Anda di halaman 1dari 36

Maahad Muhammadi Lelaki,

Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

KERJ A K URS US

KAJI AN GE OGR AFI TEM PATAN P MR 2008

TAJUK:

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

DI TAMAN GREENWOOD, GOMBAK, SELANGOR DAN

PERBANDINGAN DENGAN NEGARA SINGAPURA.

Nama Calon: Muhammad Najib bin Ahmad Zailani

Tingkatan: 3 Makkah

Kad Pengenalan:

Angka Giliran:

Sekolah : Maahad Muhammadi Lelaki,

Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Guru Penilai : Pn. Hjh. Nooraini bt. Ismail

Tarikh:

Tandatangan Guru:
1.0 TAJUK

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan Taman

Greenwood, Gombak, Selangor dan perbandingan dengan negara

Singapura.

2
2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka surat


1.0 Tajuk Kajian 2
2.0 Senarai Kandungan 3
3.0 Penghargaan 4
4.0 Pendahuluan 6
5.0 Objektif Kajian 8
6.0 Kawasan Kajian 9
7.0 Kaedah Kajian 13
8.0 Dapatan Kajian 15
9.0 Rumusan 28
10.0 Lampiran 29

11.0 Rujukan 35

12.0 Penilaian umum 36

3.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan

dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2008

dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat

kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa

hadapan.

3
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Zainuddin bin Che Ismail dan guru

pembimbing saya iaitu Pn. Hjh. Nooraini bt Ismail, Tuan Hj. Shafie Zakaria dan guru-

guru geografi yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan

tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka

turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil

kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya iaitu ayahanda Ahmad Zailani bin Darwis dan bonda Noraini Hj. Abdullah yang

turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya

tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan

kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat

setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh

dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa

kawasan kajian.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penduduk di Taman Greenwood terutamanya sahabat ibunda saya Pn Hazura

Long, Tuan Imam Masjid Al-Hikmah, penghulu mukim, bilal, dan lain-lain yang

menjadi responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi

pelbagai maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.

Sekian, terima kasih.

4
Salam hormat daripada saya,

…………………………………

MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD ZAILANI

4.0 PENDAHULUAN

4.1 Nama Kawasan Kajian

Saya membuat kajian di kawasan Taman Greenwood, Gombak, Selangor dan negara yang

dibandingkan ialah negara Singapura.

4.2 Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih

5
Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut:

(a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan memudahkan kerja- kerja

kajian yang perlu saya buat.

(b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke

kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal

(c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah

mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

4.3 Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu semasa cuti

sekolah dan 3 hari semasa cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Kajian dibuat secara

berkumpulan dengan adik saya dan sahabat di Sekolah Seri Gombak, Batu Caves,

Selangor untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin.

Tempoh pembahagian masa adalah seperti dibawah:

(a) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian.

(b) 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah dengan penduduk

kampung, imam, penghulu, ketua kampung dan bilal mengenai kepentingan

sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian, kesan dan langkah mengatasi

masalah akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di

kawasan kajian.

(d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data,

merumus data, dan membina peta.

(e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis

6
isi-isi kajian kerja kursus.

(f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk

diserahkan kepada guru penilai.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

5.1 Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian

saya iaitu Taman Greenwood , Gombak, Selangor.

5.2 Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan

sistem pengangkutan di kawasan kajian.

7
5.2 Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan

di kawasan kajian.

5.3 Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan

terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

5.4 Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi

masalah yang dihadapi di kawasan kajian

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas

mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti

jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga

perbandingannya di negara Singapura.

6.0 KAWASAN KAJIAN

6.1 Keterangan Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Taman Greenwood yang terletak di daerah Gombak,

Selangor. Taman ini terletak berhampiran dengan Batu Caves di sebelah barat, Universiti

Islam Antarabangsa (UIA) di sebelah utara, Setapak di sebelah timur dan Sentul di

8
sebelah selatan.

Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer. Jarak

Taman Greenwood ke bandaraya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 5 km. Taman

Greenwood dihubungkan dengan jalan raya dan lebuh raya ke Kuala Lumpur dan boleh

di lalui dari Setapak, Sentul, Batu Caves dan UIA.

Luas kawasan Taman Greenwood adalah lebih kurang 5 km per segi dan keseluruhan

kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan perumahan, kedai, sekolah

dan jalanraya bertingkat. Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat

pusat membeli-belah seperti Pasaraya Giant, kedai, petrol stesen, pasar malam, pasar tani

dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk

menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan

lain.

Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk

pergi ke tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang ditujui . Pengangkutan awam yang

boleh digunakan di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus,

dan teksi awam.

