerajaan turut memberikan kebebasan kepada setiap kaum untuk meraikannya.
- setiap kaum dapat merayakan hari kebesaran tanpa halangan
- perlembagaan persekutuan menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya
nenek moyang masing-masing
- kaum-kaum lain turut menghormati sesuatu perayaan yang disambut oleh rakan-rakan
mereka
25 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Perayaan rakyat Malaysia di sebuah negara yang maju dan makmur.
- turut dirayakan dan dikongsi bersama oleh kaum-kaum yang lain
- dibuktikan dengan majlis rumah-rumah terbuka yang turut dihadiri pelbagai bangsa
dan agama
- tidak kekok untuk merasai pelbagai juadah yang disediakan kerana sudah diamalkan
sejak dahulu lagi
Perayaan menjadi asas perpaduan dan kunci kesejahteraan yang berkekalan.
- kunjung-mengunjungi sudah menjadi acara tradisi apabila sesuatu perayaan
disambut di negara kita
- bertukar-tukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain
- perpaduan dapat ditingkatkan dan hubungan silaturahim bertambah erat

Memaparkan budaya daripada pelbilang kaum.


- mengetahui dan mempelajari budaya ini
- antaranya pakaian,adat dan juga makanan pelbagai kaum
- tidak diperoleh di negara-negara yang lain

PENUTUP
Perayaan dan tradisi yang sebegini haruslah dipertahankan dan diteruskan
- mencerminkan keutuhan dan kehidupan harmoni rakyat Malaysia
- dapat menarik ramai kedatangan pelancong ke negara kita

26 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
CONTOH KARANGAN 1

Semangat Patriotik Warga Malaysia

Semangat patriotik amat penting kepada warga Malaysia. Semangat ini perlu
ditanam sejak zaman kanak-kanak lagi. Hal ini demikian kerana mendatangkan kesan yang
positif terutamanya kepada generasi muda tanpa mengenal bangsa dan agama..

Dalam membincangkan tajuk di atas,pelbagai langkah perlu dilaksanakan supaya


semangat patriotik ini dapat disemai terutama kepada generasi muda. Antaranya dengan
mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Justeru pelbagai aktiviti yang
dijalankan dapat menyuburkan semangat ini dalam kalangan rakyat di negara kita.

Semangat patriotik ini dapat ditingkatkan juga dengan mengibarkan bendera


Malaysia semasa mengadakan aktiviti seperti perarakan sempena Hari Kebangsaan.
Kemegahan membawa bendera negara kita turut meruapkan lagi semangat anak-anak
bangsa. Oleh itu semangat Patriotik akan sentiasa menebal dalam pelbagai golongan.

Semangat patriotik amat penting tertanam dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana
dengan semangat ini rakyat sanggup berjuang hingga titisan darah terakhir dalam usaha
mempertahankan negara daripada serangan musuh. Rakyat juga sanggup berjuang demi
negara pada bila-bila masa sahaja.

Kemajuan negara turut dapat dipertingkat dengan adanya semangat ini.


Rakyat akan berusaha keras demi kemajuan dan kepesatan negara. Justeru mereka sanggup
menyumbangkan tenaga,buah fikiran mahupun wang ringgit semata-mata ingin melihat
kejayaan cemerlang terus meniti di negara kita.

Semangat ini wajar terus diterapkan kepada generasi muda agar terus sebati
dalam jiwa mereka. Hal ini penting agar mereka dapat menjadi generasi yang benar-benar
tidak berpaling tadah atau sanggup mengkhianati negara jika ditaburkan dengan wang
ringgit. Mereka akan menjadi generasi yang kebal daripada gangguan sebarang anasir
subversif.

Konklusinya, semangat patriotik amat penting kepada setiap warganegara.


Ketebalan semangat ini sebenarnya sebagai pemangkin kepada negara dalam merangka
pelbagai rancangan dalam merealisasikan Wawasan 2020. Seiring dengan itu juga Program
Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu langkah dalam
menyemaikan semangat ini khususnya kepada golongan muda yang bakal mentadbir negara
pada masa depan.

