Anda di halaman 1dari 2

SUARA MASJID MU’ADZ BIN JABAL

GENERASI AL – QURAN

Sudah tertulis dalam sejarah Islam tidak akan lahir satu generasi manusia yang
dapat menandingi generasi manusia yang lahir melalui Dakwah Islamiyah yakni
generasi sahabat Rasulullah S.A.W. satu generasi yang paling istimewa. Generasi ini
tidak akan muncul lagi walaupun terdapat beberapa peribadi dan tokoh tertentu di dalam
sejarah, namun tidaklah lahir lagi segolongon masyarakat yang hidup di satu tempat
tertentu sepertimana yang pernah ada di peringkat pertama dalam penghidupan dakwah
Islam. Sememangnya terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan umat
tersebut antaranya ialah sumber pegangan dan cara penerimaan pengajaran daripada
Rasulullah S.A.W.

Sumber utama yang dijadikan pegangan oleh generasi pertama itu ialah Al-Qura
n. Ia mengandungi perintah suruhan dan larangan Allah S.W.T. selain hikayat
penceritaan akan umat-umat terdahulu untuk dijadikan iktibar dan teladan. Hadith
Rasulullah S.A.W. menjadi sumber kedua yang menagdungi petunjuk dari perjalanan
hidup dan sirahnya yang mulia sebagai penafsiran kepada sumber utama yakni Al-
Quran.

Pegangan terhadap sumber ini bukanlah kerana umat Islam pada ketika itu tidak
bertamadun ataupun tidak punya pendidikan tetapi ia adalah menjurus kepada
perancangan yang telah ditentukan dan program yang telah diatur. Rasulullah S.A.W.
mahu dalam peringkat pertumbuhan generasi pertama ini menjadikan Al-Quran sebagai
panduan dan pengajaran supaya dapat membentuk jiwa umatnya menjurus ke arah
program Allah S.W.T. yang satu. Demikian adalah kerana Baginda bertujuan
membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih
pandangannya, bersih persaannya, dan murni jalan hidupnya dari sebarang unsur yang
dapat merosakkan akidah mereka.

Satu lagi faktor ialah cara penerimaan pengajaran Rasulullah S.A.W. Generasi
pada zaman Baginda tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan
mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun dari mereka mendalami Al-
Quran dengan tujuan menambah bekal dan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga

1
SUARA MASJID MU’ADZ BIN JABAL

dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja.
Perasaan inilah yang telah menambah lapangan hidup, ma’rifat, dan pengalaman mereka
dengan ajaran Al-Quran yang tidak mungkin tercapai kalau sekadar belajar dengan
tujuan menyelidik dan mengkaji.

Al-Quran tidak akan mencurahkan isinya kecuali kepada mereka yang datang
mencarinya dengan jiwa yang suci. Perlu diingat bahawa datangnya Al-Quran adalah
untuk dijadikan panduan hidup, panduan ilahi yang tulen dari Allah S.W.T. sendiri,
sebagai pemisah di antara yang hak dan batil.

(360 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai