Anda di halaman 1dari 17

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Definisi Kemalangan
Dewan Bahasa & Pustaka
- Kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh di duga

Strasser, Aron & Bohn, 1981


- Perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang menyebabkan kecedaraan
atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta benda

Colling, 1990
- Peristiwa yang tak di rancang atau di kawal, yang disebabkan oleh faktor
manusia, faktor keadaan persekitaran ataupun kombinasi mana-mana
faktor. Ia akan mengganggu proses kerja, mungkin menyebabkan
kecederaan, kesakitan, kematian, kerosakan harta benda ataupun
peristiwa lain yang tak dikehendaki.

1
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Punca-punca kepada kemalangan

Terbahagi kepada 3 sumber utama


1. Faktor Kemanusiaan
2. Faktor Pentadbiran
3. Faktor Fizikal

Faktor Kemanusiaan
a. Kecuaian
- kurang memberi tumpuan kepada kerja
- mengalamun/berkhayal semasa bekerja
b. Kurang pengetahuan
- mengenai kerja yang di lakukan
- mengenai langkah-langkah keselamatan
2
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

- mengenai latihan untuk melakukan tugas


- sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam
melaksanakan tugas dengan betul.
c. Tidak berdisiplin
- bergurau semasa bekerja
- gagal mematuhi peraturan
- mengambil jalan pintas

3
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Faktor Pentadbiran
a. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di
laksanakan dengan bersungguh-sungguh
b. Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan
tugas
c. Kawalan keselamatan yang longgar
d. Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas
e. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan
f. Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

4
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Faktor Fizikal
a. Persekitaran
- kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian spt tidak di
bersihkan, licin, berselerak
- pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi
- Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya
akan memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau
menyebabkan kehilangan pendengaran
- Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu
kecerdasan minda dan tumpuan individu
- Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak
sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran

5
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

b. Peralatan dan Mesin


- susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja
- keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan
lagi
- keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara
dengan baik
- penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah
- penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak teratur
- pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.
c. Sistem Pendawaian
- pendawaian yang lebih daripada 40 tahun
- kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran
arus elektrik

6
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

- beban lebih had (overload)


- pendawaian tambahan tanpa kebenaran
- pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

7
KONSEP PENGURUSAN KEMALANGAN

• 4 peringkat utama
a) Mengenalpasti hazard
b) Menilai risiko
c) Mengawal risiko
d) Mengukur pencapaian
▪ Definisi Hazard, Risiko & Bahaya
Hazard
- Apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu
dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan.
- OHSHAS 18002 dan ISO/IEC Guide 51 : 1999
Punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan
kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada
manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja
atau gabungannya.
8
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Contoh : bahan kimia, sinaran ultraviolet, elektrik, biohazard, sistem


kerja tak selamat

Risiko
OHSAS 18002
- gabungan kemungkinan/kebarangkalian dan akibat sesuatu
peristiwa berhazard berlaku
- Gabungan-gabungan faktor2 keberangkalian berlakunya peristiwa
malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut.

Bahaya
- Dedahan relatif seseorang kepada hazard

9
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Hubungan antara Hazard, Risiko & Bahaya


Hazard : Asid Hidroklorik pekat
Mampu mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan

Bahaya : Percikan asid ke muka pekerja

Risiko : Tinggi bagi yang tidak memakai perisai muka

10
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Jenis-jenis Hazard
a) Hazard fizikal
b) Hazard bahan kimia
c) Hazard mekanikal dan elektrikal
d) Hazard Biologikal
e) Hazard Psikologikal
Hazard Fizikal
a) Haba
- pekerja yang bekerja di tempat yang menggunakan ketuhar,
dapur, tempat melebur atau di kawasan panas
- kesan : ruam panas, heat cramps (kehilangan air berlebihan),
keletihan, heat stroke

11
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

b) Getaran
- pekerjaan yang menggunakan alat-alat yang bergetar secara
berterusan seperti pengetam dan gergaji elektrik
Kesan : Getaran seluruh tubuh (mesin pertanian/kenderaan
berat)
- gangguan kepada rangsangan saraf, penglihatan dan
sistem penghadaman serta merosakkan bentuk tubuh
- getaran sebahagian tubuh (pneumatic drill, gergaji mesin dsb)
- kerosakan tulang belakang & sendi tangan spt kebas, sakit
dan kulit bahagian tangan menjadi putih.

c) Tekanan
- berlaku kerana perubahan tekanan udara sekeliling secara tiba-
tiba

12
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Contoh : juruselam,bekerja di bawah tanah


• Kesan :
- Barotrauma (melibatkan organ-organ berongga seperti
telinga, sinus, paru-paru, rongga gigi
- pening, muntah, batuk berdarah, sakit sendi, sakit kulit,
kebas, kepanasan
- boleh menyebabkan kematian, sesak nafas, gangguan
penglihatan, bingung, tidak sedar, lumpuh dan sakit jantung & reput
tulang

13
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Hazard Bahan Kimia


- Bahan kimia yang digunakan di industri-industri adalah merbahaya
dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa di
lindungi.
Contoh : asid, alkali, gas, pelarut, siken, getah sintetik, gentian kaca
dan pelekat.
- Bahan kimia boleh memasuki tubuh manusia melalui 3 cara
i. Pernafasan
ii. Penghadaman
iii. Melalui kulit
- Kesan bahan kimia bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh
dedahan dan sifat tindakbalas sesuatu bahan kimia
- Kesan serta-merta : pening kepala, muntah (pulih dalam tempoh 24
jam), melecur, melepuh, terbakar
14
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• kesan jangka panjang (bertahun-tahun)


- penyakit paru-paru, barah

Hazard Mekanikal
- Berpunca dari mesin dan peralatan yang di gunakan
- Kesan secara langsung atau tidak

Hazard Elektrikal
- Berpunca daripada kecuaian sistem pendawaian
- Kesan : gangguan jantung, tidak sedarkan diri, kulit terbakar,
kejutan elektrik

15
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Hazard Biologikal
- Di sebabkan oleh bakteria dan virus
- Contoh industri memproses kulit binatang, membuat baja,
memproses kertas terpakai, menganalisis spesimen biologi
- Kesan jangkitan penyakit bergantung kepada tahap bahaya
1. sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
2. laluan masuk sgen penyakit kedalam badan
3. ketahanan badan pekerja yang terdedah

16
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

• Hazard Psikologikal

1. Tekanan kerja - stress, gangguan sekitar dan salahlaku


2. Faktor ergonomik
- ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya
- berdiri terlalu lama
- duduk terlalu lama
Kesan - sakit kepala, sakit mental
- sakit belakang, sakit lutut,sakit kaki
- posture tubuh

17