6.2 Peta Daerah Kawasan Kajian (Taman Greenwood, Gombak)

9
Peta Daerah Kawasan Kajian (Gombak) Sumber : Internet

6.3 Peta Kawasan Kajian (Taman Greenwood)

10
6.4 Peta Negara Yang Dibandingkan (Negara Singapura)

11
Peta Negara yang dibandingkan iaitu Singapura

Sumber: Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.

7.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.

b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti

maklumat jaringan sistem pengangangkutan di negara Singapura, data-data

mengenai jaringan pengangkutan di Taman Greenwood, dan pelbagai maklumat

yang lain.

12
c) Buku teks tingkatan 2 dan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di

kawasan kajian. Antaranya ialah:-

7.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis

sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan

dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk

digunakan semasa membuat lapuran kajian nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.

Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Greenwood

dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .

7.2 Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan

atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara

langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah

responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana

sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan

orang ramai , tuan imam, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

13
7.3 Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan

maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahan-

bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan

jurnal. Orang sumber seperti Penghulu dan Imam, saudara mara, sahabat ibu bapa yang

tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan

kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan

bahan dan isi kandungan kerja kursus.

Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali

latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

8.0 DAPATAN / HASIL KAJIAN

8.1 Jenis-Jenis Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara.

Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama

untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya

14
iaitu di Taman Greenwood, Gombak, Selangor dimana tidak ketinggalan mengalami

perkembangan dalam sistem pengangkutan.

Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat

iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, jalan raya merupakan

pengangkutan utama. Jalan raya utama di sini ialah Jalan Gombak menghubungkan

kawasan kajian dengan bandaraya Kuala Lumpur, (Batu Caves di sebelah Selatan, UIA

di sebelah Utara, Setapak di sebelah Timur dan Sentul di sebelah Selatan).

Jaringan jalan raya di Taman Greenwood adalah padat. Jaringan jalan raya ini

menghubungkan Taman Greenwood dengan kawasan persekitarannya seperti taman

perumahan dan sekolah-sekolah. Pengangkutannya terbahagi kepada pengangkutan

awam, persendirian dan barang seperti diterangkan dibawah:-

1. Pengangkutan awam

a) Bas awam dan bas untuk ke Stesen LRT

b) Teksi

c) LRT

2. Pengangkutan persendirian

a) Motorsikal

b) Kereta

c) Basikal

15
3. Pengangkutan barang

a) Van

b) Lori

Jadual dan graf bar/palang di bawah menunjukkan bilangan dan jenis kenderaan yang

menggunakan Jalan Gombak di kawasan kajian dalam tempuh masa pemerhatian iaitu 2

hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, 5.00 petang hingga 8.00 malam.

Jenis kenderaan Kereta Bas Motosikal Lori Basikal


Tarikh Hari Jumlah
Sabtu 213 12 180 105 20 530
Ahad 230 12 170 90 15 517
Isnin 190 13 165 115 55 538
Selasa 200 13 143 111 57 524
Rabu 210 13 150 120 55 548
Jumlah 1043 50 808 541 202 2657

16
Dari pemerhatian saya, penduduk sekitaran banyak menggunakan kereta ke tempat kerja

dan pulang kerja dan tempuh masa kajian adalah tempuh paling sesak menggunakan

Jalan Gombak pada waktu pagi dan petang.

Perbandingan jenis system pengangkutan di Singapura

Di Singapura, sistem pengangkutannya juga baik. Terdapat kemudahan jalan raya di

setiap pelusuk pulau tersebut antara jenis kenderaan yang terdapat ialah motorsikal,

kereta dan kemudahan awam seperti bas dan teksi.

Disamping itu terdapat kemudahan MRT (Mass Rapid Transit System) yang terdiri

daripada rangkaian landasan bawah tanah dan kemudahan airbus. Sistem pengangkutan

di Singapura yang baik telah membantu memperkembangkan ekonomi negara tersebut

contohnya penduduk menjadi lebih baik. Sistem pengangkutannya juga memberi

keselesaan kepada penduduknya dan pelancong.

8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistempengangkutan di

Greenwood, Daerah Gombak

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan

kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman

Greenwood ialah:

17
1. Bentuk muka bumi di Taman Greenwood adalah rata dan luas. Melalui

pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi

kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi

yang sedemikian memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya

2. Perkembangan ekonomi. Perkembanagan ekonomi yang pesat di Taman

Greenwood menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan. Contoh jalan raya

di sini ialah Jalan Gombak, MRR 2 (Middle Ring Road 2) dan Lebuhraya Kuala

Lumpur-Karak. Terdapat juga sistem keretapi (LRT) yang menghubungkan

Daerah Gombak dengan Kuala Lumpur hingga ke Kelana Jaya untuk

memudahkan penduduk di sekitar kawasan kajian.

