Anda di halaman 1dari 5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.Pasir Jamaludin Mohd Noh- SMK Baling. Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang
Serai Wan Nazri Bin Wan Azib- SMK Pendang Roslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala Ketil Farizan Md. Noor – SMK. Jitra

5. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL. 5.1 Definisi i) Etika - Etika Perniagaan - Etika Kerja ii)
Tanggungjawab Sosial 5.2 Perniagaan dan Masyarakat i) Pihak Berkepentingan ii) Tanggungjawab Sosial lawan
untung iii) Perbandingan pendekatan antara barat dengan timur tentang Etika Dan Tanggungjawab Sosial. - Hubungan
manusia dengan manusia - Hubungan manusia dengan Tuhan - Hubungan manusia dengan alam 5.3 Tanggungjawab
Sosial i) Definisi ii) Warga korporat Konsep - Peranan

5.4 Kepenggunaan. i) Definisi ii) Hak-hak pengguna iii) Peranan badan / Agensi berkaitan -Peranan persatuan
Pengguna -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna iv) Batter Business Bureau 5.5
Jenayah Kolar Putih i) Definisi ii) Jenis-jenis iii) Hukuman

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 5.1 DEFINASI A. ETIKA Tabii atau perangai,adat atau kebiasaan
Perlakuan baik buruk manusia Sejauh mana dapat ditentukan oleh akal Moral Norma yang sesuai dengan konsep
Yang diterima umum Tingkah laku manusia yang baik dan wajar. moral membicarakan persoalan betul atau salah
Benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau ditinggalkan Etika Deskriptif Etika deskriptif merupakan suatu
disiplin Membicarakan sejarah sistem moral Menerangkan berbagai sistem moral yang relatif Seperti moral kepada
orang-orang Islam , kristian,Buddha,Yahudi dan sebagainya. Etika kerja Berkaitan dengan bidang pekerjaan. Pekerja
itu bekerja di sektor awam swasta atau juga yang menceburi profesion tertentu
3

Etika Normatif Etika Normatif akan menilai,mengkritik. Membuat keputusan terhadap sisitem moral yang ada.
Mencadangkan satu undang-undang moral Yang dianggap terbaik atau sepatutnya diamalkan. Mengemukakan sistem
moral yang standard. Berpandukan sistem yang sedia ada Contoh etika perubatan. Etika Perniagaan Pengajian yang
mengandungi betul atau salah Baik atau buruk. Tindakan manusia Dalam konteks perniagaan Aktiviti ketiga ialah
analisis kepada pra andaian perniagaan iaitu pra-andaian moral dan pra-andaian daripada pendapat moral. Ini adalah
kerana perniagaan beroperasi dalam sistem ekonomi. Pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan B.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL Satu kewajipan Pengusaha perniagaan Terhadap masyarakat sekeliling perniagaan
tersebut Termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran

4
5.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT A. Pihak Berkepentingan 1. Syarikat atau Entiti Perniagaannya
Sekumpulan manusia mengumpulkan sumber-sumber Menyediakan produk atau perkhidmatan Peniaga
bertanggungjawab Memastikan agar perniagaannya dijalankan menurut peruntukan undang-undang 2. Pembekal
Barang Dan Perkhidmatan. Peniaga memastikan Perjanjian jual beli dan pembekalan Dipersetujui dengan jelas Tanpa
wujud keraguan Diterima sepenuhnya oleh kedua pihak. 3. Pelanggan,Pengguna Atau Pembeli Barang Dan
Perkhidmatan. Peniaga perlulah memikirkan kesejahteraan pelanggan Semasa mengeluar atau menjual barang dan
perkhidmatan kepada pengguna menyesuaikan barang dan perkhidmatan Dengan perubahan masa dan keperluan
pengguna. 4.Kerajaan Yang Mengawal Melalui Peraturan Dan Undang-undang Peniaga harus menyumbang idea dan
pendapat Proses menggubal undang-undang dan peraturan Memberi sumbangan yang positif Terhadap penggunaan
sunber manusia dan bahan mentah negara dengan sebaik-baiknya.

