Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PENGETUA MAKTAB PERGURUAN BIL.

4/2000
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh : 20 April 2000


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu

KEHADIRAN

1. Tuan Haji Abu Bakar bin Bachik, Pengarah Pendidikan Guru ( Pengerusi)
2. Tuan Haji Asmawi bin Hj. Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru

...........

15. Encik Mihat bin Dollah, Penolong Pengarah (PMP), Setiausaha

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Peperiksaan

Mesyuarat menerima maklum bahawa semua pengetua telah


memaklumkan kepada para pelajar tentang implikasi kegagalan pelajar
menyempurnakan kerja kursus,kegagalan dalam kegiatan kokurikulum
serta kehadiran terhadap keputusan peperiksaan mereka. Pengetua juga
diingatkan agar sentiasa mempertahankan kewibawaan dan
kebolehpercayaan sistem peperiksaan di maktab perguruan. Kesilapan dan
kecuaian dalam mengendalikan peperiksaan tidak harus berlaku.

Tindakan: Makluman semua

2. PEGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/2000

Minit Mesyuarat Pengetua Maktab Perguruan Malaysia 3/2000 telah disahkan


tanpa pindaan.

3. PERKARA BERBANGKIT.

3.1.
3.2.
4. PERBINCANGAN

4.1 Kekerapan Pensyarah Dijemput Untuk Aktiviti Luar Maktab

Mesyuarat menerima maklum masalah pensyarah maktab perguruan yang kerap


sangat dijemput untuk aktiviti di luar maktab sama ada anjuran BPG atau
bahagian lain. Mesyuarat menerima saranan pengerusi agar diwujudkan satu unit
untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti di BPG supaya masalah tersebut dapat
diatasi.

Tindakan: Unit PMP


4.2 Pembentangan Kertas Kerja

4.2.1 Tajuk: Cadangan Pelaksanaan Program MTDP 2001 (KDP)

(a) Mesyuarat menerima maklum kertas cadangan tersebut. Beberapa


cadangan turut diterima antaranya;

(i) Kerjasama dengan pihak JPN harus ditingkatkan lagi;


(ii) Kemudahan latihan seperti penyediaan bilik yang lengkap
perlu diadakan.
(iii) Bahan edaran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
perlu dimantapkan lagi.
(iv) Penguasaan dan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan
pensyarah maktab perlu diambil kira kerana hal itu
mempunyai kesan langsung kepada usaha meningkatkan
bahasa Inggeris dalam kalangan peserta.

Tindakan: Unit KDP

4.2.2 Tajuk: Laporan Kursus Pendek Kelolaan Maktab (DPP)

(a) Mesyuarat menerima maklum pelaksanaan program KPKM. Setiap


maktab digalakkan untuk menambahkan jumlah KPKM dengan
menggiatkan lagi promosi kursus tersebut.

Makluman: Semua

5. HAL-HAL LAIN

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

Nota: Minit ini telah diubahsuai untuk tujuan pendidikan. Bahagian-bahagian tertentu
yang bertanda (........) telah dipotong.

Anda mungkin juga menyukai