3. Perkembangan teknologi. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, banyak

kilang didirikan dan pengangkutan amat di perlukan bagi menghubungkan

rangkaian perniagaan masing-masing.

4. Kegiatan ekonomi: Penduduk Greenwood rata-rata bekerja dan memerlukan

pengangkuatn jalan raya ke tempat kerja yang banyak berpusat di Kuala Lumpur.

18
Bentuk muka bumi

Faktor-faktor
Dasar
kerajaan
yang Kemajuan
mempengarui teknologi
jaringan

Kegiatan ekonomi

Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan.

8.3 Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

Manakala dari segi ketersampaian pula di Taman Greenwood, melalui penggunaan

jaringan sistem pengangkutan di Taman Greenwood, boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

1. Ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan. Ketersampaian yang tinggi melalui

jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik

19
atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti

Muzium Orang Asli.

2. Selain itu, sistem pengangkutan di Taman Greenwood juga dapat membantu

pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

3. Perkembangan ekonomi juga merupakan faktor yang mempengaruhi

perkembangan jaringan jalan raya di kawasan kajian. Dengan adanya pusat

membeli-belah Giant, pasar tani dan pasar malam, gedung-gedung perniagaan

seperti kedai kain, kedai buku, kedai barang-barang elektronik dan sebagainya

telah menyebabkan banyak jalan raya baru telah dibina. Perkembangan jaringan

sistem pengangkutan juga disebabkan oleh Dasar Pembangunan Negara(DPN).

Kerajaan Malaysia bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan

pengangkutan yang baik. Dengan itu kerajaan telah menentukan corak dan jenis

jaringan pengangkutan yang perlu dibina atau ditingkatkan . Peruntukan diberi

untuk memajukan jaringan pengangkutan di kawasan yang dikehendaki termasuk

kawasan kajian saya. Kerajaan telah menaikkan taraf jalan raya di kawasan

kajian saya iaitu Jalan Kuala Lumpur-Karak dengan membaiki permukaan dan

melebarkannya. Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah

membina jalan raya yang begitu baik dan mempertingkatkan system LRT untuk

keselesaan penduduk.

8.4 Kesan-kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan

Terhadap Alam Sekitar di Greenwood, Daerah Gombak,

Selangor.

20
Perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian telah mendatangkan

beberapa kesan iaitu kesan positif dan kesan negatif

Kesan-Kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam

Sekitar

Hasil daripada temubual saya dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian, dapat

disimpulkan bahawa terdapat beberapa kesan negatif akibat daripada perkembangan

jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian

Kesan-kesan Negatif:-

Pencemaran juga berlaku akibat dairpada perkembangan jaringan jalan raya. Akibat

daripada pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama Jalan Gombak

di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi dan udara . Asap

tebal yang mengandungi gas karbon dioksida dan plumbum serta bunyi bising daripada

kenderaan seperti lori, bas dan motosikal telah menganggu penduduk di kawasan kajian

terutama yang tinggal berdekatan dengan jalan raya

Pencemaran Udara

Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran

udara di kawasan bandar. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbun,

21
karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena

hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh

kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh

perkembangan pengangkutan. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah

daripada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya.

• Kemalangan Jalan Raya.

Ini kerana Jalan Gombak ke Kuala Lumpur merupakan laluan utama kawasan

kajian saya dengan kenderaan yang tidak putus-putus menggunakan laluan ini

samada untuk pergi ke bandar Kuala Lumpur di bahagian selatan, ke Kuantan di

utara, ke Perak di bahagian barat. Keadaan jalan raya yang bertar, lebar dan

permukaan yang tidak berlubang menyebabkan pemandu membawa kenderaan

mereka dengan laju. Ini menambahkan lagi berlakunya kemalangan jalan raya.

Kesan – Kesan Positif :-

Walaupun perkembangan sistem pengangkutan di kawasan ini mendatangkan kesan

negatif terhadap alam sekitar namun perkembangannya juga dapat memberi keselesan

kepada penduduk setempat.

22
Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas

Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di

kawasan Jalan Gombak ini terdapat laluan bertingkat atas bulatan jalan raya dapat

mengelakkan kesesakan.

Di kawasan ini juga, kemudahan bas Rapid KL ke stesen LRT telah dapat

melancarkan perjalanaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tahap Ketersampaian

Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudah kan penduduk di

kawasan ini untuk bergerak contohnya, Jalan Gombak, Highway Karak – Kuala

Lumpur dilebarkan untuk menampung jumlah jumlah kenderaan yang semakin

banyak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat memendekaknmasa perjalanan.

Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, sebagai pengguna jalan

raya kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan

sebagainya. Kita sebenarnya patut bersyukur dengan kemudahan jalan raya yang

disediakan oleh pihak kerajaan.

* Kesan-kesan perkembangan sistem jalan raya di kawasan kajian

a. Kesesakan lalu lintas

b. Pencemaran udara

c. Pencemaran bunyi

d. Kemalangan jalan raya

23
Peta minda dibawah menunjukkan kesan-kesan perkembangan Jaringan Sistem

Pengangkutan Jalan Raya di Greenwood, Daerah Gombak, Selangor.

Pencemaran
udara

Kesan
negatif
Kemalangan Kesesakkan
Jalan raya Jalan raya
Pencemaran
bunyi

8.5 Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah

Langkah-langkah penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian

seperti berikut:-

Petrol Tanpa Plumbum

Penggunaa petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum

dalam pelepasan asap kenderaan.

24
NGV (Neutral Gas Vehicle)

Pada masa sekarang, semakin banyak kenderaan yang menggunakan NGV yang

dapat mengurangkan pembebasan asap. Stesen-stesen minyak di kawasan bandar

juga telah menyediakan kemudahan NGV.

Penhijauan Bandar

Usaha menanam pokok - pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok-

pokok ini bolh di tanam di sepanjang jalan raya. Selain daripada mengurangkan

pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan.

Catalytic Conventer

Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan karbon

monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon

monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik

Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik seperti LRT, monorel, dan

komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah

pencemaran udara dan bunyi.

Kempen

25
Kempen–kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic

Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk

memberi pengetuhuan kepada penduduk.

Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil

langkah-langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga

perlu berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan

mendapat kejayaan.

Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan

di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam lebih

bannyak pokok-pokok. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang

beroperasi dibawah tanah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran

bunyi.

Bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya, pengurusan trafik yang lebih

efisien diperlu. Pihak polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu

memperbanyakkan rondaan atau memantau dari semasa ke semasa jalan-jalan yang

menjadi laluan utama agar tidak ada pengguna yang memandu terlalu laju sehingga

mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Tindakan undang-undang yang tegas

perlu dilaksanakan. Contohnya mengenakan denda yang tinggi kepada pengguna yang

memandu melebihi had yang dibenarkan. Tindakan seperti ini juga telah dilaksanakan di

negara Singapura seperti membuat rondaan jalan raya sekerap mungkin dan denda yang

tinggi kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya.

26
Masaalah pencemaran udara boleh diatasi atau dikurangkan dengan

menggalakkan pengguna jalan raya memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta

mereka. Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen menggunakan petrol tanpa

plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

Kerajaan Kanada juga telah menggalakkan pengguna jalan raya di negara mereka

menggunakan petrol tanpa plumbum bagi tujuan yang sama. Saya amat bersyukur kerana

langkah ini telah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian saya

negara saya dan seterusnya di seluruh dunia.

Kesesakan lalu lintas di kawasan kajian boleh diatasi dengan mengamalkan

kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakan

pengangkutan awam seperti bas. Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan

terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi

masing-masing dengan cepat dan selamat. Saya merasa terharu dan berterima kasih

kepada pihak kerajaan kerana perihatin dengan masalah penduduk. Mudah-mudahan

pengguna jalan raya dapat mengamalkan langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh

kerajaan demi kepentingan dan keselamatan bersama.

9.0 Rumusan
Kajian yang telah dijalankan di Taman Greenwood, Daerah Gombak ini telah

memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kajian ini

membolehkan saya mengenalpasti jenis sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan

kajian saya iaitu jalan raya. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih

jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian

27
seperti bentuk muka bumi, Dasar Pembangunan Negara, perkembangan ekonomi dan

lain-lain lagi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui

dengan lebih jelas beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian

dan juga negara bandingan Singapura seperti meningkatkan tahap ketersampaian,

memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti

kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan negara

Singapura serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kesan negatif akibat

daripada perkembangan jaringan pengangkutan tersebut.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Taman Greenwood

khasnya dan Malaysia amnya menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak

kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh

menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya

bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka dengan pelbagai

kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem jalan raya yang baik

10. LAMPIRAN

10.1 Surat makluman kepada ibu bapa

10.2 Surat pengenalan diri murid

10.3 Surat kebenaran ibu bapa

28
10.1 Surat makluman kepada ibu bapa

Maahad Muhammadi Lelaki

Jln Pengkalan Chepa

15400 Kota Bharu,

Kelanatan.

