Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis :

Kampung Bakai terletak di kaki Bukit Lokan. Penduduknya ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut.
Kampung ini didiami oleh 25 buah keluarga, termasuk Pak Katan sekeluarga .

Pekerjaan sehari-harian Pak Katan dan anak lelaki sulungnya, iaitu Adit ialah mencari damar di hutan dan
menangkap ikan menggunakan belat untuk dijual. Adit memberitahu Pak Katan tentang hasratnya untuk
bersekolah setelah mendengar cerita rakannya, Akeh tentang keseronokan bersekolah. Malangnya, Pak Katan
tidak bersetuju kerana baginya, anak lelaki masyarakat orang asli mesti tinggal di dalam hutan untuk
mempelajari selok-belok hidup di dalam hutan. Adit membantah pendapat ayahnya kerana hasil hutan semakin
kurang, tambahan pula hasil hutan harus dikongsi dengan orang luar .

Apabila melihat kesungguhan Adit untuk belajar, Pak Katan menguruskan persekolahan Adit di pekan. Pak
Katan memberitahu Adit bahawa dia diterima belajar di sekolah, namun begitu dia mesti menangguh hasratnya
untuk bersekolah sehingga bangunan asrama yang baharu siap dibina. Ah Tong sanggup menumpangkan Adit
pergi ke sekolah kerana pada setiap hari dia perlu pergi ke pekan untuk membeli minyak. Keesokan harinya, Pak
Katan membawa Adit ke sekolah untuk mendaftar nama. Sebelum pulang ke kampung, Pak Katan membelikan
Adit pakaian seragam, kasut, beg, dan alat tulis menggunakan wang RM600 yang diperolehnya daripada jualan
seekor rusa .

Pada hari pertama Adit bersekolah, dia terpaksa menunggu di depan pintu pagar sekolah sehingga pintu sekolah
dibuka kerana dialah yang mula-mula sampai. Setelah loceng berbunyi, Adit masuk ke dalam kelasnya. Rakan-
rakan sekelas Adit lebih muda daripadanya. Tamat waktu persekolahan Adit bertemu dengan Akeh di pintu
pagar sekolah. Adit kemudiannya pulang dengan menumpang lori balak yang dipandu oleh Pak Atan .

Pada suatu hari, Mak Tawi sangat bimbang kerana Adit belum pulang-pulang dari sekolah walaupun hari telah
gelap. Pak Katan pergi ke rumah Tok Batin untuk meminta bantuan. Tok Batin mengumpulkan penduduk
kampung dan mereka kemudian mencari Adit dengan berjalan kaki manakala Pak Katan dan pekerja-pekerja
balak mencari Adit dengan menggunakan lori. Lima jam kemudian, mereka ternampak jip Ah Tong di dalam
gaung. Mereka menemui Adit yang cedera parah di belakang banir pokok. Mayat Ah Tong pula ditemui di
sebelahnya. Adit dibawa ke hospital yang berdekatan untuk mendapat rawatan .

Adit terlantar di hospital selama dua bulan. Pak Katan dan Mak Tawi dibenarkan tinggal di asrama jururawat
untuk menjaga anak mereka. Setelah sembuh, Adit dibenarkan pulang ke rumah tetapi kakinya tempang. Adit
tinggal di asrama setelah Akeh sudi untuk berkongsi katil dengannya. Semasa tinggal di asrama, Adit
mempunyai lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran. Berkat kesungguhan dan kerajinannya belajar,
Adit mendapat tempat pertama di dalam kelas .

Adit memperoleh 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan belajar di sekolah menengah berasrama penuh di
bandar, Adit menolak tawaran tersebut kerana memikirkan keadaan ibu dan ayahnya. Adit mahu belajar di
sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya kerana baginya, semua sekolah adalah sama dan kejayaan
atau kegagalan seseorang murid bergantung kepada dirinya sendiri .

Anda mungkin juga menyukai