Anda di halaman 1dari 2

NAMA : MOHD HISYAMUDDIN BIN NASIR

NO I/C : 891008 – 11- 5665

NO KAD MATRIK : JAN 09- 03051

OPSYEN : PRA(BM) /PJ/MU

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya
telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Didalam
menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya
perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah
dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan
kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan in dengan jayanya dengan
berbincang bersama ahli kumpulan dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.

tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam
diri saya untuk menjadi seorang guru prasekolah yang cemerlang dimasa hadapan. Hal
ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan
seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai cara membuat rancangan
pengajaran dan mencari buku seni seperti cara- cara untuk membuat capan dan
sebagainya. Namun dengan usaha yang dilakukan saya berjaya menemui nota dan
langkah- langkah untuk membuat capan.

Selain itu dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan dimana
pada masa yang sama saya perlu menyiapkan empat tugasan yang lain. Namun
dengan jadual yang telah dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkan
dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang
banyak dihabiskan. Namun tanggungjawab sebagi seorang pelajar telah dipikul oleh
saya dengan menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini
kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan.
Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu,
berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.
Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia talah dapat menambahkan
pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk menduduki peperiksaan yang bakal
tiba pada bulan hadapan. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baru saya perolehi
ini menjadikan saya lebih mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian dan
menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan
bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi
seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi
seorang guru nanti. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya
telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh
pensyarah penilai kami selama ini iaitu Puan Zaini Bt Abdul Rahman, walaupun interaksi
kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana
pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza
dn sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin disamapaikan
akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini.
Dengan adanya tugasan seni didalam pendidikan dimana kombinasi tiga elemen iaitu
seni muzi, seni lukis dan seni gerakan saya yakin dan percaya ianya akan memberikan
kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang
menarik dan berkesan.

Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan
oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam
tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan.

Sekian, terima kasih.