Anda di halaman 1dari 26

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2010&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_0
1.htm
Penyelidik tempatan pamer bakat
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) menjadi platform kepada para penyelidik dan saintis
merealisasikan idea mereka dalam membangunkan produk-produk bertaraf antarabangsa.

KEMAHIRAN sains dan teknologi membolehkan sesuatu bangsa menguasai bidang penyelidikan
dan inovasi reka cipta untuk menjana pembangunan negara.

Bagaimanapun, kepentingan bidang penyelidikan dan inovasi reka cipta dalam memantapkan
pembangunan ekonomi memerlukan kesedaran daripada orang ramai selain bukti sains dan
teknologi.

Menyedari kepentingan itu, Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS) dengan kerjasama
Protemp Exhibitions Sdn. Bhd. telah menganjurkan Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2010 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MTE 2010, Dr. Wan Manshol W. Zin berkata, ekspo yang
diadakan buat kali ke-9 itu bertujuan menyediakan landasan terbaik kepada saintis
mempamerkan hasil penyelidikan dan reka cipta mereka.

"Para saintis dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), agensi kerajaan dan
swasta yang mengambil bahagian dalam MTE dapat menunjukkan kewibawaan sekali gus
meningkatkan daya saingan dalam kalangan mereka.

"Selain itu, ia juga diharap dapat mengenengahkan serta berkongsi cetusan idea penyelidik
dengan rakyat negara ini. Ia juga mampu membudayakan inovasi kepada masyarakat," katanya.

Wan Manshol yakin penyelidikan yang dipamerkan pada


MTE kali ini mampu memberi persaingan di peringkat
tempatan dan antarabangsa untuk membuktikan
kemampuan saintis Malaysia.

Katanya, sebanyak 486 penyertaan dicatatkan pada


ekspo kali ini berbanding hanya 79 penyertaan ketika ia
mula-mula pada 2001.

"Peningkatan ini menunjukkan petanda positif dalam


bidang penyelidikan dan inovasi reka cipta negara,"
katanya.

Tambah Wan Manshol, MTE 2010 juga buat julung-julung


kalinya membuka pintu kepada saintis dan penyelidik luar PELAJAR Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) Pengkalan Hulu, Perak Shafiq
negara untuk bersama-sama melontar idea mereka. Aizat Mohd. Zulkifli menunjukkan jam loceng
untuk mereka yang menghadapi masalah
berdengkur.
Antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam MTE 2010 termasuklah Taiwan,
Singapura, Korea Selatan, Croatia, Sepanyol, Rusia, Poland dan banyak lagi.

Kata Wan Manshol, penyertaan dari negara luar adalah untuk memberi pendedahan kepada
masyarakat negara ini bahawa penyelidikan dan reka cipta tempatan juga setanding di peringkat
antarabangsa.

Dalam ekspo yang diadakan selama tiga hari itu,


pengunjung dapat menyaksikan teknologi simulator
penerbangan, jam loceng khas untuk orang-orang pekak,
pembalut luka Gel Chitosan, penyimpan tenaga dan
bermacam-macam lagi.

"Selain pameran tersebut, kita juga mengadakan


pertandingan Anugerah Reka Cipta dan Inovasi untuk
memberi pengiktirafan kepada saintis serta penyelidik
tempatan.
RUANG pameran Lembaga Getah Malaysia
yang mempamerkan maskot robot.
"Lebih 500 penyertaan dicatatkan pada tahun ini dan para
pemenang yang berjaya menerima trofi, sijil dan
berpeluang mewakili Malaysia dalam beberapa ekspo di
peringkat antarabangsa seperti di Geneva, Kuwait, Korea
Selatan dan Dubai," ujarnya.

Antara kriteria yang dicari kepada pemenang adalah produk yang dihasilkan mampu bersaing
dan dipasarkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Kita bercadang untuk mengadakan ekspo yang lebih besar pada tahun depan untuk membantu
dan memberi peluang kepada saintis serta penyelidik negara ini," katanya.

Cetusan inovasi

Dalam pada itu, Dr. Norimah Yusof dari Agensi Nuklear Malaysia dinobatkan Women Inventor of
The Year MTE 2010 kerana ciptaan gel Chitosannya.

"Sejak kebelakangan ini, ramai pencipta yang terdiri daripada golongan wanita mengukir nama di
dalam dan luar negara untuk bersama-sama membangunkan negara dari segi penyelidikan serta
inovasi.

"Saya tidak berasa bimbang kerana terdapat ramai pelapis pencipta wanita yang akan 'mekar'
mewarnai bidang penyelidikan dan inovasi reka cipta negara," katanya.

Gel Chitosan yang dihasilkan oleh Norimah dan kumpulannya merupakan gel pembalut luka
konsep baru.

"Ia tidak seperti pembalut luka biasa . Sebaliknya, gel ini boleh diletakkan di atas permukaan dan
boleh disuntik pada luka pesakit," ujarnya.

Apakah keistimewaan gel yang dibangunkan menggunakan kulit udang itu? Tidak seperti gel
sintetik yang cair, sebalik ia berbentuk gumpalan, sejuk dan menyerap air luka.

Gel tersebut dapat membersihkan luka dalaman dan membolehkan luka sembuh lebih cepat.
Bagaimanakah beliau mendapat idea untuk menghasilkan gel tersebut? Semuanya timbul
daripada keperluan pakar perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Profesor
Ahmad Sukari Halim yang mahukan pembalut luka boleh disuntik untuk menyembuhkan luka.

Norimah mengambil idea tersebut sebagai satu cabaran dan telah bekerjasama dengan USM
dan SIRIM Berhad untuk membangunkan gel berkenaan.

"Keunikan gel Chitosan ini adalah ia mesra alam dan


diperbuat daripada bahan semula jadi serta mudah
ditanggalkan daripada luka tanpa rasa sakit," katanya lagi.

Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),


Skudai Johor dinobatkan Best of The Best Award melalui
hasil ciptaan Profesor. Dr. Abdul Halim Mohamed Yatim
dan Ahmad Saudi Samosir.

Ahmad Saudi yang merupakan pelajar dari Indonesia


berkata, membangunkan sistem alternatif penstoran
tenaga ultra kapasitor sejak tiga tahun lalu.

"Projek ini merupakan tesis bagi pengajian doktor falsafah


(Ph.D) saya di UTM dan telah mengambil masa kira-kira
tiga tahun untuk membangunkan serta menghasilkan reka
bentuk teknologi ini.

"Kita sedia maklum permintaan sumber tenaga semakin


meningkat sejak kebelakangan ini. Tenaga alternatif kini
menjadi amat penting dan berpotensi.

"Sehubungan itu, ciptaan ini amat bertepatan kerana ia


mampu menyimpan tenaga dan menjadi sumber tenaga
alternatif," katanya

Sebagai contoh, jika kenderaan elektrik menaiki bukit dan kekurangan tenaga ultra kapasitor
akan bertindak meningkatkan tenaga.

Jika kenderaan turun bukit ia tidak memerlukan banyak tenaga dan sistem itu akan bertindak
menyimpan tenaga berlebihan untuk kegunaan lain.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana ciptaannya berjaya dinobatkan sebagai inovasi
terbaik pada MTE 2010.

