Anda di halaman 1dari 4

Ganja

Ganja

Pengelasan saintifik

Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.
Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok
berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis
tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum
digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan
boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja
boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang
jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau
lebih lama jika dimakan.

Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi
kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan
kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan
kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
Status ganja dalam skala kesan dadah

[sunting] Kimia dan Kesan kepada Neuron


Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja
juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik
( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna
ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu
minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di
beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan
struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti
seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan
manusia.

Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem
saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah
pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada
reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi
jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah
mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,

" Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor
family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the
receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the
intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the
enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine
monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman, 2003, erowid.org].

Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah
satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut
membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar
tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan
cannabinoid buat sementara waktu.

THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah
keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan
cara merencat penghasilan cAMP.

[sunting] Galeri

Ganja sudah Pokok Ganja Ganja baka "Sativa" berbunga di


dikeringkan. bawah cahaya nitrum
FOLIO PENDIDIKAN
JASMANI
DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA :NURUL ASYIKIN BINTI ERWAN


KELAS :2 JINGGA
SEKOLAH :SMK INFANT JESUS CONVENT,
MELAKA.
NAMA :EN.TAY HUAEY WN
GURU

Anda mungkin juga menyukai