27 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
CONTOH KARANGAN 2
Jati Diri Warga Malaysia

Jati diri merupakan perasaan dalaman yang sukar untuk dibentuk. Namun begitu
banyak langkah boleh dilaksanakan dalam membentuk jati diri yang benar-benar terpuji
dalam kalangan generasi muda. Justeru tidak hairanlah kerajaan sanggup mengeluarkan
perbelanjaan berjuta-juta ringgit seperti Program Latihan Khidmat Negara dan pelbagai lagi
dalam merealisasikan jati diri yang positif dalam kalangan remaja di negara kita.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri dalam
kalangan remaja. Sejak kecil anak-anak mereka mestilah dididik dengan didikan agama
agar dapat menangkis sebarang bentuk gejala negatif yang cuba menghasut dan menggangu
mereka.Hal ini penting supaya jiwa mereka tetap kukuh dan tidak mudah terpesong dalam
menjalani kehidupan yang penuh mencabar.
Jati diri sebenarnya amat penting dalam menyediakan para pelapis negara. Hal
ini amat penting agar mereka dapat mentadbir negara dengan penuh ketelusan dan tidak
terperangkap terutama dalam gejala rasuah. Justeru berlaku keadilan dan tidak berlaku
kezaliman semasa negara dipimpin oleh golongan ini pada suatu hari nanti.
Kemajuan negara akan berjalan dengan pesat tanpa sebarang gangguan. Jati diri
yang ada pada warga Malaysia membolehkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk
membangunkan negara.Golongan profesional dan separa profesional di negara kita akan
berganding bahu dalam merealisasikan negara kita agar dapat duduk sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain.

Pelbagai gejala sosial di negara kita dapat dikurangkan. Kerajaan tidak khuatir
lagi tentang kewujudan jenayah,masalah sosial , dadah dan pelbagai lagi. Adanya jati diri
yang tinggi,golongan ini tidak mudah terperangkap dalam masalah sosial yang ada pada
hari ini. Jiwa mereka amat kuat dalam menempuh dan menepis masalah sosial yang cuba
meresap dalam jiwa mereka.

Negara menjadi aman dan harmoni dan dipandang tinggi oleh negara-negara
luar. Jati diri yang ada pada warga di Malaysia menyebabkan nilai-nilai murni menjadi
amalan yang sebati dalam kehidupan mereka. Sikap saling menghormati,bantu-membantu
dan hidup dalam keadaan sejahtera menjadi amalan masyarakat. Perpaduan dalam kalangan
pelbagai kaum semakin teguh dan pastinya tidak mudah digugat oleh anasir-anasir luar.

Sudah terang lagi bersuluh, jati diri adalah aset penting dalam menjadikan
negara kita gah di mata dunia. Dengan adanya jati diri dalam kalangan
masyarakat,kekangan yang mendatang dapat ditangani dengan mudah. Jati diri akan
merubah senario negara dalam menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang imejnya
mengharum sepanjang zaman walaupun pemimpinnya bersilih ganti.
28 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
CONTOH KARANGAN 3

Punca, Kesan dan Gejala Rasuah Di Negara Kita

Gejala rasuah di negara kita bukannya masalah baru namun telah berakar umbi
sejak dahulu lagi. Walaupun kerajaan telah berusaha dan menjalankan pelbagai langkah,
namun senario ini masih sukar dibendung malah semakin berleluasa. Jika fenomena ini
dibiarkan berterusan,pastinya banyak impak yang buruk akan berlaku dan akhirnya negara
kita akan tersungkur ke bumi.

Pelbagai faktor telah dikenal pasti mengapa fenomena yang tidak bermoral ini
wujud di negara kita. Punca utama kerana sikap tamak dan ingin mencari kesenangan
dengan jalan mudah. Rasuah dijadikan amalan dan lama-kelamaan telah sebati dalam diri
penjawat awam mahupun swasta. Situasi ini ditambah dengan keperluan dan kos yang tinggi
terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Gejala yang tidak bertamadun ini juga berpunca daripada kurangnya nilai-nilai
murni dalam kalangan mereka. Tiada lagi sikap amanah,telus dan yang ada hanyalah
memikirkan kesenangan semata-mata. Justeru wang dijadikan keutamaan dalam setiap
perkara. Situasi ini diburukkan lagi dengan adanya golongan yang merasuah dalam kalangan
rakyat.
Pelbagai impak buruk pastinya menjelma jika gejala ini beraja di mata bersultan di
hati. Keadilan tidak lagi berlaku manakala golongan yang berduit akan bermaharajalela.
Golongan ini pastinya memperoleh pelbagai kemudahan dengan wang yang telah ditabur
oleh mereka. Golongan bawahan pula akan terus tertindas,terpinggir dan akhirnya peluang
untuk mereka akan tertutup serapat-rapatnya.

Pembangunan di negara kita akan dikuasai oleh golongan tertentu sahaja. Tender-
tender kerajaan akan dimonopoli oleh golongan perasuah yang pelahap tanpa mengira
masa dan tempat. Kuali kerja juga akan terjejas yang mana pembinaan akan dilakukan tanpa
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Semuanya dapat ditutup dengan merasuah
pagawai-pegawai yang memantau.

Justeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) perlu bertindak lebih


tegas. Setiap kes tanpa mengira status atau pangkat mestilah dibongkar habis-habisan.
Golongan yang terlibat dengan rasuah mestilah diheret ke muka pengadilan. Suruhanjaya
ini juga perlu tabah dan tidak takut dengan sebarang ancaman dalam menjalankan tugas
mereka.
Pihak kerajaan pula wajar mengenakan tindakan yang tegas dalam membendung
gejala ini.Hukuman yang berat termasuk hukuman penjara mestilah dikenakan terhadap
musuh-musuh negara ini. Hukuman yang dikenakan juga mestilah tidak mengenal bulu. Apa

29 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
yang penting jangan sesekali kerajaan berkompromi dengan golongan ini.

Tuntasnya, gejala rasuah mestilah dipadamkan daripada terus hidup subur di


atas muka bumi yang fana ini. Apa gunanya kemajuan yang terserlah sedangkan pada
hakikatnya dipenuhi dengan gejala yang jijik ini. Justeru gejala yang tidak bermoral ini
mestilah dihapuskan agar tempisanya langsung tidak menyentuh generasi muda yang bakal
memimpin negara.

” JAUHI RASUAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA ”

CONTOH KARANGAN 4

Punca, Kesan Dan Cara Menangani Pencemaran Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat besar manfaatnya kepada
makhluk yang hidup di atas muka bumi ini. Khazanah yang berharga ini telah kita warisi
sejak zaman nenek moyang dan sewajarnya dipertahankan hingga hari ini. Namun apa yang
menyedihkan telah berlaku yang mana alam sekitar pada hari ini telah tercemar semata-mata
dalam mengejar pembangunan dan kemajuan.

Antara punca fenomena ini berlaku akibat daripada pembuangan sisa-sisa


toksik oleh sesetengah pengusaha kilang perindustrian.Mereka mengalirkan bahan buangan
ke dalam sungai dalam usaha untuk menjimatkan kos. Akibatnya sungai telah tercemar
menyebabkan banyak hidupan akuatik telah pupus dan senario ini amat membimbangkan
terutama kepada golongan nelayan.

Dalam membicarakan tajuk di atas, pencemaran yang berlaku juga kesan


daripada pembebasan asap yang berleluasa baik dari kilang perindustrian mahupun dari
kenderaan yang terdapat di negara kita. Fenomena ini amat jelas terutama di bandar-bandar
besar.Hal ini pastinya amat menghairankan kita semua kerana Jabatan Alam Sekitar telah
lama wujud di Malaysia. Mengapakah mereka hanya berpeluk tubuh sahaja? Di mana kuasa
dan tanggung jawab mereka selama ini ?

Pelbagai impak yang negatif telah berlaku kesan daripada pencemaran ini.
Kesihatan penduduk mulai terjejas. Hal ini dapat dibuktikan sewaktu berlakunya jerebu
yang melanda negara kita sedikit masa lalu. Orang ramai terdedah dengan pelbagai penyakit
seperti batuk,sakit dada,sakit tekak dan pelbagai lagi.
Pencemaran yang berterusan ini turut menyebabkan berlakunya kesan rumah
hijau. Cuaca di negara kita menjadi tidak menentu. Kepanasan yang melampau turut berlaku
serta hujan dan ribut petir berlaku dengan tidak dijangka. Apa yang pasti pelbagai masalah
30 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
telah timbul seperti banjir kilat,kemarau dan tanah runtuh.

Adalah absurb jika kita mengatakan bahawa semua yang berlaku ini adalah
takdir Tuhan. Justeru pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini.
Pihak berkuasa mestilah membuat pemantauan dan menangkap serta mengheret golongan
yang mencemarkan alam sekitar ke muka pengadilan. Pada masa yang sama hukuman yang
berat mestilah dikenakan kepada golongan ini.