http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1994/1994-06-07.php
Oleh/By : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue : DEWAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK BDR
TUN RAZAK, KL
Tarikh/Date : 07/06/94
Tajuk/Title : MAJLIS PERASMIAN EKSPO KEMAHIRAN
HIDUP DAN REKA CIPTA PELAJAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 1994
Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian
Pendidikan kerana menjemput saya untuk merasmikan Ekspo
Kemahiran Hidup dan Reka Cipta Pelajar peringkat Kebangsaan
pada hari ini.
2. Ekspo dan pertandingan seperti ini adalah selaras
dengan usaha-usaha untuk menanamkan minat para pelajar dalam
bidang kemahiran hidup serta sains dan teknologi di samping
membolehkan Kementerian mengukur kemajuan para pelajar dalam
bidang tersebut. Ianya juga akan mendedahkan guru-guru dan
pelajar-pelajar kepada pengalaman bersepadu tentang betapa
pentingnya kemahiran dalam dunia teknologi yang sebenar.
Pengetahuan dan kemahiran asas yang diperolehi oleh pelajar
melalui ekspo dan pertandingan ini akan membantu mereka
menyediakan diri untuk menguasai apa juga teknologi dalam
zaman teknologi yang sentiasa berkembang dengan pesat.
3. Oleh kerana perubahan dan kemajuan teknologi di masa
yang lampau, negara memerlukan lebih ramai tenaga manusia
yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, dinamik dan yang
mempunyai nilai-nilai murni dan positif. Pada abad akan
datang, negara dijangka memerlukan lebih ramai tenaga kerja
yang mahir dan terlatih memandangkan ekonomi negara giat
memasuki zaman teknologi termaju dan teknologi tinggi.
Antara teknologi ini ialah teknologi pembuatan automasi,
teknologi bahan-bahan termaju, bioteknologi dan teknologi
maklumat.
4. Kecekapan dalam bidang-bidang teknologi ini dan
kemampuan mewujudkan teknologi baru adalah sangat penting
jika Malaysia ingin mencapai kemajuan ekonomi yang lebih
tinggi dan mengekalkan daya saingan ekonominya dalam pasaran
dunia. Memang menjadi dasar Kerajaan untuk menggalakkan
rakyat Malaysia menceburi bidang reka cipta dan inovasi yang
masih belum diterokai.
5. Untuk menjadi sebuah negara industri penuh, kita tidak
boleh hanya meniru dan menerima gaya cara kemajuan yang
telah dicapai oleh negara-negara maju. Yang lebih penting,
negara kita perlu turut menjadi pencipta dan penyumbang
kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi di dunia di
masa depan. Justeru itu, kita perlu mewujudkan masyarakat
yang mempunyai budaya mencipta agar pada masa depan
teknologi ciptaan rakyat Malaysia juga mampu menembusi
pasaran antarabangsa. Di samping itu, semua lapisan
masyarakat tentulah berasa bangga dengan kemajuan teknologi
kita sendiri.
6. Matlamat Malaysia untuk mencapai status negara maju
pada tahun 2020 bergantung kepada keupayaan untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang tinggi dan
kelebihan bersaing di pasaran dunia. Pembangunan asas
teknologi yang teguh bagi meningkatkan proses perindustrian
dan pertumbuhan ekonomi adalah satu daripada prasyarat
penting bagi mencapai matlamat jangka panjang ini. Komponen
penting untuk menyokong peningkatan teknologi ialah sistem
Pendidikan Sains dan Penyelidikan dan Pembangunan atau
Research and Development (R&D) yang kukuh.
7. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam peruntukan
pembiayaan R&D telah ditingkatkan kepada RM1,160 juta, iaitu
dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaysia Kelima
sebanyak RM540 juta. Bagi maksud ini, Kerajaan telah
menyiapkan secara terperinci saiz dan pengurusan
perbelanjaan R&D serta jumlah pelaksanaan aktiviti-aktiviti
R&D yang memberi keutamaan kepada peningkatan keupayaan
tempatan dalam inovasi hiliran.
8. Walaupun Kerajaan menggalakkan pemindahan teknologi
dari negara asing, usaha untuk membangunkan teknologi kita
sendiri juga adalah penting. Oleh itu, jika Malaysia ingin
berjaya sebagai sebuah negara perindustrian, para saintis
dan AHLI teknologi negara harus segera meningkatkan
kepakaran mereka, agar bukan sahaja berupaya menerima,
mengasimilasi dan menyesuaikan teknologi dari luar, malah
berupaya menghasilkan teknologi tempatan yang setanding,
jika tidak lebih maju daripada teknologi asing. Ini adalah
faktor kritikal yang membolehkan kita mencapai kelebihan
persaingan di arena antarabangsa.
9. Sungguhpun beberapa kemajuan telah dicapai oleh R&D
perindustrian menerusi institusi penyelidikan awam seperti
SIRIM dan MIMOS, tetapi kesan pembangunan teknologi secara
perbandingan masih belum memuaskan. Oleh itu, sektor swasta
hendaklah turut meningkatkan usaha-usaha R&D serta
menganggap keperluan membangunkan teknologi tempatan secara
yang lebih objektif.
10. Saya juga berbangga kerana telah ada saintis kita yang
berjaya di peringkat antarabangsa, seperti memenangi hadiah
pingat emas dalam `22nd International Exhibition for New
Inventions and Techniques' di Geneva, Switzerland pada bulan
April yang lepas. Ini menunjukkan keupayaan kita
menghasilkan penyelidikan dan ciptaan baru telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa.
11. Di negara-negara perindustrian baru seperti Korea,
kejayaan perindustrian bergantung kepada pendidikan asas
tenaga buruh yang mahir dan terlatih. Dalam tahun 1980,
tenaga buruh Korea mempunyai lapan tahun persekolahan
berbanding 6.5 tahun di Malaysia. Ini adalah perkembangan
yang berbeza dengan keadaanpada tahun 196 7, di mana tenaga
buruh Malaysia mendapat purata lima tahun persekolahan
berbanding dengan 3.9 tahun di Korea.
12. Begitu juga dibandingkan dengan negara-negara lain,
tenaga buruh di Malaysia adalah lebih rendah tahap
pendidikannya. Di negara Jepun, 94 peratus penuntut
meneruskan pelajaran mereka lebih daripada tahap umur yang
ditetapkan berbanding dengan 80 peratus di Amerika Syarikat.
Di Korea Selatan, 85 peratus dalam kumpulan umur 17-18 tahun
meneruskan pelajaran mereka dan 1/3 daripadanya meneruskan
ke peringkat Universiti. Oleh itu, kejayaan negara-negara
ini dalam proses perindustrian jelas bergantung kepada
banyaknya bilangan penuntut yang meneruskan pendidikan lebih
daripada tahun umur yang diwajibkan. Justeru itu, generasi
muda negara kita hendaklah terus berusaha meningkatkan tahap
pencapaian pendidikan, terutamanya yang memberi penekanan
kepada bidang matematik, sains dan komunikasi.
13. Oleh kerana Kerajaan ingin menambahkan bilangan saintis
dan ahli teknologi dalam kegiatan R&D sehingga menjadi 1,000
orang bagi sejuta rakyat pada tahun 2000, pendidikan sains
tentulah menjadi semakin relevan. Ini adalah kerana
berbanding dengan negara maju dan negara perindustrian baru,
bilangan tenaga manusia R&D Malaysia adalah sangat rendah,
iaitu 400 penyelidik bagi setiap sejuta penduduk dalam tahun
1989. Sebaliknya, Jepun mempunyai 6,500 bagi sejuta, Jerman
3,000 bagi sejuta dan Korea Selatan 1,300 bagi sejuta.
14. Saya ingin menekankan kepada para pencipta dan pereka
bentuk negara kita bahawa segala ciptaan dan inovasi yang
dihasilkan perlulah dilihat juga daripada segi keupayaannya
untuk dipasarkan bukan sahaja dalam negara tetapi hingga ke
peringkat global. Oleh itu, tumpuan strategi perlulah ke
arah mengkomersilkan hasil penyelidikan atau ciptaan
teknologi yang berpotensi agar ia sejajar dengan keperluan
pasaran. Para saintis dan ahli teknologi kita hendaklah
menumpu kepada `techno-entrepreneurship' serta memikir akan
konsep-konsep keperluan pengguna teknologi serta
strategi-strategi pemasaran yang berkesan. 15.
Di negara-negara maju, syarikat-syarikat swasta bukan sahaja
turut terlibat menyediakan institusi latihan teknikal, malah
badan-badan bukan kerajaan juga menggalakkan
aktiviti-aktiviti yang dapat menanamkan minat dan sikap yang
inventif dan inovatif di kalangan generasi muda.
16. Di Jepun misalnya, syarikat Mitsubishi telah
menyediakan lima institut teknik bagi melatih kemahiran
teknik kepada golongan belia. Begitu juga, `Japan Institute
of Invention and Innovation' turut menggalakkan kreativiti
yang menjurus kepada ciptaan saintifik dan teknologi di
kalangan pelajar sekolah dengan membantu penubuhan Kelab
Reka Cipta di sekolah-sekolah. Malah, pameran reka cipta
yang dianjurkan di Jepun setiap tahun berjaya menampilkan
ciptaan saintifik, bukan sahaja oleh pelajar sekolah, tetapi
turut disertai oleh para pendidik dan guru dengan
ciptaan-ciptaan yang kreatif dan inovatif. Di Malaysia
galakan yang diberikan oleh Petronas melalui pertandingan
rekacipta harus dijadikan contoh kepada badan-badan swasta
yang lain.
17. Saya menyeru pihak swasta dan Pertubuhan-pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) negara kita supaya turut membantu usaha
Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain
dalam memupuk dan menyemai minat untuk mencipta di kalangan
generasi muda. Persatuan Reka Bentuk dan Reka Cipta
Malaysia (MINOS) harus lebih agresif membantu keupayaan
pencipta-pencipta muda negara kita agar dapat ditonjolkan
hingga ke peringkat antarabangsa.
18. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang
menjayakan ekspo ini, bermula dari ekspo peringkat negeri
hinggalah ke peringkat kebangsaan. Kepada para pemenang,
saya mengucapkan syabas. Kepada yang tidak berjaya, usaha
yang lebih gigih hendaklah diteruskan. Menang atau kalah
pada tahap ini belumlah begitu penting. Yang lebih penting,
generasi muda serta para pelajar hari ini mestilah
meningkatkan kecekapan teknikal, giat berusaha,
berdedikasi, berdaya kreatif, berdisiplin
tinggi,mementingkan k ualiti dan dapat menyesuaikan diri
pada suasana perubahan ekonomi dan teknologi.
19. Dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan
sukacitanya merasmikan Ekspo Kemahiran Hidup dan Reka Cipta
Pelajar Peringkat Kebangsaan Tahun 1994.
Scribd
 Explore
 Community

Upload a Document
Search Books, Presentations, Business, Academics...

 Rumput Junpyo
o My Home
o View Public Profile
o My Documents
o My Collections
o Messages
o Settings
o Help
o Log Out

        
5
  /  9
Search coming

Reading should be social! Post a message on your social networks to let others know
what you're reading. Select the sites below and start sharing.

Link account
Readcast this Document
edit preferences

Download this Document for Free

ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM


1
Kata Penghantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan
bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan
memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan
murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi
menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat
berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan
cabaran dalam kehidupan.
Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini
bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi
penyumbang kepada pembangunan negara.
Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan, Strategi Pemasaran, Harta Intelek
dan Pendokumentasian.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan
institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM


2
PENDAHULUAN
Mata pelajaran reka Cipta merupakan satu mata pelajaran elektif di sekolah menengah atas yang
berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid. Reka Cipta digubal dengan hasrat
membentuk minda murid yang kreatif, inovatif dan inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang
bermaklumat dan berketrampilan dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alat
baru.
Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda, kemahiran dan sikap atau
nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak
ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam
bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka cipta juga penting dalam
memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta.
Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan yang sedia ada untuk
menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Produk yang
bersifat inovatif dan bernilai komersil ini harus diilhamkan dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan
bimbingan guru. Melalui proses reka cipta pengalamkan sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan
reka bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan potensi yang baik
dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka cipta. Pengetahuan tentang harta intelek termasuk
paten dan strategi pemasaran membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta
boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan
sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.
OBJEKTIF
Kurikulum Reka Cipta adalah untuk membolehkan murid:
1.
Memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang reka bentuk dan teknologi pembuatan
dalam mereka cipta produk yang inivatif dan bernilai komersil.
2.
Memahami sistem elektrik, elektrikonik, mekanikal mudah dan kawalan
dalam bidang mekatronik.
3.
Menggunakan Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) dalam perekaan
produk.
4.
Memahami strategi untuk memasarkan produk.
5.
Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka cipta.

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM


3
6.
Mendokumentasi dan mempersembahkan hasil reka cipta dengan
menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan.
7.
Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu, perkembangan dan hala
tuju teknologi.
8.
Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing, bekerjasama dan
menyedari keagungan tuhan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Mata pelajaran Reka Cipta diolah dalam lima bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran
dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskrikpsi dan senarai unit
pembelajaran dalam lima bidang ini adalah seperti di bawah:
1.Reka Bentuk
Bidang pembelajaran ini membolehkan murid memahami sejarah perkembangan reka cipta, hasil ciptaan
serta kepentingan dan sumbangan reka cipta dalam kehidupan. Melalui proses reka cipta yang bermula dari
pengenalpastian masalah hingga ke pengubasuaian model, idea murid dicetus dan diterjemahkan dalam
bentuk lakaran yang direalisasikan pula dalam bentuk model berfungsi atau prototaip. Ilustrasi melalui
lakaran dan lukisan serta Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) membolehkan murid dalam perekaan
projek reka cipta.
1.1
Pengenalan
a.
Sejarah perkembangan reka cipta
b.
Pereka dan hasil ciptaan
c.
Kepentingan dan sumbangan
1.2
Proses Reka Cipta
a.
Pengenalanpasti masalah
b.
Penjanaan idea
c.
Perekaan projek
d.
Pemilihan reka bentuk
e.
Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip
f.
Pembinaan model berfungsi atau prototaip

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM


4
g.
Pengujian dan penilaian model berfungsi atau ptotataip
h.
Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaip
1.3
Ilustrasi
a.
Lakaran
b.
Lukisan
c.
Lukisan Kerja
1.4
Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD)
a.
Kegunaan CAD
b.
Aplikasi CAD
2.
Teknologi Pembuatan
Murid didedahkan kepada teknologi pembuatan dari segi bahan, peralatan dan perkakas, kaedah kerja dan
sistem. Pengertian sistem mekanikal, elektrik, elektronik dan kawalan membantu murid dalam perekaan
projek reka cipta
2.1 Bahan
a.
Pengenalan
b.
Sifat bahan
c.
Spesifikasi bahan
2.2 Peralatan, Perkakas dan Kaedah Kerja
a.
Jenis dan fungsi
b.
Teknik penggunaan
c.
Kaedah kerja

Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM


5
2.3
Sistem
a.
Pengenalan
b.
Sistem mekanikal
c.
Sistem elektrik
d.
Sistem elektronik
e.
Sistem kawalan
3.
Strategi Pemasaran
Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mengaplikasikan strategi
memasarkan produk dari aspek produk, harga, promosi dan tempat diberi
penekanan.
3.1
Produk
a.
Jenis dan klasifikasi produk
b.
Jenama produk
c.
Slogan produk
3.2
Harga
a.
Objektif penentuan harga
b.
Kaedah penentuan harga
3.3
Promosi
a.
Objektif promosi
b.
Campuran promosi
c.
Pilihan promosi
3.4
Tempat
a.
Saluran agihan
b.
Pemilihan tempat

Rekacipta - Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah
Rekacipta - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Reads:
8,827
Uploaded:
11/14/2007
Category:
Uncategorized.
Tags:
Hobby-Automotive
Business-Asian
Rated:
(9 Ratings)
Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document
This is a private document.

iSchool

Sign Up for Scribd Premium


 Remove all ads.
Never see ads on Scribd again.
 Customize your reading experience.
See only the parts of page you want.
 Low monthly price

No Thanks
Ads by Google

EP-Asia Group
Asia's education solution provider
and software developer.
www.ep-asia.com

Tidak Perlu Cari Downline


Pertama Di Malaysia.Baru Pra-Lancar
Income 5 Angka Walau Tidak Bekerja
www.PeluangBaik.com

Kerja Dari Rumah - Online


Jana Pendapatan RM 3K Setiap Minggu
Bimbingan Diberi. Daftar Percuma.
VemMalaysia.biz

Share & Embed

http://w w w .sc
Link / URL:
Embed Size & Settings:
(auto)
 Width: Auto
300
 Height:
1
 Start on page:
 Preview View:

<a title="View

More from this user


1. 2 p.