5. Jabatan Hasil Dalam Negeri Dan Jabatan Kastam Yang Mengutip Cukai Peniaga mestilah memastikan agar mereka
mematuhi Peruntukan undang-undang Berkaitan dengan cukai 6. Golongan Pekerja Yang menawarkan Perkhidmatan.
Memelihara kepentingan setiap pekerjanya Menentukan dasar upah yang munasabah Meningkatkan keupayaan tenaga
kerja Hubungan kakitangan yang mesra 7. Masyarakat umum Peniaga perlu ambil kira kepentingan masyarakat
Mengguna sumber-sumbver untuk memberi faedah optima Memberi perhatian terhadap kesan ke Atas alam sekitar
Dan sosial Memberi sumbangan terhadap penyelidikan ,pembangunan dan teknologi 8. Pemegang Saham Syarikat
Peniaga perlu menentukan,merancang Cuba mencapai matlamat kadar pulangan yang mencukupi Perlulah
menggunakan sumber kewangan Untuk membekalkan barang-barang dan perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab
dan cekap Perbandingan Pendekatan Antara Barat Dan timur tentang Etika Dan Tanggungjawab 6 sosial perniagaan

B. TANGUNGJAWAB SOSIAL LAWAN UNTUNG.

a. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Alasan Yang Menyokong Tangungjawab Sosial Memperbaiki komuniti dimana ia beroperasi demi kepentingan
organisasi dalam jangka panjang. Memperbaiki imej awam organisasi. Meningkatkan sisitem daya maju perniagaan.
Munasabah untuk mengelakkan peraturan-peraturan kerajaan. Norma-norma sosial budaya mengkehendakinya.
Undang-undang tidak boleh diluluskan untuk mengendalikan semua jenis keadaan. Dibuat demi kepentingan
pemegang saham akan meningkat dalam jangkamasa panjang.

b. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Alasan menentang tangungjawab sosial. Mencabuli hak keuntungan maksimum. Kos tangungjawab sosial tinggi dan
akan menaikkan harga barang. Perniagaan kekuramngan kemahiran sosial untuk selesaikan masalah sosial.
Melemahkan matlamat utama perniagaan. Penglibatan dalam bidang sosial akan menjadikan perniagaan itu terlalu
kuat dan berkuasa. Perniagaan kurang akauntabiliti terhadap masyarakat awam. Penglibatan perniagaan dalam bidang
sosial tidak mendapat sokongan yang luas daripada masyarakat.

C. PERBANDINGAN PENDEKATAN BARAT DAN TIMUR TENTANG ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB


SOSIAL 1. Pendekatan Timur Manusia dengan manusia Islam- manusia dijadikan Allah sbg makhluk yg terbaik.
Manusia saling membantu Confucius dlm organisasi jika individu memainkan peranan prestasi lebih baik sumbangan
peringkat mikro memberi kesan peringkat makro Manusia dengan Tuhan Islam- manusia mempunyai hubungan
dengan Penciptanya kesetiaan hamba kepada Allah Beriman kepada Allah Beramal dengan ajarannya Manusia dengan
Alam Islam - bertanggung jawab atas pemuliharaan alam dan tidak boleh mencemarkan alam sekitar. Mentadbir
sumber dengan betul

9
2.Pendekatan Barat Manusia dengan manusia Aristotle - kehidupan bermoral bergantung kepada tendisi manusia
sendiri. Kebaikan mengikut kemampuan diri sendiri. Plato - orang yang melakukan kejahatan kerana jahil Manusia
dengan Tuhan Aristotle- iktiraf hubungan antara manusia dengan tuhan Kristian - Cintai tuhan dengan sepenuh jiwa
dan jiran seperti mencintai diri sendiri Manusia dengan Alam Ultilitarian - menilai mana yang lebih kebaikan atau
keburukan. Deantologikal - menilai setiap aktiviti adalah melanggar hak-hak individu

10

5.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL A. DEFINASI Satu kewajipan pengusaha perniagaan terhadap masyarakat
sekeliling perniagaan tersebut termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran. B. WARGA KORPORAT
Mereka yang bertugas dalam firma perniagaan @ sektor swasta yang tujuan utamanya bermotifkan keuntungan dan
mereka membantu di dalam mencapai objektif firma korporat ini. C.PERANAN WARGA KORPORAT 1. Memberi
biasiswa 2. Membuat penajaan 3. Pemuliharaan alam sekitar 4. Membina pelbagai kemudahan seperti stesen
bas,rekreasi dll