Adalah lebih afdal lagi jika masyarakat turut sama menyahut kempen sayangi
alam sekitar. Justeru pembakaran terbuka yang dilakukan pleh para petani mestilah
dihentikan.Selain itu.kempen bumi hijau hendaklah berterusan tanpa sebarang alasan. Bumi
yang hijau ini pastinya mampu membebaskan kandungan oksigen yang tinggi dan sudah tentu
dapat mengimbangi gas karbon dioksida yang terbebas di negara kita.

Andainya fenomena ini berterusan kita juga yang rugi. Janganlah kita bersikap ”
Sudah terhantuk baru hendak terngadah ” . Bumi yang indah kurniaan Tuhan ini mestilah
terus dipulihara. Senario ini maha penting supaya generasi muda akan terus menikmati
nikmatnya sampai bila-bila. Habitat flora dan fauna jua akan terus kekal walaupun era
globalisasi menerjah dunia pada masa kini.

”SAYANGILAH ALAM SEKITAR ”

CONTOH KARANGAN 5

Institusi Pengajian Tinggi Dan Manfaatnya

Institusi pengajian tinggi tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negara


kita.Fenomena ini seolah-olah sinonim dengan kemajuan yang melanda. IPTS yang tumbuh
bagai” Cendawan tumbuh selepas hujan ”turut bersaing dengan IPTA yang sedia
ada.Senario ini sebenarnya mewujudkan persaingan yang sihat jika dipantau dengan
sepenuhnya

Kewujudan institusi ini memberikan lebih ruang pengajian kepada para


pelajar.IPTA yang sedia ada sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pelajar
Para pelajar tidak tersekat untuk meneruskan pengajian khususnya selepas SPM.
Situasi ini akan mengurangkan para penganggur dalam kalangan usia yang muda

Negara juga terkenal sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Secara tidak langsung

31 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
menjadi tumpuan para pelajar dari luar negara untuk belajar di sini.Hal ini kerana para
pelajar memperoleh pelbagai ilmu yang tidak diperoleh di negara mereka.Impaknya berlaku
persaingan yang sihat dari aspek ilmu pengetahuan.

Negara dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Antara


manfaat yang timbul penghantaran pelajar ke luar negara dapat dikurangkan.
Kerajaan pastinya dapat menaja dengan lebih banyak pelajar kerana kos yang jauh
berbeza.Dalam jangka masa yang panjang negara akan mampu melahirkan para cerdik
pandai di negara kita.

Kewujudan IPTS ini turut menyediakan peluang pekerjaan di negara kita.


Hal ini kerana masyarakat dapat bekerja di institusi tersebut. IPTS yang terbina ini
menawarkan pelbagai jenis pekerjaan seperti yang ada pada IPTA.Warga negara kita juga
tidak perlu mengejar pulangan yang lumayan di luar negara.

Antara kebaikan yang turut terserlah adalah dapat mengurangkan budaya


negatif dalam kalangan pelajar.Para pelajar juga dapat menyambung pelajaran walaupun di
IPTS. Apa yang penting masa remaja mereka dipenuhi dengan menimba ilmu pengetahuan.
Generasi muda tidak terjebak dalam gejala negatif seperti dadah,Mat Rempit dan pelbagai
lagi.

Sudah jelas dan terbukti kos pengajian dapat dikurangkan.Belajar di negara


sendiri jauh lebih murah jika melanjutkan pelajaran di luar negara. Kos kehidupan sebagai
pelajar juga dapat dikurangkan kerana belajar di negara sendiri. Situasi ini pastinya tidak
membebankan terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Namun begitu IPTS ini perlu dipantau oleh Kementerian Pengajian Tinggi .
Hal ini amat penting agar dapat menjamin kualiti kepada para lulusannya. Kerajaan mestilah
memastikan bahawa IPTS ini tidak mengutamakan kepada keuntungan semata-mata.Situasi
ini supaya imej negara tidak tercemar di mata luar.

32 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
CONTOH KARANGAN 6

Punca-punca Meningkatnya Kejadian Jenayah


Sering terpapar di dalam media massa tentang kejadian jenayah di negara kita.
Kejadian jenayah ini pula semakin meningkat dari sehari ke sehari. Apa yang
membimbangkan aktiviti jenayah ini telah melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah.
Senario ini amat menggusarkan ibu bapa dan masyarakat umumnya.

