Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara
yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Antara kaedah yang disarankan ialah :
1. Kaedah Kuliah
2. Kaedah Perbincangan
3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4. Kaedah Latihan
5. Kaedah Penemuan
6. Kaedah Projek
7. Kaedah Persembahan Lisan
8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan
keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim
digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian
dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu
digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan
matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan
rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan
teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani :
1. Pengenalan
1. Persembahan
Kuat tetapi nada mesra
Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
Huraikan istilah yang digunakan
Bercakap dengan semua pelajar
Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
Ulang butiran penting
Guna lawak jenaka
Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
1. Penutup
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan
demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya
demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani :
1. Pendahuluan
Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan
berdiri
Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
1. Demonstrasi
1. Penutup
Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu
objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau
kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
1. Kaedah/Gaya Langsung
2. Kaedah/Gaya Gabungan
3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung
GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK
LANGSUNG
GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada
keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan
Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu
berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul
(Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan
dengan cara yang betul.
KELEBIHAN KELEMAHAN
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada
mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang
mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses
pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.
KELEBIHAN KELEMAHAN
GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta
MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin
menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat
adalah seperti berikut :
GURU PELAJAR
1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan
dipelajari oleh pelajar .
2. Pelajar berlatih.
3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan
secara individu atau atau berkumpulan.
6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai
perlakuan
Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi
pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan
dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk
mengimbangkan badan dengan tiga titik’
Kelebihan –kelebihan
Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami
masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas
guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah
berikut :
Kelebihan-kelebihan
Kelemahan kelemahan
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung
kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.
Saiz kelas Gaya pengajaran
Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi
perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan
yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik
disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu
perancangan yang rapi seperti berikut :
2. Persekitaran pengajaran
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan
perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan
yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang
dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga
menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.
Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap
kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan
sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan
perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan
dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan
jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang
sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
Tarikh : ……………………………..
Waktu : ………………………..
Kelas : …………………………..
Umur : …………………………….
Matapelajaran : …………………………….
Kemahiran : ……………………..
BSPP : ………………………..
(7 minit) kaedah/nilai
Penutup Aktiviti pulihan/
(2 minit) perbincangan