Anda di halaman 1dari 1

8 OGOS 2009

Menyeramkan dan beri trauma kepada diri ku ini.


Aku dan kawanku keluar berjalan-jalan di bandaraya kuala lumpur untuk membeli-be
lah
dan mencuci mata...hahahaha.....
ini bukannya untuk bercerita mengenai "shopping", tapi alkisahnya
semasa perjalanan pulang kerumah, aku seperti biasa akan turun
di LRT taman Melati untuk menaiki bas Rapid KL T226 untuk kawasan
Taman melewar.
Semasa menunggu pemandu bas berehat, aku didatangi oleh seseorang
lelaki yang tiba-tiba tegur menanyakan bas samada sudah bertolak atau
belum, dalam hati aku berbisik "buta ke, tak nampak ke bas belum bergerak",
untuk membina suasana yang ceria dan aman aku berkata "bas belum bergerak"
sambil membuat muka...hahahaha....
Lelaki itu asyik bercerita kepada ku mengenai kelambatan bas, perlu menunggu,
kemudian bertanya mengenai diriku, aku menjawab bagai tanya satu
jawab satu, malas nak melayan.
kemudian tiba untuk menaiki bas, lelaki tersebut menaiki bas dan duduk
dibahagian belakang bas, sudah menjadi kebiasaan ku untuk
duduk dibahagian belakang setiap kali menaiki bas. namun kerana untuk
mengelak dari duduk dengan lelaki tersebut aku duduk di bahagian
hadapan sekali di belakang pemandu bas. aku melayan perasaan sambil mendegar lag
u\
di ipod. aku berbisik lagi di dalam diri ku "nasib baik aku tak duduk dengan
dia, kalau tidak mesti dia bercakap saja pasal diri dia".
dalam melayan perasaan aku terasa yang pemandu bas membawa bas dengan laju
. semasa untuk mengambil selekoh pemandu bas tidak memberhentikan bas,
terdapat sebuah lori yang membawa muatan yang penuh dengan "TONG GAS"
dengan laju melalui dihadapan bas yang aku naiki, aku tergamam apabila bunyi den
tuman
DOOOOOMMMM..... nasib baik bas sempat brek, jika tidak mungkin letupan akan berl
aku, namun
cermin hadapan bas tersebut retak dan pecah dengan teruk sekali. nasib baik tong
gas
tersebut tidak tercampak ke dalam bas. tiada siapa pun yang tercedera dalam
kejadian itu. kami semua dalam tersebut terpaksa turun dan menunggu bas lain
untuk mengambil kami. ketika menunggu kedatangan bas tersebut,
aku didatangi oleh lelaki yang suka bercerita mengenai diri nya, dia mengeluh
nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada diriku. kemudian dia berjabat
tangan dengan ku sambil perkenalkan dirinya, Henry (orang serani). Patutlah
putih-putih sikit. sambil menunggu kehadiran bas, dia bercerita mengenai
temapt tinggal dia, dia bekerja dan lain-lain. nampaknya aku tidak dapat
melarikan diri dari dia. hahahaha...Cerita ini ada kisah ngeri dan lucu...

Anda mungkin juga menyukai