Pelbagai punca dikenalpasti permasalahan ini berlaku. Antara faktor utama adalah
kekurangan didikan agama dan moral sejak kecil.Justeru anak-anak muda ini mudah
dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka.Hal ini kerana mereka jahil dan gagal membezakan yang
mana dosa dan pahala.

Keluarga yang berpecah-belah akibat ketidakrukunan rumah tangga juga turut


dikenal pasti.Antaranya ibu bapa bergaduh setiap hari terutama di depan anak mereka. Situasi
ini merupakan kesan daripada perceraian antara ibu bapa. Impaknya anak-anak tertekan dan
jarang berada di rumah.

Pengaruh daripada rakan-rakan sebaya juga tidak kurang hebatnya.


Sesetengah daripada mereka takut dipinggirkan jika tidak menyertai kumpulan tersebut.
Kononnya bimbang dilabel sebagai penakut dan pelbagai gelaran yang lain.Akhirnya mereka
ini terjebak dalam kegiatan jenayah seperi meragut,menyamun dan pelbagai lagi

Pengaruh daripada media massa dan kecanggihan teknologi masa kini. Mereka
mudah terpedaya dan ingin mendapat keuntungan dengan cara mudah.Ada antaranya sanggup
mempelajari teknik merompak daripada media massa.Kejayaan yang diperoleh mendorong
mereka untuk bertindak dengan lebih jauh lagi.

Perasaan ingin mencuba dan mencari kepuasan diri turut menghantui golongan
ini.Mereka ini sebenarnya tidak matang dalam mengharungi kehidupan sebenar.Ada antara
mereka melakukan jenayah sebagai jalan keluar untuk melepaskan tekanan.Mereka berasa
seronok dan ketagih apabila berjaya melakukannya berulang kali.

Ingin hidup mewah dan setanding dengan remaja yang lain antara punca yang
dikenalpasti. Rata-rata remaja ini berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Justeru kebanyakannya tidak berpelajaran kesan daripada kemiskinan. Akibatnya mereka ini
terdorong melakukan jenayah untuk menik mati sedikit kemewahan.

Fenomena yang negatif ini mestilah diberantas habis-habisan Hal ini penting
kerana remaja merupakan tiang negara.Pada masa yang sama mereka bakal memimpin negara
pada masa depan.Apa yang pasti mereka sewajarnya memiliki sifat yang cemerlang,gemilang
dan terbilang.
33 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
BAHAGIAN D NOVEL
ANALISIS SOALAN KOMSAS GENRE NOVEL
PERINGKAT PMR (2002 - 2009)
Tahun Soatan Komsas Yang Diuji Aspek KOMSAS
2002 Tema dan persoalan Tema dan persoalan
2003 Watak dan perwatakan - watak utama Watak dan perwatakan
2004 Nilai: Bekerjasama, bertanggungjawab dan kegigihan – Nilai-nilai murni
contoh peristiwa bagi setiap nilai
2005 Latar: masa, tempat dan masyarakat - contoh peristiwa Latar - masa, tempat
bagi setiap latar dan masyarakat
2006 Tiga perbandingan watak utama dan watak sampingan - Watak dan perwatakan
Novel Tingkatan 3 sahaja
2007 Kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu Pengajaran
dalam kehidupan - Novel Tingkatan 2 & 3 (2 peristiwa
daripada setiap novel)
2008 Nyatakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa Latar tempat
yang berlaku - Novel Tingkatan 3 sahaja.
2009 Berikan tiga contoh yang menggambarkan persoalan Persoalan
berikut:
▪ Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpin
(Novel Pahlawan Pasir Salak)
▪ Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
▪ (Novel Novel Tragedi Empat Disember)
▪ Persoalan kegigihan menentang penjajah Inggeris
▪ (Novel Timulak Kapal Perang)
▪ Persoalan tanggungjawab mempertahankan maruah
negara (Novel Kapten Hassan Wira Bangsa)

34 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Ramalan 1
SOALAN
Latar tempat adalah tempat sesuatu peristiwa berlaku dalam sesebuah novel.Berdasarkan
novel yang anda kaji, berikan contoh latar tempat dan peristiwa yang berlaku.