ELI7035

From: iSchool

Reads: 7,216

18 p.

ssqs

From: iSchool

Reads: 13,214

61 p.

Malaysian Smart School Roadmap

From: iSchool
Reads: 18,386

2. 26 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 30,047

13 p.

Sains - KBSM - Physics Form 5

From: iSchool

Reads: 22,558

99 p.

Seni Sukan - Tingkatan 4 - 5

From: iSchool

Reads: 64,090

3. 43 p.

K.Hidup - Tingkatan 3 - 2

From: iSchool

Reads: 85,380

59 p.

B.Etnik - Bahasa Iban Tingkatan 5

From: iSchool

Reads: 5,230

63 p.

B.Etnik - Bahasa Iban Tingkatan 4


From: iSchool

Reads: 8,275

4. 9 p.

B.Cina - Kurikulum Bersepadu Se...

From: iSchool

Reads: 4,444

37 p.

Amalan B. Melayu - Kelas Perali...

From: iSchool

Reads: 11,475

29 p.

Sivik - Tingkatan 5

From: iSchool

Reads: 60,538

5. 28 p.

Sivik - Tingkatan 4

From: iSchool

Reads: 97,764

48 p.

PKesihatan - Tingkatan 1 - 5

From: iSchool

Reads: 45,118

51 p.
PKesihatan - Tahun 1 - 6

From: iSchool

Reads: 97,202

6. 9 p.

PKesihatan - Kurikulum Bersepad...

From: iSchool

Reads: 21,813

16 p.

SSukan - Kurikulum Bersepadu Se...

From: iSchool

Reads: 19,786

17 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 78,688

7. 21 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 25,460

33 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 12,064
24 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 39,590

8. 29 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 29,949

21 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 10,861

13 p.

PJasmani - Tingkatan Peralihan ...

From: iSchool

Reads: 12,467

9. 9 p.

PJasmani - Tahun 1-6 - 8

From: iSchool

Reads: 13,737
Add a Comment

Submit

MUhd RusYdi readcast this about 1 hour agoLearn more about Readcast.

MUhd RusYdi readcast this 1 day agoLearn more about Readcast.

MUhd RusYdi readcast this 6 days agoLearn more about Readcast.

Mega Donna readcast this 06 / 07 / 2010Learn more about Readcast.

Mega Donna readcast this 06 / 07 / 2010Learn more about Readcast.


Upload a Document
Search Books, Presentations, Business, Academics...
Scribd

 About
 Press
 Jobs
 Contact
 Blog
 Scribd Store

Legal

 Terms - General
 Terms - API
 Terms - Privacy
 Copyright

Help & Tools

 Getting Started
 Community Guidelines
 Support & FAQ
 Web Stuff

Partners

 Partners
 Branded Reader
 Developers / API

Subscribe to Us

 On Scribd
 On Twitter
 On Facebook

What's New

 We have updated our Terms of Service


 Branded Reader
 Desktop Uploader
http://www.pkpim.net/index.php?option=com_content&view=article&id=201:perlunya-
memupuk-budaya-rekacipta-dalam-masyarakat-&catid=67:sains-a-teknologi&Itemid=93

Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat


Written by Azrina Binti Sobian   
Tuesday, 28 October 2008 05:17
Budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian
yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa
amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita
dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai
mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang menghasilkan sesuatu ciptaan.
Namun sebenarnya, tanggapan bahawa budaya rekacipta bukan budaya masyarakat Melayu
juga adalah salah.
 