11

5.4 KEPENGGUNAAN A.DEFINASI Satu pergerakan yang tersusun secara kolektif (barangan dan perkhidmatan)
serta mereka yang akhirnya terdiri daripada pembeli dan pengguna Berusaha memelihara kepentingan para pengguna.
B. HAK-HAK PENGGUNA 1. Hak kepada Keperluan Asas Hak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas
yang perlu untuk terus hidup Contoh- makanan ,pakaian,tempat tinggal,perkhidmatan kesihatan dll 2. Hak mendapat
keselamatan Hak untuk dilindungi daripada produk,proses,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahayakan
atau mengancam kesihatan atau kehidupan. 3. Hak untuk mendapatkan maklumat. Hak untuk diberi maklumat yang
lengkap dan jelas Hak untuk mendapatkan fakta yang diperlukan untuk membuat kepuutusan atau pilihan Pengguna
perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi agar dapat bertindak dengan bijaksana dan bertangunggung
jawab. Pengguna perlu dilindungi dari bahan publisiti yang tidak tepat dan mengelirukan sama ada dalam
pengiklanan,perlabelan,pembungkusan dll
12

4. Hak untuk memilih Hak utk diberi peluang memilih pelbagai barangan dan perkhidmatan pada harga yang
berpatutan dab muutu yang memuaskan. 5. Hak didengar dan menyuarakan pendapat Hak memelihara kepentingan
pengguna melalui hak menyuarakan pendapat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan pengguna 6.
Hak mendapat gantirugi Hak kepada penyelesaian atas tuntutan yang adil Hak mendapat pampasan bagi barangan
yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan. 7. Hak kepada pendidikan pengguna Hak untuk
memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat bermaklumat supaya boleh bertindak
sebagai pengguna yang bijaksana 8.Hak mendapat persekitaran yang sihat Hak mendapat persekitaran fizikal atau
alam sekitar yang bersih dan segar. Hak mendapat persekitaran yang dapat menjamin kesihatan dan kesajahteraan
hidup yang selesa.
13

C.PERANAN BADAN DAN AGENSI BERKAITAN 1. Peranan persatuan pengguna i.memberi nasihat,bimbingan
kepada pengguna ii. Berjuang untuk pengguna menuntut hak-hak pengguna/ganti rugi/perlindungan dll iii.
Menyebarkan maklumat kepada pengguna/kempen/seminar dll iv. Membuat kajian untuk kepentingan pengguna v.
mengambil tindakan undang-undang bagi pihak pengguna atau menyediakan nasihat guaman vi. Menerima aduan dan
menyiasat aduan. 2.Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna i. Mengawal dan
menyelia perdagangan domestik melalui perletakan harga,kawalan harga,perlesenan ii. Memberi perlindungan
mengenai hak-hak kepenggunaan. iii. Mencegah amalan perniagaan yang tidak sihat iv.Melaksanakan penggunaan
sistem yang lebih baik seperti sistem metrik dalam pengukuran dan timbang. v. Penguatkuasaan undang-undang
melalui penyiasatan dan serbuan. vi. Memastikan keperluan pengguna sentiasa cukup seperti semasa perayaan dll.
14

D.BETTER BUSINESS BUREAU 1. Definasi Persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga-peniaga (½) dengan tujuan
untuk membantu pengguna (½) mengelakkan atau mengambil tindakan terhadap amalan perniagaan tidak beretika
(½). 2. Tugas/Peranan i. Penyiasatan tempat perniagaan Mengendalikan penyiasatan dan menyedarkan pengguna
dan peniaga kepada aktiviti tidak beretika yang boleh mendatangkan kesan buruk sama ada kepada pengguna atau
peniaga itu sendiri. ii-Pendidikan untuk pengguna Penguna menghubungi Better Business Bureau untuk mendapatkan
maklumat atau menanyakan laporan kebolehpercayaan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan.
iii- Laporan dan penilaian amal Better Business Bureau mempunyai maklumat berkenaan dengan organisasi amal dan
boleh memberi maklumat berkenaan dengan peratusan derma atau sumbangan yang telah mereka berikan untuk mana-
mana organisasi amal. iv-Menangani aduan Better Business Bureau juga bekerja dengan pengguna dan peniaga untuk
menyelesaikan aduan tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas pengguna.
15

5.5 JENAYAH KOLAR PUTIH A. DEFINASI Apa-apa perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan
atau atasan yang bersangkutan dengan bidang tugas mereka. B. JENIS-JENIS i. Rasuah Penyalahgunaan kuasa yang
dimiliki melalui jawatan dan amanah yang dipegang. Ia merangkumi perbuatan meminta atau menerima
rasuah,menawarkan atau memberi rasuah,membuat tuntutan palsu dan meyalahgunakan jawatan ii. Pecah Amanah
Pihak yang diamanahkan dengan harta telah dengan curangnya menyalahkan harta untuk kegunaan sendiri seperyti
menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri, penyalahgunaan duit syarikat,merancang firma milikan sendiri
untuk mendapat projek ,insider trader (dagangan dalaman) iii. Penyelewengan Mengelakkan harta,memberi narta
kepada yang bukan haknya,menipu atau sebarang perbuatan diketahui boleh mendatangkan kerugian kepada pihak
yang bertanggung jawab.
16
C. HUKUMAN JENAYAH KOLAR PUTIH DIBAWAH AKTA SYARIKAT 1965 Menurut Salleh Buang
(1998),antara hukuman jenayah kolar putih yang terkandung dibawah Akta Syarikat adalah : a. Menjadi pengarah
syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : penjara 3 tahun atau denda RM10.,000 atau kedua-duanya
sekali (seksyen 130 ) b. Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak,harta,jawatan dll : penjara 3 tahun atau denda
RM10,000 (Seksyen 131) c. Gagal berlaku jujur,gagal menunjukkan ketekunan bekerja,menggunakan maklumat
untuk mendapat keuntungan atau kelebihan bagi dirinya sendiiri atau menyebabkan kerugian kepada syarikat : penjara
5 tahun,denda RM30,00 selain menyerahkan keuntungan atau membayar gantirugi kepada syarikat (seksyen 132). d.
Dagangan dalaman: Penjara 5 tahun, denda RM30,000 selain membayar ganti rugi kepada pihak yang telah
menanggung kerugian (Seksyen 132) e. Menggunakan maklumat mengenai saham syarikat untuk keuntungan diri :
penjara 5 tahun atau denda RM30.,000 atau kedua-duanya sekali (seksyen 132B )
17

f. Memperolehi atau melupuskan sebahagian besar perniagaan atau harta syarikat tanpa mendapat kelulusan syarikat
dalam mesyuarat agung : penjara 5 tahun,denda RM 30,000 atau kedua duanya sekali (Seksyen 132C). g. Syarikat
membuat transaksi harta dengan pengarah,tanpa mendapat persetujuan ahli-ahli syarikat dalam mesyuarat agung
:penjara 5 tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanyanya selain terpaksa menyerahkan keuntungan kepada syarikat
dan menanggung rugi pihak yang mengalami kerugian ( Seksyen 132 E ). h. Syarikat memberi pinjaman,jaminan atau
sekuriti kepada pengarah (Seksyen 133) tidak termasuk beberapa pengecualian tertentu :denda RM10,000 selain dari
menanggung rugi segala kerugian syarikat. i. Syarikat memberi pinjaman kepada orang yang ada kaitan dengan
pengarah tidak termasuk beberapa pengecualian tertentu: denda RM10,000 (Seksyen 133A) j. Gagal menzahirkan
kepada syarikat maklumat mengenai pemegangan saham, debentur,kepentingan,hak, opsyen,kontrak yang
diperlukan :penjara 3 tahun atau denda RM15,000 (Seksyen 135)

18

K. Menerima saraan bebas cukai : penjara 3 tahun,denda RM 10,000 (Seksyen 136) l. Gagal menyimpan daftar
pengarah,pengurus dan setiausaha syarikat,

mengemukakan kenyataan kepada Pendaftar Syarikat : denda RM1,000 (Seksyen 141). m. Pelbagai kesalahan semasa
syarikat hendak digulung : penjara 2 tahun, denda RM5,000 (Syeksyen 300) n. Memalsukan buku,rekod,akaun dan
sebagainya : penjara 5 tahun, denda RM30,000 ( Seksyen 302) o. Gagal menyimpan akaun yang teratur:penjara 3
tahun,denda RM 10,000 (Seksyen 304) p. Menjalankan Perniagaan dengan niat menipu pemiutang:penjara 3 tahun ,
denda RM10,000 (syeksyen 304). q. Menawarkan saham syarikat kepada orang ramai tanpa kebenaran: 5 tahun
penjara, denda RM30,000 atau kedua-duanya (Sreksyen 363).

19

Anda mungkin juga menyukai