Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI

ANTARA UNIT-UNIT BERUNIFORM


SMK RAWANG 2011

1. Pendahuluan

Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti wajib dalam pasukan unit-unit beruniform yang
ditubuhkan di setiap sekolah. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat
berkerjasama, daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan pelajar
yang terlibat.

2. Objektif

i. Melahirkan semangat bekerjasama antara anggota dalam satu pasukan.


ii. Mencungkil kemahiran berkawad di kalangan anggota unit beruniform
iii. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan yang mempunyai daya kepimpinan.

3. Cadangan Tarikh, Tempat dan Masa

Tarikh :
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, SMK Rawang
Masa : 8. 00 pagi hingga 2.00 petang
Perasmi : Pegawai Pelajaran Daerah Gombak

4. Bilangan Penyertaan

Setiap pasukan unit beruniform dikehendaki menghantar 2 platun iaitu satu platun 1 lelaki
dan 1 wanita. Setiap platun terdiri daripada 35 anggota . Pasukan yang tidak mempunyai
ahli lelaki iaitu Puteri Islam dan Pandu Puteri, dikehendaki menghantar 2 platun juga.

5. Pakaian

Setiap anggota kadet yang menyertai pertandingan kawad kaki dikehendaki memakai
pakaian asas, iaitu :
i. Uniform lengkap unit masing-masing
ii. Tanda nama
iii. Lencana kolar
iv. Beret
v. Kasut potong .
vi. Mafla, anklet, jambul dan aksesori tambahan yang lain dibenarkan tapi tidak
akan diambilkira dalam pemarkahan untuk pakaian
6. Penghakiman

Jawatankuasa penganjur akan memilih hakim-hakim di kalangan guru-guru penasihat dari


unit-unit beruniform SMK Rawang yang lain untuk menghakimi pertandingan tersebut.
Keputusan adalah muktamad.

7. Masa Pertandingan

Masa pertandingan keseluruhan ialah 12 minit. Masa dikira selepas ketua platun
membuka barisan untuk melapor kepada ketua hakim dan masa tamat dikira selepas
ketua platun bergerak meninggalkan padang kawad.

8. Format pertandingan

Pertandingan akan diadili berdasarkan:

i. Pakaian
ii. Kawad statik
iii. Kawad dinamik
iv. Kawad formasi ( 4 Formasi )

9. Pemenang dan hadiah

Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah markah yang diperolehi oleh setiap pasukan.

i. Johan pasukan lelaki dan wanita akan menerima hadiah dan sijil pencapaian.
ii. Naib johan pasukan lelaki dan wanita akan menerima sijil penyertaan
iii. Tempat ketiga pasukan lelaki dan wanita akan menerima sijil pencapaian
iv. Johan keseluruhan, pasukan yang menang akan menerima sebuah piala pusingan.
v. Ketua Platun Terbaik lelaki dan wanita akan menerima hadiah dan sijil pencapaian
vi. Pasukan-pasukan lain akan mendapat sijil penyertaan

10. Tentatif Program


.
8.00 pagi - Taklimat Hakim dan Anggota
8.30 pagi - 12.30tgh - Pertandingan Kawad dilaksanakan
1.00 tgh - Majlis Perasmian Penutup
Penyampaian Hadiah
2.00 ptg - Majlis Bersurai
11. Anggaran Perbelanjaan

1. Piala
Johan (RM6 x 70 orang – Platun L & W) RM 420.00
Naib Johan (RM6 x 70 orang – Platun L & W) RM 420.00
Ketiga (RM6 x 70 orang – Platun L & W) RM 420.00
Ketua Platun Terbaik
( RM 20 x 2 orang – L & W ) RM 40.00
2. Kain Rentang RM 100.00
3. Minuman untuk para peserta dan pelajar yang
menjadi urusetia
( RM8 x 35 kotak air minuman ) RM 280.00

JUMLAH RM1680.00

12. Sumber Kewangan

Duit Ko-Kurikulum RM1680.00

Disediakan oleh

………………………………….
(RAMLAH RAMLE)
Penyelaras Unit Beruniform

Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………………….. ……………………………………………
(En. C. RAVICHANDRAN) (PN. HJH MAZLAH BTE HUSSIEN)
GPK Ko-Kurikulum Pengetua SMK Rawang

Anda mungkin juga menyukai