Cuba perhatikan masyarakat Melayu dahulu yang bijak mencipta pantun, peribahasa, syair dan pandai pula membina
rumah mengikut keadaan cuaca di negara ini. Bukankah ini juga satu perbuatan merekacipta yang boleh dikatakan
tinggi nilainya? Oleh itu, menidakkan budaya rekacipta dalam masyarakat kita juga adalah tidak benar. Dari sudut
pandangan hidup Islam pula, kegiatan merekacipta adalah amat mudah difahami. Apa yang perlu diingat oleh setiap
Muslim, rekacipta adalah sifat dan hak mutlak Maha Pencipta yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Di
dalam al-Quran seringkali kita menemukan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa sifat Maha Pencipta, misalnya surah
al-An'am: ayat 101 & 102 dan surah Yaasiin: ayat 81.
Sebagai hamba-Nya pula, kita perlu memahami bahawa sesuai dengan kejadian dan tanggungjawab yang diberikan
kepada manusia, manusia berpegang kepada amanah untuk menjaga dan memakmurkan bumi. Oleh itu, apa-apa usaha
untuk menambah baik kehidupan manusia di samping memelihara ciptaan-Nya adalah dituntut. Dengan itu, rekacipta
bagi manusia adalah wajar dan dengan itu manusia dianugerahkan akal atau kemampuan untuk memikirkan rekacipta
tertentu. Dalam hal ini, sikap pereka cipta yang merasakan bahawa hasil rekaciptanya adalah yang terbaik dan paling
sempurna adalah bercanggah dengan pandangan hidup Islam.
Lanjutan itu juga, setiap Muslim digalakkan untuk memelihara daya rekacipta yang dianugerahkan Tuhan. Galakan ini
tidak bermakna kita cuba meniru atau mengambilalih peranan Maha Pencipta tetapi lebih kepada satu galakan untuk
meneroka dan meningkatkan kemampuan diri untuk kebaikan semua termasuk diri, manusia lain serta makhluk dan
alam keseluruhannya. Oleh itu, apa-apa hasil rekacipta manusia haruslah bermatlamatkan kesejahteraan untuk semua.
Dalam membicarakan matlamat rekacipta, iaitu kesejahteraan untuk semua, apakah pula kepentingan rekacipta kepada
masyarakat? Terdapat sekurang-kurangnya tiga kepentingan rekacipta dalam masyarakat. Pertama, selalunya (namun
bukan setiap masa) kegiatan rekacipta bermula dengan satu masalah. Hasil rekacipta dibuat untuk menyelesaikan satu
masalah yang dihadapi. Oleh itu, dengan adanya rekacipta, kita boleh membantu menyelesaikan sesetengah masalah
yang wujud dalam masyarakat. Perlulah diingatkan di sini bahawa rekacipta tidak melibatkan barangan semata-mata.
Cetusan pemikiran yang baru juga adalah dianggap sebagai hasil rekacipta. Oleh itu, kedua-dua barangan atau cetusan
pemikiran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.
Keduanya, jika budaya rekacipta menjadi kebiasaan dalam masyarakat, maka akan terciptalah lebih banyak pemikiran
atau barangan yang berasaskan keadaan dan budaya masyarakat kita. Perlulah kita ingat bahawa ciptaan-ciptaan yang
dihasilkan di dunia Barat itu adalah berasaskan budaya dan cara hidup mereka. Kadang-kala, apabila kita membawanya
ke sini, ia tidak begitu sesuai digunakan kerana budaya dan cara hidup mereka yang berbeza. Oleh itu, rekacipta oleh
rakyat tempatan adalah penting agar hasil rekacipta itu mencerminkan nafas budaya dan cara hidup masyarakat kita.
Ketiganya, rekacipta juga sangat penting jika kita ingin menjadi sebuah negara yang maju. Ini kerana untuk menjadi
negara maju, kita tidak boleh sentiasa meniru dan menggunakan hasil rekacipta dari negara maju yang lain. Jika ini
berlaku, maknanya, kita sedang meniru bulat-bulat gaya kemajuan negara lain. Peniruan dan penggunaan hasil
rekacipta mungkin hanya sesuai dipermulaan pembangunan sesebuah negara. Namun, pada tahap seterusnya, sesebuah
negara itu sudah sepatutnya mempunyai budaya rekacipta tempatan yang kukuh dan dengan itu terhasillah lebih
banyak hasil rekacipta rakyat tempatan.
Inilah yang sebenarnya berlaku di negara Jepun. Pada awal pembangunannya, masyarakat negara matahari terbit ini
sememangnya gemar meniru lalu menambahbaik barangan atau idea daripada Amerika Syarikat. Hinggakan pada
ketika itu, tiada yang memandang tinggi barangan Jepun. Barangan mereka dianggap bermutu rendah. Namun kini,
keadaan nyata berbeza. Di mana-mana sahaja, barangan dan teknologi Jepun digunakan dan dianggap antara yang
terbaik di dunia.
Berdasarkan apa yang disebutkan di atas, jelas bahawa rekacipta adalah penting dalam masyarakat. Namun, kenapakah
kegiatan rekacipta ini tidak begitu menyerlah dalam masyarakat Malaysia? Pada pendangan penulis, berlakunya
kekeliruan dan salahfaham masyarakat terhadap amalan merekacipta ini. Antara kekeliruan tersebut adalah kebanyakan
daripada kita amat takut dengan perkataan rekacipta itu. Mungkin kita sering merasakan bahawa rekacipta adalah
seolah-olah bid'ah. Pandangan sebegini mungkin telah ditanam dalam pemikiran kita yang tidak menggalakkan budaya
rekacipta dalam kerja dan hanya mahu kita menurut kata-kata mereka yang dikatakan bijak-pandai.
Selain itu, kita juga sering merasakan bahawa rekacipta ini semestinyalah melibatkan ciptaan yang canggih. Misalnya,
kalau seseorang itu dapat mencipta kereta, kapal terbang, penghawa dingin, kamera dan sebagainya, barulah ini
dikatakan sebagai hasil rekacipta. Tetapi jika kita hanya berjaya mencipta pin, pen atau butang, maka ini bukan
dinamakan sebagai hasil rekacipta. Sebenarnya, pandangan sebegini adalah salah sama sekali. Seperti yang telah
disebutkan di awal tadi, rekacipta melibatkan penghasilan barangan atau cetusan pemikiran. Oleh itu, tidak kira besar
atau kecil, canggih atau tidak, jika barangan atau cetusan pemikiran itu bermanfaat kepada manusia maka inilah yang
dinamakan sebagai reka cipta.
Kebanyakan ahli masyarakat juga berpandangan bahawa untuk mencipta sesuatu, kita haruslah mempunyai
pengetahuan mendalam dalam sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, ini adalah satu pandangan yang tidak tepat.
Rekacipta adalah satu bidang yang menggabungkan pelbagai sains termasuklah teknologi. Namun, bidang sains dan
teknologi bukanlah satu-satunya bidang yang kaya dengan rekacipta. Rekacipta juga boleh berlaku dalam pelbagai
bidang seperti sastera, ekonomi, seni, bahasa dan sebagainya.
Selain itu, kita juga sering menganggap bahawa rekacipta hanya boleh berlaku jika kita mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam sesuatu bidang. Dengan kata lain, seorang perekacipta mestilah seseorang yang pakar dalam bidang
itu. Ini juga merupakan satu pandangan yang tidak bernas. Kenyataannya, walaupun kepakaran penting, namun ini
tidak bermakna orang biasa atau ahli masyarakat umum tidak boleh menghasilkan sesuatu bahan rekacipta yang baru.
Sebenarnya terdapat ramai perekacipta terdiri daripada orang biasa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan
yang tinggi. Misalnya, Thomas Edison, pencipta mentol lampu (light bulb). Semasa kecilnya, beliau sering dimarah
dan dianggap oleh gurunya sebagai pelajar yang keliru. Alexander Graham Bell (pencipta telefon) pula, telah
meninggalkan sekolah pada usia 15 tahun. Malah tiada yang menarik di dalam rekod sekolahnya. Apa yang banyak
dicatatkan dalam rekod tersebut hanyalah catatan ketidakhadirannya ke sekolah dan keputusan peperiksaan yang tidak
menarik. Malah, Albert Einstien yang terkenal itu juga seorang yang tidak pandai dalam matematik semasa di sekolah.
Oleh itu, kepakaran atau pendidikan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan menjadi pereka cipta yang hebat.
Dalam hal ini, pandangan masyarakat perlu diubah agar budaya rekacipta menjadi satu yang biasa dalam kehidupan
masyarakat kita.
Kesimpulannya, rekacipta adalah sangat penting dalam masyarakat dan perlu dipupuk. Usaha pemupukan ini
hendaklah dimulakan dari usia kecil. Anak-anak boleh digalakkan untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu dan
tugas ini meliputi tugas ibu bapa, guru, kerajaan dan ahli masyarakat keseluruhannya. Dalam usaha menanamkan
budaya rekacipta ini, kita juga perlu memberikan perhatian terhadap sebab seseorang itu merekacipta sesuatu. Anak-
anak perlu disedarkan bahawa rekacipta tidak sewajarnya didorong oleh kekayaan (duit) tetapi yang lebih penting
semangat sesuatu rekacipta itu hendaklah didasarkan kepada rasa ‘cinta'. Dengan kata lain, merekacipta sesuatu untuk
membantu orang lain dan ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua perekacipta di luar sana.