Hospital king’s College di London.


Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan di sini yang diketuai oleh Dr.Tan Kai
Chah.Pembedahan tersebut akhirnya berjaya dan Nadhirah akhirnya pulih daripada penyakitnya.

Pejabat Tan Sri Shamsuddin


Zulkifli menemui Tan Sri Shamsuddin dan dia telah menceritakan penyakit dan penderitaan
yang dialami oleh anaknya Nadhirah. Justeru atas perasaan simpati dan keprihatinan terhadap
golongan yang kurang berkemampuan,beliau telah bersetuju untuk membiayai kos pembedahan
Nadhirah dan Bushrah di London.

Rumah Zulkifli
Di sinilah jenazah Busrah telah dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Atas kerjasama
daripada jiran dan rakan-taulan, upacara pengebumian Bushrah telah dapat dilaksanakan dengan
lancar.

Ramalan 2
SOALAN
Huraikan TIGA pengajaran yang anda peroleh daripada novel yang anda kaji.

Kita mestilah membantu golongan yang kurang berkemampuan.


Tan Sri Shamsuddin seorang ahli koperat yang terkenal telah membiayai kos pembedahan
Nadhirah yang menelan belanja RM 350 ribu ringgit. Hal ini kerana sudah menjadi
tanggungjawabnya membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Kita mestilah tabah menghadapai pelbagai cabaran.


Nadhirah amat tabah menghadapi penyakitnya yang semakin kritikal. Dia tidak pernah
merungut malah jauh sekali untuk membebankan ibu bapanya. Dia sentiasa tabah dan yakin
akan sembuh apada suatu hari nanti.

Sikap bekerjasama adalah sikap yang terpuji.


Jiran-jiran Zulkifli sentiasa membantunya baik dari aspek fizikal mahupun material. Mereka
sentiasa memberi sokongan kepada keluarga Zulkifli agar tabah dan cekal menghadapi dugaan
daripada Tuhan. Mereka juga turut menghantar Zulkifli dan keluarganya ke lapangan terbang
sebelum mereka bertolak ke London.

35 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Ramalan 3
SOALAN
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan binaan plotnya.

PERMULAAN
Nadhirah disahkan menghidap penyakit hati dan hempedu . Penyakit Nadhirah semakin lama
semakin serius.

PERKEMBANGAN
Nadhirah terpaksa dibedah di luar negara.Pembedahan tersebut menelan kos yang tinggi.

KLIMAKS
Bushrah sanggup mendermakan sebahagian daripada hati dan hempedunya kepada Nadhirah.
Pembedahan tersebut akhirnya berjaya dilakukan.

PELERAIAN
Nadhirah telah melanjutkan pelajaran dan berjaya dalam kehidupan. Bushrah pula telah
meninggal dunia lima tahun kemudian kesan daripada pembedahan yang dialami.

Ramalan 4.
SOALAN
Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan
dalam kehidupan seharian.

Nilai kasih dan sayang.


Bushrah amat menyayangi suami dan anak-anaknya. Justeru dia sanggup mendermakan
sebahagian daripada hati dan hempedunya kepada Nadhirah waupun dia sedar bahawa risikonya
adalah terlalu tinggi.

Nilai keberanian
Nadhirah amat berani menghadapi pembedahan pemindahan hati. Dia tetap yakin bahawa
pembedahan tersebut akan berjaya dan mampu menyelamatkan nyawanya.

Nilai kegigihan
Zulkifli amat gigih dalam menuntut ilmu. Walaupun terpaksa belajar sambil bekerja, namun
akhirnya dia berjaya memperoleh segulung ijazah,ijazah sarjana dan mencapai taraf hingga
peringkat Ph.D.

36 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
Ramalan 5.
SOALAN
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak-watak yang berkonflik dan jelaskan
tentang konflik tersebut.

Deli dan orang-orang kampung Pasir Salak berkonflik dengan penjajah Inggeris.
Hal ini kerana pihak Inggeris ingin mengutip cukai di kampung tersebut. Hasrat pihak penjajah
tersebut mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kampung Pasir
Salak dan mereka mula bangun untuk menetang pihak Inggeris. Apabila pihak Inggeris
mendapat tahu perkara tersebut,mereka telah menghantar bala tenteranya untuk memerangi
penduduk-penduduk kampung.

37 WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Anda mungkin juga menyukai