_______________________________________________________________________

29
Rujukan: MML 03/11/9

Tarikh : 5hb MAC 2008

Kepada,

Semua Ibu Bapa,

Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Tahun 2008.

Tuan/Puan,

KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2008

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa yang berkenaan agar dapat

mengambil perhatian dan memastikan anak-anak menjalankan kerja kursus Geografi

PMR 2008. Ibu bapa dikehendaki membenarkan anak-anak membuat kajian tempatan ini

di kawasan kediaman masing-masing sebagai memenuhi kehendak peperiksaan PMR

daripada LPM.

2. Kajian ini bermula bulan Mac hingga Mei 2008. Kerja Kursus hendaklah

disiapkan dalam bulan Mei 2008. Ibu bapa hendaklah memantau kerja-kerja yang

dijalankan oleh anak masing-masing termasuklah soal keselamatan. Segala kos hendaklah

ditanggung oleh pihak ibu bapa. Soal keselamatan anak-anak adalah di bawah

tanggungjawab ibu bapa masing-masing.

30
3. Diharap semoga ibu bapa memberi kerjasama untuk menjayakan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Yang menjalankan tugas,

…………………………….

(HJ ZAINUDDIN BIN CHE ISMAIL)

Pengetua,

Maahad Muhammadi Lelaki

Kota Bharu, Kelantan.

10.2 Surat pengenalan diri murid

Maahad Muhammadi Lelaki

Jln Pengkalan Chepa

15400 Kota Bharu,

Kelantan.

_______________________________________________________________________

31
Rujukan: MML 03/11/8

Tarikh : 5 MAC 2008

Kepada,

SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2008

Dimaklumkan bahawa pelajar yang bernama Muhammad Najib bin Ahmad Zailani

adalah pelajar Tingkatan 3 Makkah dari sekolah ini akan menjalankan kajian di kawasan

ini berkenaan Kegiatan Ekonomi Penduduk untuk Kerja Kursus Geografi PMR 2008.

2. Kajian ini bermula bulan Mac hingga Mei 2008 dan perlu disiapkan dalam bulan

Mei. 2008. Oleh itu diharap semoga tuan/puan dapat memberi kerjasama dan memantu

kepada pelajar ini agar beliau dapat menjalan kerja-kerja dengan sempurna. Tuan/puan

boleh melaporkan kepada pihak sekolah di talian 09-7444003 (Hubungi Hjh Nooraini

Ismail) sekiranya didapati pelajar ini berkelakuan tidak bermoral.

3. Diharap semoga tuan/puan memberi kerjasama kepada pelajar ini untuk

menjayakan kerja kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.

32
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Yang menjalan tugas,

…………………………….

(HJ ZAINUDDIN BIN CHE ISMAIL)

Pengetua,

Maahad Muhammadi Lelaki

Kota Bharu.

10.3 Surat kebenaran ibu bapa

Ahmad Zailani bin Darwis

18, Jalan gombak Ria 2A,

Taman Gombak Ria,

68100 Batu Caves,

Selangor.

33
________________________________________________________________

Pengetua,

Maahad Muhammadi Lelaki,

Kota Bharu, Kelantan. 10hb MAC 2008

Tuan/Puan,

KEBENARAN MENJALANKAN KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI

TEMPATAN PMR 2008

Dimaklumkan bahawa saya bapa kepada Muhammad Najib bin Ahmad Zailani dari

Tingkatan 3 Makkah membenarkan anak saya untuk menjalankan kerja-kerja kajian

Geografi Tempatan sebagai memenuhi kehendak LPM untuk PMR 2008.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak

diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-

undang terhadap pihak sekolah.

3. Diharap semoga kajian tersebut mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

34
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Yang benar,

…………………………….

(AHMAD ZAILANI BIN DARWIS)

11.0 BAHAN RUJUKAN

1 Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2004, Geografi Tingkatan 2 KBSM,

Percetakan Rina Sdn Bhd.


2 Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.
3 Azmi Mohd Salleh, 2002, “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar,”

35
Perlindungan Pengguna, Bil 6
4 Chong Mui Seng, 2004, Geografi Tingkatan 1 KBSM, Sasbadi Sdn

Bhd.
5 Halina Mohd Nor, 2008, “Suburkan Budaya Cinta Alam Sekitar,”

Berita Harian, 24 Mac 2008


6 Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication

Sdn Bhd.
7 Shafiee bin Zakaria, 2005, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, Pelangi

Sdn Bhd.

36