http://www.scribd.com/doc/1902881/PENGENALAN-REKA-CIPTA
tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna
melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan
dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta
minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia
akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang
pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka
dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.
1.1 Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan
suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia
ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka
cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap
atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam
bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.
Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan
mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti
grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.
Rajah 1.1
Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu
menjadi
bentuk yang selesa dipegang atau dibaling
1.2 Sejarah Perkembangan Reka Cipta
Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah
manusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah
wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang
dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah
anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artefak – artefak yang
telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa
rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini ada
kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan
dengan keperluan dan persekitaran masa kini.
Rajah 1.2(a): Rekaan Telefon Awal
Rajah 1.2(b): Rekaan Telefon Hari
Ini
.1TI 1.1
Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman
Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata
seperti kapak batu dan lembing.
Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta
peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu
menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan
domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18
dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah
dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang
menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan
maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua.
Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta
radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.
Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada
pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi,
antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes” ciptaan Archimedes pada tahun
212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan
manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang
reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick
membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell
dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.
Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk
memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa
melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian,
alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat
yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-
orang tertentu. barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan
rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti.
INVENSI DAN INOVASI
Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatu
penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti
eksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang
tinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang kadang ia tidak mendapat
-

nilai komersial.
Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi
lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.
Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru
yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai
praktikal berbanding inovatif.
Rajah 1.3: Reka Cipta Mesin Taip Yang Mengalami Inovasi

Anda mungkin juga menyukai