Anda di halaman 1dari 1

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT

MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN


RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum yang
ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina
oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum India atau Cina yang
menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di
Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung
mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan
semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan
semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang


menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa
dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak
dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati
terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu
Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan


bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan
tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut
perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana
semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak
menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu
Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat
Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta
menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai