Anda di halaman 1dari 3

Hadith-hadith tentang dakwah

.........................................................................................

‫ الصبر فيهن مثل‬, ً ‫ وانتهوا عن المنكر … فإن من ورائكم أياما‬, ‫ائتمروا بالمعروف‬
‫ قيل يارسول‬: ‫ للعامل فيهن مثل أجر خمسين رجالً يعملون مثل عمله‬, ‫القبض على الجمر‬
!! ‫ بل أجر خمسين منكم‬: ‫هللا أجر خمسين رجالً منا أو منهم ؟ قال‬
Ertinya : “Serulah kepada kebaikan dan laranglah dari kemungkaran … dan
sesungguhnya akan datang satu masa kelak, mereka yang bersabar (dalam
menghadapi fitnah) seperti pemegang bara-bara api, manakala mereka yang
bekerja (untuk Islam) di ketika saat itu mendapat ganjaran 50 kali ganda pahala
amal seseorang . Sahabat bertanya : Adakah ganjarannya lebih dari  ganjaran
50 kali ganda pahala seseorang dari kalangan kami atau dari kalangan
mereka ? , Berkata Nabi : Bahkan , ganjaran 50 kali ganda pahala dari kalangan
kamu”

Namun mafhum hadith berkenaan menegaskan kepada perlunya kita mencontohi dan
menghayati generasi para sahabat yang mengutamakan kepada amalan sebagai manifestasi
keIslaman mereka yang hakiki. Dan hadith itu membayangkan kesan jelas tentang kesan
sikap mereka yang tulus dan ikhlas itu. Banyak pengajaran dan semoga Allah memberi kita
kemampuan untuk merebut dan menjadi seperti mereka dan meraih ganjaran pahala mereka
berdasarkan hadith yang boleh dirujuk dalam Sunan  Abu Daud , 4/123 ; At-Tirmidzi ,
5/257 ; Ibn Hibban , 2/108 ; Ibn Hibban mensohihkannya, Trimidzi menyatakan ianya
Hasan Gharib , Albani mendhoifkan setengah nas dan menshohihkan setengah nas bermula
dari ‘hari sabar‘ 

…………………………………………………………………………………………………………………………

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf
dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya,
Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi
bersabda:

"Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan
tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika
tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah
tanda selemah- lemah iman."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Azab Allah akan menimpa umat disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke
atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang soleh yang mengabaikan
dakwah.Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh imam Muslim
yang bermaksud:

"Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ?adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang
soleh masih ada di kalangan kita?" Nabi menjawab,"ya, apabila kekejian berleluasa."

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

"Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim dan mereka tidak
mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua."

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

"Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya
adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan
yang berada pada bahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal
bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, "alangkah baiknya jika kita
tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi
menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas." Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas
tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka
mencegah, kesemua mereka akan selamat."

..........................................................................................................................................................................

Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

"Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam.
Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak
mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah
mereka lakukan." Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

"Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki
bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, "wahai pulan,
tinggalkanlah apa yang sedang kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu". Kemudian pada
keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia
reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-
balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah)." Hadis ini
diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.
...........................................................................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai